5 Perkara Tentang Trans-Siberian Railway!

Percaya atau tidak, tidak banyak travel journey yang boleh menimbulkan suasana dan rasa kembara yang lebih memuaskan daripada perjalanan di dalam kereta api sepanjang Trans-Siberian Railway. Trans-Siberian Railway ini boleh diibaratkan sebagai rumpun kepada mana-mana pengembara atau traveller yang serius dalam mencari adventure vibe dalam kembara mereka. Tidak seperti perjalanan kereta api lain, keseronokan dan kegembiraan travel itu bukanlah saat anda tiba di destinasi akhir anda. Tetapi, perjalanan semasa berada di dalam kereta api itu sendiri, dengan banyak tarikan sepanjang perjalanan yang akan memberikan kepuasan yang berbeza kepada setiap penumpangnya.

So jom kita ambil tahu serba sedikit tentang ke-awesome-an Trans-Siberian Railway ini!

  • Trans-Siberian Railway mula dibina sekitar tahun 1891 dan telah mula dibuka dan beroperasi pada 5 Oktober 1916. Ini bermakna Trans-Siberian Railway telah menyambut ulang tahunnya yang ke-100 pada tahun 2016 yang lalu! Bayangkan sudah berapa banyak sejarah dunia telah tertulis sepanjang 100 tahun tersebut.

 

  • Merentasi sejauh 9,288 kilometer dari Moscow ke Vladivostok dan menghubungkan Rusia (Eropah) dengan Siberia dan Asia Timur, Trans-Siberian Railway adalah laluan rel kereta api yang paling panjang di dunia! Lagi panjang daripada Tembok Besar China. Lebuhraya Utara-Selatan di negara kita yang tidak sampai 1000 km panjangnya pun sudah terasa jauh.

 

  • Trans-Siberian Railway ini melalui LAPAN zon waktu yang berbeza dan merentasi dua benua, iaitu 19.1% daripada panjang keseluruhannya adalah di bahagian Eropah, dan 80.9% lagi di bahagian Asia. Walaubagaimana pun, semasa di Rusia, semua jadual waktu dan jam di stesyen, serta di dalam kereta api adalah berdasarkan waktu tempatan di Moscow. Manakala semasa di Mongolia dan China pula akan kembali mengikut waktu tempatan masing-masing. Pening juga kepala nak susun waktu yang berbeza-beza sepanjang perjalanan.

 

Zon waktu dunia.

  • Dengan rel yang panjangnya lebih daripada 9,000 km, sudah pastinya ia akan merentasi banyak tempat atau bandar-bandar besar. Ha! Kereta api Trans-Siberia ini melalui kira-kira 80 buah bandar dan bandar kecil, serta menyeberangi 16 sungai besar, termasuklah Sungai Volga, Ob, Yenisei dan Amur. Pemandangannya? Memang terbaik!
  • trans-siberian
  • Sebagai laluan kereta api yang paling panjang di dunia, Trans-Siberian Railway bukan sahaja popular dalam kalangan warga Rusia sahaja, malah juga dalam kalangan warga atau pelancong asing untuk mereka merasai sendiri pengalaman menakjubkan menaiki kereta api ini. Jarak perjalanan antara Moscow dan Vladivostok dengan kereta api bernombor ½ Rossiya mengambil masa selama hampir 7 hari! Anda berani nak cabar diri duduk 7 hari di dalam kereta api? Haha.

So, macam mana? Awesome kan Trans-Siberian Railway ini? Memang wajib ada dalam bucket-list anda! Bayangkan, 9000 km dan 8time zones kemudian, anda berjaya menyempurnakan perjalanan yang paling legendary yang pernah anda naiki, di mana kenangan sepanjang perjalanan itu tidak mungkin akan dapat dilupakan.

Copypaste  KREDIT