RISIKO JIMAK SEWAKTU HAID

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh MensHealth.com, kebanyakan wanita tidak gemar melakukan hubungan seks ketika haid. Bukan sahaj wanita di Malaysia bahkan wanita luar negara juga meluahkan rasa tidak selesa dalam tempoh menstruasi.Apapun, Islam mengharamkan suami isteri melakukan hubungan seksual waktu ini.Ada banyak faktor yang menyebabkan seks semasa haid sangat berbahaya. Jadi bagaimana cara terbaik untuk memenuhi kehendak suami tanpa melanggar hukum agama?Haid merupakan selaput dalam rahim atau endometrium yang tertinggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya. Ia akan menjadi hancur dan keluar daripada rahim melalui saluran servik dan faraj.Haid akan terjadi sebulan sekali bagi kebanyakan wanita. Ad juga wanita yang datang haid dua kali sebulan. Biasanya haid berlaku dalam tempoh empat ke tujuh hari.

Satu kitaran haid berlangsung selama 28 hari bermula dari hari pertama menstruasi sehingga daang bulan yang seterusnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu selama 23 hari atau yanglebih lam sehingga mencecah 35 hari.Kitaran yang terlalu singkat atau terlebih panjang adalah tidak normal dan haru dirujuk kepada doktor.

Risiko Bahaya seks Ketika Haid

Terdapat beberapa risiko kesihatan tertentu yang menjadi faktor mengapa seks ketika haid tidak dibenarkan.

  1. Tiub falopio dan ovari dilindungi serangan bakteria oleh bahan asid yang ada pada faraj atau vagina. Ketika seorang wanita itu datang haid, ia menjadi alkali dan memudahkan pertumbuhan bakteria. Ketika itulah kuman membiak dan menyebabkan seranan penyakit jika persetubuhan berlaku ketika itu.
  2. Jangkitan kuman yang merebak ke rahim dan salur rahim boleh mengakibatkan radang organ sehingga menjejaskan alat sulit.
  3. Oh, tidak! Kemungkinan jangkitan merebak ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah. Keadaan ini dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan menyebabkan maut.
  4. Menurut kajian Centers for Disease Control and Prevention, Amerika Syarikat, tidak melakukan hubungan seks ketika haid adalah penting untuk mengurangkan jangkitan kuman (sebarang peyakit kelamin) bagi lelaki dan waninta.
  5. Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid adalah enam kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kelamin.
  6. Persetubuhan ketika sedang haid boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.
  7. Menurut kajan oleh Dr. Winniefiel Cutler dan rakan – rakannya daripada Institute of Women’s Health Athena, wanita yang hamper putus haid atau menopaus yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid seing mengalami maslaah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Seks boleh dinikmati dengan pelbagai cara walaupun ketika anda sedang haid. Belaian – belaian lembut ada masanya adalah lebih baik daripada hubungan kelamin yang biasa anda lakukan.Ketika haid, bermanja dengan pasangan anda dapat menstabilkan emosi dan membuatkan anda berasa lebih disayangi. Usah sekat diri anda, nikmati setiap saat bersama pasanganmu dengan penuh kebahagian.

info dari mamaquireen dan majalah rapi

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s