KE GUNUNG JEBAK PUYOH

Gunung Jebak Puyuh

Gunung Jebak Puyuh terletak bersebelahan dengan Gunung Senyum, dua bukit batu Gunung Jebak Puyuh terletak bersebelahan dengan Gunung Senyum, dua bukit batu kapur yang berada dalam daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Dipercayai Sungai ini mengalir di bawah Gunung Jebak Puyuh ini dan langsung sampai ke Gunung Senyum

Berbeza dengan bukit batu kapur lain yang ditemui di Malaysia, seperti Batu Caves, dan Gua Musang, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum berada di dataran tanah pamah ini memiliki keunikan yang tersendiri. Berusia hampir 240 juta tahun, usia yang menyamai era premian, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum menyimpan pelbagai warisan alam dan khazanah berharga buat negara ini.kapur yang berada dalam daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur. Berbeza dengan bukit batu kapur lain yang ditemui di Malaysia, seperti Batu Caves, dan Gua Musang, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum berada di dataran tanah pamah ini memiliki keunikan yang tersendiri.

Sewaktu ” Jungle Traking ” kita akan menjumpai pokok ini di percayai pokok ini telah hidup beratus ratus tahun

Berusia hampir 240 juta tahun, usia yang menyamai era premian, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum menyimpan pelbagai warisan alam dan khazanah berharga buat negara ini.

Berdasarkan kajian saintifik, bukit batu kapur ini terbentuk hasil mendapan organik di kawasan tersebut yang 240 juta tahun lampau merupakan lautan cetek. Kesan tindakan haba dan tekanan, mendapan ini membentuk batu kapur, kemudian, kesan dari pergerakan kerak bumi, batu kapur ini menonjol bersama dataran lautan cetek membentuk daratan baru, yang kita kenali sebagai Pentas Sunda. Kemudian, tindakan air hujan ke atas batu kapur ini memberi bentuk kepada batu kapur yang akhirnya membentuk gua-gua di dalamnya, seterusnya stalagmait dan stalagtait terbentuk. Memandangkan kedua-dua bukit ini, teletak di dataran tanah paman dan rendah, iklim yang terbentuk di dalam gua-gua di sini memiliki beberapa keistimewaan.


Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum berada berdekatan dengan Bandar Temerloh, Pekan Kuala Krau, dan Bandar Jengka, ia dikelilingi oleh hampir 4 buah kampung dan 4 kawasan rancangan Felda Jengka, Jengka terletak di bawah Daerah Maran. Kampung dan kawasan penempatan Felda yang berada di sekitar bukit ini ialah, Kg. Batu Sawar, Kg. Gunung Senyum, Kg. Rumpun Makmur, Kg. Pulau Pasir Mandi, Felda 21, Felda 22, Felda 23, dan Felda 25, secara kasar, jumlah penduduk di kawasan-kawasan tersebut ialah 9,500 orang penduduk. Bagi kawasan felda, tumpuan ekonomi penduduk di sini kebanyakkan ialah peladang di tanah rancangan felda, manakala di kawasan kampung, sebahagian penduduk bergantung pada hasil getah, sawit dan tanaman persendirian.

  • artikal di petik dari
  • selamatkangunungjebakpuyuh.blogspot.com
  • foto dari laman2 berkaitan.
  • dibawa ke topography explorer oleh hazaldin

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s