SEJARAH PENJARA PUDU

Peminat  Fotografi SILA KLIK DISINI

Penjara Pudu dari Menara Kuala Lumpur – untuk melihat pemandangan dari  Menara Kuala LumpurSILA KLIK DI SINI

Penjara  Pudu 15feb 2011-Photo Penjara Pudu  ini di ambil sewaktu  outing  ‘ Street Photography ‘ untuk melihat photo2 sewaktu outing SILA KLIK DISINI

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Pudu Prison KL Aerial.jpg

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.Penjara Pudu di uruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Jel Penjara Pudu

Jel Penjara Pudu

Tembok Penjara Pudu

Tembok Penjara Pudu

Pudu Jel

Penjara Pudu tinggal kenangan.

Malam kenangan tembok penjara pudu genap 100 tahun


Malam Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Kisah 1

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu , pernah diceritakan bahawa terdapat sebuah bilik yang dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dahulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & pelbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Hukum gantung sampai mati

Menurut kata warden2 yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian tidak pula kelihatan kambing tersebut keluar semula. Ramai bomoh & pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.

menghukum gantung

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul 1 pagi, beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Beliau cuba memberanikn diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang beliau mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja. Beliau berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu..Oleh kerana ingin tahu maka beliau memberanikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah beliau berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar2 itu sambil meninjau2 di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai sahaja ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya beliau apabila didapati banyak harta karun di dalamnya. Beliau cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu menjelmalah 1 lembaga yang mengerikan seraya bkata, “Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. tapi Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa”. Udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje..Tahniah kerana anda minat membaca seperti saya.

Kisah 2

Maaf ye hari ini aku super duper active sikit, entah payahlak nak lena aku nak bercakap pasal Penjara Pudu lagi…tadi aku dengar di Parlimen ada seorang YB minta kalau boleh janganlah robohkan semua penjara tu, tinggallah sikit at least pintu gerbang buat kenangan…aku sokong gak idea tu, sekurang-kurangnya adalah kenangan untuk generasi masa depan kita…takdelah tahu Penjara Pudu dari buku sejarah je… untuk pengetahuan korang, dulu aku pernah interview seorang banduan yang menurut rekod adalah banduan paling lama kena tahan iaitu Pak Leh Pak Leh kena tahan lebih 30 tahun di mana separuh tu di Penjara Pudu saja.

Mona Fendy..Telah menjalani hukum gantung smpai mati

menurut Pak Leh, dalam bilik tahanan di Penjara Pudu takde tandas atau jamban .setiap banduan dibekalkan tong kecil macam baldi, so kalau diaorang nak kencing atau berak, diaorang lepaskan hajat ‘di situ’ dulu

then setiap pagi, setiap banduan akan keluar dari bilik sel dan curah ‘khazanah’ masing-masing kat toilet yang disediakan (toilet tu pun takde pintu gak)…semuanya ‘open’ aku ada gak tanya pasal kes homoseksual dalam penjara…Pak Leh kata memang ada, maklumlah bertahun takdapat ‘makan’, so apa yang ada depan mata, itulah yang depa sebat, pergh! selalunya yang jadi mangsa adalah banduan muda atau dalam penjara depa panggil ‘jambu’, tapi Pak Leh takdelah buat kerja

so menurut pak Leh, bagi nak elak kejadian itu, pihak penjara selalunya akan menempatkan banduan dalam jumlah ‘ganjil’ seperti tiga, lima atau tujuh orang satu balik, maksudnya takde chance ler nak couple-couple

itupun tak banyak membantau…then penjara start pasang lampu kecil supaya bilik tahanan takdelah gelap sangat menurut Pak Leh, banduan kat penjara ni bijak-bijak dan kreatif, kekadang diaorang ambil selimut dan tutup lubang pintu jadi wadar takkan perasan ‘aktiviti’ kat dalam tu hehehehe .then dalam banyak-banyak bilik dalam Penjara Pudu tu, aku ditunjukkan sebuah bilik yang ada lukisan perahu dan sampan bila aku tanya wadar, diaorang bagitahu dulu ada seorang banduan Indonesia yang ada ilmu hitam.so setiap malam, dia akan naik ‘perahu dan sampan’ yang dia lukis tu untuk balik ke kampungnya di Indonesia .bila pagi dia ‘datang’ balik ke penjara.aku nak tergelak pun ada gak dengar cerita tu, pastu aku tanya wadar;” Pasal apa dia datang balik, kan baik dia ‘belayar’ terus?” Apa taknya Encik, kat sana nak makan pun susah, kat sini at least 4 kali sehari, free lak tu,” kata wadar tu. Aku nak gelak setengah mati hahaha

well kalau aku masih jadi wartawan, nak aja aku interview bekas-bekas banduan yang pernah ditahan di Penjara Pudu, pasti banyak kisah-kisah menarik yang boleh dikongsi bersama tetapi nampaknya setakat ini belum ada mana-mana akhbar yang buat liputan tentang itu ni rindu nak jadi wartawan balik ni hehehehehe.

dipetik dari blog shahrilkadir.

Hukuman  Bunuh di Yaman

Advertisements