FARDHU AIN

Permulaan Ibadah- Mengenal Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

Anda semua tentu sekali pernah mendengar tentang fardhu ain dan fardhu kifayah bukan? Ya, Tentu sekali pernah kerana ia diajar sejak kecil kerana ia adalah asas yang penting dalam sesuatu ibadah bagi Umat Islam. Sebelum kita melakukan sesuatu ibadah, kita hendaklah tahu akan ibadah tersebut dalam fardhu ain atau fardhu kifayah. Setiap umat Islam dipertanggunjawabkan untuk melaksanakan perkara-perkara yang dituntut dan difardhukan sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.

Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

Suka untuk saya terangkan disini secara ringkasnya untuk kita sama-sama faham dan boleh amalkan insyaAllah. Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim.

solat lima waktu adalah contoh ibadah fardhu Ain
Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atai tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah. Malah pernah saya mendengar kata-kata ilmuan agama dan ustaz yang mana sesebuah masyarakat yang ada seorang hafiz atau hafizah telah terlepas dari fardhu kifayah. Jadi kita tidak patut memandang hafiz dan hafizah ini sesuatu yang leceh atau membazir masa bahkan ada segelintir dari kita yang memandang rendah dengan melabelkan hafiz dan hafizah tidak setanding mereka yang menuntut di Universiti atau kolej. Sungguh menyedihkan.
Menguruskan jenazah pun fardhu kifayah, kalau tiada siapa yang pandai  siapa yang nak uruskan jenazah Muslim??
Beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis fardhu ini, mungkin anda telah mengetahuinya namun saya cuba untuk senaraikan dengan ringkas. Fardhu Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah pula menjadi kewajipab secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (direct) dengan Allah S.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
Akibat meninggalkan Fardhu Ain 
1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.
3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T
4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.
5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.
Akibat meninggalkan Fardhu Kifayah
1. Masyarakat Islam pasti akan mundur dan terkebelakang berbanding masyrakat lain dalam pelbagai bidang.
2.  Kita ( Umat Islam) akan mudah ditipu, dipengaruhi dan dipermainkan oleh Umat lain.
3. Umat islam akan hidup dalam kemelaratan kerana tidak mahir dalam sesuatu bidang ilmu untuk meningkatkan taraf hidup kitas
Penting ke Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah???
YA. SANGAT PENTING bagi kita umat Islam. Umat Islam yang mantap dalam fardhu ain pasti menjadi individu yang taat akan perintah Allah, berilmu dan beramal dengan fikiran yang positif dan rasional. Umat Islam juga akan peka dan lebih berdaya saing untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. kita juga akan menjadi contoh yang baik kepada Umat lain dalam kehidupan seharian disamping dapat menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia. Syiar Islam dapat ditegakkan dan kemajuan dalam negara akan bertambah dari masa ke semasa. Negara Islam akan disegani dan dihormati bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran yang ada.
Anda sendiri nampak akan kesan dan betapa pentingnya Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ini bukan? insyaAllah, sama-sama kita cuba terapkan dalam hidup kita sehari-harian. Sekali lagi penulis tekankan bahawa ini hanyalah ringkasan dan catatan ilmu yang sedikit sahaja, hanya untuk perkongsian dengan sahabat sekalian dan lebih kepada peringatan kepada diri sendiri yang dhoif. Anda bebas untuk sebarkan dan share dengan semua diluar sana kerana bagi saya ilmu itu adalah milik Allah. Kita hanya meminjam nya untuk sementara. Anda setuju bukan? insyaAllah..sama-sama kita dapat manfaat yer, InsyaAllah.
BERSUCI
Jenis-Jenis bersuci.

1.   Menyuci badan daripada hadas kecil:

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.

2.   Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.

3.  Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.

4.   Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

ARTIKEL DARI BLOG  KREDIT

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s