SUDIRMAN HJ ARSHAD

Sudirman Haji Arshad (25 Mei 195422 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai “Penghibur Nombor 1 Asia” (pada 19 Mac 1989) dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Beliau juga merupakan anak jati daripada Pahang yang pertama pernah memenangi anugerah Penghibur Nombor 1 Asia pada tahun 1989 di London. Sudirman telah diberi jolokan sebagai “Penghibur Milik Masyarakat’”, “Seniman Rakyat” dan “Elvis Malaysia”. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Selain itu, beliau telah menyanyikan kira-kira 168 buah lagu.

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda penonton yang bernasib baik kerana dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyen. Beliau juga pernah digelar “Cili Padi” selain daripada ketinggiannya yang berukuran 1.57 meter dan kasutnya yang bersaiz 7. Beliau seringkali dilihat dengan mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala memakai chaplinesque dengan gayanya yang bersahaja.

Riwayat Hidup

Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai ‘Sudirman’ dengan mengikut sempena namaJeneral Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa sebagai ‘Diman’ oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.

Selain itu, ibunya juga seorang wanita yang aktif dalam arena politik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO (perhubungan Negeri Pahang) dan Wakil Rakyat Pertama (1955) mewakili kawasan Triang (bahagian Temerloh), telah meninggal dunia pada tahun 1959 pada usia muda iaitu 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di Temerloh, Pahang. Selepas kematian isterinya, bapanya pernah berkahwin dengan Mariam binti Mohamad yang berasal dari Kampung Dala, Lancang. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Baharom dan Maslina. Bapanya meninggal dunia pada tahun 1978 dan sempat untuk melihat kejayaan anaknya yang kian meningkat.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain iaitu Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman bersama rakan sekelasnya

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, Pahang (1963-1968), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang (1969-1971) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang (1972-1975) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6.[3] Sebelum memasuki Tingkatan 6, beliau menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi Mara (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara),Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Sudirman semasa membuat persembahan di Bintang RTM 1976

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu ‘‘Seruling Bamboo’’ dan ‘‘Big Spender In The Cabaret’’. Pada peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan seperti “seluar pinjam…” apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu ‘‘Jali Jali’’, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya memang unik.

DISKOGRAFI SUDIRMAN HAJI  ARSHAD

Diskografi Sudirman Haji Arshad ini menyenaraikan album yang pernah dikeluarkan oleh Sudirman Haji Arshad. Selepas beliau menjuarai Bintang RTM pada tahun 1976, beliau telah merakamkan suara di bawah label Warnada Records. Hasilnya, album “Teriring Doa” (album EP sulung) telah dikeluarkan pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, beliau telah menghasilkan sebanyak 14 buah album studio di bawah label EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. dari tahun 1978-1989. Pada tahun 1979, beliau telah menghasilkan album rakaman secara langsung menerusi album “Jangan Kau Lupa” yang juga menampilkan nyanyian beliau bersama Dhalan Zainuddin.[1] Selain itu, beliau telah berjaya mengeluarkan dua album pada tahun 1980, 1981, 1982, 1984 dan 1986. Beliau juga telah membawakan pelbagai jenis tema di dalam setiap pengeluaran albumnya yang dilihat begitu unik sekali.

Pada tahun 1987, lagu “Merisik Khabar” telah menduduki carta sebagai lagu yang berkedudukan nombor 1 di MalaysiaIndonesia dan Brunei selama dua bulan. Lagu beliau yang lain juga turut menduduki carta ketika itu.[2] Beliau juga telah berjaya mengeluarkan album terakhirnya pada tahun 1989 yang bertajuk “Asia’s No. 1 Performer”. Album ini telah menyenaraikan lagu nyanyian beliau semasa di Dewan Royal Albert iaitu “One Thousand Million Smiles”. Selepas kematian beliau, pihak EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan beberapa album kompilasi, antaranya “Jauh Di Sudut Hati” dan “Setelah Kau Tiada”.

Isi kandungan

EP

Tahun Nama Album Nota
1976 Teriring Doa Selepas menjuarai Bintang RTM iaitu pada tahun 1976, beliau mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya yang bertajuk ‘‘Teriring Doa’’ bersama Warnada Record. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya seperti lagu ‘‘Teriring Doa’’ dan ‘‘Surat Ku Yang Ini’’.

Album Studio

Tahun Nama Album Nota
1978 Aku Penghiburmu Pada tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul ‘‘Aku Penghiburmu’’. Beliau menyanyikan semula lagu ‘‘Jali Jali’’ yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk tiga lagu ciptaan Ahmad Nawab iaitu ‘‘Aku Penghiburmu’’, ‘‘Kasih’’ dan ‘‘Gugur Di Tangkai Madu’’. Ketiga-tiga lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
1979 Perasaan Menjelang tahun 1979, album ‘‘Perasaan’’ dikeluarkan dengan lagu hit ‘‘Gerimis di Lautan’’ bersama lagu-lagu lucu seperti ‘‘Mat Disko’’ dan ‘‘Toyol’’. Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysia.
1980 Anak Muda Menariknya, bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan dua buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman beliau dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.
Lagu Anak Desa Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Anak Gembala’’, ‘‘Hujan’’, ‘‘Aku Penganggur’’ dan lain-lain.
1981 Lagu Dari Kota Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’’, ‘‘Pulang Dari Kilang’’, ‘‘Ayah Dan Ibu’’ dan lain-lain.
Twinkle Twinkle Little Star Album ini merupakan album Inggeris yang pertama daripada beliau.
1982 Abadi Album ini merupakan satu-satunya album beliau yang berkonsepkan semangat patrotik.
Lagu Cinta Lagu-lagu daripada album ini telah dijadikan antara lagu tema di dalam filem Kami seperti lagu Pelangi Petang, Budak Baru dan Kesepian.
1983 Images Album ini merupakan album Inggeris yang kedua daripada beliau.
1984 Orang Baru Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Baru Dapat Kerja’’, ‘‘Dilema Dunia Cinta’’, ‘‘Dia Tiada Lagi’’ dan lain-lain.
Lagu Dari Sebuah Bilik Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Dikau Kekasih’’, ‘‘Nama Seindah Wajah’’, ‘‘Tidak Perlu Diucapkan’’ dan lain-lain.
1986 Orang Kampung Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Aku Dan Duniaku’’, ‘‘Apa Khabar Orang Kampung’’, ‘‘Kesian Dia’’ dan lain-lain.
Kul it! Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah ‘‘Selagi Hayatku Ada’’, ‘‘Warna Asmara’’, ‘‘Penyu Menangis (Siapa Tahu)’’ dan lain-lain.
1989 Asia’s No. 1 Performer Album ini merupakan album studio terakhir daripada beliau dengan menampilkan lagu seperti ‘‘Bercanda Di Pasiran Pantai’’ (nyanyian bersama Anita Sarawak) dan ‘‘One Thousand Million Smiles’’.

Album Rakaman Secara Langsung

Tahun Nama Album Nota
1979 Jangan Kau Lupa Album ini pula merupakan album rakaman secara langsung yang dirakam semasa beliau membuat persembahan di RTM. Terdapat lagu yang menampilkan nyanyian beliau bersama Dhalan Zainuddin.
1985 Malam Anak Desa Sudirman di UKM, Bangi Album ini merupakan album edisi terhad telah diterbitkan dalam bentuk kaset. Ianya adalah rakaman langsung persembahan konsert tersebut.
2002 Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir Album ini merupakan nyanyian lagu-lagu daripada Sudirman dan dinyanyikan secara langsung oleh Siti Nurhaliza.
2007 Konsert Suara Hati Sudirman Album ini merupakan rakaman secara langsung lagu-lagu beliau yang dinyanyikan oleh beberapa artis tanah air.
2009 Datuk Sudirman – ‘Live’ In Concert Album ini merupakan album rakaman video secara langsung oleh beliau dalam satu persembahan. Album ini juga telah dikeluarkan dalam dua format iaitu DVD dan VCD.

Album Kompilasi

Nota: Album yang dikeluarkan pada tahun yang sama tidak dapat dipastikan pengeluarannya samada ia keluar terlebih dahulu berbanding dengan yang lain kerana kekurangan maklumat.

Tahun Nama Album Nota
197? Sudirman/Dhalan Album ini merupakan album kompilasi dari album EP beliau yang bertajuk ‘‘Teriring Doa’’ dan EP daripada album Dhalan Zainuddin.
1978 Pentas Aidilfitri Album ini menampilkan lagu nyanyian beliau iaitu ‘‘Jali Jali’’.
1981 Album Hari Raya Album ini menampilkan rakaman lagu beliau yang bertajuk ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’.
1982 Nescafé Pilihan ‘Classic’ Pada tahun ini, pengguna minuman Nescafé yang membeli botol bersaiz besar akan mendapat kaset edisi terhad yang bertajuk ‘‘Nescafé Pilihan ‘Classic’’’ yang menampilkan lagu-lagu beliau dan Sharifah Aini.[3]
16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil Fitri Album ini merupakan pengumpulan 16 lagu-lagu yang bertemakan hari raya. Lagu beliau yang terkandung di dalam album ini ialah ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’.
Album Melayu Deli Album ini merupakan himpunan lagu-lagu berentak Melayu Deli dan Asli yang dinyanyikan oleh empat artis lagenda iaitu Sudirman, Datuk Sharifah AiniHerman Tino dan Zaleha Hamid.[4]
1983 Album Melayu Deli II
1984 Deli Aidilfitri
1985 Bersama Di Hari Raya Album ini merupakan album himpunan lagu-lagu yang bertemakan hari raya. Dua lagu beliau, ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’ dan ‘‘Inang Di Aidilfitri’’ (nyanyian bersama Zaleha Hamid) telah telah dimuatkan di dalam album ini.
1986 Pop Pilihan Aidilfitri Album ini merupakan album himpunan lagu-lagu yang bertemakan hari raya. Lagu beliau yang bertajuk ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’ telah dimuatkan di dalam album ini.
Koleksi 16 Lagu-lagu Terbaik, Sudirman Lagu-lagu Sudirman yang istimewa dan popular pula telah dikumpulkan di dalam album ini.
1987 Pilihan Sentimental Emas Album ini merupakan pengumpulan 12 lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
Hitam Putih Kehidupan Beliau juga pernah merakamkan lagu yang berjudul ‘‘Abang Jangan Cuba’’ menerusi album ini.
1988 Varia Pop Aidilfitri Album ini merupakan album yang bertemakan hari raya. Lagu beliau yang bertajuk ‘‘Selamat Hari Raya’’ telah dimuatkan di dalam album ini.
1989 Lagu-Lagu Rakyat, Sudirman Oleh kerana beliau amat menggemari lagu-lagu klasik dan berirama deli, beliau turut mengeluarkan album ini.
1990 Salam Aidilfitri Album ini merupakan album yang bertemakan hari raya. Lagu beliau yang bertajuk ‘‘Selamat Hari Raya’’ telah dimuatkan seperti album yang sebelumnya.
1991 Koleksi Klasik Album ini merupakan salah satu album kompilasi nyanyian lagu-lagu tradisional oleh beliau.
Citarasa Emas Aidilfitri Album ini merupakan album yang bertemakan hari raya. Lagu beliau yang bertajuk ‘‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’’ dan ‘‘Selamat Hari Raya’’ telah dimuatkan di dalam album ini
1992 Jauh Di Sudut Hati Album ini mengandungi 12 lagu-lagu nyanyian beliau yang ditulis oleh Habsah Hassan.
Dir Album ini merupakan album yang dicipta khas sempena pemergian beliau. Album ini mengandungi lagu-lagu nyanyian oleh Rahim Maarof, Liza Aziz dan ramai lagi.
1993 Balik Kampung Beliau juga pernah merakamkan lagu yang berjudul ‘‘Abang Jangan Cuba’’ menerusi album ini.
1995 Setelah Kau Tiada Album ini menampilkan dua lagu baru iaitu ‘‘Setelah Kau Tiada’’ dan ‘‘Cinta Di Sisimu’’. Tetapi, lagu ‘‘Setelah Kau Tiada’’ tidak dapat diketahui siapa penciptanya.[5]
1996 Dwidekad Album ini mengandungi 20 lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
1999 Tanggal 31 Ogos Album ini mengandungi 22 lagu-lagu nyanyian oleh beliau dan beberapa artis yang lain dengan bertemakan semangat patriotik.
2000 Nilai Cintamu Album ini mengandungi 18 lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
Dwi Intan Album ini merupakan pengumpulan dua lagu-lagu daripada album beliau yang terdahulu iaitu ‘‘Anak Muda’’ dan ‘‘Lagu Anak Desa’’.
2001 Alunan Sukma Album ini merupakan salah satu album kompilasi nyanyian oleh Sudirman dan Sharifah Aini.
2002 Penghibur No. 1 Album ini merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
2003 Sudirman II – 40 No. 1 Dalam 1
2004 Koleksi 16 Lagu-Lagu Terbaik Dangdut Album ini merupakan album kompilasi yang bertemakan dangdut serta menampilkan pelbagai artis termasuk Herman Tino, Sharifah Aini, Sudirman dan ramai lagi.
2005 Memori Sentimental Hit Album ini merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau. Menariknya, album ini turut menyenaraikan lagu beliau bersama Noorkumalasari iaitu lagu ‘‘Bimbang Terluka Lagi’’.
Tan Sri P. Ramlee Vs. Sudirman Album ini merupakan album kompilasi lagu-lagu nyanyian Sudirman dan P. Ramlee.
2006 Timeless Album ini merupakan pengumpulan empat cakera padat yang mengandungi empat album pertama Sudirman iaitu Aku Penghiburmu (1978), Perasaan (1979), Anak Muda (1980) dan Lagu Anak Desa (1980).
2007 Memori Hit Lagu-Lagu Tradisional Klasik Album ini merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu beliau yang berirama tradisional.
2008 Terunggul Album kompilasi ini memuatkan 76 buah rakaman lagu-lagu klasik yang meliputi empat rakaman lagu awal termasuk ‘‘Teriring Doa’’, ‘‘Ku Bersilat’’, ‘‘Seruling Bamboo’’ dan ‘‘Surat Ku Yang Ini’’.
2009 Keunggulan Album ini merupakan salah satu album kompilasi oleh beliau.
15 Album ini merupakan album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau dan dikeluarkan di dalam dua bentuk iaitu CD dan VCD.
Memori Hit Album ini merupakan salah satu album kompilasi nyanyian oleh beliau.
Koleksi Memori Pilihan Melayu Deli Kebanyakan lagu daripada album ini telah diambil daripada album beliau bersama dengan Sharifah Aini, Zaleha Hamid dan Herman Tino iaitu Album Melayu Deli (1982), Album Melayu Deli II (1983) dan Deli Aidilfitri (1984).
Lagenda Hit Album ini merupakan album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
In Down Memory Lane Album ini merupakan album kompilasi lagu-lagu daripada album berbahasa Inggeris beliau iaitu Twinkle Twinkle Little Star dan Images.
2010 Lagenda Hit Senandung Rakyat Album ini merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau.
2011 Tripeldekad
Jiwa Merdeka Album ini merupakan salah satu album kompilasi beliau yang bertemakan semangat patriotik.
4 Lagenda Terunggul Vol. 3 Album ini merupakan album kompilasi yang menampilkan nyanyian oleh Sudirman, Anita Sarawak, Sohaimi Mior Hassan dan Noorkumalasari.
2012 Warisan Album ini merupakan salah satu album yang menggabungkan lagu-lagu nyanyian oleh Sudirman dan Sharifah Aini
Jamal Abdillah & Sudirman Album ini merupakan salah satu album yang menggabungkan lagu-lagu nyanyian oleh Jamal Abdillah dan Sudirman.
101 Sudirman Album kompilasi ini memuatkan enam keping cakera padat di dalam bentuk set kotak (box set).
Warisan Album ini merupakan salah satu album yang menggabungkan lagu-lagu nyanyian oleh Jamal Abdillah dan Sudirman.
Aku Sudirman – Suatu Interpretasi Album ini merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh beliau dan dinyanyikan semula oleh artis yang lain.
Aku Sudirman Album kompilasi ini memuatkan 20 lagu-lagu nyanyian oleh beliau.

Album Runut Bunyi

Tahun Nama Album Nota
2012 Hoore! Hoore! Album ini merupakan album runut bunyi bagi filem ‘‘Hoore! Hoore!’’. Album ini juga menggabungkan pelbagai nyanyian daripada artis lama dan baru.

Lain-Lain

Tahun Nama Album Nota
1985 Wajah ‘‘Wajah’’ merupakan album studio oleh Noorkumalasari yang menampilkan nyanyian beliau bersama Sudirman.
1992 Anak Desa Melaka ‘‘Anak Desa Melaka’’ merupakan album sulung oleh penyanyi bersuara mirip seperti Sudirman, iaitu Kenny Lee.
2008 Nostalgia Abadi: Khazanah Muzik Berzaman Album ini telah mengumpulkan pelbagai nyanyian daripada artis tanah air. Lagu ‘‘Salam Terakhir’’ telah dimuatkan di dalam album ini.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s