TAMAN BURUNG K.L

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Sudah hampir 35 tahun tinggal di Kuala Lumpur,dari hari ke sahari ingin berkunjung ke tempat ini,akhirnya awal tahun baru sampai juga hajat untuk melihat Taman Burung Kuala Lumpur,sedikit maklt mengenai Taman Burung ini…

Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Tasik PerdanaKuala Lumpur,Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-RamaMasjid NegaraTaman Bunga RayaBalai Memorial Tun Abdul RazakPlanetarium Negaradan lain-lain.

Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.

Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 2000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi. Terdapat burung Enggangbangauranggungnuriserinditkuangkakaktuapunai,merpatiruak-ruak dan langlingitik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti AustraliaNew GuineaThailandIndonesiaTanzaniaChina danBelanda mendiami taman burung ini.

Advertisements

One comment on “TAMAN BURUNG K.L

  1. Pingback: about me.. « topography explorer@jupem

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s