WARKAH CINTA.

Jenazah itu
Sebujur tubuh terbaring kaku, diselimuti kain kafan putih bersih. Perginya insan luar biasa menemui pencipta. Tiada siapa yang menyangka di usia yang masih muda, dia pergi mengadap pencipta. Orang ramai telah mula berkumpul. Pak Jalut, imam Kampung Baru diminta untuk mengimamkan solat jenazah.Selesai solat jenazah, mayat tersebut mahu terus disemadikan tetapi ditegah oleh Mak Siah. “Nanti dulu semua, kita tunggu dia pulang dulu”, Mak Siah meminta hadirin menunggu sekejap sementara menanti seseorang pulang. Mak Siah seolah mempunyai firasat bahawa dia akan pulang

30 minit berlalu. “Nak tunggu sampai bila?!”, hadirin mula merungut. Pak Imam pergi berjumpa dengan Mak Siah, Mak Siah sedang menanti di muka pintu, merenung dan menanti si dia yang belum pulang. Dia tetap yakin bahawa si dia akan pulang. Sebaik sampai di muka pintu, Pak Imam yang juga merupakan suami Mak Siah berbicara, ” Siah, sudahlah!, tak elok jenazah di biarkan lama lama”. Mak Siah menangis, air matanya tidak dapat di tahan lagi, bahu suaminya menjadi tempat kepalanya berlabuh. Mak Siah terus menangis di bahu suaminya.

Munajat seorang ibu

“Ibuuu! ibuuu! mana seluar Man?!”, Man menjerit ke arah ibunya sambil dia memunggah barang di dalam almari baju. “Ibu jangan campak suka hati ja!, ish ibu ni!”. Ibunya yang sedang memasak di dapur terkejut, “Ada ibuletak atas almari tu Man, cari la betul betul”, ibunya membalas lembut walau dia sering terluka dengan teriakan anaknya.

Man atau nama sebenarnya Fakhruddin Badiuzzaman merupakan anak tunggal dalam keluarga. Fakhruddin merupakan seorang anak yang baik pada mulanya namun dia berubah 360 darjah setelah kematian ayahnya. Ayahnya meninggal pada hari keputusan PMR nya keluar. Meninggal on the spot tanpa dia bersedia. Fakhruddin sangat terpukul dengan kejadian itu. Slip peperiksaaan PMR belum sempat dia tunjukkan pada ayahnya. Di slip peperiksaan itu tertera 9A.

Setelah kematian ayahnya, Fakhruddin menjadi ‘liar’. Ada istilah benci yang tersemat dihatinya. Benci yang teramat sangat. Benci pada ibunya, Wardatul Jannah. Bagi dia, ibunyalah yang menjadi punca ayahnya meninggal.

Hari berganti hari, Fakhruddin semakin menjadi jadi. Kadang kadang jam 3 pagi baru pulang kerumah. Dia lebih suka melepak dengan kawan kawan berbanding pulang ke rumah. Perkarangan Pekan Rabu telah menjadi tempat dia melepak. Setiap hari, ibunya menunggu dia pulang, kadang kadang tertidur di ruang tamu menanti Fakhruddin pulang.

Tokk..tok..tok..pintu rumah diketuk kuat oleh Fakhruddin, jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ibunya tertidur di tikar sejadah setelah menunaikan solat tahajjud. Mungkin kerana terlalu kepenatan, Wardatul Jannah tidak menyedari pintu rumah diketuk. Fakhruddin jadi bengang. “Ish, orang tua ni!”, dia merungut. Dia hilang kesabaran, pintu rumah yang diperbuat daripada kayu itu ditendang kuat, hampir pecah. Wardatul Jannah terjaga lantas bergegas bangun membuka pintu.

Fakhruddin masuk dan terus pergi ke bilik. “Kalau ikutkan hati mau saja aku tengking orang tua ni”, Fakhruddin berbisik dalam hatinya, geram.Tangannya menumbuk numbuk bantal sambil dia terbaring di atas katil.

Wardatul Jannah menyambung solatnya semula. Hatinya pedih, batinnya menagis. Teriakan hatinya kedengaran sayu. Lipas yang keluar dari lubang rumahnya kembali menyembunyikan diri, mungkin kerana sedih melihat ibu ini menangis. Andai juga ada binatang lain yang mendengar , pasti akan turut menangis bersama Wardatul Jannah, seorang ibu yang tabah. Bintang bintang yang terang di langit gelap seolah olah berkata kepada Wardatul Jannah ‘Wahai bunga syurga ( maksud Wardatul Jannah), bersabarlah!.

Dalam esakannya, Wardatul Jannah mengangkat tangan menadah berdoa. “Ya, Allah, aku pernah mendengar sabda nabi mu bahawa doa seorang ibu itu mustajab, Ya Allah aku mohon kembalikan Fakhruddin Badiuzzaman yang dulu, Fakhruddin Badiuzzaman yang soleh, menghormati ibu bapa dan taat beragama, Ya Allah perkenankan doaku”, Wardatul Jannah terus menangis, terus merintih bermunajat pada yang Esa.  Doa ini diulang hampir setiap malam, namun Fakhruddin Badiuzzaman tetap tidak berubah bahkan perangainya semakin menjadi jadi.

Wardatul Jannah merupakan seorang ibu muda yang cantik lagi solehah. Di wajahnya seolah ada cahaya yang menyinar kesan dari sujudnya yang ikhlas kepada sang Pencipta. Sikap lemah lembutnya menyebabkan dia disenangi oleh ramai orang kecuali anaknya. Wardatul Jannah telah menikah dengan Faiz Ahmad, seorang pemuda tampan dari Kedah. Mereka menikah sewaktu sama sama belajar di Australia. Kini, Wardatul Jannah hidup bersama anaknya. Suaminya, Faiz Ahmad telah kembali ke rahmatullah…

  • Rencana Fakhruddin Badiuzzaman
Keputusan SPM diumumkan, ternyata Fakhruddin Badiuzzaman seorang yang pintar walaupun akhlaknya kurang baik. Kepintaran ini mungkin diwarisi dari ayah dan ibunya. Ayahnya seorang engineer Petronas manakala ibunya seorang doktor perubatan. Fakhruddin Badiuzzaman merencana untuk pergi  jauh dari ibunya. Setelah menamatkan pengajian di matrikulasi Perak, dia memilih untuk belajar di Universiti Malaysia Sarawak. Tujuannya hanya satu, berjauhan dari ibunya. Baginya, Sarawak sudah cukup jauh.Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Fakhruddin menukar nombor telefonnya. Dia tidak mahu terikat dengan ibunya lagi. Dia rasa sangat menyampah dengan ibunya.Beberapa kali Wardatul Jannah cuba menelefon menanyakan keadaan Fakhruddin, namun tidak berjaya. Kiriman emel yang dihantar oleh Wardatul Jannah tidak pernah Fakhruddin balas. Ketika Wardatul Jannah datang ke Sarawak untuk menziarahi Fakhruddin, dia melarikan diri ke Sabah. Duit tidak menjadi masalah bagi Fakhruddin. Dia menerima terus warisan harta ayahnya yang dimasukkan terus ke akaunnya.

Walaubagaimanapun, prestasi pelajarannya membanggakan. Dia memang seorang pelajar pintar. Ibunya menerima slip keputusan peperiksaan yang diposkan oleh pihak universiti ke rumahnya setiap semester. Wardatul Jannah bangga dengan keputusan peperiksaan anaknya tetapi menangis mengenangkan sikap Fakhruddin Badiuzzaman terhadapnya.

“Man, kenapa Man buat ibu macam ni, besar sangat ke dosa ibu pada Man, pada ayah..”, Wardatul Jannah berbisik dalam hatinya sambil memegang slip keputusan peperiksaan anaknya. Matanya kelihatan berkaca kaca, ada air hangat membasahi pipi Wardatul jannah yang putih indah. Di slip peperiksaan tertera “CGPA: 3.97, semester ke dua tahun pertama”. Bererti sudah setahun Wardatul Jannah tidak bertemu Fakhruddin Badiuzzaman. Entah apa khabar anaknya pun dia tidak tahu.

Kepintaran Fakhruddin Badiuzzaman telah menarik hati para pensyarah. Semua mengharapkan agar Fakhruddin Badiuzzaman terus cemerlang dan sekaligus mengharumkan nama universiti. Dia terpilih mewakili Universiti Malaysia Sarawak dalam pertandingan rekacipta enjin automotif. Pertandingan ini mendapat liputan meluas media. Televisyan menyiarkan pertandingan ini secara langsung. Terpampang di dada akhbar, ‘Fakhruddin Badiuzzaman dari UNIMAS telah memenangi pertandingan rekacipta automatif”.

Ibunya bangga bila membaca keratan akhbar tersebut, setidaknya dia mengetahui  anaknya masih hidup, walaupun anaknya mungkin tidak menghiraukan samada dia hidup atau tidak. Setidaknya juga dia mengetahui bahawa doa dia kepada Allah 20 tahun dahulu (ketika mengandungkan Fakhruddin Baduzzaman) supaya dikurniakan anak yang pintar di makbulkan Allah.

Rencana Allah SWT

Pertemuan Fakhruddin Badiuzzam dengan Musa Salleh sedikit sebanyak telah mengubah citra hidupnya. Bersama Musa Sallah, Fakhruddin mula mengenal Islam. Pertemuan pertama kali mereka adalah di Kafeteria Kak Biah terletak di Kolej Alamanda. Musa memesan nasi ayam manakala Fakhruddin memesan nasi lemak ayam. Entah macam mana, makanan mereka tertukar. Dari situ, mereka saling berkenalan. Musa Salleh merupakan seorang aktivis dakwah kampus. Dia merupakan seorang yang taat beribadah kepada Allah.

Pertama kali berjumpa dengan Musa, Musa mengatakan kepadanya, “Sesuai benar namamu Fakhruddin Badiuzzaman, maksudnya kebanggaan agama, kepintaranmu memang luar biasa, kau bisa menjadi kebanggaan agama”.

Beberapa kali pertemuan dengan Musa, akhirnya Musa mengajak Fakhruddin mengikuti usrah kelolaannya. Kata Musa, “Usrah ini boleh membantu kita menambahkan pengetahuan agama dan dalam masa yang sama boleh mendekatkan diri kepada Allah”, Musa cuba mengajak Fakhruddin sambil menghadiahkan sebuah buku bertajuk ‘travelog musafir cinta’ . Buku cinta yang mengisahakan bagaimana seorang manusia boleh berubah dengan hidayah tuhan.

Musa bijak bermain kata kata. Dia seorang pendakwah yang bijak. Dia cuba hendak menyelesaiakan masalah Fakhruddin. Dia tahu kawannya itu tengah mengalami masalah besar. Sebenarnya, sejak mengikuti usrah, Fakhruddin seolah sedar akan kesilapannya dengan ibunya. Tetapi setiap kali memikirkan bahawa ibunya adalah punca kematian ayahnya, dia kembali membenci ibunya.

Dia masih keliru. “Kenapa doktor ini pentingkan diri?!”, jerit Fakhruddin dalan hati. Dia kembali bengang, peristiwa 8 tahun dulu kembali menjengah fikirannya. Dia menangis, ditelangkupkan bantal ke mukanya, dia meniarap di atas katil sambil menangis teresak esak.

Musa yang secara kebetulan datang menziarahi Fakhruddin terkejut dan sedih melihat tindakan Fakhruddin. Fakhruddin tinggal di Kolej Cempaka manakala  Musa tinggal di Kolej Alamanda. Kolej mereka dipisahkan oleh sebuah tasik yang cantik. Musa lebih memilih untuk mendiamkan diri sementara waktu. Setelah tangisan Fakhruddin reda, Musa mendekati Fakhruddin. Dia mengajak Fakhruddin ke meja belajar. Tangan Fakhruddin ditarik mendekatinya kemudian Musa memeluk erat Fakhruddin. Sambil memegang tangan Fakhruddin, Musa bertanya, “Apakah kau menganggap aku teman baikmu?”, tiba tiba tangisan Fakhruddin meledak kembali. Dengan nada terasak esak dia berkata, “Aku..aku.. tiada siapa kat dunia ni, aku sunyi..aku sunyi..ketika kau sanggup menghulurkan tangan membimbingku, maka apakah kemudiannya aku tega mengatakan bahawa kau bukan teman baikku”. “Kalau kau menganggap aku teman baikmu, maka aku bersedia berkongsi kesedihan dengan mu”, Musa membalas sambil matanya merenung tepat ke arah mata Fakhruddin.

Sambil mengesat air mata, Fakhruddin berkata, “Baiklah, aku akan ceritakan masalahku pada mu. Kisahnya 8 tahun lepas. Ayah ku mengalami kecelakaan, akibatnya saraf tunjang ayahku bermasalah. Dia mengalami spinal cord injury. Hanya ada satu cara sahaja menyelamatkannya iaitu melalui pembedahan untuk menstabilkan saraf tunjang. Aku tidak mengetahui secara pasti risiko pembedahan, tetapi apa yang aku tahu, hanya seorang doktor pakar sahaja di tempatku yang bisa melakukan pembedahan tersebut. Ya, hanya seorang tiada yang lain..dan doktor itu namanya…namanya…Dr. Wardatul Jannah, ya, dr itu adalah ibuku sendiri…tetapi..”. Fakhruddin memberhentikan ceritanya, dia menangis sedikit kuat, kemudian menyambung

“Tetapi..doktor itu tak guna..sangat tak guna”, Fakhruddin kelihatan sangat tertekan, dia menghentakkan tangannya ke meja tempat dia belajar. Semut yang sedang leka menikmati gula yang tumpah di atas meja pun terkejut dengan pelakuan Fakhruddin tambahan lagi Musa. “Bukankah Dr Wardatul Jannah itu ibunya”, Musa berbisik di dalam hati, mukanya berkerut ingin mengetahui kisah Fakhruddin seterusnya.

Fakhruddin menyambung, “Dia memang tak guna, dia tak mahu melakukan pembedahan itu, dia memberi pelbagai alasan, sedangkan hanya dia sahaja doktor pakar di situ, aku tak boleh terima..aku jadi marah, sambil menunjukkan tangan aku ke mukanya, aku berkata ‘kalau sampai sesuatu terjadi pada ayah, Man tak kan maafkan ibu sampai bila bila’..kemudian, ayahku di hantar ke Hospital Kuala Lumpur, ada doktor lain yang mengetuai operasi pembedahan, ibuku tak mahu terlibat secara langsung dalam operasi..akhirnya, ternyata ayahku meninggal, aku jadi tersangat marah dengan ibuku…bagiku dia yang telah membunuh ayahku, apa guna dia jadi doktor pakar kalau suami sendiri tak mahu di selamatkan..dia memang tak guna, aku nampak wajah dia menyesal kerana tidak mahu melakukan pembedahan tersebut..aku jadi semakin benci..semakin benci”, sekali lagi Fakhruddin menghayun penumbuk ke meja tempat dia belajar.

Musa diam, hanya mendengar kemudian meminta diri untuk pulang. Kebetulan dia ada kuliah analytical chemistry di central teaching facilities (CTF) jam 2 petang. Waktu sekarang sudah menunjukkan pukul 1.45 petang.

“Aku pulang dulu, kelak kita diskusi lagi, aku turut simpati dengan apa yang menimpa mu, tapi aku tak bersetuju dengan justifikasimu, aku minta diri dulu”, Musa meminta diri untuk pulang sambil menghulurkan tangan kepada Fakhruddin dan kemudian memeluknya sambil melagakan pipi.

“Oh ya, jangan lupa usrah malam ni, di surau cempaka jam 9 malam”, Musa mengingatkan Fakhruddin kemudian berlalu pergi. Musa mengayuh sekuat tenaga basikal nexus miliknya. Dia tahu dia sudah terlambat ke kuliah…

USRAH  CINTA
“Selaku muslim, kita dituntut beriman kepada qada’ dan qadar. Ia adalah rukun iman keenam seperti yang Nabi sabdakan dalam hadis Jibril. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Allah Maha Berkuasa yang mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan. Sesuatu yang  berlaku ada hikmah di sebaliknya yang hanya Allah sahaja yang tahu” Musa memberi penjelasan tentang qada’ dan qadar Allah atas hambanya. Kelihatan anak  buah usrahnya khusyuk mendengar termasuk Fakhruddin.Musa kemudiannya menyambung, “Amal soleh, ajal maut, rezeki dan segalanya sudah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali. Jika ia tidak berlaku maka ternafilah ilmu Allah. Ketika Allah menetapkan sesuatu perkara, Allah menetapkan juga wasilah atau asbab untuk sampai kepadanya. Mana-mana musabab(natijah) pasti ada asbabnya(mukadimah)”. Anak anak buah usrah Musa sibuk menyalin tetapi Fakhruddin tidak menyalin. Dia memberi tumpuan pada apa yang hendak diperkatakan Musa. Musa kemudiannya menyambung lagi

“Mana mungkin seorang pesakit dapat sembuh daripada penyakitnya hanya dengan berehat begitu sahaja dengan mengatakan Allah akan memulihkan kesihatannya. Sudah tentu dia perlu mengambil ubat sebagai wasilah atau cara penyembuhan. Ertinya jika Allah menetapkan orang yang sakit untuk mati atau orang sihat untuk sakit, maka Allah turut menetapkan juga asbab atau cara supaya ia terjadi. Kefahaman ini termasuk dalam iman kepada qada’ dan qadar.” Musa menjelaskan panjang lebar. Kemudian menyambung lagi.

“Tindakan menyalahkan makhluk menjadi asbab kematian adalah salah dan berlawanan dengan rukun iman yang kita percayai”. Muka Fakhruddin berkerut. Ada sesuatu yang difikirkannya. Dia bukannya jenis manusia yang senang menerima sebelum mendapatkan kepastian.

Usrah tamat kira kira jam 11 malam, Musa mengajak Fakhruddin ke kafeteria 88.9. Kafeteria ini terletak berhadapan dengan tasik Unimas. Tasik buatan manusia yang sangat cantik. Tetapi malangnya, kecantikan tasik ini dikotori dengan pasangan pasangan yang tanpa segan silu memadu asmara di sekitarnya. Kalau ikan di tasik itu bisa berbicara, tentulah dia sudah mengatakan “Pergilah!, jangan ganggu kami”.

Sambil meminum teh tarik, Fakhruddin bertanya, “tadi kau kata, manusia perlu berikhtiar, apabila sudah berikhtiar, maka barulah kita serahkan hasilnya kepada Allah, benar begitu kan?”, Fakhruddin bertanya kepada Musa sambil tangannya memegang cangkir air. Matanya pula melihat panaroma tasik di hadapannya.”Benar”, Musa menjawab ringkas. “Kalau begitu, menurutmu, ibuku tidak berusaha menyelamatkan ayahku, betulkan?!”, Fakhrudddin bertanya bersunggguh sungguh, kali ini pandangannya tidak lagi menghala ke tasik tetapi menghala tepat ke mata Musa.

Musa menarik nafas, pandangannya dialihkan dari melihat Fakhruddin. Musa melihat tasik. Dia menyusun bicara, “Menurutku, ibumu itu punya alasan kukuh untuk tidak terlibat dalam menjalankan pembedahan ayahmu”. Fakhruddin jadi kaget, “Apa alasannya?”, dia bertanya. Musa menyambung bicara, matanya masih merenung jauh ke tasik. ” Aku sudah bertanya pada murabbi ku, Dr Hamzah, dia menjelaskan kepada ku secara umum kenapa ibumu tidak turut dalam pembedahan, secara psikologinya ibumu tidak akan mampu menahan emosinya sewaktu berada di bilik pembedahan. Aku sangat yakin dia sangat mencintai ayahmu. Boleh kau bayangkan, apa akan terjadi sekiranya sewaktu operasi berlangsung, tiba tiba ibu mu pengsan, atau tiba tiba rebah, atau mungkin tersampuk histeria..atau..ntahlah, kau fikirkan sendiri, menurut murabbiku lagi, para doktor memang sebolehnya di elakkan untuk menjalankan pembedahan terhadap ahli keluarga sendiri, risikonya sangat tinggi”. Fakhruddin termenung, ada rasa lain di hatinya.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Fakhruddin mendengar alasan yang diberikan Musa. Sudah berbuih ibunya menjelaskan, tetapi Fakhruddin tidak dapat menerima. Baginya, penjelasan ibunya hanyalah untuk melepaskan batuk di tangga. Baginya, penjelasan ibunya hanyalah untuk menafikan rasa bersalah yang terpahat di hati.

Tapi, entah mengapa, kali ini dia rasakan fikirannya jernih, hatinya terbuka. Dia dapat menerima alasan yang diberikan Musa. Dia termenung menggelamun. Dia teringat akan kejahatan yang dilakukannya pada Wardatul Jannah, yang tidak lain ibunya sendiri.

Ada embun halus di bawah kelopak matanya. Fakhruddin menangis. “Musa…a..a..ku, a..aa..ku me..nye..sal..”, Fakhruddin bercakap dengan nada tersekat sekat. Tangisannya telah membuatkan dia sukar berbicara. “Aku pulang dulu Musa”, Fakhruddin meminta diri untuk pulang ke bilik…

…Malam itu, Fakhruddin bangun menunaikan solat tahajud. Dia solat sangat lama. Air matanya mengalir deras, dia terus menangis sehingga Subuh. Dia jadi teringatkan ibunya, tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi ibunya lagi. Nombor telefon, emel, semuanya dia telah delete. Memang dulu dia tekad untuk tidak berjumpa dengan ibunya lagi. Rasa bersalah yang teramat sangat menyebabkan Fakhruddin rasa terpanggil untuk pulang ke Kedah berjumpa ibunya.Tiket terus di beli. Penerbangan terus dari Kuching ke Penang. Dari penang, Fakhruddin mendapatkan teksi menuju ke Alor Setar. Dia memang tiada masalah dengan kewangan. Ayahnya mewariskan harta bernilai RM 500 ribu untuknya. 200 ribu secara tunai dimasukkan terus ke akaunnya. Sepanjang perjalanan, Fakhruddin merasakan rindu yang teramat sangat dengan ibunya. Kasih sayang ibunya datang menerjah ke dalam memori. Dia teringat ketika dia berumur 6 tahun, ketika berkelah di pantai Port Dickson. Dia lemas, dihanyutkan ombak jauh ke tengah laut. Ibunya yang berenang menyelamatkannya. Wardatul Jannah adalah perenang terbaik sewaktu di Sekolah Menengah Maktab Mahmud. Menjuarai acara perenang muslimah terbaik peringkat kebangsaaan. Acara renang yang cuma disertai oleh wanita dan perenangnya dikehendaki menutup aurat dengan sempurna.Dia masih ingat bagaimana tangisan ibunya, memeluknya penuh kasih sayang. Dia masih ingat ibunya lah yang menghantar dia ke sekolah setiap hari. Memeluk dan menciumnya  sebelum beredar pergi. Kenangan lama dengan ibunya datang bertalu talu, seolah kenangan itu tersimpan terlalu lama di dalam kotak yang terkunci dan kini baru dibuka..

Dia juga ingat bagaimana dia menengking ibunya, lantas ibunya menangis teresak esak. Dia juga ingat bagaimana dia menendang pintu rumah bagai hantu kerasukan apabila ibunya lambat membuka pintu, dia juga ingat bagaimana dia mencampakkan pinggan nasi ke hadapan ibunya kerana rasa amarah yang mendalam.

Tidak semena mena dia menangis kuat di dalam teksi. “Nak, sabar nak!, sabar!, kenapa ni?!”, pak cik pemandu teksi jadi hairan. Perjalanan masih jauh, teksi baru masuk ke Sungai Petani, dalam dua jam lagi akan sampai ke Alor Setar. “Tak dak pa pak cik, saja teringat mak”, Fakhruddin berterus terang dalam loghat Kedah. “Untung mak hang dapat hang”, pak cik yang memandu teksi berseloroh.

“Tak pak cik, saya jahat”, bicaranya kali ini hanya dalam hati. Dia tidak berminat memeruskan perbualan. Sepanjang perjalanan, hanya ibunya sahaja di kepala. Dia tekad untuk memeluk ibunya seerat eratnya, bersalaman dan meminta maaf bersungguh sungguh. Dia insaf.

Teksi membelok keluar lebuh raya Alor Setar utara, melintas Hospital Sultanah Bahiyah, tempat ibunya bekerja.  Ibunya tinggal di Kampung Baru, kira kira 20 minit dari bandar Alor Setar. Kira kira 20 minit lagi, Fakhruddin Baiuzzaman akan tiba di rumahnya, setelah setahun tidak pulang.

Hati Fakhruddin gementar, dia tidak bersedia bertemu ibunya, dia merasakan dirinya terlalu kotor. Dia takut ibunya tidak memaafkan dia. “Aku anak derhaka”, perkataan itu melintas di fikirannya. Teksi sudah membelok masuk ke Kampung Baru, rumah Fakhruddin merupakan rumah terbesar dalam kampung tersebut, jadi tidak susah di cari.

Kira kira 100 meter sebelum sampai ke rumah, jalan kelihatan sesak. Banyak kereta dan motosikal di parking di tepi jalan. Fakhruddin jadi hairan, jalan yang itu hanya satu penamatnya iaitu rumahnya, kenapa begitu ramai orang di rumahnya?!.

Jenazah itu

Anak muda ini rebah di pangkuan ibunya. Tangisannya-kalau tidak ditahan-boleh meledak tinggi memecah petala langit. Mata ibunya (Wardatul Jannah) tertutup rapat. Ada gerimis kecil di bawah kelopak mata Wardatul Jannah yang tertutut rapat itu. Fakhruddin menyekanya.

“I..bu..i..bu..i..bu..Maafkan Man bu, maafkan Man bu”. Mak Siah menarik tangan Fakhruddin lembut. Mak Siah adalah adik kepada Faiz Ahmad, ibu saudara Fakhruddin. “Sudah Man..Sudah!, Mak Siah memang tahu kau akan pulang nak, firasat Mak Siah tak salah..”, Mak Siah berbicara sambil memeluk Fakhruddin. Suasana hening sebentar. Hadirin turut menangis. “Sudah Man!, jenazah ibumu harus disemadikan segera, sudah sejam kami menunggu mu”, Pak imam memberitahu Fakhruddin.

“Nanti dulu imam,  izinkan saya solat jenazah, Pak imam tolong ajak sesiapa lagi yang belum solat jenazah untuk solat dengan saya, saya akan imamkan”..Fakhruddin memberitahu imam sambil menyeka air mata. Dia mengambil wuduk dan mengimamkan solat jenazah.

Selesai upacara pengebumian, Mak Siah mendatangi Fakhruddin. Fakhruddin sedang termenung di ruang tamu rumahnya.

“Nak, ke mana kamu pergi, susah sangat mencari mu, no telefon tidak ada, nombor telefon kawan kawan pun tak ada..”Mak Siah meleteri Fakhruddin

“Seperkara lagi ibumu ada menitipkan kepada aku surat untuk mu, Nah!, ini suratnya” Sambil Mak Siah menyerahkan surat tersebut kepada Fakhruddin Badiuzzaman.

Fakhruddin membukanya, tertera dalamnya tulisan tangan Wardatul Jannah…

Bada anak ibu yang dicintai, satu satunya permata hati ibu, Fakhruddin Badiuzzaman bin Faiz Ahmad. Ketika Man membaca surat ini, mungkin ibu sudah tiada di sisi Man, sebenarnya ada satu rahsia yang ibu simpan dari Man, Ibu mengidap kanser pangkal rahim.

Anak ibu, Fakhruddin Badiuzzaman. Percayalah ajal maut itu di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Perginya ayah mu ke rahmatullah adalah ketentuan Allah yang maha kuasa. Sebesar mana cinta mu pada ayahmu, takkan mampu menandingi cinta ibu pada nya. Dan sebesar mana cinta ibu padanya tidak mampu menandingi cinta Allah pada nya. Ingat itu, anakku!.
Anak ibu yang ibu sayang, benar ibu tersingggung dengan sikapmu pada ibu, tapi percayalah, ibu sudah lama memaafkanmu,  ibu telan kelat itu dan ibu tidak akan luahkannya. Ibu takut tidak dapat bertemu mu di akhirat sana, ibu sangat takut itu. Ibu sangat berharap kita sekeluarga dapat berjumpa di syurga.Oleh itu wahai anak ibu, jagalah tingkah laku mu, jaga hubungan mu dengan Allah, ibu harap ibu bisa menanti mu di syurga, walau ibu sendiri pun tidak pasti di manakah tempat ibu selayaknya

Anak ibu, Fakhruddin Badiuzzaman, jangan hidup dengan nostalgia lama. Bina hidupmu, ibu ingin kamu menjadi orang yang berguna di mata masyarakat. Ayah mu pernah menyebutkan yang dia ingin kamu menjadi seorang Engineer hebat dan bertakwa, yang mampu melatih dan mengajar Engineer lain. Ibu harapkan, kamu penuhilah impian ayahmu

Impian ibu?,

ibu tiada impan lain, meski kita tidak dapat bertemu di dunia, ibu mahu bertemu mu di syurga, lalu ibu dapat memeluk mu dan merasakan kembali cinta mu pada ibu

Warkah Cinta untuk anakku Fakhruddin Badiuzzaman

Ibumu

Wardatul Jannah

Fakhruddin mencium warkah cinta ini. Dia berwuduk kemudian berdoa untuk keselamatan orang tuanya. Dia menangis, tapi tangisannya pada kali ini adalah tangisan cinta dan azam yang menggunung. Dia tekad untuk menunaikan cita cita ibu dan ayahnya.

Hari ini..

“Demikian kisah saya yang saya persembahkan untuk anda semua sempena hari ibu. Hargailah ibu anda sementara dia masih hidup. Rangkul dan ciumlah tangan ibu anda sementara tangan anda mahupun tangannya masih bisa mengangkat. Mohonlah doanya sementara hatinya masih terbuka.” Seorang anak muda berbicara di atas pentas. Pandangan hadirin sedang melihat kepada pemuda yang berkot hitam dan bertali lehar biru gelap di atas pentas. Kelihatan matanya berkaca kaca. Dia membuka cermin mata sambil mengesat air mata. Kemudian pemuda ini menyambung bicara

“Kepada teman yang telah merubah saya, Profesor Musa Salleh yang berada di hujung sana (sambil tangannya menunjukkan ke sebelah kiri dewan, kelihatan seorang pemuda segak, berkot hitam dan bertali leher hijau) , kepada beliau saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.” Mata hadirin tertumpu pada Prof Musa sebentar.

Kelihatan ramai hadirin sedang menyeka air mata. Anak muda ini menyambung bicara

“Warkah cinta ibu akan terus saya simpan. Dia menjadi pengubat dan inspirasi sehingga saya berjaya pada hari ini.Kepada semua hadirin dan hadirat di hadapan saya, sayangilah ibu anda!. Sekian, Terima Kasih.”

Para hadirin bertakbir. Takbir cinta. Acara kemudiannya di ambil alih oleh pengerusi majlis.

“Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Profesor Ir. Dato’ Dr. Fakhruddin Badiuzzaman atas ucapannya sempena hari ibu. Ternyata hari ini, beliau telah menjadi tokoh masyarakat, dan ternyata juga hari ini beliau telah menjadi seorang engineer yang berjaya. Benarlah agama mengajarkan ‘doa ibu tiada tepiannya’.
Tamat
Warkah Cinta
Pena Mujahid

copyright by hazaldin 22april14

8 Mei 2011 (sempena hari ibu) – oleh saudara “Pena Mujahid”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s