PEMBERONTAKAN PAHANG 1891 – 1895

Gambar di atas ialah mesyuarat raja Melayu yang pertama. Ia diadakan pada bulan Julai 1897. Bertempat di Kuala Kangsar.  (Panduan:  A= Tok Gajah, B= Bahaman, C= Mat Kilau, D= Mat Lela).

Duduk dalam barisan kedua dari kiri, Hugh Clifford(Resident Pahang).  Frank Swettenham duduk di tengah dan dia mempengerusi persidangan pertama ini

‘A’ menunjukkan gambar pendekar Pahang yang terkenal- Khatib Rasu bin Tok Shahrum. Dia dikenali juga sebagai Tok Gajah. ‘B’ ialah gambar Bahaman bin Imam Noh  Orang Kaya Semantan. Setelah dia diisytihar derhaka, gelaran Orang Kaya dibuang, maka kembalilah dia kepada nama pusatnya – Si Bahaman. ‘C’ adalah gambar Mat Kilau, anak kepada Khatib Rasu. ‘D’ ialah gambar Mat lela.

Apa yang tidak kena dengan gambar ini? Yang tidak kena ialah gambar ini bukan wajah-wajah yang diberitahu kepada kita. Kenapa?

Gambar di atas menjadi kebanggan waris dan anak cucu tokoh-tokoh tadi. Sayangnya, perasaan bangga mereka tidak kena pada tempatnya kerana tokoh-tokoh sebenarnya, tidak ada dalam gambar tersebut.

Tokoh-tokoh yang saya sebut tadi adalah pimpinan pemberontakan Pahang. Tempoh pemberontakan tersebut ialah 1891-1895. Pada penghujung 1895, Hugh Clifford mengisytiharkan Pahang rebellion tamat.

Para pemimpinnya ramai sudah dibunuh. Tok Gajah , Bahaman, Mat Kilau dan yang hidup dan tidak ditangkap semuanya melarikan diri. Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Siam. Tok Gajah dengan adiknya, khatib haji Muhammad Amin melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan. Tok Gajah kemudian mati di Kuala Berang Terengganu. Adiknya, Muhamad Amin mati di Lebir, Kelantan.

Gambar di atas diambil 1897, semua yang kita sebut tadi dalam buruan. Maka soalannya, bagaimana mereka ada dalam gambar? Jika ada, tentulah Hugh Clifford sudah pun menangkap mereka dan pasti mereka dihukum mati. Oleh kerana semua tokoh tadi berada  dalam pelarian, maka gambar di atas yang dikatakan gambar mereka, tidak benar.

Tujuan saya ialah memberitahu waris semua tokoh di atas, jangan mempercayai gambar ini. Bahaman, Mat KIlau dan Tok Gajah tidak ada dalam gambar tersebut. Tidak mungkin berada kerana sudah tentu ditangkap.

Generasi bergenerasi, waris-waris Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah hidup dalam naratif palsu oleh penjajah Inggeris dan para juak penjajah. Setelah saya menjadi ahli Parlimen Raub, saya semakin menyedari peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh yang disebut.

Ia membuat saya ingin membaca semula naratif sejarah daripada buku-buku yang ditulis oleh W LInehan A History of Pahang yang diberikan oleh arwah bapa saya kepada saya dalam tahun 1970an. Buku tersebut ditulis oleh Dr Linehan pada 1936. Banyak fakta Linehan pula diambil daripada sumber sejarah Pahang iaitu Hikayat Pahang.

Sumber  lain mengenai Pahang pun ada 2 atau 3 yang jika kita baca keseluruhannya dan mengaplikasi sedikit penghalusan fikiran, pasti gambaran yang lebih jelas akan muncul.

Menilai kembali peranan pemberontakan

Nilai peranan pahlawan Melayu seperti Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah, Mat Lela, Mat Kelubi (Khalbi), dan lainnya bukan terletak pada kehandalan peribadi dan ketangkasan kependekaran mereka.

Waris Mat Kilau, Bahaman dan Tok Gajah tentulah bangga jika orang lain kata- hebat kepahlawanan moyang kamu semua – boleh terbang, boleh menghilangkan diri, boleh menyebabkan musuh melekat pada tempat duduk, boleh menangkap peluru dan peluru akan membunuh jika penangkap nya tidak terdaya memegang peluru tersebut dari menepati sasaran yang diniatkan – semua ini adalah sumber kebanggaan.

Tidak syak lagi menjadi sumber kebanggaan dan patut pula. Tapi kemana kehebatan ini semua berakhir? Ia berakhir dengan kematian kerana teknoloji yang superior akhirnya mengatasi kehandalan dan keperwiraan.

Nilai sebenar pemberontak dan pemberontakan kepada kita jenerasi pewaris ialah dalam pengajarannya. Dan apa pengajarannya?

Tanpa mereka sendiri menyedarinya, pemberontakan Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah melambangkan pertembungan antara golongan yang mendapat hak kerana kedudukan yang diwarisi, kerana kekuatan kedudukan dengan golongan yang mendapat hak kerana memperjuangkannya, menggunakan  kudrat dan menggunakan akal.

Itu sebabnya, golongan feudal dan Inggeris senang berkerjasama – kerana kedua golongan mendapat hak, seperti kita lihat setelah British menempatkan diri mereka dalam tanah air kita, bersandarkan kuasa dan kedudukan. Mat Kilau, Bahaman dan Tok Gajah mewakili golongan yang tahu bahawa hak adalah suatu yang dperjuangkan dan dipertahankan.pahang_540_405_100

Ini pengajaran yang patut diambil perhati oleh bangsa Melayu kita. Bahawa hak kita datang kepada kita bukan kerana status kita sebagai Melayu dan kedudukan yang kita warisi, tapi hasil daripada kesediaan memperjuangkan hak tersebut dan mempertahankan hak tersebut. – sakmongkol.blogspot.com, 1 April, 2014.

* Penulis atau nama sebenarnya Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s