SURABAYA

RELAX LA.. KEJAP..

88888888888888888888888888888888888888888888888888
DSC00819

Di Airport LTT KLIA sebelum berangkat ke Airport Juanda,Surabaya.

di dalam pesawat Airasia

Didalam pesawat Airasia sewaktu mendarat ke lapangan terbang Juanda

Kota Surabaya ialah ibu kota provinsi Jawa Timur, Indonesia yang merupakan kota yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Dengan jumlah penduduk metropolisnya yang melebihi empat juta orang, Surabaya ialah pusat perniagaan, perdagangan, industri, serta pendidikan di kawasan timur Pulau Jawa dan sekitarnya. sambungan……

juanda2-lapangan bandara Juanda

Lapangan terbang Bandara Juanda

Surabaya yang terletak di muara Sungai Kali Mas dahulunya merupakan pintu masuk ke Kerajaan Majapahit. Hari jadi Kota Surabaya ditetapkan pada 31 Mei 1293.

Pada abad ke-15, Islam mulai tersebar dengan pesat di daerah Surabaya. Sunan Ampel, salah satu anggota walisongo (penyebar agama Islam di tanah Jawa), mendirikan sebuah masjid dan sebuah sekolah agama berasrama di daerah Ampel. Kemudian pada tahun 1530, Surabaya menjadi sebahagian Kesultanan Demak.

Selepas kejatuhan Kesultanan Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukan Kesultanan Mataram. Ia diserang oleh Panembahan Senopati pada tahun 1598, oleh Panembahan Seda ing Krapyak secara besar-besaran pada tahun 1610, dan oleh Sultan Agung pada tahun 1614. Penyekatan aliran Sungai Brantas oleh Sultan Agung akhirnya memaksa Surabaya menyerah. Pada tahun 1675, Trunojoyo dari Madura menyerang Surabaya, namun akhirnya ia ditaklukkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) pada tahun 1677.

Dalam perjanjian antara Paku Buwono II dan SHTB pada 11 November 1743, Surabaya diserahkan penguasaannya kepada SHTB. sambungan…..

kebun binatang disurabaya

Mercu tanda Surabaya _ Kebun Binatang

Selepas Perang Dunia II tamat pada 25 Oktober 1945, 6,000 orang askar InggerisIndia daripada Briged 49, Divisi 23 yang dipimpin oleh Brigadier Jeneral Aulbertin Walter Sothern Mallaby, mendarat di Surabaya dengan perintah utama untuk melucuti senjata tentera Jepun, serta tentera dan tentera awam militia Indonesia. Mereka juga mengurus bekas tawanan perang dan memulangkan tentera Jepun. Angkatan tentera Jepun menyerahkan semua senjata mereka, akan tetapi tentera awam militia serta melebihi 20,000 orang askar Indonesia enggan berbuat demikian.sambungan….

gedung-internatio-di-jembatan-merah-surabaya-tempat-tentara-sekutu-bermarkas-dan-di-halaman-gedung-inilah-brigjen-mallaby-tewas-atau-gugur-dok-yousri-dari-srabaya-tempo-dulu

Gedung-internatiol-di-jembatan-merah-surabaya-tempat-tentara-sekutu-bermarkas-
dan-di-halaman-gedung-inilah-brigjen-mallaby-tewas-atau-gugur-dok-yousri-dari-srabaya-
tempo-dulu

Pada 26 Oktober 1945, suatu persetujuan antara Bapak Suryo, gabenor Jawa Timur, dengan Brigadier Jeneral Mallaby tercapai bahawa angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia tidak perlu menyerahkan senjata mereka. Malangnya terjadi salah faham antara angkatan tentera Inggeris di Surabaya dengan markas tentera Inggeris di Jakarta yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Sir Philip Christison.

Pada pukul 11.00 pagi 27 Oktober 1945, pesawat Dakota AU Inggeris dari Jakarta menggugurkan risalah-risalah di Surabaya yang memerintahi semua tentera Indonesia dan tentera awam militia supaya menyerahkan senjata mereka. Para pimpinan tentera dan tentera awam militia Indonesia marah ketika membaca risalah ini dan menganggap bahawa Mallaby tidak menepati perjanjian mereka. Sambungan….

epal dan jeruk di surabaya

Ladang Apel di Surabaya

Pada 28 Oktober 1945, angkatan-angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia menggempur angkatan tentera Inggeris di Surabaya. Untuk menghindari kekalahan, Mallaby meminta agar Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia, dan Mejar Jeneral Douglas Cyril Hawthorn, panglima angkatan tentera Inggeris Divisi 23, ke Surabaya untuk mengusahakan perdamaian. Oleh itu, pada 29 Oktober 1945, Presiden Sukarno, Naib Presiden Mohammad Hatta, dan Menteri Penerangan Amir Syarifuddin Harahap bersama-sama Mejar Jeneral Hawthorn pergi ke Surabaya untuk berunding.

peristewa di ladang apel

Muhd Nur Badrul Amin di Ladang apel

Pada 30 Oktober 1945, suatu persetujuan tercapai dan ditandatangani oleh Presiden Sukarno dan Mejar Jeneral Hawthorn. Intipati perjanjian tersebut adalah bahawa gencatan senjata diadakan dan angkatan tentera Inggeris akan berundur dari Surabaya dengan secepat mungkin. Kesemua penandatangan kemudian bertolak dari Surabaya dan kembali ke Jakarta.

Badrul Amin dan Alpha

Pada petang hari tersebut, Brigadier Jeneral Mallaby melawat kubu-kubu angkatan tentera Inggeris di Surabaya untuk memberitahu mereka tentang persetujuan tersebut. Ketika mendekati kubu angkatan tentera Inggeris di Bangunan Antarabangsa yang terletak berhampiran dengan Jambatan Merah, kereta Mallaby dikepung oleh angkatan tentera awam militia yang sebelumnya telah mengepung Bangunan Antarabangsa.Sambungan…..

DSC00903

Ladang Epal

Kerana menganggap komandannya akan diserang oleh angkatan tentera awam militia, angkatan tentera Inggeris Kompeni D yang dipimpin oleh Mejar Venu K. Gopal melepaskan sedas tembakan ke atas untuk memencarkan para askar awam miltia. Malangnya para askar awam militia menganggap bahawa mereka telah diserang oleh askar-askar Inggeris yang berada di dalam Bangunan Antarabangsa dan menembak balas. Kapten R.C. Smith, pegawai askar Inggeris, melemparkan grenad ke arah askar-askar awam militia Indonesia, akan tetapi grenad tersebut meleset malahan jatuh tepat pada kereta Mallaby yang kemudian terbakar. Akibatnya, Mallaby dan pemandu keretanya maut. Laporan awal yang diberikan oleh angkatan tentera Inggeris di Surabaya kepada markas besar angkatan tentera Inggeris di Jakarta mengatakan bahawa Mallaby maut ditembak oleh angkatan tentera awam militia Indonesia.

Leftenan Jeneral Sir Philip Christison amat marah ketika mendengar khabar kematian Mallaby dan mengerahkan 24,000 orang askar tambahan untuk menguasai Surabaya. Pada 9 November 1945, pihak Inggeris mengumumkan kata dua agar semua senjata tentera Indonesia dan tentera awam militia diserahkan dengan segera kepada tentera Inggeris, akan tetapi kata dua itu tidak diendahkan.Sambungan……

Sekitar Surabaya

Sekitar Surabaya dengan Pak Selamat/Alpha(anak Selamat)dan isteri Noraini

Pada 10 November 1945, tentera Inggeris mulai mengebom Surabaya dan perang sengit berlangsung terus menerus selama 10 hari. Dua buah pesawat Inggeris ditembak jatuh oleh angkatan tentera Republik Indonesia dan salah seorang penumpang Brigadier Jeneral Robert Guy Loder-Symonds mengalami kecederaan parah dan maut pada hari keesokannya.

Pada 20 November 1945, tentera Inggeris berjaya menguasai Surabaya dengan kematian ribuan orang askar Inggeris. Melebihi 20,000 orang askar Indonesia, askar awam milita, serta penduduk Surabaya maut dalam pertempuran ini, dengan seluruh kota Surabaya hancur lebur.

Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran yang paling berdarah yang dialami oleh angkatan tentera Inggeris pada dekad 1940-an, dan menunjukkan kesungguhan bangsa Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan mereka serta mengusir para penjajah. Disebabkan oleh pertempuran ini yang sengit dan besar pengorbanannya, jumlah askar Inggeris di Indonesia mulai dikurangkan secara berperingkat dan digantikan oleh angkatan tentera Belanda. Pertempuran tersebut pada 10 November 1945 kini dikenangi sebagai Hari Pahlawan.Sambungan…..

sekitar Ladang apel dan jeruk

anak saya Mohd Nur Badrul Amin dan Isteri Noraini

PENGANGKUTAN

Surabaya merupakan pusat pengangkutan darat di bahagian timur Pulau Jawa kerana lokasinya pada persimpangan sejumlah jalan raya yang menghubungkan Surabaya dengan kota-kota yang lain. Jalan tol termasuk jalan-jalan raya Surabaya-Gresik, Surabaya-Waru-Gempol, dan Waru-Lapangan Terbang Juanda.

Jambatan Suramadu kini sedang dibina untuk menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura dan apabila disiapkan, ia akan merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia. Pada saat ini, rancangan pembinaan jalan tol di kota Lintas Tengah dan Lintas Timur telah dikaji untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dengan jalan tol Surabaya-Mojokerto-Kertosono akan dibina dengan segera.

Pengangkutan dalam kota dilayani oleh teksi, bas kota (baik berhawa angin mahupun tidak), kenderaan kota (lebih dikenali sebagai Bemo ), angguna (seperti teksi namun tanpa hawa dingin, dan memiliki bentuk yang khas), dan beca (meskipun penggunaannya kini semakin terhad). Surabaya memiliki sejumlah perhentian di dalam kota, antaranya Joyoboyo, Bratang, dan Jambatan Merah.

Untuk pengangkutan wilayah, terdapat sistem alihan rel yang menghubungkan Surabaya-SidoarjoPorong, Surabaya-GresikLamongan dan pada saat ini, juga dikembangkan laluan Surabaya-MojokertoJombang. Monorel juga akan dirancang, seperti yang sedang dikembangkan di Jakarta. Monorel Surabaya yang dirancang akan mengikut laluan Ujung (Perak)-Bundaran Waru.Sambungan….

surabaya-java

Sekitar Kota Surabaya

PENDIDIKAN

Institusi pendidikan tinggi awam

setesen minyak atau bensen

Disetesen minyak di Jumber

Institiut Pendidikan Tinggi Swasta

kedai makan atau restoran

Restoran atau kedai makan

MEDIA

Televisyen

  • TVRI Jawa Timur: Stesen televisyen daerah yang pertama di Indonesia.
  • RCTI Jawa Timur: Juga menyiarkan berita tempatan Jawa Timur, di samping menyampaikan siaran RCTI Nasional.
  • SCTV Jawa Timur: Diasaskan pada tahun 1990 sebelum akhirnya menjadi sebuah stesen televisyen negara, SCTV juga menyiarkan berita tempatan Jawa Timur, di samping menyampaikan siaran SCTV Nasional.
  • JTV: Televisyen swasta tempatan yang pertama di Indonesia.
  • Spacetoon Surabaya: TV kanak-kanak.Sambungan…..

di balai polis

Di Balai Polis Jumbe

Surabaya

Sekitar Ladang Apel

Kedai runcit di Kampung Halimah ( Pembantu Rumah di Kampung )

Kedai runcit di Kg Halimah ( Pembantu)

LAGENDA ATAU MITOS SURABAYA

Sebuah tusuk konde emas milik seorang bocah putri khayangan bernama Widuri, terjatuh ke bumi. Namun tanpa diduga dan menakjubkan, tusuk konde tersebut menciptakan sebuah aliran sungai yang kemudian dikenal dengan sebutan Kalimas.

Nama itu diberikan warga sekitar mengingat keberadaannya, permukaan sungai sempat terlihat bersinar-sinar keemasan. Namun sesungguhnya, kejatuhan tusuk konde telah diatur sedemikian rupa oleh Ambarukmo yang berniat ingin menyempurnakan ilmunya serta untuk membalas dendam pada sang raja dan ratu khayangan yang pernah mengusirnya.

Sementara sang pemilik tusuk konde emas, Widuri, mau tak mau harus terdampar dan tinggal menetap di bumi sambil menanti sebuah keajaiban yang dapat mengembalikan dirinya ke istana khayangan.

Sampai suatu ketika, Ambarukmo menemukan kesempatan untuk mendapatkan dan memiliki tusuk konde sang putri yang pernah hilang, dengan cara memperalat kedua muridnya yakni Rangin dan Panji.Sambungan…….

Sekitar di rumah pembantu kami di Kampung nya di Jumbe @ Jalan Buntu.

Sekitar di rumah pembantu Kg Buntu Jamber

Hal mana dilakukan oleh Ambarukmo karena kedua muridnya itu selalu bersaing dalam segala hal, termasuk urusan cinta. Dengan iming-iming akan mendapatkan cinta Widuri, maka Ambarukmo lantas memerintahkan Rangin dan Panji untuk berlomba menemukan tusuk konde emas.

Siapa yang lebih dulu menyerahkan tusuk konde emas pada Widuri, maka akan terpilih dna berhak menikah dengan Widuri yang selama ini mereka puja.

Dengan kelicikan dan tipu daya Ambarukmo, selain wujud Panji dan Rangin dirubah menjadi seekor buaya dan ikan hiu, kedua muridnya itu pun lantas diadu domba hingga mereka pun nyaris saling membunuh.Sambungan…..

Ada juga Keretapi @ tren

Ada juga jalan keretapi di sini

Sadar bahwa mereka telah diperalat dan diadu domba, sang hiu yang diberi nama Sura dan sang buaya yang dinamakan Baya, lantas berbalik menyerang Amabarukmo hingga sang guru tewas mengenaskan. Bahkan Sura dan Baya pun taku luput dari ajal.

Namun, sebelum kematian menjemput mereka berdua, Sura dan Baya sempat menyerahkan tusuk konde emas kepada sang gadis pujaan. Maka, demi mengingat jasa dan pengorbanan Sura dan Baya, wilayah itu kemudian diberi nama Surabaya. (And)

Artikel dari wikipedia dan di susun olih
hazaldin  topo.wb.kuala Lumpur.

Copyright okt 2009

Tarikh
pembentukan
31 Mei 1293
Walikota Bambang D.H.
Wilayah 274.06 km²
Kecamatan 31
Penduduk
-Kepadatan
3,425,181 orang (2000)
9,486.23/km²
Suku bangsa Jawa, Madura, Cina, Arab
Bahasa Jawa (loghat Surabaya), Indonesia
Agama Islam, Agama Kristian, Katolik
Zon waktu WIB
Kod telefon 031




One comment on “SURABAYA

  1. assalamualaikum tetamu saya di surabaya terima kasih kerana mengunjungi blog ini..sudi kiranya bolih menghubungi saya melalaui email saya.kerana saya ingin kesana sedikit waktu ini…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s