KE G.SENYUM/K.KERAU/T’MLOH

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJELAJAH KE GUA GUA DIGUNUNG SENYUM DAN MENYERTAI AKTIVITI ” ECO – RECREATION GUNUNG SENYUM ” SILA LAYARI GUNUNG SENYUM EXPLORER  >>> KLIK <<<

FACEBOOK GNUNG SENYUM   >>>  KLIK  <<<

KALI  ENDOK  NENGOK   GAMBO BESOR SIKET  KLIK ATAS YANG ADA TULIS Get Track  te..

SILA  SINGGAH SEBENTAR DI;

 

GUNUNG SENYUM

GUNUNG SENYUM  DI  YOUTUBE

88888888888888888888888888888888888888888888888888888

laluan ke gunung senyum

Satu satu nya jalan atau laluan untuk ke Gunung Senyum,anda akan melalui Jengka Tiga Segi,kemudian Kg Batu Sawar,Kg Badak dan Kg Teluk Sabak.Masjid terdekat dengan Gunung Senyum ialah Masjid Kg Teluk Sabak lebih kurang 1.5km sahaja.

gunung senyum.28.4.07.(2)0001

Pintu Masuk ke Kawasan Reakriasi Gunung Senyum terdapat tembok Selamat Datang ke Hutan Lipur Gunung Senyum

gunung senyum reakreasi temerloh pahang

Di hadapan Chalet Chalet ini terdapat sedikit ruang riadah sesuai jika untuk di jadikan tempat acara bagi hari keluarga atau lain lain acara.

chalet di gunung senyum resort

Chalet Chalet yang terdapat di sini,bolih di sewa untuk pengunjung RM30.00 semalam.dan terdapat dua katil single.

terdapat juga dewan mesyuarat dan kaunter penerangan

Terdapat dewan mesyuarat serta kaunter penerangan,jika anda ada masalah anda bolih berhubung dengan pegawai perhutanan yang berpejabat sebelah dewan ini

taman reakreasi g.senyum

Sekitar lokasi ini sering di jalankan aktiviti riadah olih pelatih PLKN hari keluarga,jabatan kerajaan,dan siri explores yang di jalankan olih TV3 sedikit masa dahulu.

Masjid paling hampir dengan Gunung Senyum _ Masjid Telok Sabak.

dsc_2138

Dihujung sebelah kiri photo di atas kelihatan Gunung Senyum,photo ini diambil dari Sg Pahang yang berhampiran dengan Rumah saya.

gunung-senyum-dari jengka 23

Gunung Senyum dari Ladang FELDA Jengka 23

gunung-senyum-gua angin

Pintu masuk utama ini di namakan Gua Angin dan Gua Terang Bulan.

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

senarai  gua gua yang terdapat di dalam gunung senyum

Senarai nama gua gua yang terdapat didalam gunung senyum,anda bolih pilih distinasi gua mana yang anda hendak jelajahi dahulu.

gua_gunung_senyum

Gua Terang Bulan,jika anda ke puncak G.Senyum anda akan melalui lubang besar ini.

cave_senyum19Di hadapan gua gua di gunung senyum ini terdapat satu kolam reakreasi anda bolih menaiki bot yang ada di sediakan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.

salah satu bentuk batu di dalam gua di gunung senyum

Terdapat berbagai bentuk batu batan di dalam gua gunung senyum

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum,lalu di namakan Gunung Senyum.

gunung-senyum- reakreasi gunung senyum disini pernah di anjurkan rancangan explores anjuran tv 3

Batu tanda ini memberi tahu bagaimana Gunung ini mendapat nama sebagai Gunung Senyum

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Untuk sebarang maklumat sila hubungi.

Pegawai Hutan DaerahPejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,28000 Temerloh, Pahang.Tel. : 09-2962755

Puncak Gunung Senyum [ Berop ]

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum

Berop ini berbentuk Piramid,ini merupakan setesen Tringulasi Trigonometri iaitu sebagai datum utama bagi penentuan Kordinet sesuatu tempat,bagi Setesen Trig atau berop ini menjadi rujukan kordinat bagi negeri pahang,terdapat satu lagi setesen Trig iaitu di bukit Kertau Chenor tetapi setesen itu menjadi rujukan kordinet bagi Semenanjung Malaysia.Untuk mengetahui anda bolih rujuk kepada tajuk KORDINET MALAYSIA.

berop-atau-setesen-trig-orign-npahanggsenyum-21

Puncak Gunung Senyum berhampiran dengan penanda ini terdapat Berop

pemandangan dari puncak gunung senyum

Pemandangan dari puncak Gunung senyum

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

KUALA KERAU

Masjid Kuala Kerau _ 15/02/2010

masjid kuala kerau

balai polis kuala kerau

pandangan pekan kuala kerau dari setesen keretapi _ 15/02/2010

Sek Men Keb Kuala Kerau _ 15/02/2010

 KrauTrainGone_0369_ setesen keretapi kuala kerau _ kuala krau

setesen Keretapi Kuala Kerau sebelum ada jejantas

setesen keretapi kuala kerau 15/02/2010 _ ada jejantas _ klik maps

hijau jejantas yang merentasi jalan keretapi kuala kerau

Keretapi biasa akan berhenti di Stesen Kuala Krau dan mungkin juga di Sungei Dalam Halt,Tekal,Kerdaudan Bukit Kuin Halt sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Mentakap. Perubahan sentiasa berlaku dan ada perhentian kecil dan tidak banyak penumpang turun naik keretapi ditutup.

Kuala Kerau adalah Pekan yang paling hampir dengan Gunung Senyum dan merupakan Pekan di tengah tengah antara Temerloh dengan Mentakab.Setesen Keretapi Kuala Kerau adalah setesen keretapi yang terbesar di negeri Pahang dan merupakan tempat penyimpanan gerabak gerabak.

Sg Pahang Kuala Krau Jambatan_Jambatan Kuala Kerau_Kuala Krau

Jambatan Kuala Kerau sedang dalam pembinaan dan hingga waktu ini hampir 60 % sudah siap.

Jambantan Kuala Kerau_Sultan Pahang merasmikan

Duli Tuanku Sultan Pahang merasmikan Pembinaan Jambatan Kuala Kerau.

Persimpangan masuk ke Jambantan yang merentasi Sg Pahang yang menghubungkan pekan Kuala Kerau dengan Jengka.Jambantan ini merupakan  jambantan ke -3 yang merentasi Sg Pahang selain Jambantan Sultan Ahmad Shah di Temerloh,Jambantan di LPT yg menghubungkan antara Songsang dan Sanggang Seberang.-update 4/5/10

Jambantan Kuala Kerau siap sepenuhnya pada 10/02/2010 dan di jankga perasmian nya pada mach 2010

Hari Perasmian Jambatan Kuala Kerau pada 10/03/2010 di rasmikan oleh DYMM Sultan Pahang dan Tengku Mahkota serta  turut hadir Menteri Kerjaraya dan Menteri Besar Pahang.

Hari Perasmian Jambatan Kuala Kerau pada 10/03/2010 di rasmikan oleh DYMM Sultan Pahang dan Tengku Mahkota serta  turut hadir Menteri Kerjaraya dan Menteri Besar Pahang.

DYMM Sultan Pahang menandatangani perasmian Jambatan Kuala Kerau

DYMM Sultan Pahang dngan Menteri KerjaRaya.

DYMM Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang.

Penduduk sekitar Kuala Kerau turut hadir meraikan perasmian jambatan Kuala Kerau._10/03/2010

DYMM Sultan Pahang,Menteri Kerjaraya dan Pengarah JKR Pahang.

Sebelum jambatan siap semua penduduk di antara Kg Sekoh dan sekitar jengka terpaksa menaiki bot untuk ke pekan yang paling hampir ia iatu Kuala Kerau _bot untuk menyeberangi Sg Pahang di Kuala Kerau

selepas anda melaluai jambatan yang merentasi Sg Pahang anda akan melalui Kampung Rumpun Makmur dan di sini  terdapat sebuah Homestay Rumpun Makmur._ photo pada 15/02/2010

Tetamu di sambut dengan mesra ke Rumpun Makmur Homestay.

Selepas persimpangan ke Bandar Pusat Jengka-ke Gunung Senyum akan kelihatan papantanda tunjuk arah dan jarak perjalanan -update 4/5/10

Kampung Gunung Senyum -update 4/5/10

PUSAT PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR RUSA DAN SELADANG JENDERAK SELATAN KUALA KERAU PAHANG.

 Seladang

Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap. Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan ini.

Seladang  Kandang seladang

Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu berjalan kaki mengelilingi kesemua kandang-kandang yang ada di mana seladang di tempatkan.

Berjalan kaki menuju kandang seladang  Seladang

Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5 kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri nama mengikut jantina seperti Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung.

 Seladang

Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau ‘naik angin’ ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau batu halus kerana haiwan ini takut pada kedua-duanya. Para pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.- di petik dari temerlohpahang08.blogspot

packageKualaKrau_Kuala Gandah Gajah_Kuala Kerau.

Pusat Sentuary Seladang Di Felda Jenderak Selatan

888888888888888888888888888888888888888888888

maklumat Kuala Gandah klik

Kuala Gandah Facebook.

TEMPAT SENTUARY GAJAH DI KUALA GANDAH.LANCANG. PAHANG.

jenderak-bull _ Seladang Kuala Kerau_topography explorer

Seladang Felda Jenderak Selatan

Berhampiran dengan pekan Kuala Kerau terdapat dua Rancangan Tanah FELDA iaitu Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.Di Felda Jenderak Selatan terdapat satu pusat penternakan Seladang ” Seladang Sentuary “

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888

TEMERLOH

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27’U dan 102°26’T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu akibat daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar “Bandar Ikan Patin”. Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah di mana bandar Temerloh terletak.

Selamat datang ke Temerloh _ Bandar Ikan Pating_10/02/2010

MUKIM  MUKIM  DI DAERAH TEMERLOH

Mukim Keluasan
Bangau 3,368.40 Hektar
Jenderak 83,433.10 Hektar
Kerdau 13,214.50 Hektar
Lebak 4,404.80 Hektar
Lipat Kajang 3,886.60 Hektar
Mentakab 10,364.30 Hektar
Perak 20,987.80 Hektar
Sanggang 8,809.70 Hektar
Songsang 2,331.90 Hektar
Semantan 74,364.30 Hektar

Masjid Abu Bakar Temerloh _ 10/02/10

Bangunan Persekutuan Temerloh _ 10/02/10

Bangunan Mahkamah Temerloh di mana di mahkamah ini lah Mona Fendi di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh _10/02/10

Bangunan paling menarik

Bangunan UMNO ini merupakan bangunan yang paling strategik  dan paling tidak menarik di Temerloh sahingga ke tarikh ini _10/02/2010 tahu kenapa ? kalau hendak tahu cuba lihat.. persekitaran dan keadaan bangunan ini…..

Padang Besar Temerloh @ Mini Stadium 10/02/2010

Bandar Ikan Patin_ Temerloh

Jeti Temerloh,Sekitar tahun 70an di sini lah bot bot penumpang mendaratmmembawa penumpang dari hulu Sg Pahang

Bazar Seri Semantan Temerloh _ 14/02/2010

Sekiranya anda berkesempatan waktu melawat ke Gunung Senyum,tak kira sewaktu hendak pergi atau pun balik,Jangan lupa singgah di bandar Ikan Patin Temerloh,dengan masakan tempoyak ikan patin anda tidak akan dapat merasakannya di lain tempat,dengan keenakan masakan pedas cili padi,tak hairanlah ada restoran masakan ikan patin di restoran tepi Sg Pahang ini telah menarik minat orang kuat makan TV3, Maria Tengku Sabri telah memperomosikan salah satu restoran masakan ikan patin di sini.Harganya berpatutan di dalam lingkungan RM5.00 – RM10.00 se potong.

Jeti Bandar Temerloh.

Jeti Temerloh

Jambatan Baru _ Jambatan Lama

Sedikit masa dahulu sekitar tahun 70andi tepi tepi Sg Pahang dan Sg Semantan ini terdapat banyak rumah rakit dan pernah mendiami nya sewaktu bersekolah di Sek.Men.Keb.Temerloh.sekolah di mana allahyarham Sudirman Hj Arshad pernah belajar.

Jambatan Baru _ Jambatan Lama /TemerlohCuba anda lihat yang anda nampak itu merupakan Jambatan Temerloh yang barudi nbina tahun 70 an,sementara di bawahnya yang terputus putus itu adalah jambatan Lama,sewaktu banjir besar melanda tahun 1971 jambatan baru itu sedang di bina.

Expnades Temerloh

Esplaned Temerloh

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

NOSTALGIA BANDAR TEMERLOH DAHULU

Jalan Tengku Bakar temerloh 1960 an

Jalan Tengku Bakar tahun 1960 an

temerloh 2000 an.jpg1._Jln Tengku Bakar

Jalan Tengku Bakar tahun 2000

Persiapan untuk menyambut Perdana Menteri Malaysia waktu itu Tun Hj Abdul Razak

Jalan Tengku Bakar sibuk untuk menyambut lawatan Perdana Menteri Tenku AbdulRahman Putra.

dahulu di jalan bukit angin terdapat bulatan_banjir  1975

Dahulu di jalan bukit angin terdapat bulatan_banjir 1975

Tahun 1960an - Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh2

Tahun 1960an – Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh2

Tahun 1960an - Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh3

Tahun 1960an – Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh2

Tahun 1960an - Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh

Tahun 1960an – Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh2

Tahun 1960an - Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh4

Tahun 1960an – Lawatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Temerloh2

pekansari_Jalan Istana dalam 2 zaman 1

pekansari Temerloh 1950 an_Jalan Istana dalam 2 zaman 1

Jalan Istana dalam dua zaman -  Tiada lagi kelihatan Rumah Pasong di tepi Sungai Pahang 1

pekansari Temerloh sekarang_Jalan Istana dalam 2 zaman 1

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh 1

Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh 1960 an

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh 2

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh 2

Jeti penambang di Sungai Pahang_dan kelihatan romah pasong di tebing Sg Pahang

Jeti penambang di Sungai Pahang_dan kelihatan romah pasong di tebing Sg Pahang tahun 1960 anJeti Temerloh sekarang 2009

Satelah 49 tahun begini lah keadaan nya Jeti Temerloh Sekarang ( Di lokasi yang sama dengan photo di atas )Bandar Mentakab dilihat dari kawasan Masjid Bandar Mentakab 1Bandar Mentakab dilihat dari kawasan Masjid Bandar Mentakab sekitar tahun 1960 an

Bandar Mentakab dilihat dari kawasan Masjid Bandar Mentakab 2

Bandar Mentakab dilihat dari kawasan Masjid Bandar Mentakab tahun 2000

Pahang River at the Jerantut Ferry point 1949

Victory Park Temerloh 1945 _ photo dari pahang comunitty

Taman Kenangan 14/02/2010@ Victory Park Temerloh 1945

Temerloh Bandar Ikan Patin [ Ikan Patin] _ aizoul.blogspot

Ikan Patin  _ aizoul.blogspot

maklumat  pasal… ikan paten

TEMERLOH DI LANDA BANJIR.

Banjir di Temerloh.

Banjir di Temerloh

Banjir di Temerloh.

Banjir di Temerloh

Banjir di temerloh

8888888888888888888888888888888888888888888888

ORANG TERNAMA PAHANG.

  • Artikal disusun  www.hazaldn.com
  • Copyright 2009

One comment on “KE G.SENYUM/K.KERAU/T’MLOH

  1. Pingback: GUNUNG SENYUM & GUNUNG JEBAK PUYOH DI PAHANG. « topography explorer@jupem

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s