SEJARAH TEMERLOH

6

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang dan di tengah Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27’U dan 102°26’T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu akibat daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar “Bandar Ikan Patin”. Temerloh juga  mempunyai beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu.

Daerah Temerloh yang berkembang pesat pada hari ini mempunyai latarbelakang sejarah yang menarik. Menurut cerita seorang tokoh yang terkenal di Pahang iaitu Haji Zakaria Hitam, Bandar Temerloh yang ada sekarang berkembang dari penempatan sebuah kuala sungai di Sungai Pahang yang bernama Kuala Semantan. Beliau juga mengatakan bahawa nama lama bagi Temerloh ialah Kuala Semantan. Justeru itu adalah perlu untuk diketahui sejarah asal usul Kuala Semantan kerana dari sinilah lahirnya Bandar Temerloh.

Kuala Semantan pada asalnya merupakan sebuah kampung tua. Letaknya ialah di tanjung sebelah kanan kuala Sungai Semantan yang bertentangan dengan4 Kampung Bangau Parit. Mengikut ceritanya, nama ‘Semantan’  itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Perkataan ‘Semantan’ itu terbit dari perkataan ‘Seman Tahan’ . ‘Seman Tahan’ merupakan seorang Brunei yang menetap di tanjung sebelah kanan kuala, salah sebuah anak Sungai Pahang . Osman yang dikenali sebagai Seman ini merupakan seorang yang pandai bersilat dan banyak ilmunya. Disebabkan oleh kepandaiaannya,maka ramai orang yang tinggal di sekitar tempatnya datang berguru dengan Seman.

5

Disamping pandai bersilat, Seman juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama ‘Seman Tahan’ semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu.Oleh kerana kemasyurannya ini, maka nama ‘Seman Tahan’ diabadikan kepada sungai yang terdapat disitu .

15

Dari situlah nama sungai itu menjadi sungai Seman Tahan .Sungai Seman Tahan itu lama kelamaan menjadi sungai Semantan (mungkin untuk penyebutan yang mudah dan ringkas) dan kuala yang terdapat di Sungai Semantan masih kekal hingga ke hari ini . Oleh kerana ramai yang berpindah ke Kuala Semantan untuk berguru dengan Seman Tahan menyebabkan ia berkembang menjadi sebuah pekan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan yang terkenal semasa sebelum kedatangan British.

11

Bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku di Kuala Semantan , maka banyak kawasan-kawasan baru telah dibina untuk dijadikan kawasan penempatan .Nama Kuala Semantan dirasakan tidak bersesuaian dengan perkembangan kawasan baru ini kerana perkataan ‘kuala’ itu hanya meliputi kawasan sekitar pertemuan antara pintu Sungai Semantan dengan Sungai Pahang .Oleh kerana itu nama Temerloh telah diambil bagi menamakan kawasan yang baru berkembang itu.

1

Temerloh, sama dengan kawasan-kawasan lain di negeri Pahang, mendapat namanya melalui satu peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan. Menurut Haji Zakaria Hitam (mendapat cerita dari orang tempatan) nama Temerloh berpunca daripada perkataan ‘mereloh’.Ini berdasarkan pada satu peristiwa yang berlaku di sebuah anak sungai di kiri hilir Sungai Pahang bertentangan dengan Pulau Temerloh. Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut , beliau melihat seorang sakai yang asyik mereloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan kawasan yang baru dibuka itu . Pendapat yang mengatakan nama Temerloh itu datangnya dari perkataan mengeloh juga dipersetujui oleh beberapa tokoh tempatan lainnya seperti Ishak Haji Muhammad dan Haji Omar walaupun peristiwa-peristiwa yang mereka ketahui agak berlainan sedikit .

9

Kini Temerloh telah di iktiraf dan popular sebagai Bandar Ikan Patin. Rata rata masyarakat Malaysia mengenalinya dan bila berkunjung ke Temerloh adalah menjadi suatu yang tidak boleh di lupakan untuk merasai masakan tempoyak ikan patin di beberapa kedai yang popular di bandar ini.

Rumah Rakit Temerloh

Terkini, Temerloh telah di iktiraf sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung oleh Kerajaan Negeri Pahang. Mengikut kiraan matematik titik tengah itu terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu, Lancang, Temerloh.

 

Jambatan Lama Songsang

Artikel dari Portal JKR Temerloh.

Foto dari;

  • Kelab Temerloh  Koi.
  • Hamiosma
  • gambarklasik blogspot.
  • google

 

Advertisements