KISAH DISEBUAH SEKOLAH….

Pada suatu petang, ketika-sesi pembelajaran sedang berjalan di sebuah kelas darjah satu, seorang murid lelaki mengadu kepada gurunya: “Cikgu, perut saya sakit” Kata murid itu sambil menekan-nekan perutnya. Cikgu bertanya: “Awak hendak buang air kah?” Murid itu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Cikgu bertanya lagi: “Awak tidak makankah ketika waktu rehat tadi?” “Tidak, cikgu” jawab murid itu perlahan. “Kenapa awak tidak makan?” tanya cikgu. “Saya tidak ada duit” jawabnya dengan nada sedih. Cikgu bertanya lagi, untuk menyiasat: “Awak tertinggal duit belanja?” Murid itu menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ayah awak tidak beri duit belanja?” Murid itu memberi jawapan yang menyentak hati cikgu: “Ayah saya kata, dia tidak ada duit. Lagi seminggu baru ayah dapat gaji” Cikgu terdiam sebentar, sebelum kemudiannya bertanya lagi: “Sebelum pergi sekolah tadi awak tidak makan nasi di rumah? Dengan suara perlahan, sambil memandang ke lantai, murid menjawab: “Sudah seminggu emak tidak masak nasi. Ayah tidak ada duit hendak beli beras”. Cikgu terdiam. Seluruh kelas yang mendengar perbualan itu turut diam. Cikgu kemudian memegang tangan murid dan membawanya keluar, menuju ke kantin. Cikgu berkata berkata: “Mari cikgu belikan awak makanan.” Di kantin, pekerja sedang membersihkan kantin dan dapur. Makanan yang tinggal hanyalah 5 biji nugget. Cikgu membeli kesemua lima biji nugget dan menyerahkan kepada murid sambil menyuruhnya makan. Murid itu mengambil bungkusan nugget dan menyimpan dalam poketnya. Melihat tindakan muridnya, Cikgu lantas bertanya: “Kenapa awak tidak makan? Nanti sakit perut lagi.” Murid menjawab: “Saya hendak simpan. Saya hendak makan dirumah bersama ibu dan adik-adik saya.” Kata-kata murid cukup untuk meruntun hati cikgu. Dia terdiam. Air matanya bergenangan. Peristiwa ini berlaku di sebuah sekolah di pinggir ibukota. Ayahnya seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah lain. Ibunya surirumah. Seorang kakaknya bersekolah menengah, dua orang lagi bersekolah rendah, manakala tiga orang adiknya masih belum bersekolah. Setiap petang, si ayah akan mengambil anak-anaknya pulang dengan menaiki basikal. Dua orang membonceng di belakang dan seorang di hadapan. Kisah ini menginsafkan saya. Dalam pada saya kekenyangan menikmati makanan yang enak-enak, ada orang di kejiranan saya yang kelaparan. Mungkin ada banyak lagi keluarga yang seperti ini. Ini hanya satu kisah yang disampaikan kepada saya. Wallahu’alam.

Artikal dari email teman2.oleh hazaldin
copyright 14hbjulai 11

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s