BELAJOR CAKAK PAHANG

Koi di lahirkan di Negeri Pahang,kampung Teluk Sabak,Kg Teluk Sabak ni kampung  dekat angat  ngan Gnung Senyung,ketnya duk kola lumpur dah lama sejak taon 81 lagi sokmo balik kg,zaman bebudok  kmareng mase  ter  cakak loghat gini  sokmo ketnya dah duk Kuala Lumpur lama cakak pun dah laing sikit,walau goner pun loghat2 temeloh khasnya dan amnya loghat pahang faham amat lagi,cer  tengok loghat2 kita orang pahang ni..

 Jom layan cakak Pahang der bawah ni

 A

  • Ampuh – tenggelam/melepasi sesuatu tahap ketinggian
  • Auk,awok,aok – awak/kamu
  • Ame – kalau
  • Atan/Tan – gelaran untuk anak lelaki yang paling tua
  • Abu – pemberian hadiah kepada seseorg berupa binatang ternakan atau nak pokok buah-buahan
  • Ace – cuba
  • Anggur – pengalihan anak benih dari tapak semaian ke tempat penanaman kekal
  • Ambung – bakul diperbuat dari rotan yang disandang di belakang badan pemakainya

 B

  • Babir – Degil
  • Bahan – Pukul.
  • Berlengging – Tak Pakai Baju, Pakai Seluar Jer
  • Berlemin – Berminyak
  • Biroh – Gatal
  • Buas – Lasak
  • Buboh – mengisi/meletak
  • Berambi – Berhati-Hati/Berwaspada
  • Borok – bersembang-sembang
  • Beraluih/Beralus – Perangai Yang Sopan Santun/Berbudi Bahasa
  • Bela – Baiki
  • Botok-botak
  • Bendeh,mendeh,bende – benda apa
  • Belah – bahagian/tempat asal
  • Bakpe – mengapa
  • Buat dek’ – buat tak tahu aje
  • Berempong – tersadung (selalu dipakai untuk lembu/kerbau yang kaki terikat pada tali)
  • Belewok/ bewok – biawak
  • Boboih – bekas berisi barang bocor
  • Boko – talam
  • Bolin – tidak berpakaian
  • Boh – Abah
  • Bek – emak (sesetengah tempat di pahang tengah)
  • Bulo’ – penglihatan hampir-hampir nak buta
  • Bobok – menipu.

C

  • Ce – Awalan Pada Beberapa Perbuatan
  • Cemuih – Bosan
  • Chike – Mual/Muntah/ Perut Memulas
  • Cokeng – Tegak
  • Cakner – Ambil Peduli/Kisah
  • Cerang – mata masuk abuk
  • Cope – tepi
  • Chengin – budak bila diusik mudah menangis
  • Celor – keadaan cuaca tidak baik dengan hujan beserta ribut dan petir sabung menyabung
  • Cebek – jinjing
  • Ciput – cabut lari kerana takut atau dikejar sesuatu
  • Cembong – gelaran kepada …
  • Cak Bang/Cik Abang – isteri kepada abang yang tua
  • Celapus – celupar
  • Cokoh – tercegat berdiri

D

  • Dan – Sempat
  • Doh – Sudah
  • Deme – Awak(Biasanya Utk Ramai)
  • Dedor – Suam-Suam Kuku
  • Deras – cepat/laju
  • Dedeh – hiris/potong
  • Debab – gelaran bagi budak lelaki yang badan besar

E

  • Endi/mengendi – mengada-ngada
  • Entoh – entah
  • Encik – ayah (sesetengah tempat di pahang tengah)
  • Embong/Mbong – adik beradik yang paling tua (seerti dengan ‘Long’)
  • Engsot – beralih sedikit tempat duduk
  • Embuh – mahu/hendak

G

  • Godei – mengacau-ngacau Air/Dodol
  • Gebor – Selimut
  • Gonyoh – Sental Kuat-kuat
  • Gamoknye – agaknya
  • Gasok – suka hati awaklah/ikut awaklah
  • Gonggot – Rambut Yang Digunting Tak Sekata
  • Gobok – rak/almari
  • Gebala – ambil tahu/menyibuk
  • Gembur – banyak/tebal (merujuk kpd duit)
  • Guai – berayun
  • Ghempoh – membaling kayu atau sesuatu ke arah kaki/betis bagi tujuan menjatuhkan / menumbangkan orang / binatang
  • Genyus/Tergenyus – terperanjat
  • Gembut/tergembut-gembut – suatu pergerakan berlaku di bawah sesuatu yang terselindung seperti dibawah daun, semak atau selimut

 H

  • Hele’ – tarik (guna tangan)
  • Hogoh – menggegar sesuatu dengan kuat
  • Hugon – hantuk kepala ke dinding
  • Hurong – dikelilingi/dihinggapi secara banyak oleh serangga (biasanye semut/lalat)
  • Hokme/aukme – kalian
  • Hampuras – perkataan marah dan celaan yang membawa maksud “tak guna”

 I

  • Incit – halau keluar rumah
  • Iblis Koreng – perkataan marah dan celaan yang membawa maksud “perangai jahat yang teramat sangat”

J

  • Jabir – beg plastik
  • Jobing – rambut kanak-kanak lelaki yang telah panjang dan tidak terurus.
  • Jelobe – koyak rabak
  • Jebek – gaya memek muka
  • Jaras – sedang meningkat remaja/muda
  • Jas – menitik
  • Joho – bersepah-sepah

K

  • Koi/kath/Kahs/kawas/kawan – Saya
  • Keh/koing/kame – Saya
  • Komeh/(mengkin)/(ayeh) – Saya
  • Kome – Kami
  • Kohut – letih/sengal /tak larat
  • Karang – Nanti/Sebentar Lagi
  • Ketnyer – Lebih Kurang/Walaubagaimana.
  • Kenit – Kecil
  • Komeng – buah kelapa yang tiada isi (Kosong)
  • Kerang – buruk dalam keadaan keras
  • Keryin – tersengih
  • Kenai – kenal
  • Kebiaran – liar
  • Kelompeng – bekas isi barang dari mengkuang
  • Kelewok – terkoyak
  • Kulu/kilir – ke hulu/ ke hilir (menunjukkan arah berpandukan sungai).
  • Kancah – kuali besar (ada telinga tapi bersaiz kecil dari kawah)
  • Kemamor – pandangan kabur
  • Kayau – pening-pening
  • Kayching – cacat sebelah penglihatan

 L

  • Lejut – basah
  • Lecoh – becak/ada lopak air/ada air bertakung
  • Layau – terhuyung-hayang
  • Lehit – melekit
  • Lempor – membaling
  • Lesir – baling/lontar
  • Lokoih – comot
  • Londang – tasik kecil di kawasan lembah
  • Layur – memanaskan sedikit menggunakan api
  • Lece – tilam
  • Lepa – tercuai
  • Lanpan – dulang
  • Linuk – leka
  • Lat – selang/senggang beberapa
  • Lempap – perapan lauk bersama rempah ratus di dalam periuk
  • Lempang – tampar
  • Lewat amat – melampaui atau melebihi had/boleh sangat

M

  • Moh – Jom
  • Mok – Mak/Ibu
  • Meleweh – cakap nok tak nok
  • Mereloh – Tidor
  • Melantong – Busuk Sangat
  • Merebang/Mengerebang – Rambut Tak Terurus
  • Merening -Benda Yang membulat besor
  • Menginding – datang dekat secara diam-diam
  • Merepih – mencantas/mencangkul rumput
  • Mengopeh – Suka Pegang Sana..Pegang Sini..Tangan Tak Duduk Diam
  • Melukah – Kain Yang Dipakai Terbuka (terkangkang)
  • Motong – Menoreh Getah
  • Mencelabak – Benda Jatuh Dalam Jumlah Yang Banyak/Berat
  • Mengkane – Telekung Sembahyang
  • Menanggah/penganggah – bergotong royong semasa kenduri
  • Membego – digunakan kepada budok kecik yang mengamuk dan buat perangai
  • Molo – balang
  • Mutan – rambutan
  • Meknye – kenapa
  • Maymay – orang yang suka menangis (chengin)
  • Mentik – menunjukkan keadaan tubuh seseorang yang seakan buncit atau berisi
  • Mokyoh – karenah/ragam
  • Mok De – ibu tiri
  • Meh-meh – rupa hamper sama
  • Maynoh – menukar haluan perjalanan
  • Mumbu – mengisi sesuatu tinggi membukit melampaui bekasnya.
  • Merelang – menjegilkan mata dengan keadaan marah
  • Memerun – membakar sampah sarap / kayun kayan selepas ditebang semasa penanaman semula

N

  • Nyuluh – Operasi buru binatang pada malam hari
  • Ngilir – Menghala Kehilir Sungai.(Dengan Bot/Perahu) Secara Perlahan.
  • Nok – nak/hendak
  • Ngeropeh – kerja tak tetap
  • Ngelat-tipu
  • Neremih – pengotor
  • Ngempor – tak seimbang
  • Nine – gelaran untuk anak perempuan yang paling tua
  • Nangun – sejenis khinzir yang banyak anak
  • Ngelempai – sesuatu yang melayang-layang ditiup angin tetapi tidak terputus dari pegangan.
  • Ngelewor – huyung-hayang
  • Ngelayor – berkeliaran
  • Nyongkit – mengada-ngada
  • Ngepong – menggigit makanan seperti daging seakan-akan menggonggong
  • Ngonceh – berjalan kesesuatu arah
  • Ngugas – berjalan cepat untuk selesaikan sesuatu tugas/tujuan
  • Nyor gula – kerisik
  • Nyeluak – muak

 O

  • Omeh – Suka Membebel

P

  • Pedooh – Tipu
  • Pundung – Rumah Kecik Yang Dibuat Untuk Berehat
  • Pepalih – ..Ishh. ..Teruknye
  • Podot – Sumbat
  • Po/Pa – beg duit (purse/wallet)
  • Peleseran – merayau
  • Perentan – musim
  • Pejur – tengkujuh
  • Penganan – kuih
  • Para – satu bahagian di kawasan bumbung rumah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang
  • Pogheng – comot
  • Parap – tumbukan dengan bawah tangan
  • Pohor – tempat melekatkan bunga telor atau sireh junjung
  • Pantak – ketuk
  • Panggil – majlis kenduri kahwin
  • Pinggan Ayan – pinggan diperbuat daripada besi
  • Parang Putting – parang yg tumpul, berkarat dan tidak ada hulu pemegang

R

  • Rodong/Ghodong – kawan-kawan
  • Rhebas – Hujan Dah Mula Turun Renyai-renyai
  • Ralit – Kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat
  • Re’e – letih/penat/lenguh
  • Rege – harga
  • Reloh – hari semakin malam
  • Renjeng – kurus tinggi
  • Raymoh – sepahan makanan di atas lantai
  • Randuk – meredah/megharungi rintangan spt air atau semak samun
  • Rasa Siau-Siau – rasa seperti nak demam
  • Rentek – juga
  • Rembat – khemah tempat makan tetamu semasa kenduri kahwin

S

  • Sesemut – Kaki Kebas
  • Sangei – Tudung Saji
  • Se’eh – Kenyang Yang Teramat Sangat
  • Senaklo/Sokmo – Selalu
  • Senoho – Sana
  • Soom-suam
  • Sompek – sumbing
  • Sepat – proses membuang kulit binatang yang telah disembelih.
  • Sigal – tangga buluh
  • Sengkul – tangan belok dan tak lurus
  • Seruh – proses penghadaman makanan
  • Siyo’ – mangkuk tingkat
  • Sabak – khemah memasak semasa kenduri kahwin
  • Sempudai – kerja yang tidak kemas dan tersusun atau cincai

T

  • Tatin – mengangkat / mengutip
  • Tawor lebe – Air tawar sangat
  • Tohor – Cetek
  • Tekih/tekis – nyaris / tepi sesangat
  • Tala-paling / menunjukan
  • Tajur – kaedah memancing dengan meletakkan umpan hidup, batang pancing ditinggalkan dengan dipacak di tepi tebing dan pancing akan diangkat untuk beberapa masa yang lama.
  • Takar – tempayan diperbuat dari tanah liat
  • Tengke – selang/senggang beberapa
  • Tumpil – menolak ke bawah dari tempat yg tinggi
  • Tupai chor – sejenis tupai tanah (bersaiz kecil)
  • Tinjit – berjalan/berdiri di atas anak jari kaki sementara tumit diangkat ke atas
  • Tak Aci – tak adil/padan
  • Telohkan lagi – lebih lagi pula/berganda ukurannya
  • Tengkuh – ketukan secara perlahan dengan tangan
  • Tok Empat – ketua kampung
  • Tak Ketahuan Angkuh – tingkah laku yang tidak baik
  • Terpukang – jatuh ke belakang
  • Tulah – ditimpa darjat

 U

  • Unduk – sorok
  • Ubang – kulit batang getah yang tertanggal selepas torehan. Sesetengah orang mencampurkannya dengan susu getah di dalam cawan tadahan.
  • Ubi Kembili – sejenis ubi seperti keledek tetapi mempunyai lendir dan melekit.

W

  • Wokme – awak semua
  • Wok – gelaran kepada anak yang tua atau yang bongsu sama ada lelaki atau perempuan
  • Wan/Wek – nenek (sesetengah tempat di Pahang Tengah)
  • Waris-warah – saudara mara

Z

  • Zaman Tori – zaman dahulukala

Itu la sikit yang koi dapat dari rodong2 dan selidik dekat Itenet  _ oleh hazaldin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s