KISAH PENCUCI KERETA …..

j8

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun  tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejapberbunyi,  bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan  kereta lagaknya.Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan
nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus  kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar  langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan  cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan  bunyi seperti kerbau. Perempuan s***, sopanny a cuma di depan jantan,  tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan  berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti
perempuan baru beranak,  t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang  gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk  sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti  mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit  marah, mengetap bibir.”Nak apa?!” Dia terketar terkejut, sedikit berundur. “Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..” Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti  takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di  bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan  dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!”  Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih  meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,  membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti  ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia  menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk,  meludahkan kahak hijau. Pengotor, s***! Akumengalihkan mata k e pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
>”Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak  memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup  lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis
tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung
kemejanya.

“Kenapa ni? Gila?!” “Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,  mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik  terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit.” Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah  bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur.
Keras  diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku  melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu  dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing  dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5  dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada  duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku  dengan rasa curiga bertanya terus.” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang  sebanyak ini?”. Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan
dua beg  plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan  terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu
tangan tadi  dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. “Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis,  dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah  ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang.
Harga  diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi,  anak telah  memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik  sebagai orang  tua s*** yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak.”> Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu  menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. “Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan  sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan  kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah  ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut  ini yang sudah dibuang  ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik
sambung hidup anak-anak pakcik,  jangan sampai kelaparan, jangan mati.” Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.  Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit  di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung  lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang
boleh  membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu  yang ada dalam diri orang tua itu.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s