KE KUALA TEMBELING

Bagi pelancung asing,mereka ini lebih suka mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan dengan menaiki  bot.Bot boleh di naiki dari Jeti  Taman Negara di Kuala Tembeling.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

 

Pekan Kuala Tembeling

Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai. Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang. Kuala Tembeling terletak sejauh 16 km dari bandar Jerantut. Sebuah terminal baru sedang dibina bagi menggantikan jeti yang sedia ada. Melalui jeti ini pengunjung-pengunjung ke Taman Negara akan melalui jalan sungai sejauh 59 km dengan menaiki bot yang memakan masa selama lebih kurang tiga jam perjalanan. Pengunjung-pengunjung juga boleh menggunakan jalan darat melalui Felda Padang Piol dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda terus ke Kuala Tahan dengan perjalanan lebih kurang satu jam.

Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling mengantikan Pekan Kuala Tembeling Lama.

Jalan masuk ke Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling


Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling

Kedai kedai pekan lama Kuala Tembeling nampaknya telah banyak yang runtuh dan sejak terbinanya Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling saolah olah pekan lama ini terbiar dan jika ada pun rumah tinggal  menunggu masa untuk menyembah bumi.Pekan kecil Kuala Tembeling ini ditinggalkan setelah terbinanya komplek pelancongan yang cuma 500 meter sahaja dari pekan tersebut. Komplek yang didirikan untuk kemudahan para pelancong untuk ke Kuala Tahan itu turut menempatkan pusat penerangan dan bangunan-bangunan kedai. Barangkali pemilik-pemilik kedai di pekan lama sudah berpindah ke komplek yang baru dibina ini.

Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling

Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling

Salah satu faktor lagi yang menyebabkan pekan Kuala Tembeling semakin menyepi ialah kemerosotan jumlah pelancong yang menggunakan laluan ini untuk ke Kuala Tahan. Ini disebabkan pembinaan jalan darat yang menghubungkan Sungai Retang terus ke Kuala Tahan. Pelancong-pelancong tidak perlu lagi menaiki bot di Kuala Tembeling sebaliknya mereka boleh terus memandu sendiri atau menaiki bas untuk ke Kuala Tahan.

Pekan Lama Kuala Tembeling

Disetiap daerah di Negeri Pahang kedapatan Pekan Sehari atau Pasar malam,bagi Pekan Kuala Tembeling Pekan Sehari pada sehari Selasa.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s