KE KUALA LIPIS

Masjid baru Kuala Lipis berhadapan dengan setesen keretapi K.Lipis.

Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

RESTHOUSE  KUALA LIPISRUMAH REHAT   K.LIPIS

Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.
banjir besar kuala lipis 1971
BANJIR BESAR DI LIPIS  TAHUN  1971
Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.
Rumah sakit Kuala Lipis tahun 1961
KAKITANGAN  RUMAH SAKIT KUALA   LIPIS
jambatan menghubungkan  kwe Bandar Baru  Lipis
JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN  KE BANDAR BARU LIPIS
KualaLipis-7102-Edit
BULATAN BANDAR BARU LIPIS
KualaLipis-7100-Edit
PENANDA KE BANDAR BARU LIPIS
MRSM GHAZALI SHAFIE
MRSM  TUN  GHAZALI  SHAFIE
PUSAT BANDAR K.LIPIS
PUSAT BANDAR  K.LIPIS
PUSAT BANDAR K.LIPIS
PUSAT BANDAR K.LIPIS
Terdapat satu lagi versi dari mana nama Kuala Lipis didapati.Nama “Lipis” juga adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis ( Pavetta indica). Memandangkan lokasi bandar ini terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan Kuala LipisSebelum kedatangan orang Inggeris pada tahun 1887, Kuala Lipis menjadi pusat perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan disekitarnya.Daerah ini dahulu dikenali Pahang Hulu atau Jelai, ianya diperintah oleh Maharaja Indera Perba Jelai merupakan gelaran bagi salah seorang Orang Besar Berempat di negeri Pahang dan Orang Kaya Indera Lipis (Orang Kaya Haji) memerintah di Kuala Lipis.

Latar Belakang Lipis

Sejarah Ringkas Daerah Lipis

Tahun Sejarah
Sejarah Awal Sebelum 1800 Masihi
1470M Hingga 1699M
  • Diperintah oleh Raja-Raja Pahang berketurunan Raja Melaka dan Johor Riau.
  • Orang Minangkabau yang berhijrah ke kawasan tebing sungai sekitar Hulu Pahang – mempengaruhi sistem politik dan budaya.
  • Kewujudan emas antara faktor utama penghijrahan orang Minang ke  Hulu Pahang. Mereka dikatakan menghulu Sungai Muar dan mudek Sg Pahang.

Peta Sungai

Sungai Lipis

Sungai Jelai

Sungai Lipis

Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.

Kemudahan Sungai
RUMAH RAKIT  KUALA LIPIS.
Bandar Lipis 1920
888888888888888888888888888888888888888
klipis.blogspot
Asrama Jururawat Kuala Lipis (photo klipis.blogspot)
Kesan daripada penjajahan British masih dapat dilihat pada bangunan-bangunan Kolonial di sekitar bandar Kuala Lipis seperti Rumah Rehat Bukit Residen, Kompleks Pejabat Kerajaan, Sekolah Menengah Clifford, Pahang Club dan lain-lain yang mana jelas memaparkan senibina kolonial yang membuktikan bahawa suatu ketika dahulu pihak penjajah British pernah menduduki dan mentadbir daerah ini.
 Tahun  Sejarah Zaman British-Pembukaan Pekan Lipis
 1863
  • Kuala Lipis dibuka oleh Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang
 1888
  • Pusat jual beli di Kuala Lipis menjadi Pekan Lipis
  • Deretan Kedai Kayu – oleh orang Cina
  • Rumah Perahu & Rumah Rakit di Sg.Jelai – milik peniaga asing / tempatan
  • Masjid tertua dibina iaitu Masjid Jamek Kuala Lipis (Masjid Lama)
 1889
  • Bermula sejarah pembangunan moden Bandar Lipis,penubuhan Pejabat Daerah dimulakan oleh British
  • Pahang Club dibina, Tokong Thean  Hou
 1898
  • Kuala Lipis diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang
 1890
  • Pembinaan jalanraya (208km)  K.Lipis – K.Lumpur dengan Batu Tanda ‘0’
 1910-1920an
  • Hospital, Pejabat Pos, Sekolah Clliford, Gurdwara Sahib (1916), Kompleks Pejabat Kerajaan, Landasan Keretapi, Rumah Kediaman Residen, pembinaan berstruktur Bandar Lipis dan lain-lain telah dibangunkan.
888888888888888888888888888888888
setesen keretapi kuala lipis
888888888888
CERITA DARI KUALA LIPIS

Pada pertengahan kurun ke-19 tanjung disebelah kiri hilir di Sungai Lipis ada sebuah kampung. Ianya dimiliki oleh Haji Wan Daud bin Wan Pahang yang dikenali sebagai Orang Kaya Setia Raja pada 30 Dis 1863.

Kedudukan Orang Kaya Haji di Tanjung Kuala Sungai Lipis mula terancam apabila Inggeris diterima menjalankan pentadbiran negeri Pahang yang bermula pada 1 Julai 1888. Ini adalah kerana tiada beberapa lama selepas J.P.Rodger menjadi Residen Pahang beliau telah mencadangkan hendak memindah pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis. J.P.Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis adalah lebih dekat dengan Kuala Lumpur benbanding dengan Pekan.

Photo-10---A-heritage-tour-of-Kuala-Lipis-jpg_023750

MUZIUM LIPIS

Cadangan kerajaan hendak memindahkan pusat pentadbiran dari Pekan Ke Kuala Lipis itu amat mendukacita Orang Kaya Haji. Beliau tidak bersetuju sangat kerana beliau tahu apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke tempat yang dipilih itu tentu sekali kampungnya akan dimasukan ke dalam rancangan itu. Orang-orang besar Hulu Pahang yang lain tidak juga bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Ini ialah kerana mereka percaya apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke Hulu Pahang tentulah susah mereka hendak menjalankan kerja yang biasa mereka lakukan seperti mengutip cukai dan sebagainya.

PEJABAT   POS  KUALA LIPIS
Walaupun telah diketahuhi bahawa Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan anak-anak Orang Kaya Haji. Anak-anak orang Kaya Haji yang diketuai oleh Wan Lingga bersetuju menerima bayaran sebanyak $200.00 sebagai harga tanah kepunyaan Orang Kaya Haji. Apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah marahnya Orang Kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.Disebabkan terjadi perkara yang tidak dingini maka pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai(Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang (Tok Gajah) untuk menyelesaikan perkara itu denga Orang Kaya Haji. Dengan tidak berlengah lagi maka Tok Raja Wan Muhamad menemui Orang Kaya Haji dan bercadangkan supaya diadakan suatu perundingan. Cadangan Tok Raja itu dipersetujui oleh Orang Kaya Haji.Ia diadakan si sebidang pasir disebelah hulu Kuala Sungai Lipis. Di atas pasir itu Tok Raja telah memakat supaya Orang Kaya Haji bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Tok Raja menjelaskan iaitu Orang Kaya Haji akan diberi tempat lain sebagai ganti tanahnya yang akan diambil oleh kerajaan.
O  KILOMETER LIPIS  ( PUSAT BANDAR LIPIS )

Sungguhpun berbagai hujah dikemukakan oleh Tok Raja dan juga Tok Gajah sebagai memujuk Orang Kaya Haji supaya bersetuju dengan rancangan kerajaan itu akan tetapi beliau (Orang Kaya Haji) masih berkeras. Sesudah Orang Kaya Haji menjelaskan pendirianya dengan berkata “Pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan kata-kata demikian, maka Orang Kaya Haji pun meninggalkan pakatan tersebut.Dengan keputusan yang dibuat oleh Orang Kaya Haji itu maka hapuslah segala harapan hendak menyelesaikan masalah tanah di Tanjung Sungai Lipis itu dengan jalan pakat. Perkara itu dimaklumkan oleh Tok Raja kepada pihak yang menyerahkan urusan itu kepadanya.Pihak Inggeris tidak puas hati dengan perbuatan Orang Kaya Haji itu. Sebab itu pihak Inggeris telah membuat fitnah dengan menyatakan Orang Kaya Haji itu gila. Kesudahanya Orang Kaya Haji ditembak mati dihadapan rumahnya dalam tahun 1889 itu juga. Jenazah Orang Kaya Haji, Haji Wan Daud bin Wan Pahang, di kebumikan di Tanjung Rambai, disebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya ditanjung sebelah kiri di Kuala Lipis.

Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang(Orang KayaHaji) dalam tahun 1889 itu maka matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul “Pemberontakan Pahang 1891-1895” 1972 menulis diantara lain seperti berikut:“Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Inggeris yang menceroboh menggangu haknya”Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara ini W.Linehan didalam sejarah Pahang JMBRAS VOL.XIV,Pt May 1936 menulis seperti berikut.

“The Sultan was deeply distreed at the death of acheif who had bee one of his most staunch adherents in the past and in after –year when it was suggested that the capital of Pahang shouid be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandoment of Kuala Lipis as the ground had been hallowed by blood-shed”

Kuala Lipis Photo

Rumah Rehat Kuala Lipis( photo dari badangperkasa.blogspot )

Kuala Lipis Photo
Madrasah Al Firdaus di Kuala Lipis yang dibina pada tahun 1888.( photo dari badangperkasa.blogspot )

Sumber :  Wikipedia
Photo dan artikel

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s