JALAN JALAN KE KERDAU

Replika buah-buahan  tempatan seperti ini menjadi identiti  Mukim Kerdau. Terdapat banyak pokok mesta di kampung ini

Kampung Kerdau merupakan salah sebuah kampung tradisional yang terawal wujud di tebing Sungai Pahang. Suatu ketika dahulu Sungai Pahang merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk kampung untuk menuju ke satu destinasi. Oleh demikian, sebahagian besar penduduk di sini membina rumah di sepanjang tebing Sungai Pahang. Kerdau terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh.

Kerdau dikenali dengan keramahan penduduk yang senantiasa mengalu ngalukan kedatangan para  tetamu kesini.

Kedamaian desa  pasti menggembirakan pengunjung yang ingin melupakan sejenak kesibukan tugas dan hiruk-pikuk kota. Sebaik sahaja melewati Kerdau, sebuah pintu gerbang tersergam indah menyambut kedatangan para tetamu. Paling menarik, di sini masih lagi boleh dilihat sebuah jeti yang suatu ketika dahulu  dijadikan pangkalan bot  yang merupakan pengangkutan utama ketika itu.

Pekan Kerdau merupakan salah sebuah pekan lama dikenali sebagai pekan koboi yang masih lagi kekal sehingga kini. Pekan ini sering menjadi tumpuan penduduk Kerdau untuk mendapatkan keperluan harian dan sebagainya.

Penempatan di Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 lagi. Nama Kerdau diambil kerana dahulunya kawasan itu dipenuhi dengan pokok kerdau. Pokok kerdau berbentuk seperti pokok pinang, iaitu tidak berdahan dan berbatang kecil. Pokok kerdau dijadikan sebagai perhiasan apabila terdapat orang kenamaan datang melawat ke kawasan ini. Lama-kelamaan nama Kerdau diabadikan sebagai nama kampung tersebut disebabkan pokok-pokok kerdau yang tumbuh melata di kawasan ini.

Di kawasan inilah dipercayai pokok kerdau tumbuh melata

Banyak perubahan dapat dinikmati dan dialami oleh penduduk Kerdau dari segi pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Arus pembangunan dapat dilihat dengan jelas di sini di mana rumah-rumah tradisional kini diganti dengan rumah-rumah batu. Pendidikan di sini juga kian dititik-beratkan dengan adanya pembinaan sekolah-sekolah. Kini pelajar tidak perlu berulang -alik ke kampung-kampung sekitar untuk mendapatkan pendidikan. Kemudahan-kemudahan di Kerdau juga adalah lengkap dengan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan dan melancarkan kehidupan penduduk di Kerdau.

Pertanian merupakan aktiviti utama penduduk di Kerdau. Kebun-kebun getah yang terdapat di sini merupakan kebun yang dijalankan secara individu. Kebanyakan penduduk yang mengusahakan pertanian di sini terdiri daripada golongan warga emas. Disebabkan tenaga yang terhad, segelintir penoreh mengupah pekerja-pekerja asing untuk membantu menguruskan tanah pertanian mereka.

PERTANIANTerdapat agensi-agensi yang bersama-sama membantu petani-petani ini memasarkan hasil pertanian mereka di samping membantu mereka jika memerlukan bantuan seperti khidmat nasihat, racun perosak dan lain-lain. Antara agensi-agensi terbabit ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Kerdau, dan Pusat Pertanian Kerdau. Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) pula merupakan antara agensi yang membantu penduduk dari segi penjualan getah sekerap. Getah-getah itu akan dikumpul di pusat pengumpulan sebelum dibawa ke tempat pemprosesan atau ke kilang-kilang berhampiran. Harga getah kini semakin naik pada pertengahan tahun 2008 iaitu kira-kira satu kilogram RM4.90  dan pada hari ini  telah menjangkau ke RM8.00

Selain dari getah, Kerdau terkenal dengan dusun manggisnya. Selain manggis, buah-buahan yang terkenal di Kerdau ialah mesta, duku, durian dan beberapa buah-buahan tempatan lain.

KEMUDAHAN  ASAS

Kemudahan asas adalah penting bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti seharian. Kerdau dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang boleh dikatakan lengkap yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Antara kemudahan awam yang disediakan di sini ialah adalah sistem pengangkutan awam iaitu teksi, bas dan kereta api. Selain itu, kemudahan telefon awam, perhentian bas, taman permainan, gerai-gerai makan, surau dan dewan orang ramai turut disediakan kepada penduduk Kerdau.

Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga amat memuaskan di sini. Kesemua infrastruktur di situ dijaga dengan baik sekali. Ia menunjukkan bahawa penduduk amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh majlis perbandaran dalam usaha memajukan kawasan Kerdau.

KESIHATAN

Seperti kebanyakan kampung lain, Kerdau juga mempunyai sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Kerdau. : Dua orang Jururawat masyarakat ditempatkan di klinik ini untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk kampung. Secara umunya,  klinik desa ini diletakkan di bawah pentadbiran Poliklinik Kesihatan Sanggang. Klinik ini menyediakan rawatan khusus bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah rawatan ibu mengandung dan selepas bersalin, rawatan bayi selepas lahir, khidmat nasihat perancang keluarga juga rawatan pesakit luar selain klinik bagi warga tua.

Klinik kesihatan di sini juga memainkan peranan dalam memastikan tahap kesihatan penduduk pada tahap yang baik. Antara usaha-usaha klinik ini ialah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan semasa sesi klinik serta kempen kesihatan. Antara kempen kesihatan yang telah dijalankan ialah ceramah untuk wanita iaitu “Barah Payudara dan Menopaus”.

PENDIDIKAN

Sekolah merupakan medium terpenting bagi sesebuah kawasan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pendidikan tidak diabaikan walaupun berada jauh dari bandar. Jika dahulu, kesedaran terhadap keperluan pendidikan adalah kurang, kini terdapat banyak sekolah yang dibina bagi melengkapkan institusi pendidikan di Kerdau. Terdapat tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di sini.

Antara sekolah rendah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Ara, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kerdau dan Sekolah Agama Majlis At-Tarbuah. Manakala sekolah menengah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.

Purata jumlah pelajar bagi sekolah rendah ialah antara 200 hingga 300 pelajar bagi setiap sekolah, manakala bagi sekolah agama, anggaran pelajar nya ialah kira-kira 50 orang pelajar dan sekolah berasrama penuh pula dianggarkan kira-kira 500 orang pelajar. Biro pendidikan yang bergerak di bawah seliaan JKKK juga turut memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah ini dengan harapan dapat menggalakkan pelajar untuk terus maju dalam bidang pelajaran. Para pelajar di sini juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh JKKK Kerdau. Antaranya ialah gotong- royong membersihkan kawasan kampung dan masjid.

KESELAMATAN

ihak polis merupakan badan kerajaan yang diberi tanggungjawab bagi memastikan sesebuah kawasan adalah selamat dari sebarang ancaman jenayah. Pondok Polis Kerdau terletak lebih kurang 500 meter dari Perpustakaan Desa Kerdau. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  juga bersama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan kampung.

Di samping itu, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga turut membantu dalam pelbagai tugas pengawasan  dan juga pemantauan keselamatan di kampung Kerdau. RELA Platun Kerdau misalnya mempunyai 40 orang anggota sukarelawan sering menjalankan aktiviti menembak musuh-musuh tanaman  kepada seperti tupai dan lain-lain. RELA dan  JKKK juga dilihat  sebagai  gandingan yang mantap  untuk mewujudkan penempatan yang selamat dari sebarang ancaman jenayah.

dipetik  dari ktaktelecentre

dibawa ke blog topography explorer oleh hazaldin

 

Berita2 pilihanraya kecil kerdau

link berkaitan

berita  1

berita 2

berita 3

berita 4

berita 5( info  kerdau )


2 comments on “JALAN JALAN KE KERDAU

  1. Suatu blog yg sgt berguna…banyak maklumat & tersusun kemas/menarik…tahniah abg din

    replikan itu sebenarnya replika buah mesta (disebut “meste”). Tak serupa dan tak sama dgn manggis walau ada iras…bentuk meste lonjong, ulas-ulas buahnya kecil dan kering, rasanya manis semata (manggis masam2 manis), saiznya rata2 lebih kecil dari manggis

  2. Sy cadangkan supaya bandar kerdau di bangunkan pembangunan mengikut peredaran zaman sbb kalau hendak disebut pekan koboi , koboi pun tidak megaku ..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s