Salman Al Awdah, Awad Al Qarni dan Ali Al Omari.
Kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan hukuman mati keatas tiga orang ulama yang MENGKRITIKNYA selepas ramadhan.
Saya telah lama menjangkakannya. Mereka adalah Salman Al Awdah, Awad Al Qarni dan Ali Al Omari.
Saya yakin berikut dalam senarai adalah Farhan al-Malki and Mostafa Hassan.
Sebelum Ramadhan 37 orang telah dihukum mati dengan dipancung kepala hanya dalam masa satu hari sekali gus.
37 orang ini adalah penanda, jika dunia sepi, hukuman keatas tiga ulama ini menjadi mudah.
Dunia Islam sudah tentu akan sepi kerana hal perebutan dalaman politik dan kuasa masing masing yang berterusan.
Yang bersuara sekarang adalah organisasi hak asasi manusia dari barat bukan ketua Negara Islam atau rakyatnya.
Saya siarkan semula artikel yang saya tulis tidak berapa lama dahulu untuk anda mengetahui siapakah Raja Arab Saudi.
————————————————————-
Kemunculan TANDUK SYAITAN (Arabic: قَرْنُ الشَّيْطَانِ) telah pun disebut dalam hadith sahih riwayat Bukhari dibawah ini dalam versi yang berlainan;
عن ابن عمر قال : ذكر النبي صلى الله عليه وسلم : اللهم بارك لنا في شامنا, اللهم بارك لنا في يماننا, قالوا : يا رسول الله, وفي نجدنا ? قال : اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا, قالوا : يا رسول الله زفي نجدنا ? , فاظنه قال في الثالثه : هنالك الزلازل والفتن, وبها يطلع قرن الشيطان.
Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) kegoncangan, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
……. “O Allaah bestow your blessings on our Shaam. O Allaah bestow your blessings on our Yemen.” The people said, “O Messenger of Allaah, and our Najd.” I think the third (request) the Prophet, sallallaahu alayhi wa sallam, said, “There (in Najd) will occur quakes and tribulations, and from there appears the Horn of Satan)
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُشِيرُ إِلَى الْمَشْرِقِ فَقَالَ هَا إِنَّ الْفِتْنَةَ هَا هُنَا إِنَّ الْفِتْنَةَ هَا هُنَا مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
Dari Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abdullah bin Dinar dari Abdullah Bin Umar radhiallahu anhuma telah berkata; “Aku melihat rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menunjuk ke arah timur lalu bersabda: “Fitnah itu akan timbul dari sana. Fitnah timbul dari tempat terbitnya tanduk syaitan.
Saya telah menterjemahkan sedaya upaya dari bahasa Arab yang asli. Malah الزلازل saya mengatakan kegoncangan walaupun ada orang menterjemahankanya sebagai gempa bumi. Kegoncangan boleh jadi gempa bumi boleh jadi kegoncangan politik atau pemahaman agama seperti beberapa fahaman Wahhabi yang ekstrim tetapi tidak pula berani menegur raja nya yang hidup bagai firaun Mesir Purba.
Tanduk Syaitan didalam matan hadith diatas sebenarnya adalah KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI yang merupakan pemerintah dari Najd seperti yang JELAS didalam hadith pertama diatas dikenali sebagai “hadith Najd”.
Matan hadith kedua menguatkan lagi tentang mereka kerana Riyadh tempat asal dan tinggalnya raja Arab Saudi sekarang terletak TEPAT di timur (al masyrik) Madinah.
Ada beberapa hadith lagi yang saya pasti bermaksud kepada keluarga di raja Arab Saudi sebagai TANDUK SYAITAN tetapi memadailah dua hadith ini supaya tidak menjadi terlalu panjang.
Ketika Nabi bersabda baginda telah hijrah di Madinah. Hadis ini adalah SAHIH dari Al Bukhari yang merupakan salah satu dari SAHIH AL SITTAH (Sahih yang enam) daripada kumpulan kitab kumpulan hadith oleh Muslim, Abu Dawood, Al Tirmidzi, Al Nasa’i dan Ibnu Majah. Akan menjadi Tujuh jika dimasukkan AL MUWATTA’ Imam Malik dan lapan jika dimasukkan Sunan Ahmad karangan Imam Ahmad.
Sumber rujukan selain dari diatas bukanlah kesepakatan ulama ahlil Sunnah wal Jamaah ianya boleh diterima.
Maka tidak ada keraguan sama sekali bahawa Hadith ini telah TERBUKTI dan WAJIB kita berpegang kepadanya. Ia bukan soal KEMUNGKINAN atas apa saja alasan.
Ia juga bukan soal hubungan diplomatik, politik atau persahabatan peribadi walaupun misalnya keluarga di raja Arab Saudi ada membantu kita menyelesaikan masaalah kewangan,derma atau bantuan berbentuk lain, malah sekutu kita dalam peperangan.
Najd adalah wilayah keturunan IBNU SAUD turun temurun dimana juga terletaknya Kota Riyadh. Riyadh dibina oleh mereka dulunya di kenali sebagai HADJR.
Sejak sebelum Islam Najd, pada permulaannya di kenali sebagai Al Yamamah, merupakan tempat asal Banu Haniffa bersama beberapa kabilah saudara mereka yang lain. Asal mereka adalah dari Banu Rabi’ah dari Banu Adnan.
Istana Induk Raja Arab Saudi sekarang pun dinamakan ISTANA AL YAMAMAH.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa Ibnu Saud ini keturunan Yahudi, maka kita harus berlaku adil, bahawa pendapat itu TIDAK BENAR. Banu Adnan adalah juga asal dari Nabi Ismail as dimana Rasullulah saw juga berasal dari keturunan ini.
Banu Haniffa adalah penganut Keristian mazhab Nestorius dan penentang Islam sejak permulaaan kerasulan Nabi saw.
Banu Haniffa dikalahkan dalam bulan Julai 627 Masihi (Muharram 6 Hijrah) semasa ekspedisi Muhammad Bin Maslamah ra semasa itu Banu Haniffa dibawah pemerintahan ketuanya Thumamah Bin Uthal Al Hanifi yang telah ditawan dan akhirnya memeluk Islam pada tahun yang sama di Madinah.
Kerajaan Arab Saudi moden sekarang yang di tubuhkan pada 23/9/ 1932 adalah ke tiga dengan sokongan senjata dan kewangan British mengalahkan pemerintahan Ottoman Empire yang merupakan Khilafah terakhir Islam yang memerintah Timur Tengah.
Ia ditubuhkan oleh keturunan ke 7 daripada Ibnu Saud iaitu Abdulaziz Bin Abdul Rahman Bin Faisal Bin Turki Bin Abdullah Bin Muhammad Al Saud dengan memasukkan Hijaz yang ditawannya dari keluarga Bani Hashim, pada tahun 1924.
Pada 26 Dec 1915 Abdulaziz dan British menandatangani Perjanjian DARIN dimana Ibnu Saud telah menjadi sekutu British untuk mengalahkan Ottoman Empire.
Namanya hari ini yang dibuat melalui royal decree pada 23/9/1932 المملكة العربية السعودية bermakna “Kerajaan Arab Saudi” adalah dari nama keturunan mereka Al Saud dengan kata lain bahawa wilayah Kerajaan Arab Saudi adalah MILIK PERIBADI keluarga diraja Arab Saudi.
Kerajaan pertama di tubuhkan oleh Muhammad Bin Saud (محمد بن سعود ; meninggal 1765) pada tahun 1744 dibantu oleh pengasas fahaman WAHHABI, Muhammad Bin Abd al-Wahhab (meninggal 1791) dimana keturunan mereka berdua masih berkuasa di Arab Saudi hingga hari ini.
Hal agama dipegang oleh keturunan Ibnu Abd Al Wahhab, dikenali sebagai “As Sheikh” dan pemerintahan ditangan keturunan Ibnu Saud yang mana Islam terbatas hanya pada rakyat dan mereka boleh berbuat apa saja, melanggar perintah Allah dan Rasullulah saw, kemewahan yang melampau dan terbaru putera mahkota Muhammad Bin Salman secara peribadi, mengarahkan supaya dibunuh pengkritiknya, Jamal Khashoggi dengan mayatnya dipotong dengan gergaji tulang KETIKA MASIH HIDUP dan dilarutkan didalam asid di consulate mereka di Istanbul pada 2/10/2018.
Sehingga hari ini umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa keluarga Ibnu Saud adalah pembela Islam kerana mereka adalah penjaga dua buah masjid paling suci dalam Islam.
Namun semua kita tertipu kerana mereka sebenarnya adalah BONEKA ZIONIS yang mana bertapaknya YAHUDI EROPAH keturunan bangsa Khazar dari Selatan Russia di Palestine adalah kerana juga bantuan keturunan Ibnu Saud yang menjadi boneka British, dengan bantuan senjata dan upah £5 ribu setahun, bermula dengan jatuhnya Jerusalem dari Ottoman Empire ketangan British pada tahun 12 Dec 1917, dan seterusnya penubuhan Israel pada tahun 1948 ketika Palestine dibawah jagaan (mandate) British.
Dalam Perang enam hari 5-10 Jun 1967 diantara Israel dengan Mesir, Jordan dan Syria tidak seorang pun tentera Arab Saudi terlibat.
Sehingga artikel ini saya tulis kerajaan Arab Saudi telah meminjamkan kepada US sebanyak RM682.8 billion dalam bentuk bond. Untuk tempoh diantara 2016-2026 USA akan memberi (bukan pinjaman) RM155.55 billion kepada Israel antara nya menggunakan wang yang dipinjam dari Arab Saudi.
“Reform” yang telah dimulakan di Arab Saudi, antaranya membuka cinema Di Arab Saudi dan berbagai bentuk hiburan lain, pelaburan dari Barat termasuk Israel, pelancungan dll adalah intisari daripada cadangan Jared Kushner, seorang Yahudi, menantu Donald Trump.
Jared Kushner dan putera mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman mempunyai hubungan terus melalui “hotline” dimana perisikan Saudi pun tidak dapat memintasnya.
Pada 7/9/2017 Mohammad Bin Salman telah melawat Israel secara rahsia untuk bertemu dengan pemimpin kanan Israel membincangkan kerjasama dalam berbagai peringkat. Namun keadilan untuk rakyat Palestine terus di abaikan dan Israel tetap terus melakukan “war crime” disana membunuh lelaki, perempuan, orang tua dan kanak kanak.
Keluarga di Raja Arab Saudi @ Tanduk syaitan yang kini merupakan sekutu utama US & Israel hari ini mempunyai jumlah kekayaaan lebih dari RM6,000,000,000,000 (6 trillion).
Untuk mengira wang milik keluarga di raja Arab Saudi secara manual seorang diri tanpa berhenti akan mengambil masa selama 190,258.74 tahun (1903 abad) atau 7612 jenerasi bangsa manusia dengan andaian kiraan seringgit sesaat. Sejak Adam as manusia hanya telah melalui 8,360 jenerasi sahaja. Saya hanya ingin membuat perbandingan.
Andainya kiraan dibuat sekarang proses ini akan selesai pada penghujung tahun 192277, sekiranya kiamat belum terjadi.
Kiraan ini rasanya tidak salah kerana saya telah mengira jarak bintang dan galaksi yang jauh lebih sukar.
Ulama pendokong Ibnu Saud juga membenarkan hadith Najd ini namun mengatakan tanduk syaitan adalah dari Iraq dan Najd bermaksud “tanah tinggi”. Iraq belum ujud dizaman Rasullulah saw hanyalah Hijaz, Najd, Sham (Syria) dan Yemen. Iraq juga bukan terletak di timur Madinah malah di UTARA Madinah.
Para sahabat juga bertanya tentang “Najd kami”, ketika Nabi mendoakan “Syam kami” dan “Yaman Kami” maka PASTILAH Najd adalah SEBUAH kawasan yang bernama Najd, tempat asal keturunan Ibnu Saud tanduk syaitan.
Kenapa Rasullulah saw menyebut mereka sebagai tanduk syaitan? Bagi saya maksudnya mereka bukanlah lagi syaitan dari golongan manusia tetapi adalah sebahagian dari anggota badan syaitan yang sebenarnya kerana taraf kemungkaran mereka kepada Allah swt.
Di Arab Saudi harga nyawa manusia adalah apabila ia memuja rajanya, walaupun Rasullulah saw enggan mendoakan mereka.
You must be logged in to post a comment.