WASIAT DAN HIBBAH


Menulis Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian, Wakaf dan Faraid

Kitaran kehidupan kita bermula dari pekerjaan atau perniagaan.  Kita bermula dari bawah dan kemudian ekonomi kita sedikit demi sedikit meningkat kepada pembelian aset, membuat pelaburan, membeli polisi perlindungan insuran disamping menguruskan perbelanjaan harian dan keluarga.  Banyak proses kehidupan yang kita lalui sehinga kita dewasa dan akhirnya menemui ajal kepada Ilahi.  Persoalannya ialah di manakah pengakhiran kitaran kehidupan kita terutama dalam soal pengurusan ekonomi .  Sudah tentu ia berakhir dengan cara dan bagaimana kita mahu aset kita diuruskan selepas kematian kita.  Sehebat dan sekaya mana manusia sekalipun, segala harta benda akan ditinggalkan di dunia sebaik sahaja kita menghembus nafas yang terakhir.  Sistem penulisan wasiat merupakan harapan terakhir yang kita sandarkan selepas kematian kita.  

Cerita 3 abdul di atas memang cukup menghiburkan kita, walaupun kita sudah tonton 1000 kali sekalipun, tapi bagaimana dengan pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita tersebut. Pertelingkahan antara 3 adik beradik di atas memang kerap berlaku dalam masyarakat kita terutama melibatkan pengagihan harta pusaka. Kealpaan kita mengutamakan urusan wasiat menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi. Oleh yang demikian berwasiatlah sebelum kita menyesal di alam berzakh nanti.Kami di buatwasiat.com boleh membantu anda dalam melaksanakan urusan penulisan wasiat secara tempahan online tanpa anda perlu bersusah payah. Buatwasiat.com merupakan wakil agen korporat untuk Perfect Will Sdn Bhd, di mana Perfect Will Sdn merupakan Agen Korporat kepada Amanah Raya Berhad.

Anda boleh meningkatkan pengetahuan anda mengenai wasiat, sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini. Untuk membaca news info wasiat dari facebook anda sila click “Like“.

Picture

Perancangan Harta Islam

Picture

Segala harapan dan impian kita boleh dilaksanakan oleh pihak wasi apabila kita sudah meninggal dunia.  Oleh yang demikain adalah sangat perlu kepada setiap jiwa muslim melaksanakan penulisan wasiat seberapa segera yang boleh kerana ia satu-satunya medium yang kita boleh tentukan ke atas segala aset kita selepas ketiadaan kita.

Kedudukan wasiat jelas berada di tempat tertinggi dalam rajah piramid perancangan harta dan kewangan kita.  Ia merupakan sector terakhir perancangan harta benda dan kewangan kita.  Kaedah penyediaan wasiat ini membolehkan kita terus merancang ke atas harta benda kita seklalipun kita sudah meninggal dunia.  Itulah kehebatan penyediaan penulisan wasiat.  Tidak ada satupun perancangan yang kita boleh lakukan ke atas harta benda dan kewangan kita selepas kita mati MELAINKAN penyediaan penulisan wasiat yang sempurna.  Tidakkah kita merasa penting untuk menentukan bagaimana harta benda kita digunakan selepas kematian kita.  Penat lelah kita sepanjang kehidupan mengumpul harta benda kita tidak akan memberikan manafaat yang baik dan berkesan jika kita gagal menyempurnakan penyediaan penulisan wasiat yang sempurna.   Malahan dalam kebanyakkan kes, harta benda kita menjadi rebutan dan punca pergolakan dalam keluarga, waris, masyarakat dan ekonomi umah umumnya. Anda boleh meningkatkan pengetahuan anda mengenai wasiat, sila dapatkan buku panduan wasiat secara percuma di sini.


1.   Beranggapan Hanya Sistem Faraid diguna pakai.Anggapan ini hakikatnya salah sama sekali, arahan dalam wasiat akan sentiasa diambil berat kerana ia adalah arahan yang dikehendaki penulis wasiat (simati).  Sekalipun penentuan pecahan dalam penerima hukum faraid sudah ada, Pewasiat boleh menentukan mengikut apa yang dia mahukan dalam wasiat.  Pewasiat boleh menulis amanat dalam wasiatnya supaya semua waris menerima arahan wasiatnya dan tidak berbantah-bantah.  Hukum faraid akan digunakan jika terdapat waris yang membantah terhadap arahan wasiat tersebut. Ini bermakna ia akan mendapat haknya seperti dalam peruntukan faraid.  Dalam kebanyakkan kes, para waris bersetuju dengan arahan wasiat kerana menghormati Pewasiat yang juga bapa atau ibu mereka sendiri.

2.   Beranggapan pengagihan harta secara automatik kepada waris.

Anggapan ini sangat salah sama sekali.  Jika berlaku kematian kepada waris anda, pihak waris terpaksa melalui banyak liku-liku dan peringkat untuk mencairkan harta pusaka tersebut.  Antara perkara yang menjadi rumit ialah soal dokumentasi harta pusaka tersebut. Tidak semua waris tahu di mana harta benda anda dan di mana dokumennya.  Soalan menentukan siapakan yang menjadi wasi atau pentadbir yang dipersetujui semua waris selalu menjadi rumit dan kusut.  Hendak mencari waris pun sudah menjadi satu perkara yang melecehkan apatah lagi ingin mendapatkan persetujuan siapa yang layak menjadi wasi.

3.   Beranggapan tidak berharta

Ini merupakan anggapan pasif yang kerap disuarakan oleh orang melayu. Mereka kerap kata tak berharta sedangkan mereka berharta sebenarnya.  Apa yang akan anda miliki sekarang.

a.  Simpanan kwsp sekitar RM100,000
b.  Mempunyai 1 buah rumah bernilai RM200,000 (MRTA insuran)
c.  Mempunyai 1 polisi insuran nyawa bernilai RM200,000
d.  Mempunyai simpanan bank, tabung haji, koperasi dan pelaburan bernilai RM50,000
e.  Mempunyai sekeping tanah anggaran bernilai RM100,000
f.   Mempunyai kenderaan nilai bersih RM30,000 (After deduct debt)

Harta benda di atas hanyalah harta asasi yang biasanya dimiliki oleh semua dari kita, ia belum termasuk jika anda mempunyai saham perniagaan, hartanah dalam dan luar negara.  Siapa kata anda tidak berharta ?.. Kita perlu menentukan siapakah yang wajar mewarisi harta benda kita.  Adakah anda mahu harta benda yang anda sayang menjadi rebutan antara waris sehingga berlaku keretakan dan permusuhan ke 7 generasi.

Dari contoh di atas jelas sama sekali kita memiliki harta yang banyak. Sudah tentu kita memerlukan wasi yang amanah untuk mentadbir harta benda tersebut selepas kematian kita.  Tidak kira berapa banyak harta kita, ia tetap memerlukan wasi atau pentadbir untuk menguruskannya.  Sekiranya harta anda mencecah nilai kasar 600 ribu semasa anda meninggal dunia, anda memerlukan pelantikan 2 orang pejamin bon bernilai sama dengan nilai harta tersebut.  Sekiranya anda melatik wasi dari ARB atau syarikat Trustee, jaminan tersebut tidak diperlukan.

Ada satu lagi alasan biasa, nanti dulu sebab rasa masih sihat dan ada masa yang panjang untuk berwasiat.  Adakah kita pasti esok kita akan hidup atau terus sihat, cuma lihat jiran, kawan-kawan kita dan baca media berapa ramai yang masih muda dan sihat menemui illahi atau tiba-tiba jatuh sakit.
Anda boleh meningkatkan pengetahuan anda mengenai wasiat.

Hukum Faraid Dan Hikmah Wasiat Harta 

Ramai di kalangan masyarakat kita keliru antara konsep wasiat dan faraid.  Sebenarnya kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam pengursan harta pusaka kita.  Hukum faraid adalah jelas seperti dalam nas Al-Quran yang menetapkan kadar pembahagian kepada waris faraid, manakala penulisan wasiat merujuk kepada panduan dan hadith Nabi Muhamad saw bahawa kita boleh berwasiat sehingga 1/3 harta pusaka untuk tujuan yang baik.  Amalan berwasiat juga ditekankan dalam hadis Nabi yang bermaksud “Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya”. Riwayat Muslim.Di dalam konsep penulisan surat wasiat terdapat kaedah faraid yang mesti dipatuhi, ini kerana kaedah faraid sudah jelas dalam Al-quran. Walaubagaimanapun di dalam kaedah faraid tidak terdapat butiran yang details mengenai pentadbiran harta pusaka seperti pelantikan wasi, bayaran hutang, wasiat 1/3 harta pusaka, dokumentasi harta dan waris, hak penjagaan anak, amanat terakhir dan lain-lain. Sistem faraid menjurus kepada kadar pembahagian kepada waris faraid sahaja.

Kesimpulannya ialah konsep penulisan wasiat lebih menyeluruh kepada aspek pentadbiran harta pusaka dengan tidak mengenepikan kaedah faraid.  Dengan lain perkataan konsep wasiat tidak bertentangan dengan kaedah faraid kerana ia sentiasa menegakkan kaedah faraid dalam soal pembahagian harta pusaka.  Namun begitu, arahan agihan harta pusaka dalam surat wasiat memberikan kebebasan kepada Pewasiat untuk menentukan had dan harta yang boleh diwarisi oleh waris (more customization).  Arahan tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya sekiranya semua waris faraid bersetuju dengan arahan tersebut.  Jika terdapat halangan dari waris tertentu, waris tersebut akan mendapat hak bahagian faraidnya, manakala waris lain yang bersetuju akan mendapat hak seperti mana arahan surat wasiat.

Ada orang yang mengatakan tak perlu membuat surat wasiat kerana sudah ada kaedah faraid. Tanggapan ini amat silap kerana pentadbiran harta pusaka bukanlah semudah yang kita sangka seperti dalam cerita Tan Sri P.Ramli-Nujum Pak Belalang, di mana Nyawa (Aziz Satar) dan Badan (Sudin) membahagi-bahagi harta…”aeeeehhhh…satu untuk kau dua untuk aku”.  Ia melibatkan dokumentasi harta dan waris, pelantikan wasi, Grant Probet dan lain-lain seperti yang saya sudah nyatakan di atas.

Apabila waris cuba menuntut harta pusaka tanpa surat wasiat, mereka terpaksa melalui banyak peringkat yang akhirnya merumitkan dan memakan masa yang panjang.  Soal dokumentasi sahaja sudah cukup memeningkan kepala waris, ini belum lagi soal pelantikan wasi yang dipersetujui oleh semua pihak.  Rumusannya penulisan wasiat yang sempurna adalah jalan terbaik dalam soal pentadbiran harta pusaka kita.

Hibah Dan Wasiat

 

Picture

 Mungkin ramai yang sudah maklum mengenai wasiat,    tapi ramai yang keliru mengenai hibah.  Sebenarnya    hibah ialah salah satu kaedah dalam pengurusan dan    pentadbiran harta kita.  Perbezaan yang paling jelas    antara wasiat dan hibah ialah wasiat    akan  dilaksanakan selepas kematian manakala hibah    dilaksanakan semasa pemberi harta masih hidup.   Kaedah hibah ini sebenarnya memang sudah selalu    diamalkan oleh masyarakt kita seperti pemberian    hadiah antara satu sama lain.  Apabila hibah dilakukan, penerima hibah sudah menjadi pemilik baru barang atau harta tersebut dan ia tidak boleh dikembalikan kepada pemberi hibah melainkan dengan keizinan penerima hadiah/hibah tersebut.Sekalipun apabila seorang suami sudah memberikan hibah kepada isterinya, maka ia sudah tidka boleh dituntut kembali kerana hak milik barang atau harta tersebut sudah berpindah tangan/kuasa.  Walaubagaimana pun para ulama sepakat bahawa mana-mana hibah yg diberikan oleh ibubapa kepada anak dan datuk kepada cucu boleh diminta dikembalikan. Selain daripada ibubapa dan datuk, hak milik hibah sudah tidak boleh dikembalikan melainkan ia mendapat keizinan penerima hibah tersebut.Kebanyakkan masyarkat pada zaman dulu, mereka biasanya memberikan hibah secara lisan sahaja kepada waris mereka tanpa sebarang surat serah janji atau perjanjian serah hibah.  Ini menyebabkan berlakukan banyak kes di mana, pihak waris yang lain menuntut harta tersebut kepada penerima hibah dan berlakukan pergeseran yang panjang antara waris.  Oleh yang demikian jika anda hendak berhibah ia mesti dibuat secara bertulis dan yang paling baik secara profesional supaya ia menjadi bukti di mahkamah kelak.
Salah satu syarat hibah ialah pemilik yang hendak memberi hibah mesti sudha memiliki harta tersebut secara penuh dna tiada halangan dari mana-mana pihak ketiga seperti pihak bank.  Kesimpulannya harta tersebut seperti rumah, tanah atau kenderaan mesti sudah fully paid.  Harta yang belum dilunaskan hutang sepenuhnya tidak boleh dihibahkan.  Selain itu mana-mana harta yang sudah ditentukan wasi (pentadbir) seperti duit kwsp dan duit tabung haji tidak boleh dihibahkan kerana harta tersebut sudah ditentukan pentadbirnya selepas kematian anda dan ia mesti diuruskan oleh penama wasi tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s