GANYANG MALAYSIA 1963 ….

“Ganyang”, “hancur”, “jatuh” dan yang sama erti dengannya merupakan satu perkataan yang mudah untuk diungkap. Lagi-lagi jika ditiup dengan api kemarahan, kebencian, prejudis dan yang lebih murni, kekecewaan.

Di Malaysia sendiri, saya sering mendengar dan kadang kala meneriak juga kata-kata seperti “Hancur BN”, “Jatuh Mahathir” dan yang sebaya maksudnya apabila keadaan dan suasana memerlukan saya berbuat demikian.

Saya sekarang berada di Jakarta dan Insya Allah akan meraikan hari lebaran (Hari Raya di Malaysia) 1430 Hijrah di tanah seberang. Sungguhpun ini bukanlah kali pertama saya ke Indonesia, saya pasti tidak terlepas untuk dipertanyakan tentang hal-hal yang membangkitkan rasa panas dan sensitif di sini terhadap Malaysia. Daripada isu pencerobohan armada Tentera Laut Diraja Malaysia di Ambalat (tidak pasti sama ada ia benar terjadi) yang sedang di dalam peringkat rundingan kedua-dua negara, kes Manohara, kes Malaysia sebagai pengeksport pengganas, isu maling (gelar untuk pencuri) lagu-lagu dan adat budaya dari Indonesia (yang terkini isu tarian pendet dari Bali), penindasan terhadap TKI dan beberapa lagi.

Oleh kerana akan berada di sini agak lama juga, saya membuat keputusan untuk menyewa kosan, istilah untuk bilik yang disewakan secara kontrak mengikut tempoh-tempoh tertentu. Agak mengejutkan juga apabila teman saya di sini menasihatkan untuk tidak mendedahkan identiti bahawa saya orang Malaysia kerana mungkin nanti dicurigai sebagai pengganas (terima kasih kepada Noordin Mat Top) dan yang sama erti negatif dengannya. Hal ini tidak dapat ditutup kerana pemilik kosan ini meminta saya memberi salinan KTP (Kartu Pengenalan Diri), maka akhirnya saya memberitahu pemilik yang saya panggil “Ibu” asal usul saya.

Syukur semuanya positif walaupun bertalu-talu juga disiasat dan setelah itu dipersoalkan tindakan-tindakan yang dilakukan Malaysia terhadap Indonesia, mujur saya tidak memberi apa-apa respon selain mengangguk dan tidak cuba untuk membuka diskusi, takut-takut nanti dihalau keluar. Jelas yang tergambar di sini adalah sikap sebahagian masyarakat Indonesia yang senang terpedaya dan termakan emosi nasionalisme sempit yang disensaikan oleh media-media di Indonesia, kebebasan media yang dirayakan setelah kejatuhan Suharto. Layari sahaja forum-forum anti-Malaysia dan juga anti-Indonesia untuk melihat betapa parahnya kebencian yang sedang merebak luas ini.

Namun di satu sisi yang lain, teman-teman saya di kalangan penulis, aktivis NGO, pemuzik, pencinta sukan pemotoran, pencinta kembara, pekerja seks, teman tapi mesra (TTM) dan bermacam-macam lagi mengalu-alukan kedatangan saya ke tanah mereka dengan hati yang gembira dan terbuka. Mereka ini sama seperti masyarakat Indonesia lain, sering menonton berita yang hampir setiap masa menghiasi kaca televisyen dan membaca surat-surat khabar harian yang dijual di mana-mana hatta di persimpangan jalan. Namun apa yang membezakan kelompok ini dengan yang lain adalah mereka inginkan maklumat yang seimbang dan berdasarkan fakta berbanding semangat dan emosional bersuntik nasionalisme melampau.

Kelompok ini cuba untuk memahami isu sebenar dengan melayari internet dan bertukar-tukar informasi dan pandangan terutama melalui Facebook, membaca buku di toko-toko yang bersepah di sini dan lebih ekstrem, membeli tiket murah AIr Asia atau Tiger Airways untuk turun sendiri melihat realiti. Namun ini semua tidaklah pula mengurangkan semangat cintakan negara mereka, bahkan semangat itu akan lebih baik dan mendalam kerana didasari dengan maklumat dan ilmu pengetahuan.

Saya sebelum tiba di Jakarta menghabiskan beberapa hari di Singapura untuk menghadiri festival muzik indie terbesar di sana, Baybeats 2009. Festival yang diperkenalkan pada tahun 2001 ini menjadi medan berhimpun pemuzik terutama asal Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina untuk berkongsi tempat dan pentas yang sama untuk menghibur dan saling mempelajari. Pergaulan saya bersama beberapa pemuzik mereka memperlihatkan bahawa apabila sikap ingin tahu dan komunikasi telah dicipta, segala prejudis dan kebencian yang dimomok-momok akan perlahan-lahan hilang.

Malaysia ganyang Malaysia

Hal ini mengingatkan apa yang terjadi di negara kita apabila sejak beberapa tahun kebelakangan, bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang semakin kurang dikibarkan tatkala menjelang hari kemerdekaan. Apa puncanya? Jawapannya pelbagai, ada yang berkata bendera kebangsaan telah dieksploitasi oleh parti pemerintah seolah-olah menjadi milik mereka kerana formula Matematiknya seperti ini, Jalur Gemilang = Negara Malaysia = Barisan Nasional. Maka rakyat yang tidak menyokong kerajaan memerintah membuat keputusan untuk tidak menzahirkan rasa patriotik yang sama rasa membuaknya. Ini hanya satu, banyak lagi.

Sambutan kemerdekaan tahun ini pula dihangatkan dengan banyak pendedahan di laman Facebook dan juga blog tentang bagaimana bendera Malaysia dan lagu kebangsaan kita diciplak. Hal ini boleh dibaca lanjut dengan melayari laman blog saudara Hishamuddin Rais di http://tukartiub.blogspot.com. Menariknya pendedahan-pendedahan yang disiarkan ini dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri dan turut dibincangkan secara meluas di kalangan rakan-rakan secara jenaka mahupun serius. Satu perkara yang boleh disimpul di sini adalah hal-hal sebeginilah yang akan membuatkan rasa kecintaan kepada sesuatu negara itu akan lebih asli dan tidak dipaksa-paksa kerana cinta ini, seperti cinta berlainan atau sesama jantina harus datang dengan satu rasa iaitu, kejujuran.

Musuh bersama

“Ganyang Malaysia” yang sering diteriak dengan emosi membuak itu tidak lain tidak bukan merupakan rentetan dari banyak perkara yang sering terjadi di antara dua negara yang mempunyai hubungan yang sangat dinamik. Munculnya gerakan Reformasi di Indonesia yang membawa kejatuhan Suharto dan diikuti di Malaysia setelah itu ekoran pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membawa hubungan kedua negara ini ke arah yang tidak menentu.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir secara bijak menggunakan imej-imej negatif demonstrasi dan keganasan yang terjadi di Indonesia untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin membuat perubahan yang diseru oleh parti-parti pembangkang yang membentuk Barisan Alternatif. Walaupun kondisi ekonomi, politik dan sosial di Indonesia mempunyai banyak perbezaan, itu tidak pernah menghalang media-media arus perdana di Malaysia yang dikawal pemerintah untuk memperlecehkan gerakan ke arah demokrasi yang terjadi di sana.

Lebih sedekad berlalu, Indonesia secara relatif mempunyai demokrasi yang boleh dibanggakan dan ekonomi yang semakin berkembang walaupun romantisme era Suharto masih terdengar di sana-sini dan media-media di Malaysia juga sudah mulai berkurangan menulis mengenai Indonesia secara negatif. Lalu apa yang terjadi pula adalah sebaliknya apabila media-media di Indonesia menyerang secara bertubi-tubi dan emosional terhadap setiap kesilapan yang dilakukan Malaysia baik oleh warga atau negara. Memang diakui ada kesilapan yang dilakukan di pihak Malaysia walaupun ada yang boleh diperdebatkan terutama tentang adat dan budaya. Namun untuk meneriak “Ganyang Malaysia” dan mendendang kata-kata perang dengan mudah tanpa berfikir panjang memperlihatkan bagaimana warga mudah dibeli emosi dan semangat mereka untuk kepentingan yang dicurigai.

Banyak teman di Indonesia mengatakan situasi yang terjadi sekarang tidak akan bertambah buruk jikalau tidak dieksplotasi oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan hal-hal politik domestik Indonesia. Tanpa niat menghina perasaan terluka sebahagian rakyat Indonesia yang benar-benar diinjak maruah mereka, saya bersetuju kerana hal sama juga yang terjadi di Malaysia apabila pihak-pihak tertentu terutama pemerintah sering mencari musuh bersama untuk rakyat dikhayalkan daripada hal sebenar, contoh Singapura.

Ada tercatat bahawa, “Ganyang Malaysia” yang dikepalai Sukarno dahulu gagal kerana didakwa ada unsur sabotaj dalaman dari Angkatan Darat mereka yang mendapat arahan daripada jeneral pada waktu itu, Soeharto. Jadi perang tidaklah semudah yang disangka terutama untuk rakyat biasa yang berkobar-kobar, kelak mati katak dan pemimpin sentiasa di ranjang menikmati malam.

Menerusi diskusi-diskusi di forum, kita akan berhadapan dengan kelompok cinta damai Malaysia-Indonesia yang kontradiksi apabila semangat kebencian diarahkan pula kepada orang Cina dan Yahudi terutamanya. Musuh bersama yang sering dicipta untuk kepentingan yang bermacam-macam, pastinya bukan cinta jenis ini yang diajar oleh Tuhan kepada umatnya.

Maka dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat terutama generasi muda Malaysia dan Indonesia untuk tidak tunduk kepada permainan media dan pemimpin-pemimpin politik yang tidak rasional. Beza kita dengan generasi terdahulu adalah kekayaan khazanah maklumat dan ilmu pengetahuan di depan mata, hanya tinggal kita mahu atau tidak.

Terakhir ada juga pertanyaan dari teman-teman di sini yang ingin tahu apakah dasar luar Malaysia terutama berhubungan dengan Indonesia jika kelak nanti Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memerintah? Adakah lebih baik daripada sekarang? Pastinya rakyat Malaysia juga ingin tahu.

respon kepada Ganyang Malaysia…

maling shit Says:
thats why, indonesia, inspite of its rich resources, and huge population, cant get far, in the global scenario. They, as people, are their own worst enemy. The politics and leaders are champion in playing with its people’s emotions, and sentiments, rather than focusing in channeling the people’s energy, enthusiasm, spirits, towards nation building programmes and efforts. Patriotism has ben set & defined on how well you shouted and demonstrate, not so much on how well you research, you build, you invent, you trade, you innovate.
The leaders know only too well, that due to poverty and poor education, the masses still believe in black magics, myths, ghosts, human super powers, and not much open global and scientific minds. You cant expect much, since the leaders are virtually from same line of ex-leaders of corrupt manipulators; ex army generals (who were very corrupt when in power), old school leaders (either linked to sukarno, or suharto, old schools), children & relatives of dictators, etc. No new blood of reasons and intellects. This is the disadvantage when a country has big gap, between the super rich and the super poor. they need to develop more middle class, the moderating factors, a critical ingredient in any successful & stable social structure. UNless, they, as a people, can overcome these balls & chains, that imprisoned & dragged them down; they, as people, are not really free people. Easily swayed, manipulated, played, by their own leaders, like pawns. Like puppets with strings.
Better education can help in this. Better distribution of wealth and rejuvenated internal economic activities, enjoyed by all, can help solve this. They do have every reason, to set themselves free. From their own selves. they have to be very brave & face the mirror. If they can find the formula to get out of this velvet traps, they have every ingredients needed to become a great nation and potentially a world power to be reckoned with. INdonesia, need a good leader. Not just another charismatic personality like sukarno, (hitler was a charismatic fella too, a great orator as well), not another corrupt general, not another children of elitist group, but a proper representation of ordinary people, well balanced intellectual, and global thinker. If charisma is needed, it is more of gandhi’s, a uniting peace loving leader, or hamka like personality, rather than a stalin, or mao tze tung type of one man show, kill all, charismatic dictators.
After suharto, habibie was almost excellent new blood. Strange that indonesia then change to daughter of dictator, and another guy who is popular for sleeping in office. If that was reformasi, it certainly does not look any better than previous ones. For now, SBY is the nearest to such great potential, to drive indonesia to global greatness, compared to all other candidates, and he can pave way for the coming of better ones. Indonesia, wake up. Windows of opportunity are not always there waiting for you. Your best of friends, may not be the ones who say and do what you like to see or hear, but, who will tell you what you really are. Like mirrors. If you ugly, the mirror will tell you that you are ugly. Like medicines, its bitter, but it cures. Wake up, or, you are going towards self destruction. It wont be external factors that destroy you.

  1. Kafir musyrik munafiquun Says:

Saya masih teringat TKI di saudi, dan di timur tengah yang lain, di seksa, di ikat dan di jadikan hamba seks. Saya teringat TKI di singapura yang di kurung bagai binatang, diberi makan babi walaupun islam. Tiada pula Ganyang Arab atau Ganyang Singapura. Saya masih teringat Pelajar Indonesia di Australi di ludah, di cerca, atas masalah di timur leste. tiada pula ganyang Australi. Saya teringat, tentera laut indonesia masuk ke kawasan malaysia, di ambalat, 13 kali, tiada pula malaysia mengutarakan ganyang indonesia.
Sudah terbukti, lagu ternag bulan itu asalnya dari perancis, di mashor kan oleh kelasi kelasi kapalnya beratus tahun dulu, tiada pula saya dengar pembetulan di media indonesia. Sudah terbukti, discovery channel suah meminta maaf atas kesilapan yang mereka buat mengenai tarian pendet, senyap sepi media indonesia.

SEBENARNYA APA yang kalian mau, bukan perkara perkara ini dong. ada yang tersirat dan tersembunyi, dan permainan yang sangat kotor. Saya benar benar terpegun apabila membaca tulisan kalian, dan yang ada di blog blog lain mengenai ganyang malaysia. Utmost dumbfounded. sebelum ini, bertahun tahun saya pusing memikirkan bagaimana arab sama arab , muslim semuanya, bisa berbunuhan, tanpa belas kasihan. kadang kadang, berbunuhan atas sebab sebab kecil duniawi, dan kadang kadang atas sebab sebab bisikan bisikan yang membenci dan yang batu api. kadang kadang kebenaran itu terlalu jelas, tapi masih tak nampak. itu yang dikatakan, di butakan mata dan hatinya. tetapi.

Setelah melalui blog blog ini, dan benar benar melalui dan mendalami perasaan marah benci yang amat sangat sekumpulan manusia yang sepatutunya bersaudara, dari segi sejarah, bangsa, budaya, agama, sehingga sanggup membunuh, atas nama nasionalisma, atas nama budaya, atas nama lagu, atas nama tarian; maka, terjawablah segalanya. jelas sekali peringatan Rasulullah S.A.W. pada khutbah baginda yang terakhir. Iblis tidak dapat lagi memecah belah kan dan merosak kan kamu atas perkara perkara yang besar, maka, berhati hatilah atas perkara perkara yang kecil. Setiap muslim itu di wajibkan menjaga hak muslim yang lain, dan tidak dibenarkan menyakiti sesama sendiri. tiada beza antara kamu kecuali iman dan taqwa. jelas sekali peringatan yang dikasihi Rasulullah S.A.W. malangnya, blog blog ini, dan tulisan tulisan ini, membuktikan, di kalangan hati hati dan jiwa manusia, ada yang lebih besar dari Rasulullah. malangnya, di hati hati dan jiwa jiwa ini, ada yang lebih besar dari AlQuran dan Sunnah. Jahil itu bukan milik ekslusif para penyembah berhala di Mekah zaman Nabi S.A.W. Kegelapan hati dan pemikiran itu jelas tersebar ke akhir zaman. Nafsu dan Nasionalisma adalah tuhan baru, berhala baru, walaupun, lidah masih bisa mengucapkan syahadah. Rasulullah S.A.W jelas mengingatkan, mengenai yang mati perang bukan semuanya shahid. Yang shahid hanya yang mati untuk Allah, yang lain, yang mati untuk mempertahankan kota, hanya mati untuk kota….

di petik dari ThemalaysianInsider-Zulhabri Supian

Menjawab Ganyang Malaysia

Ketika berkembara ke Bali Jun lepas, kami ditanyakan beberapa kali orang tempatan tentang isu Putra Kelantan dan Manohara. Saya tak tahu mahu menjawab apa. Pertama kerana saya tidak mengikuti isu tersebut. Bagi saya gossip-gossip rumahtangga V.I.P tak lebih dari gossip artis. Itu bukan berita yang saya cari di suratkhabar(koran), apatah lagi untuk saya ikuti perbincangannya diforum. Pendek cerita saya tidak berminat. Cerita-cerita begini kalau kita cerita panjang sehari semalam kita pon tak akan dapat penyelesaiannya. Yang bertambah cumalah tanggapan-tanggapan yang belum pasti lalu bercambah menjadi fitnah. Astagfirullah. Kedua kerana saya tidak selesa untuk mengulas persoalan sensitif ini, saya sedar saya sedang bertamu ditempat orang. Ada adab yang perlu dijaga.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku di Indonesia sekarang (demo dan kebencian terhadap Malaysia), saya juga tidak begitu mengambil kisah. Saya terjumpa banyak forum dan blog Indonesian yang membincangkan tentang hal ini (ketika membuat sedikit research sebelum bercuti), tak satupon yang saya ambil kisah. Baik forumer dari Indonesia yang melontarkan tuduhan entah apa-apa terhadap Malaysia. Atau forumer dari Malaysia yang gagal menangani secara berhikmah dan beradap, kedua-duanya memualkan. Seperti kanak-kanak berebut ais-krim di tengah panas, sedangkan ais krim sedang mencair dan mengotorkan tangan mereka. Akhirnya, kedua-dua pihak hanya mendapat kotoran. Kerana bagi saya, cuma orang yang buta sejarah dan tuli budaya yang bergaduh berebut budaya bangsa serumpun. Nanti, jangan marah dulu kawan, sila baca hingga selesai. Walaupun mulanya saya tidak peduli, tetapi satu gambar yang terpapar di FB membuat saya terpanggil unutk menulis di sini. Sebahagian kamu, tahu apa gambar yang menjentik saya.

Saya bukan ahli sejarah atau ahli budaya, saya cuma orang yang berfikir. Kami, di Malaysia sebelum mempelajari Sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang agung, kami belajar dulu tentang sejarah Asia Tenggara. Kami belajar dulu tentang kerajaan-kerajaan awal di Nusantara. Itu termasuklah antaranya kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Kerajaan Islam Pasai. Kerana, menurut sejarahnya Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara adalah asalnya dari darah kerabat Srivijaya. Dan Parameswara yang kemudian memeluk Islam dengan nama Iskandar Shah berkahwin dengan Puteri Pasai. Kedua-dua kerajaan Srivijaya dan Majapahit adalah empayar besar yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke segenting-kra (sekarang Patani), malah Majapahit lebih meluas empayarnya meliputi seluruh Borneo dan Philiphine. Dengan kata lain sahabat, kita pernah senegara. Perlu diingat, Srivijaya atau Majapahit bukanlah pembuka Semenanjung Tanah Melayu. Telah ada penduduk asal disitu sebelum kedatangan mereka. Dari mana asalnya Melayu? [baca sini http://en.wikipedia.org/wiki/Malays_(ethnic_group)%5D

Keagungan Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada 1511. Tarikh berdarah bangsa kami. Walaubagaimanapun, lebih seratus tahun kemudian, Melaka direbut British. Selepas Melaka tumbang, pemerintahan beralih ke Johor yang pada masa itu dikenali sebagai Kesultanan Johor-Riau-Lingga atau Empayar Johor. Sumatera dan Jawa pula masih dipegang Belanda. Untuk mengelakkan perbutan dan kerugian, mereka (British dan Belanda) sesuka hati membahagikan kita kepada dua bahagian. Ya sahabat, kita berpisah bukan kerana berbeza ideologi seperti mana berlaku kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Kita dipisahkan oleh penjajah yang tak menghormati hak kita sebagai orang asal. Kemana Johor dan kemana Riau?

Lalu bagaimanakah kamu mahu undurkan penularan dan perkongsian budaya yang telah bermula beratus tahun dahulu?
Indonesia dan Malaysia bukanlah jauh sangat. Berperahu saja sudah sampai. Buktinya kira saja berapa ramai PATI (pendatang asing tanpa izin) dari Indonesia mendarat diperairan Malaysia setiap hari. Dari sejarah awal manusia hinggalah sekarang, orang-orang yang berhijrah ke tempat baru cenderung membawa budaya meraka sendiri. Lebih-lebih lagi jika berlaku penghijrahan secara besar-besaran dari sesuatu bangsa. Contohnya bangsa Cina, mereka terkenal dengan penempatan yang dikenali sebagai ‘Chinatown'[lihat senarai disini http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chinatowns%5D. Wujud dibanyak negara termasuk sebelah barat dunia. Terjadi kerana penhijrahan yang besar, mereka mendirikan kampung, mempunyai struktur masyarakat dan menjalankan aktiviti seharian bersama-sama. Mereka juga membawa bersama budaya mereka. Pernahkah kau melihat orang Cina menyambut tahun baru dengan pokok krismas? Mereka tentu menyambut dengan Tarian Naga atau Tarian Singa Walaupon mereka sudah bertukar warganegara. Walaubagaimanapun, mereka tersimilasi juga dengan budaya tempat mereka duduk sekarang. Terutamanya budaya berfikir dan juga menguasai pertuturan tempatan. Semakin maju mereka, semakin ramai orang Cina keluar dari Chinatown dan hidup seperti kebanyakan warga asal.
Kamu mungkin tak tahu saya pernah mengambil subjek Gamelan semasa diuniversiti. Ya, kami juga ada gamelan. Di sebelah Utara semenanjung Malaysia, ada muzik yang mirip dipanggil Cak Lempong. Sewaktu kanak-kanak saya pernah menonton persembahan kuda kepang dan barongan ketika keramaian majlis perkahwinan masyarakat Jawa. Sekarang sudah banyak berkurang kerana ia selalu dikaitkan dengan unsur pemujaan dan syirik yang menyalahi Agama Islam. Kalau kamu datang ke sini, kamu akan terperanjat betapa miripnya kita. Kami pandai menghasilkan tempe. Kami makan lontong, lodeh, sambal goreng, urap, semur dan soto juga menggemari pecel. Ya tentulah rasanya berbeza, tapi kemiripan tetap ada. Begitu juga batik, batik Terengganu dan Kelantan misalnya jauh berbeza dengan batik Jawa. Motifnya, warnanya berbeza, hanya nama saja yang sama. Dari mana datangnya semua itu? apa kami sengaja datang ke Indonesia lalu meniru, kalau ia, bagaimana ia boleh menjadi budaya kami? budaya perlu masa panjang untuk meresap dalam masyarakat kawan! Perpindahan budaya itu boleh saja berlaku beratus tahun dulu, seawal zaman gemilangnya Majapahit dan Srivijaya. Mereka menakluk, menghantar kuasa, menghantar budaya termasuk alat muzik dan mungkin juga bahasa (lihatkah berapa besar pengaruh Bahasa Belanda dalam Bahasa Indonesia). Kerabat Istana zaman dahulu ditandai dengan alat-alat kebesaran, jadi mereka perpindah membawa alat kebesaran yang termasuk didalamnya alatan muzik dan sebagainya.

Selain itu banyak budaya dibawa oleh datuk moyang kami yang berhijrah dari pulau-pulau dinusantara ke semenanjung ini lebih 100 taun dulu, membuka penempatan-penempatan baru dan membina stuktur masyarakat yang unik. Ada orang Jawa, Bugis, Banjar dan Minang bercampur dengan masyarakat Melayu semenanjung tapi kami jarang melihat pada perbezaan, kami selalu lihat pada persamaan. Keturunan itu semua terasimilasi kedalam masyarakat Melayu. Jika kamu menyusur kampung-kampung di Johor kamu akan jumpa nama yang tak asing bagi kamu, Kampung Parit Jawa, Kampung Parit Bugis. Itu saja sudah menunjukkan bagaimana mereka tak dapat berpisah dengan budaya asal mereka. Itu belum lagi mana-mana kampung yang diberi sempena nama pembukanya seperti Kampung Parit Madirono, Kampung Parit Sonto, Kampung Parit Haji Kaspan. Hahaha.. nama apa itu kalau bukan nama Jawa? Kalau kamu mahu claim kami meniru, claim lah pada arwah datuk moyang kami, yang entah2, dari keturunan datuk moyang kamu juga. Ya.. siapa tahu, kita mungkin saja bersaudara.
Hmm.. bila berbicara tentang ini, ada pula yang kata Semenanjung Tanah Melayu sepatutnya milik Indonesia, kerana dimajukan oleh orang yang asalnya dari Indonesia. Nanti! jangan terlalu gopoh kawan..
Ketika datuk moyang kami berhijrah kesini, Indonesia belum lagi wujud. Yang ada hanyalah Nusantara. Tak ada sempadan negeri, tak ada Kastam dan Imigressen. Masyarakat yang berasal dari Indonesia banyak terdapat di sebelah Johor dan Selangor. Negeri Sembilan pula terkenal dengan masyarakat Minang yang masih mempraktikkan adat Pepatih. Datuk nenek moyang kami yang mungkin dari keturunan datuk nenek moyang kamu bila berhijrah ke sini, telah menjadikan negeri ini tanah air mereka. Mereka mengembang keluarga dan keturunan di sini. Malah keturunan yang lahir itu kemudiannya juga telah berjuang untuk kemerdekaan negeri ini. Jadi kalau kamu jumpa orang-orang Malaysia yang berketurunan Jawa atau Bugis atau Banjar misalnya, sepicing pon mereka tidak ragu-ragu Malaysia adalah tanah air mereka, bumi tempat mereka lahir dan membesar, menuntut ilmu, meraih rezeki dan berkeluarga. Namun seperti saya, saya tidak menolak asal keturunan saya dari Tanah Jawa. Perkahwinan campur anatara entik bukan lagi perkara pelik, jadi jangan kecewa jika mereka jadi Jawa tak Jawa, Bugis tak Bugis, Minang tak Minang. Semua campur-campur jadi Melayu.

Okey, di atas tadi saya sudah ceritakan 2 cara budaya berkembang dan menular ke tempat lain iaitu (1) Penaklukan, (2) Penghijrahan. Ada satu lagi iaitu (3) Penyebaran Agama. Penyebaran agama dan penaklukan saling berkait. Pedagang-pedagang dari Jazirah Arab membawa Syiar Islam ke Nusantara. Di Johor, Tarian Zapin mempunyai pengaruh kuat muzik Yaman. Kerajaan awal seperti Majapahit dan Srivijaya terpegaruh kuat dengan agama Hindu dan Buddha. Sebab itu terdapat kemiripan tarian dari Bali dengan kostume Tarian Mak Yong. Wayang kulit juga memaparkan cerita yang sama. Kisah Cinta Rama dan Sita serta Hanuman. Jangan sangka Rama, Sita dan Hanuman itu Balinese. Epik Rama dan Sita datang dari pengaruh Hindu yang berakar dari India. Nah! Kamu juga meminjamkan? Jepun adalah bangsa paling giat meminjam. Kalau bukan kerana itu, kita tak dapat memandu Honda atau Toyota sekarang. Walaupon kami selalu memaparkan tarian singa sebagai tarikan pelancongan, negara China tak pernah pula bising-bising. Dalam pada dituduh pencuri, kami juga kecurian. Lambakan pekerja dari Indonesia, halal dan haram, mencuri peluang pekerjaan rakyat Malaysia. Mereka rela bekerja sepanjang minggu dengan upah yang rendah. Al maklum, mereka jauh dari keluarga, tidak perlu cuti untuk menguruskan anak-anak dan sebagainya. Tapi perlu juga saya akui, mungkin terdapat kelemahan pada sistem penguatkuasaan kami. Pemerintah kami juga kepenatan, setiap hari, tangkap, hantar pulang (semua itu perlu biaya kan?) tak lama kemudian mereka datang lagi. Alangkah

Indonesia adalah negara yang besar, penduduknya ramai. Malah mempunyai populasi Muslim terbesar didunia. Malaysia dan Indonesia sangat dekat dan sangat mirip. Kebersamaanlah yang lebih utama kita tonjolkan, bukan berebut tentang rendang, ikan, kain dan lain-lain. Kalau hal remeh begini pon kita mahu bergaduh, bagaimana hendak mencapai kemajuan setaraf barat?
Satu hal yang lucu, walaupun isu Indonesia mengganyang Malaysia begitu top di sana, tetapi di sini sunyi sepi saja. Ramai orang tidak peduli malah tidak mengetahui. Telivisyen pon tak pernah bisingkan hal ini. Kalau rakyat Malaysia juga emosi, tentu beribu-ribu pekerja dari Indonesia tak aman mahu cari rezeki. Emosi sesetengah kamu memang keterlaluan, sampaikan bantuan yang datang dari kami pun kamu persoalkan keikhlasannya. Kami tetap simpati pada kamu saudara serumpun yang selalu menghadapi bencana. Kenapa harus persoalkan keikhlasan kami? Pertimbangkanlah keikhlasan kamu menerima pemberian kami dan kesyukuran pada pertolongan Allah. Bantuan itu bukan dari kami, tapi dari Allah. Allah memberi kami rezeki lebih, menggerakkan hati kami supaya simpati dan memberi kami kekuatan untuk berziarah ke tempat kamu. Itulah hikmahnya Allah jadikan kita saudara serumpun, kami lebih mudah mengasihi, kami lebih mudah memahami.

Dan lebih lucu lagi, entah dari mana datangnya angin, ada kerisauan di Indonesia yang Malaysia mahu menyerang. Mereka khuatirkan sanak saudara mereka yang ramai disini. Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan rakyat Malaysia tak mengambil peduli hal ini. Tak akan ada serang menyerang kecuali oleh beberapa budak tak matang di forum-forum. Dan tak mungkin lah kami benarkan pemerintah kami menghabiskan duit cukai kami untuk menyerang Indonesia cuma kerana isu ini. Dalam pada itu forumers Indonesia ketawa hingga keluar air mata kerana khabar angin ‘Negara liliput(kecil) seperti Malaysia akan menyerang’. Aduhai, kawan… sila belajar dari Sejarah. Belanda yang menakluk kamu dulu, berapa besarkan negara kincir angin itu?

Saya menulis ini bukan kerana benci, saya lebih suka meraikan kesamaan. Saya melancong ke Indonesia, mendengar Opick, membaca karya Habiburrahman dan sangat mengagumi Andrea Hirata. Saya juga menonton Laskar Pelangi – lebih 5 kali – malah masih rasa terharu. Malah saya tuliskan review yang panjang dan hebat untuk buku dah filemnya di blog ini. Ya, saya bantu mempromosikan negara kamu. Tak perlu ucapan terima kasih. Siaran TV RCTI dan SCTV sampai ke ruang tamu saya. TV Malaysia pun banyak mengimport sinetron dari Indonesia. Saya punya jiran berbangsa Cina yang mempunyai pembantu Indonesia. Sayalah saudaranya di sini, tak perlu saya beritahu kamu berapa banyak bantuan saya hulur hanya kerana kami beriman pada Tuhan yang sama. Saya tak kisah bergaul dengannya. Saya tak peduli dia pembantu atau dia orang Indonesia. Berkembaralah sahabat, jelajahi bumi Allah yang luas ini. Pelajari dan hargai kepelbagaian dan kesamaan yang Allah kurniakan. Kalau kau tak mampu berkembara, banyak-banyaklah membaca!

BACA ARTIKEL WIKIPEDIA BAWAH INI

konfrantasi Malaysia – Indonesia-    Sila baca…..klik

di petik dari blog Kembara Kejayaan Awa
susunan hazaldin topobarat.kuala lumpur.

INI DI MALAYSIA ATAU DI INDONESIA ?

Copyright okt 2009

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s