artikal ini sedang didalam penulisan dan mencari bahan..
Sembahyang Teraweh di China
Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.
Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan imam wanita bagi makmun wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang adalah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
Makanan halal di China

Sebuah pakej makanan beku yang bersijil Halal (steamed cabbage buns) dari provinsi Jiangsu, China
-
Rencana utama: Masakan Cina Islam
Oleh sebab bilangan penduduk Muslim di China barat besar, banyak restoran Cina menghidang kepada umat Islam atau menghidang kepada orang awam tetapi dijalankan oleh umat Islam. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran kecil Islam atau gerai makanan yang biasanya dijalankan oleh pendatang dari China Barat (contohnya, Orang Uyghur), yang mejual sup mi yang murah. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di sana, berbanding dengan restoran Cina yang lain, disebabkan oleh kelaziman daging ini dalam makanan China barat.
Gaya tulisan
-
Rencana utama: Sini (script)
Sini adalah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Ia dapat dirujukkan pada apa-apa sahaja jenis gaya tulisan Cina Islam, tetapi secara umum digunakan untuk merujukkan pada satu kesan yang tebal dan tapered, seperti Karya tulisan Cina. Ia digunakan secara besar di masjid-masjid di China timur, dan dengan secara lebih kurangnya di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang gaya penulis Sini terkenal adalah Hajji Noor Deen Mi Guangjiang.
Seni pertahankan diri
-
Rencana utama: Seni pertahankan diri Cina Muslim
Pembangunan Islam dan pengambilalihan pada taraf tertinggi wushu Cina telah ada sejarah yang lama. Banyak akarnya berasas pada Qing Dynasty persecution of Muslims. Masyarakat Hui telah bermula dan menadaptasi banyak gaya-gaya wushu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang telah dikenali sebagai pusat wushu Muslim, seperti County Cang di Wilayah Hebei. Seni pertahankan diri ini adalah sangat lain dari gaya-gaya Turkic yang diamalkan di Xinjiang.
Istilah Cina untuk istitusi Islam
Qīngzhēn (清真) adalah istilah bahasa Cina untuk sesetengah institusi Islam. ISecara harfiah ia bermakna “kesucian benar.”
Dalam bahawa Cina, halal adalah digelar qīngzhēn cài (清真菜) atau “makanan suci yang benar.” Sebuah masjid adalah dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau “kuil suci yang benar.”
Orang Islam Masyhur di China
Penjelajah
- Zheng He, ahli marin dan penjelajah
- Fei Xin, juru terjemahan Zheng He
- Ma Huan, seorang sahabat Zheng He
Ketenteraan
- Jeneral penemuan Wangsa Ming: Chang Yuchun, Hu Dahai,Lan Yu, Mu Ying
- Keuta-ketua Pemberontakan Panthay: Du Wenxiu, Ma Hualong
- Ma clique warlords sewaktu zaman Republik China: Ma Bufang, Ma Chung-ying, Ma Fuxiang, Ma Hongkui, Ma Hongbin, Ma Lin, Ma Qi, Ma Hun-shan
- Bai Chongxi, jeneral tentera Republik China
Sarjana dan penulis
- Bai Shouyi, sejarawan
- Tohti Tunyaz, sejarawan
- Yusuf Ma Dexin, juru terjemahan pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
- Muhammad Ma Jian, author of the most popular Chinese translation of the Qur’an
- Liu Zhi, Qing Dynasty author
- Wang Daiyu, Master Supervisor of the Imperial Observatory during the Ming Dynasty
- Zhang Chengzhi, contemporary author
Dalam Politik
- Hui Liangyu, wakil perdana menteri yang bertanggungjawab pada pertanian dalam Republik Rakyat China
- Huseyincan Celil, Uyghur imam imprisoned in China
- Xabib Yunic, Education Minister of the Second East Turkistan Republic
- Muhammad Amin Bughra, Vice-Chief of the Second East Turkistan Republic
Lain-lain
- Noor Deen Mi Guangjiang, penulis khat
- Ma Xianda, ahli kungfu
- Ma Menta, penubuh Persekutuan Wushu Tongbei Rusia
MASYARAKAT UIGHUR DI CHINA
Suku Uighur atau Uygur, Uigur, Uyghur ( Uyghur: ئۇيغۇر; bahasa Tionghoa: 维吾尔; Hanzi tradisional: 維吾爾; bahasa Tionghoa: Wéiwú’ěr) adalah salah satu suku minoritas resmi di Republik Rakyat Cina. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uighur dan memeluk agama Islam.
Selain Republik Rakyat Cina, populasi suku ini juga tersebar di Kazakhstan, Kyrgystan dan Uzbekistan.
Suku Uighur bersama suku Hui menjadi suku utama pemeluk Islam di Tiongkok, namun ada perbedaan budaya dan gaya hidup yang kentara di antaranya. Suku Uighur lebih bernafaskan Asia Tengah sedangkan suku Hui lebih condong bergaya Konfusianis oriental.
Suku Uighur terutama berdomisili dan terpusat di Daerah Otonomi Xinjiang.
SUKU UIGHUR DI KEJAMI
Tokoh Muslim Cina Uighur, Rabiya Kadeer menuding pemerintah Cina telah menyiksa sekitar 200 tahanan Muslim di penjara hingga meninggal dunia. Rabiya yang kini menetap di Washington, AS mengungkapkan, ia menerima kiriman fax dari seorang Uighur yang berprofesi sebagai polisi dan kini mengungsi ke Kyrgyzstan tentang kondisi para tahanan di penjara Urumbay, selatan kota Urumqi.
Menurut laporan polisi itu, kata Rabiya, sedikitnya 196 Uighur disiksa dan dibunuh di penjara tersebut. “Salah seorang diantaranya bernama Erkin, tidak kuat menahan siksaan dan akhirnya bunuh diri,” ungkap Rabiya yang kini memimpin organisasi World Uighur Congress.
Menurutnya, ia tidak bisa memverifikasi jumlah tahanan yang menjadi korban karena sambungan telepon diputus. “Saya yakin, setelah berita itu terbuka ke publik, Cina akan bilang bahwa berita ini tidak benar. Kami tidak bisa membuktikannya, karena keterbatasan yang ada,” tukas Rabiya mengecam pemerintah Cina yang menutup akses informasi
Masih menurut Rabiya, pemerintah Cina menahan lebih dari 200 orang Uighur yang mayoritas Muslim setelah terjadi bentrokan antar etnis di Urumqi tanggal 5 Juli lalu. Sedikitnya, 197 orang tewas dalam bentrokan tersebut.
PETA DAN KAWASAN AUTONOMI DI REPUBLIK CHINA
Kawasan autonomi di Republik Rakyat China
![]() |
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu. |
Kawasan autonomi (Cina ringkas: 自治区; Cina tradisional: 自治區; pinyin: zìzhìqù) ialah sejenis subbahagian pentadbiran peringkat pertama di Republik Rakyat China. Seperti wilayah di China, kawasan autonomi ditadbir kerajaan sendiri, tetapi sewajarnya memegang hak perundangan yang lebih. Sebenarnya, kawasan autonomi hanya berhak melantik gabenor (di kalangan golongan minoriti setempat). Di semua kawasan autonomi di China, Setiausaha Parti yang memegang kuasa sebenar berbangsa Cina Han.[1]. Kawasan Autonomi ini ialah entiti minoriti di mana kebanyakan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu. Terdapat lima kawasan autonomi di China, iaitu: orang Tibet di Tibet, orang Zhuang di Guangxi, orang Uyghur di Xinjiang, orang Mongol di Mongolia Dalam, dan orang Hui di Ningxia.
![]() |
Peta # | Nama | Bahasa Cina/ pinyin |
MT1 | Nama tempatan (Bahasa) |
Sing.2 | Ibu wilayah | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Kawasan Autonomi Xinjiang Uyghur | 新疆维吾尔自治区 Xīnjiāng Wéiwú’ěr Zìzhìqū |
Uyghur | شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى Shinjang Uyghur Aptonom Rayoni (Uyghur) |
新 Xīn |
Urumqi | |
2 | Kawasan Autonomi Mongolia Dalam | 内蒙古自治区 Nèiměnggǔ Zìzhìqū |
Mongol | ![]() Öbür Mongghul-un Öbertegen Jasaqu Orun (Mongol) |
蒙 Měng |
Hohhot | |
3 | Kawasan Autonomi Tibet | 西藏自治区 Xīzàng Zìzhìqū |
Tibet | བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས Bod.raṅ.skyoṅ.ljoṅs (Tibet) |
藏 Zàng |
Lhasa | |
4 | Kawasan Autonomi Ningxia Hui | 宁夏回族自治区 Níngxià Huízú Zìzhìqū |
Hui | 宁夏回族自治区 (Cina) |
寧 / 宁 Níng |
Yinchuan | |
5 | Kawasan Autonomi Guangxi Zhuang | 广西壮族自治区 Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū |
Zhuang | Gvangjish Bouxcuengh Swcigih (Zhuang) |
桂 Guì |
Nanning | |
1 Minoriti tentuan. 2 Singkatan. |
HAJI SABARUDIN CHEN GUANGYUAN
Sabarudin Chen Guangyuan dilahirkan pada Ogos 1932 di sebuah kampung Islam di kaunti Wenan, provinsi Hebei iaitu 120 Kilometer ke selatan bandar Beijing. Ketika beliau masih kecil, ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah untuk membesarkan 4 orang anaknya. Walaupun keluarganya agak miskin, Sabarudin sejak kecil lagi menaruh minat yang mendalam tentang pelajaran. Ketika berusia 12 tahun, ibunya menghantar beliau ke sebuah masjid di bandar Shenyang untuk mengikui pengajian agama Islam.
Sabarudin Chen Guangyuan tertarik dengan ilmu-ilmu agama Islam yang amat mendalam. Beliau rajin mengikuti pelajaran dan berazam untuk menjadi imam yang cemerlang pada satu masa nanti.
Pada tahun 1952, Sabarudin mula mengikuti pengajian bahasa Arab di Institut Etnik Hui Beijing. Menurut beliau, pada masa dahulu mengikuti pengajian agama di masjid hanya membolehkan seseorang itu menimba ilmu-ilmu dalam bidang yang terhad. Namun begitu dengan melanjutkan pelajaran di institut tersebut telah meletakkan asas yang baik bagi beliau untuk menjadi imam yang cemerlang. Pada tahun 1955, Sabarudin Chen Guangyuan menamatkan pengajiannya di institut tersebut dan melanjutkan pelajaran di Institut Al-Quran, iaitu badan pengajian agama Islam yang tertinggi di China. Melanjutkan pelajaran di institut tersebut sememangnya menjadi impian bagi pemuda Islam di China. Sabarudin merupakan seorang yang rajin belajar dan menimba ilmu dalam pelbagai bidang.Baca terus…..
Pada tahun 1957, Sabarudin sebagai seorang pelajar Islam China yang cemerlang dalam pelajarannya telah berpeluang untuk melawat Syria dan Mesir danmenemui pemimpin kedua-dua negara tersebut. Ketika lulus dari Institut Al-Quran China pada tahun 1958, beliau dan rakan-rakannya telah ditemui oleh pemimpin-pemimpin negara seperti Mao Zedong, Liu Shaoqi, Zhou Enlai dan Deng Xiaoping. Sabarudin yakin bahawa dasar kerajaan China mengenai hal ehwal etnik dan agama amat baik dan pasti akan mencapai kejayaan.
Setelah lulus dari institut itu, Sabarudin Chen Guangyuan berkhidmat sebagai imam di pelbagai masjid di Beijing seperti Masjid Niujie, Dongsi dan Changping. Beliau menjalankan tugasnya dengan bertungkus lumus dan kerjanya yang cemerlang telah mendapat penghargaan yang tinggi oleh kerajaan dan umat Islam di Beijing. Ketika Bulan Puasa, Sabarudin sering kali menyertai sidang Majlis Mesyuarat Politik Rakyat serta aktiviti-aktiviti masyarakat lain bermula dari pagi sehingga ke malam. Setelah aktiviti tersebut selesai, barulah beliau bersolat di masjid dan berbuka puasa.
Sabarudin Chen Guangyuan begitu bersungguh-sungguh menimba ilmu-ilmu agama Islam sepanjang hayatnya. Dalam tempoh 40 tahun yang lalu, beliau telah biasa bangun awal dan membaca al-Quran serta berlatih membaca bahasa Arab pada setiap hari. Ketika usianya 60 tahun, beliau masih lagi melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar Mesir. Sabarudin yang sudah berumur lebih 70 tahun sekarang masih tekun membaca al-Quran, akhbar dan menulis karya pada setiap hari.
Pada akhir tahun 1970-an, imam Sabarudin Chen Guangyuan berusaha bersama-sama dengan imam terkenal yang lain seperti haji Salleh An Shiwei dan Shi Kunbin untuk mengembangkan syiar Islam yang terjejas semasa pergolakan Revolusi Kebudayaan serta membantu kerajaan untuk melaksanakan dasar bebas beragama. Pada akhir tahun 1979, Persatuan Islam Beijing ditubuhkan, danSabarudin Chen Guangyuan yang baru berumur 47 tahun ketika itu telah dilantik sebagai Naib Pengerusi persatuan tersebut. Pada tahun 1982, Sabarudin berusaha membuat persiapan untuk menubuhkan Institut Al-Quran Beijing. Beliau menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pengarah dan memberikan ceramah di institut tersebut. Ramai imam muda yang berkhidmat di pelbagai masjid di Beijing pada masa ini merupakan bekas penuntut beliau di institut tersebut.
- sumber artikal dari wikipedia awam(edisi malay & indonesia
- Suku Uighur dari eramuslim.com
- haji sabarudin Chen dari malay.cri.cn & agensi berita xinhua China
disusun ke blog topography explorer@jupem
oleh hazaldin
Copyright21Ogos2010