TRANS MANCURIA

RUSSIAN TRANS-MANCHURIAN JOURNEY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B,

TRANS-MANCHURIAN JOURNEY
(Chita – Harbin – Beijing) 2,795 km
Tamat sudah dua Trans ya’ani Tran-Mongolian dan Trans-Siberian dan kini kami memasuki Fasa ke-3 meneruskan pengembaraan dengan Trans-Manchurian ke China.  Trans-Siberian yang kami naiki telah berahir di stesyen Chita dan kini bermula pula Trans-Manchurian dari Chita ke Zabaikalsk yang jaraknya 460 km keselatan Chita.

Together with Partner after leaving Chita Railway Station

CHITA
Sebuah bandar diselatan Moscow yang menjadi persimpangan perjalanan Trans-Siberian ke Vladivostok dan Trans-Mancurian untuk perjalanan ke Korea Utara dan China.  Dibangunkan oleh sekumpulan orang buangan daerah daripada kawasan-kawasan lain di Russia.  Dalam kumpulan ini terdapat kaum Tartar yang beragama Islam.  Terdapat sebuah Masjid yang cantik dibina dan digunakan sejak seawal abad lalu.

              Chita Railway Station Bridge

             My Dear Friend Mr Jalaluddin 

 Church semilar like Mosque Chita

          Chita Railway Station
Kini Chita merupakan sebuah bandar yang maju dan merupakan nadi kepada perdagangan dan perusahaan.  Perushaan paling besar yang terdapat disini ialah pembuatan senjata dan merupakan juga pengkalan terbesar Tentera Udara Russia di selatan Moscow.  Oleh yang demikian, pengembara harus berhati-hati agar tidak mengambil gambar sesuka hati khususnya melibatkan kawasan ketenteraan.  Ibarat bercakap siang pandang-pandang dan malam dengar-dengar.
                                                                                                                      ZABAIKALSK
    Zabaikalsk Railway Station
Perjalanan ini mengambil masa semalaman bermula jam 1900 petang dan sampai seawal pagi jam 0600 waktu tempatan.  Cuaca amat sejuk sekitar -1C dengan salji turun renyai-renyai apabila kami sampai di bandar Zabaikalsk ketika itu.  Keretapi meluncur ditengah-tengah kawasan pergunungan dan sekali sekali merentasi kawasan tanah pamah.
Zabaikalsk di Russia bersempadan Manzhouli di China dan jarak antara keduanya lebih kurang 30 km.  Kepada pengembara adalah diingatkan agar sekali lagi tidak mengambil gambar didaerah ini lebih-lebil lagi kawasan-kawasan penempatan ketenteraan.

Diantara dua lokasi ini Zabaikalsk dan Manzhouli kami tidak menggunakan perkhidmatan keretapi sebalik melintasi sempadan dengan menggunakan perkhidmatan bus.  Demi menjimatkan masa kami meneruskan perjalanan sebaik meninggalkan stesyen keretapi Zabaikalsk.
Last FotoTaken From Zabaikalsk 
 

Bas sampai di Russian Border Check Point lebih kurang 15 minit perjalanan dan kami menunggu hampir 45 minit sebelum pintu pagar dibuat untuk urusan Imigresen dan Kastam.  Pemeriksaan berjalan lancar kecuali sedikit masaalah berhubung tarikh kemasukan kami ke Russia daripada Monggolia yang tidak disertakan keretan borang ketibaan.  Walau bagaimana pun tiada soal siasat dijalankan malah kami dibenarkan berlepas setelah paspot disetemkan.
MANZHOULI

Selang 5 minit kemudian kami sampai di Imigresen dan proses berjalan lancar dan seterusnya memasuki ruang pemeriksaan Kastam China.  Disini  beg kami diperiksa secara tara  walaupun setelah melalui mesin pengimbas.  Beg peck dibuka dan pemeriksaan dilakukan  sekumpulan Pegawai Kastam China didalam sebuah bilik.  Nasib baik tiada apa- apa  halangan dan kami dibenarkan memasuki China dengan senyuman manis pegawai-pegawai kastam wanita China.  Bus meneruskan perjalanan 30 minit lagi Manzhouli.

Masa sehari memberi kesempatan kepada kami untuk bersiar-siar di bandar Manzhouli sebelum meneruskan perjalanan ke Harbin malam nanti.  Manzhouli adalah shopping paradise bagi para pengunjung dari Russia.

                                                                             HARBIN

Keesokan pagi kami menjejaki kaki ke Harbin salah sebuah bandaraya terbesar di China yang juga dikenali oleh pelancung juga pengembara sebagai “Ice City of Northeastern China”.
Diceritakan sedikit  pemandangan kami semasa dalam perjalanan ke Harbin.  Kami mempunyai masa dua jam perjalanan sebelum malam menjelang dan dapatlah kami lihat bagaimana rajinnya manusia yang makan dengan menggunakan penyepit (Chop Stick). Apabila memasuki sahaja China, keadaan muka buminya rata (Flat Land) tidak sebagaimana Russia sebelumnya.  Pemandangan sayup mata memandang dengan tanaman padi, gandum, sayuran dan tanaman kontang.  Ternakan seperti  lembu, kambing, kuda terdapat dimana-mana.
 Boleh dikatakan tiada seinci pun tanah dibiarkan tanpa ditanam sesuatu.  Sikap rajin dan berbudi kepada tanah memang telah menjadi amalan turun temurun masyarakat China walau dimana mereka berada.
Harbin Zhongyang Street
Setiap tahun pada bulan Febuari  pesta ice yang dikenali dengan nama Harbin Ice and Snow Festival yang menjadi tarikan ribuan pelancung akan diadakan dilima buah tempat berasingan.

St. Sofia Orthodox Church Harbin

Harbin Ice and Snow World

Ice Lantern Garden Party
Sun Island Scenic Area
Yabuli International Ski Resort
Zhoalin Park
Harbin pusat politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan yang unik.  Dibangunkan oleh 160,000 pendatang daripada 33 buah negara semasa pembinaan Middle East Railways ketika  era Russia.  Peninggalan nyata diatas kekuasaan Russia disini boleh dilihat dengan berdiri tegah sebuah gereja lama yang dinamakan St.Sofia Orthodox Church dan sebuah pusat perniagaan di Zhongyang Dajie yang sangat terkenal.

3H/2M kami menghabiskan masa menikmati keindahan Harbin.  Jika pembaca berhajat untuk mengunjungi Harbin, saya menyarankan agar memilih bulan Febuari dan dapatkan maklumat lengkap darihttp://www.travelchinaguide.com/.  Perjalanan kami seterusnya ialah Beijing.  Kami memilih keretapi laju bagi perjalanan ini dan bertolak  pada waktu dengan hasrat dapat melihat bagaimana kegigihan masyarakat China mengusahakan pertanian dan sebagainya.

Harbin Beijing 300 Km CRH
Berikut saya akan gambarkan kerajinan masyarakat China  mengusahakan pertanian dan penternakan melalui gambar-gambar yang sempat  saya  rakamkan dalam  perjalanan  dari  Harbin  ke  Beijing  sejauh  1388 km.
 
2H/1M berada di Beijing kota yang tidak asing bagi kami seterusnya bertolak ke Tianjin sebagai destinasi terahir.  Dari Tianjin ke Bo’an International Airport mengikut jadual terancang.  24H/23M dengan 15H/14M dalam keretapi, lengkap sudah pengembaraan kami bagi 3 TRANS.  Trans-Mongolia, Trans-Siberian dan Trans-Manchurian Journey. Ya Allah.  Engkau Maha Segalanya.  Kami menikmati keindahan Syurga Dunia Ciptaan Yang Maha Esa.  Amin
Assalamualaikum.  SALAM  
Copypaste from Blog zainaltobiaktravel