GUNUNG TAHAN_Sejarah G.Tahan dijumpai.

Kuala Tahan Map

gunung-tahan

Kuala Tahan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di kuala Sungai Tahan dan Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia. Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah.Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan darat sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling
Taman Negara Resort

Jaket di beri percuma sewaktu mambuat pendaftaran pendakian [1993]

Taman Negara National Park jenamakan di Malaysia pada 1938/1939 olih Raja George V .Setelah kemerdekaan National Park di ubah kepada Taman Negara, yang  berarti “Taman Nasional” dalam bahasa Melayu. Keseluruhan kawasan Taman Negara adalah 4.343 km ². Taman Negara meliputi tiga negara, Pahang, Kelantan dan Terengganu, masing-masing memiliki peraturan perundang-undangan.

dengan keenderaan jalan ke kuala tahan

Kiri dan kanan sekitar laluan ke Taman Negara hanya lah pokok K.Sawit

perkampungan sekitar laluan ke Taman Negara_ 15/02/2010

Jika anda mengikut laluan dari Temerloh – Jerantut dan sampai ke Kg Bukit Ketupat hanya 85 km lagi untuk anda sampai ke Taman Negara [ Dengan mengikut laluan darat ]

Jika anda ingin mengunakan kenderaan sendiri maksudnya berkereta anda bolih mengikut dengan jalan darat,sama ada dengan melalui bandar Jerantut kemudian Jengka atau melalui  bandar Temerloh kemudian melalui bandar Jengka.Anda tidak perlu risau tersesat jalan kerana terdapat papan tanda menunjukkan jalan ke Taman Negara,jalan ke Taman Negara ini tidak mempunyai banyak arah atau persimpangan cuma anda perlu megisi  tangki minyak kereta anda secukup nya kerana perjalanan kesini tidak ada setesen minyak,setesen minyak terakhir cuma di Jengka selepas itu anda cuma akan melihat ladang kelapa sawit sepanjang jalan.

MutiaraChallet

Chalet ini terletak sebelah Kg Kuala Tahan di mana di sini terdapat kemudahan Balai Polis, Klinik dan chalet yang berharga sederhana sekitar RM40 – RM120.00 semalaman.

kemudahan katil bertingkat di sediakan

Kemudahan katil bertingkat.

Restoran terapung di sg Kuala Tahan

Restoran terapung [ Restoran atas rakit]

Untuk menjamu selera di sini anda tidak perlu risau anda bolih pilih restoran mana yang anda suka di restoran terapung di tepi sungai tahan ini,dan anda akan menerima khidmat bot percuma untuk keseberang ke Taman Negara Resort dan sekitarnya.

pemandangan dari canopy walkway _ Taman Negara

Pemandangan dari Canopy Walkway Taman Negara.

mandi manda di Lata Berkoh _ Taman Negara

Mandi manda di Lata Berkoh _ Taman Negara.

Taman Negara Resort

Keterangan photo,seberang Sg Tahan sana adalah Kg Kuala Tahan dan yang anda nampak di atas /tepi sungai itu merupakan restoran terapung,photo di atas di ambil sekitar tahun 1993.

restoran terapung

Pasir ini di mana yang anda lihat dari  photo di atas di Taman Negara Resort.

restoran terapung _ Astro anthena dlm air

Restoran terapung and anthena astro  2009

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

jeti kampung pagi

Jeti Kampung Pagi. Perjalanan ke Kampung Pagi dari Jeti Taman Negara kira-kira 45 minit.

Kampung Pagi merupakan kampung Melayu tradisional yang pertama di mukim Hulu Tembeling dilalui dalam perjalanan memudiki Sungai Tembeling. Ia mengambil masa lebih kurang sejam dari Kuala Tahan menggunakan bot. Dalam perjalanan ini, kami terpaksa menempuh 9 buah jeram yang menjadikan perjalanan sangat bahaya terutama di musim banjir.   Terdapat beberapa insiden di mana bot kesihatan karam tetapi tiada kemalangan jiwa berlaku. kgpagi1.jpg (47512 bytes) Klinik Desa Kampung Pagi dibina secara gotong royong oleh masyarakat Kampung Pagi. Sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan amat menggalakkan.

Pada hari lawatan doktor hampir 80 orang akan hadir. Keadaan bilik rawatan adalah sempit dan panas kerana tiada bekalan elektrik.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Pondok Polis Kuala Tahan 1993

Pondok Polis Kuala Tahan pada tahun 1993

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Taman Negara Resort 1993


Gunung tahan sering menjadi kepada pendaki pendaki menggunakan laluan Kuala TahanGunung Tahan. Laluannya :-

Kuala Tahan Resort 2009

Kuala Tahan Resort 2009

Jeti Kuala Tahan Resort 1993

Jeti Kuala Tahan Resort  1993

  1. Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai – 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. berkhemah di sini.
  2. Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
  3. Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang – di sana ada 11 bukit.
  4. Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
  5. puncak Gunung Rajah .K.TahanPuncak G.Rajah
  6. Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
  7. Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku – 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
  8. Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
  9. Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
  10. Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
  11. Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
  12. Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
  13. Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
  14. Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)

Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.

Pendakian

mendaki gunung tahan

Mendaki Gunung Tahan

Mendaki gunung tahan

Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.

Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.

periok keraPeriok Kera

Dengan menaiki  bot, atau jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.[sekitar 90 an ]

Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.

bermalam di gunung tahan dengan Mr Dick american army 1993

Bermalam di gunung tahan dengan american army Mr Dick 1993

Bermalam di Gunung Tahan. 2009

Bermalam di Gunung Tahan 2009

KronologiGunung Tahan

  1. 1875 – Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).
  2. 1880 – Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.
  3. 1884 – Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.
  4. 1893 – H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
  5. 1890 – Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan
  6. H.N Ridley1
  7. H.N,Ridley
  8. 1898 – W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi
  9. .skeatww.Skeat
  10. 1902 – Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.
  11. 1905 – Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan. Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).
  12. 1906 – Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.
  13. 1912 – Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki.

Rujukan dari sumber wikipedia dan blog
serta di susun olih hazaldin  twbkl

Copyright  ogos 2009

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s