GELOMBANG GRAVITI

Penjelasan Dr. Zaidan memang sangat mendalam. Maafkan saya kerana mengemukakan konsep yang tidak relevan dengan hukum fizik langsung kerana masih terdapat banyak contoh dalam alam semesta yang tidak mematuhi hukum fizik. Contohnya bagaimana hendak kita jelaskan perjalanan mikraj Nabi Muhammad dalam konteks fizik sedangkan dalam fizik tidak ada apa jua pun jasad yang melebihi kelajuan cahaya.

alat bacaan graviti

Saya ingin bangkitkan manusia akan terpelanting ke angkasa lepas disebabkan bumi mempunyai velocity yang sangat tinggi, melebihi kelajuan peluru. Memang benar, jika bumi berhenti bergerak semua objek masih tetap berada di atas permukaan bumi tetapi saya yakin, andai bumi benar-benar berhenti dengan mengejut, kita tahu akan apa akibatnya.

Saya terbaca dengan firman Allah yang berbunyi: “Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang berkuasa di langit bahawa Dia akan menjungkir-balikkan Bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba Bumi itu bergoncang?” – Surah Al Mulk ayat 16.

Jadi, natijah yang dapat saya fahami ialah, jika dengan kelajuan Bumi yang begitu laju di atas paksinya yang dengan tiba-tiba berhenti secara mengejut, adakah Bumi akan berubah paksi rotasinya (?) yang sekaligus akan menggoncangkannya (?) Saya ingin heret fakta geodesi (bukan fizik) yang mengatakan bahawa pergerakan Bumi di atas paksinya telah menyebabkan kepesekan (flattening) yang menyebabkan gempa bumi berlaku setiap ketika (setiap minit) sama ada kecil atau besar skala richternya.

Saya ingin huraian yang lebih tepat jika ada saintis fizik (temasuk Dr. Syed Yusainee) yang boleh menafsirkan ayat di atas kerana firman Allah menyebut sebegitu sudah tentu ia berkait rapat dengan tarikan graviti bumi.

Jika graviti adalah satu daya, bagaimana dengan penjelasan ini pula:

1. Graviti adalah satu gelombang (gravity wave)

2. Graviti adalah kelengkungan ruang-masa

Adakah benar pusingan bumi dan segala planet itu sendiri memang menghasilkan gelombang graviti, jika tidak kenapa dalam firman Allah di atas menyebut tentang jungkir-balikkan paksi Bumi? Adakah graviti Bumi memang berasal dari putaran paksinya sendiri? Adakah jika Bumi tidak berotasi dan juga tidak mengorbit matahari dan terlepas bebas di ruang angkasa, maka Bumi tidak akan mempunyai graviti lagi? Ini yang menjadi pertanyaan.

Persoalan ini telah timbul:-

Adakah kiamat berlaku kerana graviti tidak wujud lagi ketika itu? Bagaimanakah hukum fizik ciptaan saintis barat akan memahami persoalan begini? Kenapakah perlu setiap jasad yang berJISIM untuk mempunyai graviti? Kenapakah JISIM Alam Semesta yang kurang dari 1% akan mengembang semahunya? Adakah jika Alam Semesta mempunyai cukup JISIM (100%) maka ia tidak akan mengembang (expand)?

Saya menyebut perihal graviti kerana maksud perkataan falak itu sendiri. Dalam Surah Yasin menyebut falak sebagai orbit. Jikalau boleh, saya ingin saja menyebut ilmu falak itu satu ilmu yang turut mengkaji berkenaan graviti kerana falak atau putaran yang dimaksudkan dalam Al Quran itu turut wajar difahami sebagai graviti dengan tidak langsung. Oleh itu saya berpendapat, falak (putaran) menghasilkan graviti bukannya JISIM. Jisim menyumbang sebahagian kecil sahaja dari kesan graviti. Sebab itulah saya fahamkan ilmu falak telah diberikan takrifan sedemikian rupa hinggakan ayat Quran berulang-ulang menyebut berkenaan falak (disebut 2 kali) dan fulki yang disebut 23 kali (bahtera: bumi ini sendiri) berjumlah sebanyak 25 kali!! Saya telah diberitahu oleh seseorang bahawa makna 25 itu juga bermakna 25 jam sehari semalam yang kini telah menjadi 24 jam. Di suatu masa, bumi akan berpusing 23 jam atau kurang lagi dari itu. Jika demikian maknanya maksud Al Quran begitu, saya terpegun berfikir bahawa putaran (falak) itu sendiri memang merujuk kepada tarikan graviti.

Sekarang satu lagi persoalan yang tidak dapat dijawab dengan hukum fizik moden…. jika bulan pernah terbelah semasa zaman Nabi Muhammad, kenapakah bulan masih terlekat pada graviti bumi? Kenapakah tidak ia melayang bebas ke angkasa setelah terpisah dua? Jika JISIM menentukan GRAVITInya, dengan terbelahnya bulan menjadi dua bahagian, apakah berlaku terhadap gravitinya? Saya telah menjenguk banyak pendapat saintis barat berkenaan bulan terbelah. Semua mereka menyebut sebagai hoax dan pembohongan agama Islam.

Adakah kita masih perlu menurut teori saintis barat dalam banyak perkara? Teori big bang sahaja pun banyak yang bercelaru dan bercanggah antara satu sama lain.

Konsep graviti masih membingungkan kita semua tatkala pencarian besar-besaran terhadap gelombang graviti yang kukuh masih menemui jalan buntu. Jika gelombang graviti dapat ditemui dan dimajukan penyelidikannya, tentu akan wujud kenderaan anti-graviti dan pedang light-saber (yang menggunakan super-graviti).

Oleh itu bagaimanakah kita akan memahami:

1. Anti-graviti

2. Super-graviti

sepertimana yang dikhayalkan dalam fiksyen sains?

Di petik dari ZAWI @ Kepada falak-net yahoogroup.com

Tambahan kepada Hukum Graviti

Graviti ialah daya tarikan di antara zarah-zarah yang besar. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.

Setakat ini, hukum graviti yang paling “berjaya” (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular.

Hukum Graviti Newton

Pada tahun 1687, Isaac Newton menerbitkan Hukum Graviti Newton (Law of Gravitation). Menurut beliau:

Semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu.

alat pengukur graviti _ Ricter

Maka formula untuk daya graviti,  F \, ialah:

 F = \frac{Gm_1m_2}{r^2} \,

dimana

 m \, ialah jisim objek
 r \, ialah jarak antara jisim-jisim
 G \, ialah pemalar graviti bersamaan dengan  6.673 \times 10^{-11} \,

Menentukan pemalar graviti

Untuk menentukan pemalar graviti, G\,, daya graviti diantara dua objek. Pada tahun 1798, Sir Henry Cavendish menggunakan neraca kilas untuk menentukan nilai pemalar graviti. Maka, dari eksperimen beliau, nilai pemalar graviti ialah:

 G = 6.673(10) \times 10^{-11} N.m^2/kg^2\,

Berat

Berat, w\, ialah jumlah daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek oleh objek-objek lain. Maka, berat sesuatu objek di permukaan bumi ialah

 w = F_g = \frac{Gm_Em}{R_E^2} \,

dimana

 m_E \, ialah jisim bumi
 R_E \, ialah jejari bumi
 m \, ialah jisim objek

Mengikut Hukum Newton Kedua,

 w = mg = \frac{Gm_Em}{R_E^2} \,

maka

 g = \frac{Gm_E}{R_E^2} = 9.8m/s^2\, adalah pecutan disebabkan oleh graviti

Tenaga Keupayaan Graviti

Kerja yang dilakukan graviti ialah

 W_{grav} = \int_{r_1}^{r_2} F_r dr \,

dimana

 F_r = \frac{-Gm_Em}{r^2}\,

maka

 W_{grav} = -Gm_Em \int_{r_1}^{r_2} \frac{dr}{r^2} = \frac{Gm_Em}{r_2} - \frac{Gm_Em}{r_1} = U_1 - U_2 \,

maka tenaga keupayaan graviti ialah

 U = \frac{-Gm_Em}{r} \,

Kerja yang dilakukan oleh graviti juga boleh ditulis

 W_{grav} = Gm_Em\frac{r_1-r_2}{r_1r_2} \,

maka jika sesuatu objek menghampiri permukaan bumi dan dari persamaan pecutan graviti di atas

 W_{grav} = mg(r_1 - r_2) \,
 U = -W_{grav} = mg(r_2 - r_1) = mgh \,

di petik dari Wikipedia

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s