IMAM BUKHARI

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk “Al-Tarikh-al-Kabir”.

Makam Imam al-Bukhari di Samarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawatDamsyikKaherahBaghdadBasraMadinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata “Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan.”

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku “Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Sahih Bukhari

Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja’fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.

Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika orang Islam ahli sunah wal-jamaah mengganggap Sahih Bukhari sebagai Kitab yang kedua paling murni selepas Kitabullah. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.

Senarai Kitab

  1. Kitab Permulaan Wahyu
  2. Kitab Iman
  3. Kitab Ilmu
  4. Kitab Wudhu’
  5. Kitab Mandi
  6. Kitab Haid
  7. Kitab Tayammum
  8. Kitab Solat
  9. Kitab Waktu-Waktu Solat
  10. Kitab Azan
  11. Kitab Solat Jumaat
  12. Kitab Haji
  13. Kitab Puasa
  14. Kitab Solat Tarawih [dan I’tikaf]
  15. Kitab Jual Beli
  16. Kitab Salam (Tempah, Pemesanan)
  17. Kitab Syuf’ah (Penyewaan)
  18. Kitab Ijarah (Upah)
  19. Kitab Wakalah (Perwakilan)
  20. Kitab tentang Berladang dan Bercucuk Tanam
  21. Kitab Distribusi Air (Pengairan)
  22. Kitab Masalah Hutang
  23. Kitab Dalam Perselisihan (Pertengkaran)
  24. Kitab Luqathah (Barang Temuan)
  25. Kitab Tentang Perbuatan-Perbuatan Zalim
  26. Kitab Syirkah (Perseroan)
  27. Kitab Penggadaian
  28. Kitab Pembebasan Hamba
  29. Kitab Hibah (Hadiah) dan Keutamaannya
  30. Kitab Syahadah (Persaksian)
  31. Kitab Perdamaian
  32. Kitab Persyaratan
  33. Kitab Wasiat
  34. Kitab Jihad dan Ekspedisi
  35. Kitab Permulaan Makhluk
  36. Kitab Manaqib (Biografi)
  37. Kitab Berbagai Keutamaan Shahabat-Shahabat Nabi
  38. Kitab Perang
  39. Kitab Tafsir
  40. Kitab Nikah
  41. Kitab Thalaq
  42. Kitab Nafkah
  43. Kitab Makanan
  44. Kitab Akikah
  45. Kitab Sembelihan-Sembelihan, Berburu, dan Membacakan Bismillah atas Hewan Buruan
  46. Kitab Korban-Korban
  47. Kitab Minuman
  48. Kitab Musibah Sakit
  49. Kitab Pengubatan
  50. Kitab Mengenai Makanan
  51. Kitab Adab (Budi Pekerti)
  52. Kitab Isti`dzan (Memohon Izin)
  53. Kitab Do’a-Do’a
  54. Kitab Kalimat-Kalimat yang Melunakkan Hati
  55. Kitab Ketentuan Allah
  56. Kitab Sumpah dan Nadzar
  57. Kitab Kafarat Sumpah
  58. Kitab Faraidh (Hukum Waris)
  59. Kitab Had (Pidana) dan Apa yang Harus Dihindari dari Had
  60. Kitab yang Menjelaskan Orang-Orang yang Diperangi Terdiri dari Orang-Orang Kafir dan Orang-Orang yang Harus Diperangi dari Orang-Oang Murtad Sehingga Mereka Meninggal Dunia[8]
  61. Kitab Diyat (Tebusan Kejahatan)
  62. Kitab Orang-Orang Murtad dan Orang-Orang yang Menentang Diminta Bertaubat, dan Peperangan Terhadap Mereka
  63. Kitab Pemaksaan
  64. Kitab Helah (Upaya Tersembunyi)
  65. Kitab Tafsir Mimi
  66. Kitab Fitnah-Fitnah (Ujian/Siksaan)
  67. Kitab Hukum-Hukum
  68. Kitab Harapan Jauh (Angan-Angan)
  69. Kitab Berpegang kepada Qur’an dan Sunnah
  70. Kitab Tauhid

Sahih Bukhari mempunyai 70 kitab menurut terjemahan Ahmad Sunarto dkk. Sedangkan menurut terjemahan M. Muhsin Khan, 93 kitab. Hal ini terjadi akibat beberapa perbezaan dalam pembahagian kitab. Misalnya Kitab Solat menurut terjemahan Ahmad Sunarto dkk  terhitung sebagai dua kitab dalam terjemahan M. Muhsin Khan, iaitu Book of Prayers (Salat) dan Book of Virtues of the Prayer Hall (Sutra of the Musalla).

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s