KE CENOR/M’KARAK/JERAM

Kem Topo di Pusat Sumber Mengkarak Pahang

Kem Topo di Pusat Sumber Mengkarak Pahang

map mengkarak Pahang

SBM di dalam kawasan masjid mengkarak

SBM JUPEM di dalam kawasan masjid Mengkarak

Setesen Bas simpang 3 ke Bandar Baru Bera/Teriang/Gugusan Felda Bera -  Temerloh  -   Chenor/Kuantan[melalui Jambatan Cenor]/Paloh  Hinai

Stn bas simpang 3. Temerloh – Cenor/Kuantan/Paloh Hinai/Kertau – Teriang/Bandar Baru Bera/gugusan Felda Bera

Kawasan menaikkan pasir dari sungai pahang mengunakan injin pasir

Kawasan menaikkan pasir dari sungai pahang mengunakan injin pasir Kertau Pahang.

Sekitar laluan dari Paloh Hinai/Cenor hingga ke persimpangan Temerloh – Bandar Baru Bera,laluan ini menyusuri Sg Pahang dan terdapat banyak tempat untuk menaikkan pasir dari sungai Pahang,salah satu darinya di Kg Kertau ini.

injin menaikkan pasir sungai pasir

Kelihatan Paip besar dan wayer merentangi Sg Pahang,di tengah Sungai itu adalah rumah rakit bagi menempatkan Engin Pump Pasir.

Macam biasa diakhir bulan kami mengadakan mesyuarat bagi membincang kan progress kerja yang telah dilakukan dan yang akan dijalankan . Bagi bulan Oktober saya telah diarahkan menjalankan kerja ukuran Titik Kawal Bumi sekitar Puncak Alam, Ladang Tuan Mee,Assam Jawa. Sg Buloh dan sekiatarmya,untuk kerja Titik Kawal Bumi Ldg Tuan Mee ini saya telah menjalankan kerja cerapan Base di Point GPS Jeram.[ GPS 17 ]

medan ikan bakar pantai Jeram 2

Jeti Jeram

Setesen GPS Jeram ini terletak di tepi laut dan kawasan sekitar Point ini telah begitu banyak berubah jika dibandingkan dengan 5 tahun lepas.Tempat ini telah dijadikan medan ikan Bakar lengkap dengan kemudahan kemudahan awam seperti tandas, surau,kedai gunting rambut dan kedai kedai yang lain.

Kelong di Pantai Jeram

Kelong di Pantai Jeram Selangor

Untuk ke Point GPS 17 ini jika melalui Assam Jawa,anda akan melalui pekan Sg Buloh terlebih dahulu dan selepas itu akan menemui Balai Polis Jeram disebelah kiri selepas itu lihat ke sebelah kanan anda akan lihat nama jalan JALAN PANTAI JERAM, belok kekanan dan jalan terus ke Pantai, anda akan menemui RESTORAN IKAN BAKAR.Mengikut penduduk disini Restoran Ikan Bakar Ini sangat Popular disekitar ini,dan sangat sesuai jika membawa keluarga untuk menjamu selera.

Point GPS  17 Pantai Jeram.

Point GPS 17 Pantai Jeram.Batu Aras JUPEM di mana di sini terdapat nilai kordinat dan nilai ketinggian sesuatu tempat

Map of Jeram Selangor

Setesen  GPS  17  Jeram.Setesen GPS ini telah di bina hampir 20 tagun.

Setesen  GPS  17  Jeram.Setesen GPS ini telah di bina hampir 20 tahun.

Itu bagi kerja bulan Oktober,bagi kerja bulan November ini saya telah di arahkan olih Bos En Mustafa bagi menjalankan kerja membina tanda aras sekitar laluan Paloh Hinai – Mengkarak.Paloh Hinai ini didalam Daerah Pekan Pahang,disekitar laluan ini [ Paloh Hinai – Menkgarak ]terdapat kampung Tradisi melayu tetapi sepanjang laluan ini tersangat sunyi kerana kurang terdapat perumahan jika ada pun jarak antara satu rumah dengan rumah yang lain agak jauh, jika menjerit dari satu rumah mungkin tidak dapat didengar olih rumah yang lain.Keadaan begini hingga lah sampai ke Kampung Chenor Seberang selepas itu jarak antara rumah dengan rumah yang lain agak sudah rapat.

Kem Topo di Balai Penghulu Chenor Pahang

Kem Topo Barat di Balai Penghulu Chenor Pahang.

map of Chenor Pahang

 

Sewaktu menjalankan tugas ini group kami tinggal di kem yang sama dengan group En Nizam iaitu di Rumah Penghulu Chenor Seberang,mengikut PA Penghulu Chenor Cik Suhaila rumah Penghulu ini ditinggalkan disebabkan dilanda banjir pada tahun 2007 lepas hingga sampai ke siling rumah dan Balai Penghulu itu.

operasi membersih sekitar balai penghulu chenor

Balai Penghulu Chenor

Kem Topo B.Penghulu Chenor

Tidur penat keja la…

No tel Pejabat Penghulu Chenor Seberang : 09 – 2795440

Bagi bulanDisember ini kami sambung kerja bulan lepas tetapi tinggal di kem yang lain pula, dengan kerjasama dari ketua kampung Kg Mengkarak kami dibenarkan tinggal di Pusat Sumber Kg Mengkarak.Disini terdapat 4 bangunan yang di miliki oleh penduduk Kg Mengkarak.Balai Raya lama, Perpustakaan,Tadika dan Balai Raya yang di jadikan bangunan Pusat Sumber,di Pusat Sumber ini terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk para penduduk Kg Mengkarak diantaranya ialah,kemudahan Internit percuma,bianding,mesin photostat percuma dan bangunan ini juga menjadi tempat para penduduk Kg bermesyuarat dan lain lain aktiviti termasuk perjumpaan yang dijalankan setiap 2 kali seminggu iaitu Amanah Ikhtiar.


 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s