KISAH SUAMI KAHWIN DUA

Untung sabut timbul,untung batu tenggelam….tapi kalau batu beso takat ibu jari je pehtu letak atas sabut….kita nk panggil apa ? haaaa…. yang tu kita kata untung batu dok atas sabut…dia tak tenggelam. Batu belayar bersama sabut…tapi apa jasa batu pada sabut ? x dak jasa pun…..kasi beban kat sabut lagi ada la….hehehhee

Ok abes citer pasal sabut…ada ceritera terindahnya nanti ◕‿◕
Jika para2 isteri bertanya kepada suami “abg nak kawen lagi satu tak…? ” hah gelabah2….nk jawap apa tu…? berdenyut jantung wo….(apa ke hei bini aku tanya macam ni….nk menguji aku ke….?) silap2 ada yang jawab…”nk sangat ke saya kawen lagi satu” kadang2 ada juga yang jawab dgn wajah yang slumber “ish….! awak ni…knp la awak tiba2 tanya mcm tu….x nk lah saya,sorang pun cukop laa..” tapi dlm hati (aiii ada harapan ke ni..) hahahaaa….jangan tanya lah…diam2 sudah.

Dalam blog saya…ada saya tulis tips2 untuk beristeri dua ◕‿◕ hah entry yang mana…? pandai2lah cari ye. (mau ada silent reader yang mencarinya) adaa…mmg ada…cari lah. Tapikan kn sebelom tu saya nak tanya kepada para2 suami. ikhlas la jawab…..dlm hati pun x pe,tak yah la jawab dalam ruangan komen tu pun x pe. Ada tak perasaan nak kawen dua ◕‿◕ x banyak sikit…ada tak…? Ada…! hahaha kaum ibu sabaaarr…citer x abes lagi….baca dulu.
Tenang…tak semua kaum bapa mcm tu. Tapi kalau ada yang dh pasang niat tu…..teruskan lah kalau mampu. Tapi sebelom tu mari saya kongsi satu cerita tentang seorang suami yang beristeri dua. Cerita pendek je jgn risau. Sudah ada anak tiga tapi mau kawen satu lagi. Sebelom menambah sorang lagi isteri dia meminta izin terlebih dahulu kepada isterinya,caranya bagus tu….tak da selindung2…tak da tipu2,jujur dan berterus terang. Andai isterinya tak mengizinkan dia tak akan berkahwin lagi. Soal kemampuan dia mmg seorang yang mampu. Isterinya mintak tempoh satu minggu. Selepas satu minggu….isterinya memberi jawapan “Boleh”. Maka berlangsung lah acara majlis perkahwinan yang kedua dengan jayanya ◕‿◕
Tapi keseronokan beristeri dua itu x lama….manisnya sekejap saja. Isteri2nya tak jadi masalah….kedua2nya baik. Yang jadi masalah nya adalah si suami yang mula penat…seminggu ke sana seminggu ke sini,lama2 dia jadi penat….kadang2 terlupa terlebih blah sini…mula lah yang sana tarik muka. Sedikit demi sedikit keadaan mula jadi porak peranda. Dah mula start pening kepala….kalau isteri2nya mau duduk serumah,mungkin dia tak susah. Hah mana mungkin isteri2nya mau pindah duduk satu rumah.
Dan di saat dia termenung seketika…..baru dia merasa satu perkara. Beristeri satu dia jaga kita. Beristeri dua…..kita jaga dia. Kan letih tu namanya……apa macam…? ada berani tambah satu lagi….◕‿◕ . Ada lagi…! kita sambung lagi cerita di lain masa. Renung2kan dan selamat beramal ◕‿◕
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s