SERONOK NYA BERMADU…


1POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT Bahagian Penyelarasan PenguatkuasaanUndang-undang____________________________________________________________PendahuluanFitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupanmanusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat denganperaturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagiaberteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak kearah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yangretak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yangmembawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yangutama iaitu monogami dan poligami.

Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satumasa.Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam.

 

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

 

Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.Poligami Menurut Islam2Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan.

Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turuntemurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkanamalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebihwajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَىوَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىأَلاَّ تَعُولُواْ Mafhumnya :“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahambaperempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajibdilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya.

Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu3rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasayang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawakepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawakepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidakberupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yangdikahwini.Syarat Poligami1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteriSuami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira samaada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan disini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberiannafkah kepada isteri iaitu :i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurutkesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilanmemandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteriyang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza.

Abu al-‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawasebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soalpemberian nafkah.

Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika bolehmembawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri4Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semuaisteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik diantara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan iniwajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkanbeberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam danmusafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutankeadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif.

Walaupunbegitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentangperbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat129 :وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ آُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَ اآَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ آَانَ غَفُورًا رَّحِيمًاMafhumnya :“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipunkamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).

Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripadaperbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi MahaMengasihani.2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggalisteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami,kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular dikalangan isteri.

Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addudal-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah,pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkanjuga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dansebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salahseorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.

Walaubagaimanapun ‘Abdal-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan padamalam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balikkepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yangdiriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :حدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا هشيم عن خالد عن أبي قلابة عن أنس بن مالك قال :إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا وإذا تزوج الثيبعلى البكر أقام عندها ثلاثاMafhumnya :6“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara laludia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tigamalam ”.(Riwayat Muslim)Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya danperlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila adakerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis NabiSAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :أن سودة بنت زمعة وهبت يومها لعائشة ، وآان النبي صلى الله عليهوسلم يقسم لعائشة بيومها ويوم سودةMafhumnya :“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telahbermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.2.3.

Adil Dalam Musafir Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisterisekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbezakeadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suamiwajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknyapada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishahr.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :7آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجهMafhumnya :“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian diantara isteri-isterinya ”.Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini denganmengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yangmenemaninya ketika musafir.

Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada MahkamahSyariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Menurut seksyen23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangan nya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selaindari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen23(4) AUKI 1984, iaitu :81. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhiuntuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untukmenanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yangbakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterimengikut kehendak hukum syarak.4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’iekepada isteri

.Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemua nya dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan MohdYusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam JawatanKuasa Rayuan Mahkamah Syariah Selangor. Hakim membuat keputusanbahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) EnakmenUndang-undang Keluarga Islam Selangor adalah sama pentingnya danhendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangordalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagalmembuktikan bahawa dia dapat memenuhi kesemua syarat dan keperluandalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untukberpoligami.Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawalkaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hatimereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini9lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteridan tanggungan.Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 jugamemperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami.

Seksyen 123menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulisterlebih dahulu dari Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklahdihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enambulan atau kedua-duanya sekali.Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaranmahkamah terus berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikutprosedur mahkamah syariah. Contoh terbaru ialah perkahwinan di antara Datuk Noridan Spee Yee dan Siti Insiah Abdul Wahab yang dilakukan di Thailand seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 20 Mac 2006. Pasangan tersebut asalnya dijadual bernikah di Padang Serai, Kedah tetapi gagal mendapat kebenaran Pegawai Agama Daerah Kulim akibat tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam permohonan poligami. Persoalannya ialah banyak masalah yang akan timbul kelak apabila pernikahan dibuat tetapi tidak didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Antara masalah yang akan berlaku ialahstatus isteri muda dan juga anak-anaknya yang akan tergantung. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami meninggal dunia yang mengakibatkan mereka tidak dapat menuntut harta pusaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan.Selain itu, masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali.10Akhirnya ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi isteri dan anak kerana merasakan kehidupannya tidak sama dengan orang lain dan ini akan mendatangkan pula masalah sosial.Bagi menjaga dan memelihara hak isteri daripada menjadi mangsa ketidakadilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984 memperuntukkan bahawa seorang suami yang tidak memberi keadilan yangsewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didendatidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulanatau kedua-duanya sekali.

Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalanpoligami yang sememangnya dihalalkan ini. Penekanan perlu dibuat supayasuami memberikan keadilan yang secukupnya kepada isteri.KesimpulanBerdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapatdirumuskan iaitu :1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapa tmengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membelaperempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namunbegitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalu iamalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkahzahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dantempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.2. Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia11sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China,Yunani, Kristian dan Yahudi.3. Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebihkepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang darilandasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (UtusanMalaysia, 16 September 2005).4. Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnyafitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabatagama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :تَصَرُّفُ اْلإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِMaksudnya :“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negaradan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

Sila rujuk kepada Link Berkaitan;

  1. Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS)
  2. Jabatan Ugama Islam Johor (JUIJ)
  3. Jabatan Ugama Islam Pahang ( JUIP )
  4. Sister In Islam.
  5. Contoh Borang Poligami

Artikal dari islam.gov dan disusun ke blog oleh
hazaldin twbkl.

Copyright  Okt2010

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s