DITINASI MONGOLIA

Mongolia disebut /mɒŋˈɡoʊliə/; Bahasa Mongolia:  Negara Mongol merupakan negara tanpa pantai atau laut kedua terbesar di Asia Timur dan Asia Tengah. Bersempadan dengan negaraRusia di utara dan China di selatan. Mongolia mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen. Ibu negara dan bandar terbesarnya adalah Ulaanbaatar.( maps ulan Bator )

Mongolia adalah pusat Empayar Mongol di kurun ke-13 dan adalah kemudiannya diperintah oleh Dinasti Manchu dari abad 17 sehingga 1911. Merdeka dengan bantuan negara Rusia pada 1924. Dasar komunis mirip Rusia dilaksanakan pada peringkat awal. Apabila komunisme runtuh 1989, Mongolia meninggalkan komunisme dan mendokong perlembagaan demokratik mulai 1992. Jadi Mongolia merupakan negara pengamal demokratik termuda.

Keluasan 1,564,116 km persegi, Mongolia merupakan negara ke-19 terbesar di dunia.Kebanyakan muka buminya gersang dan kontang, tidak produktif dan dipenuhi rumput steppe , gunung-gunung di sebelah utara dan barat. Gurun Gobi merupakan padang pasir yang luas di sebelah selatan. 30 % penduduknya hidup secara nomad iaitu hidup berpindah-randah dengan membawa khemah dan sedikit peralatan untuk kelangsungan hidup. Majoriti penduduk beragama Buddha Tibet. Etniknya terdiri daripada Mongol, Buriat,Kazakh dan Tuvan tinggal di barat. Satu pertiga penduduk tinggal di Ulaanbaatar.


8 Sebab Anda Akan Jatuh Cinta Dengan Mongolia

Mongolia boleh dikatakan sebagai satu destinasi yang agak underrated dalam kalangan backpackers negara kita. Walaupun bukanlah pilihan utama kebanyakan backpackers, ada sesuatu pada Mongolia yang menjadikannya sangat unik dan menarik. Mongolia adalah negara yang paling kurang penduduknya jika di bandingkan dengan saiznya. Sangat berbeza dengan negara-negara Asia yang lain, tanah lapang, budaya nomad penduduknya, dan juga alam semula jadinya yang tidak disentuh langsung oleh tamadun dunia yang lain membuatkan Mongolia sangat unik dan menonjol. Di sini terdapat padang rumput, gurun, gunung-ganang, tasik, budaya yang unik, dan biara indah, serta tidak dilupakan juga, salah satu perjalanan kereta api yang paling awesome di dunia, iaitu Trans-Mongolian Railway! Kalau anda masih tercari-cari destinasi yang rare dan bukan destinasi mainstream pelancong asing, negara ini patut ada dalam bucket list anda.

*Baca juga: 5 Perkara Awesome Yang Anda Perlu Tahu Tentang Trans-Siberian Railway

Ini 8 sebab kenapa Mongolia patut berada di atas sekali dalam bucket list anda:

1. Pemandangannya yang akan buat anda jatuh cinta berkali-kali.

Di Mongolia, pemandangan yang luas dan landskap-landskap yang sangat indah ada di mana-mana sahaja anda pergi. Apa yang paling awesome tentang negara ini adalah betapa unspoilt atau tidak tercemarnya ia, seperti tidak pernah dijajah langsung oleh budaya luar dan budaya moden. Di luar kawasan bandar Ulaanbaatar yang merupakan ibu negara Mongolia, terdapat sangat sedikit jalan raya. Keadaan ini betul-betul bakal memberikan anda satu perspektif baru tentang dunia kita hari ini, dan betapa banyaknya perubahan yang telah dilakukan oleh manusia.

Mongolia is wild and untamed, and oh so beautiful. – Travelettes

2. Tempat paling luar biasa untuk buat road trip.

Mongolia adalah tempat yang paling menarik sekali untuk road trip kerana keunikannya yang tersendiri, di mana anda akan memandu melalui gurun selama berhari-hari dan kalau ada peluang, tinggal di dalam rumah mereka yang dipanggil yurt atau gerbersama-sama dengan keluarga nomad. Ruang di sini seolah-olah tidak berkesudahan, dengan unta liarnya dan juga langit malam yang terbentang luas dipenuhi bintang. Senang cerita, memang betul-betul escape dengan cara terbaiklah! Orang putih kata ‘getting off the beaten track’. Tapi yang lecehnya, tiada tandas atau stesen minyak. Jadi memang perlu rancang awal-awal dan bersedia dari A sampai Z lah kalau buat road trip di sini.

3. Ulaanbaatar mungkin adalah ibu negara yang paling cool yang anda tak pernah dengar.

Ulaanbaatar merupakan ibu negara Mongolia dan menjadi rumah kepada kira-kira lebih 1.5 juta orang, iaitu separuh daripada populasi keseluruhan negara itu. Ia adalah bandar yang agak ganjil, di mana sebahagiannya komunis, sebahagiannya moden, dan sebahagian laginya moden. Terdapat sebuah biara lama yang sangat menakjubkan terletak di tengah-tengah bandar, di sampingshopping streets, dan pasar atau market yang luas. Antara lain yang patut anda alami adalah menikmati pemandangan dari Zaisan Memorial, membeli-belah di Black Market, dan mengunjungi Gandantegchinlen Monastery. Dan kalau anda peminat Beatles, bolehlah cuba cari statue kumpulan itu di bandar Ulaanbaatar ini. Hehe.

4. Biara-biaranya sangat cantik dan unik.

Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi di Mongolia sudah semestinya adalah Gandantegchinlen Monastery. Kompleks ini yang terletak di pusat bandar Ulaanbaatar adalah tempat yang sesuai untuk anda observe cara hidup sehari-harian orang Mongolia, disamping mengagumi sejarah Mongolia dan menikmati suasana bandarnya. Jika anda menuju ke luar kawasan bandar ini, Aryabal Buddhist Meditation Center di Taman Negara Terelj juga adalah antara tempat yang patut anda lawati. Di utara negara ini terdapat juga Amarbayasgalant Monastery yang terletak di sebuah kawasan terpencil, kira-kira 60km daripada bandar terdekat.

5. Orang-orang Mongolia adalah antara yang paling peramah di dunia.

Hospitaliti orang-orang Mongolia boleh dikatakan sebagai highlight kunjungan anda ke negara ini. Mereka sangat tenang, peramah dan suka membantu. Kebanyakannya berasal dari tradisi hidup nomad mereka, dan mempunyai warisan budaya yang sangat menarik dan unik. Jika anda ada peluang untuk menginap di perkhemahan yurt atau ger dengan keluarga tempatan, secara tidak langsung anda juga dapat belajar serba sedikit tentang kehidupan mereka, dan ini akan menjadi pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan pernah dilupakan tentang kunjungan anda ke Mongolia.

6. Budaya nomad mereka yang sangat unik dan menarik.

Cara hidup nomad orang Mongolia ini telah lama diamalkan sejak beribu tahun yang lalu lagi. Dan apa yang uniknya tentang kehidupan manusia sekarang adalah tradisi nomad ini masih lagi wujud dan nampaknya akan masih wujud untuk masa-masa yang akan datang juga. Cool, kan? Selama anda travel di Mongolia, agak senang untuk bertemu dan engage atau terlibat sama dengan keluarga nomad di sana, di mana kebanyakannya tingga jauh dari pemodenan, mahupun dari mana-mana manusia lain.

7. Gurun Gobi adalah salah satu landskap yang paling indah yang mata anda akan lihat.

Jika anda menuju ke selatan dari Ulaanbaatar, melewati tanah lapang, bukit-bukau dan padang rumput yang menghijau, anda akan tiba ke Gurun Gobi. Pemandangan di sini sangat superb dengan bukit-bukit pasir, unta-unta berkeliaran, dan juga perkhemahan-perkhemahan yurt atau ger di pinggir bukit pasir.

8. Langit malamnya yang sangat cantik.

mongolia

Oleh kerana lokasi Mongolia ini agak terpencil, dengan hanya sebuah bandar besar di negara ini, pencemaran cahaya adalah pada tahap yang sangat minimum di sini. Tidak kiralah anda pergi ke padang rumput atau anda turun ke padang pasir, tiada apa yang dapat menghalang cahaya kerdipan bintang di langit daripada terlihat oleh mata anda. Bima Sakti juga sangat jelas kelihatan dan langit seolah-olah tidak berpenghujung. Jika ada satu perkara yang anda akan ingat sebaik sahaja anda travel ke negara ini, pastinya betapa hebatnya langit malamnya.

Anda pernah travel ke Mongolia? Tak teringin ke? 😀

copypaste kredit tmplbackpackers.my

%d bloggers like this: