SISTEM KADASTER BERKOORDINAT – BAB 3

SISTEM KADASTER BERKOORDINAT

3.1       Pengenalan

Sistem ukur kadaster di Malaysia adalah satu sistem pengukuran berdasarkan sistem yang dibawa oleh Inggeris bermula dari sistem Torrens. Walau bagaimanapun diera yang serba maju ini kajian telah dilakukan bahawa sistem ini perlu di tukar dan digantikan dengan sistem baru yang lebih efisyen. Ini kerana di lihat dari segi pengurusan hartanah mengalami berbagai masalah untuk mempercepatkan proses kerja disamping menghasilkan satu maklumat yang tidak boleh disangkal. Maka dengan itu para penyelidik dan pengkaji berpendapat bahawa sistem kadaster yang ada sekarang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dengan berpandukan maklumat yang sediada. Sistem Kadaster Berkoordinat adalah satu sistem yang baru dibangunkan untuk memudahkan penggunaan jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan orang awam, dimana sistem yang ada sekarang dipertingkatkan.

3.2       Sistem Kadaster Berkoordinat (CCSCadastral Coordinate System)

Sistem Kadester Berkoordinat merupakan satu sistem yang berasaskan koordinat terlaras yang terhasil daripada bering dan jarak dalam satu jaringan kadester menggunakan kaedah pelarasan kuasa dua terkecil, yang seterusnya menggantikan pelarasan kaedah bowditch dan transit. Sistem Kadester berkoordinat ini mampu menganalisa kualiti cerapan dan kesepadanan geometri jaringan dan mempu melakukan pelarasan bagi kuantiti cerapan yang banyak seperti lot pertanian dan perumahan. Dengan sokongan dari pengkalan data ukur kadester (PDUK) yang melibatkan ukuran kelas satu, dua dan tiga maka proses pelarasan dilakukan dengan menggunakan nilai bering dan jarak yang diperolehi daripada pengkalan data tersebut.

Penggunaan teknologi GPS (Global Positioning System – Sistem Penetududukan Sejagat) adalah satu kaedah baru yang dikenal pasti dapat menaiktaraf sistem kadaster yang ada sekarang. Dengan penggunaan GPS maka selisih pengukuran dapat dikurangkan kerana GPS mengamalkan cerapan secara individu (indipendant) dan setiap koordinat yang diproses akan menghasilkan koordinat jitu mengikut kehendak pengguna. Ia juga perlu disokong oleh perisian yang ditetapkan untuk memproses data lapangan. Penggunaan Global Positioning System ( GPS ) dalam ukur kadester boleh mendapatkan koordinat sesuatu titik di permukaan bumi dengan cepat dan tepat berbanding pengukuran konvensional. Pengukuran kadaster GPS akan melibatkan kerja penentuan koordinat batu-batu sempadan dengan merujuk kepada stesen kawalan GPS berdekatan yang ditubuhkan dengan ukur kawalan GPS.( Chong Siat Li, 1998 )

Sistem Kadaster Berkoordinat ini secara implimentasi telah dibuktikan boleh digunapakai untuk pelarasan jaringan kadaster sekarang yang terdapat didalam Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Cerapan GPS perlu dilakukan dilapangan diatas titik kawal GPS yang hampir dengan kawasan pengukuran. Kajian yang dilakukan dibahagikan mengikut blok iaitu mengikut Lembar Piawai yang mana kebiasaannya empat (4) atau lebih cerapan GPS dilakukan sebagai kawalan untuk memudahkan proses pelarasan kelak.

Pelarasan kuasa dua terkecil adalah kaedah yang digunakan untuk pelarasan koordinat menggunakan bering dan jarak yang diperolehi dari Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK), tetapi proses hitungan dilakukan dengan bantuan perisian StarNetTM yang mampu melakukan pelarasan jaringan dua dan tiga dimensi.

Daripada hasil pelarasan tersebut terhasil satu jaringan kadaster yang baru dimana koordinat yang terhasil adalah koordinat terlaras. Proses yang dilalui dalam penghasilan koordinat terlaras perlu melalui peringkat pemeriksaan dilapangan dimana garisan lot-lot kadaster tersebut disemak untuk membuktikan bahawa koordinat yang terhasil betul. Antara lain keistimewaan Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS) adalah :

  • Memudahkan pengemaskinian pengkalan data tanah dan peningkatan ketepatan.
  • Memberikan kawalan terhadap rambatan ralat pengukuran dan kejituan pengukuran.
  • Membekalkan satu jaringan rujukan piawai bagi pengukuran kadaster.
  • Menghubungkan ukuran kadaster ke dalam sistem rujukan koordinat kebangsaan.
  • Memudahkan pengesahan tanda-tanda sempadan dengan adanya nilai pasangan koordinat yang unik.

3.2.1    Penekanan Aspek-aspek Dalam Sistem Kadaster Berkoordinat

Dalam perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat terdapat beberapa aspek yang perlu di beri penekanan dalam perlaksanaannya. Sistem Kadaster Berkoordinat memberikan hasil akhir dimana setiap bucu bagi lot-lot kadaster akan menerima sepasang koordinat terlaras (utara/selatan,timur/barat) sebagai hasil akhir dimana setiap pasang koordinat ini sah disisi undang-undang.

Menurut Azmi Abu Bakar (2003), Sistem Kadaster Berkoordinat menekankan aspek-aspek seperti berikut :

a.) Penggunaan datum geosentrik (WGS 84

b.) Sistem unjuran koordinat yang tunggal bagi seluruh Semenanjung Malaysia (RSO geosentrik).

c.) Penggunaan kaedah pelarasan dan pengukuran yang piawai

d.) Mewujudkan koordinasi semua agensi yang terlibat dengan sistem kadaster (JUPEM, PTG, JUBL dsb)

e.) Menyediakan pelan kadaster dengan maklumat tanah yang lengkap (Digital cadastral Database-DCDB)

f.) Nilai pasangan koordinat pepenjuru (utara, timur) yang diperakukan sah disisi undang-undang.

Rajah 3.1 : Model konsepsual CCS bagi Semenanjung Malaysia

3.3       Penggunaan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) dalam Ukur Kadaster

Dalam amalan ukur kadaster waktu ini penggunaan peralatan GPS adalah masih baru dan ia telah dikaji dari segi penggunaannya dan boleh diterima pakai dalam kerja ukur kadaster sekarang (Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bil 5 Tahun 2002) dengan menitikberatkan syarat-syarat yang telah ditetapkan didalam Pekeliling KPUP Bil 5 Tahun 2000).Jaringan kawalan adalah sangat penting kepada kerja-kerja ukur, khasnya kerja ukur kadaster. Ini terbukti apabila di antara aktiviti awal JUPEM sejak penubuhannya pada tahun 1885 adalah untuk mewujudkan jaringan triangulasi bagi kawalan ukur kadaster. Jaringan kawalan sedia ada ini berkepadatan rendah dan usaha untuk menambah titik-titik kawalan tersebut terhalang oleh beberapa faktor, terutamanya faktor kos pelaksanaan yang tinggi.

Kedudukan titik-titik kawalan ukur yang tidak menyeluruh dan berjarak jauh di antara satu sama lain telah menyulitkan kerja-kerja membuat ikatan ke titik-titik kawalan berkenaan. Akibatnya, urusan pelarasan bagi meminimumkan kesan selisih pengukuran, dalam kebanyakan keadaan tidak dapat dibuat dan ini menjadi penghalang kepada penghasilan koordinat ukur kadaster yang lebih tepat.  Pada masa kini teknologi GPS telah digunakan secara meluas disebabkan kepelbagaian aplikasinya, di samping kosnya yang semakin rendah. Keadaan ini memberikan peluang kepada JUPEM untuk mengambil kesempatan menggunakan teknologi tersebut bagi menubuhkan jaringan kawalan ukur kadaster baru yang lebih padat dan menyeluruh.

 3.3.1    Keperluan Jaringan Kawalan Ukur Kadaster

Umumnya jaringan kawalan ukur kadaster diperlukan untuk mengawal ketepatan di dalam kerja ukur kadaster dengan menghadkan apa-apa seliseh yang mungkin terdapat semasa pengukuran dan seterusnya mencegah ianya daripada menjadi seliseh terkumpul. Dalam hal ini, titik kawalan ukur kadaster memainkan peranan sebagai stesen rujukan ketika proses pelarasan kerja ukur kadaster dijalankan.

Di samping itu, keperluan kepada taburan tanda-tanda kawalan ukur yang lebih padat dan mencukupi serta menyeluruh sebagai rujukan kerja ukur telah turut bertambahdengan meningkatnya kepesatan pembangunan serta bertambahnya aktiviti kerja ukur. Tambahan pula pembangunan pesat yang lepas telah mengakibatkan kerosakan dan kehilangan kepada titik-titik kawalan ukur yang sedia ada. Dari perspektif yang lain, jaringan kawalan ukur kadaster diperlukan untuk menghasilkan koordinat ukur yang lebih tepat, yang kelaknya akan membolehkan penggunaan data ukur kadaster secara lebih meluas.

3.3.2    Penggunaan Teknologi GPS

Pendekatan yang paling berkesan untuk mewujudkan jaringan kawalan ukur, buat masa ini, adalah dengan menggunakan teknologi GPS. Penggunaan pendekatan iniakan membolehkan penubuhan, penambahan kepadatan dan penyelenggaraan jaringan dibuat secara lebih cepat, tepat dan kos efektif.Sehubungan itu, perancangan kerja yang teliti perlu dibuat supaya penggunaan teknologi berkenaan dapat diuruskan dengan lebih sempurna serta jaringan kawalan ukur kadaster yang ditubuhkan kelak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

3.3.3    Perancangan Penubuhan Jaringan Kawalan Ukur Kadaster

 Perancangan bagi mewujudkan jaringan kawalan ukur kadaster perlu melibatkan aspek-aspek seperti rekabentuk jaringan, pemilihan lokasi titik-titik kawalan, monumentasi atau penandaan dan juga sistem penomboran tanda kawalan.Berikut adalah perancangan yang perlu dilakukan sebelum menubuhkan titik kawal ukur kadaster :

3.3.3.1      Rekabentuk Jaringan

Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Utama dengan kedudukan titik kawalan berbentuk grid pada sela lebih kurang 10 km x 10 km hendaklah secara umumnya dibentuk bagi semua kawasan, termasuk kawasan pekan, bandar, luar bandar dan pedalaman. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman yang tidak menunjukkan wujudnya lot-lot tanah atau kemungkinan pembangunan dalam masa terdekat, keutamaan penubuhan jaringan bagi kawasan berkenaan bolehlah dikurangkan. Penubuhan jaringan kawalan peringkat ini hendaklah menggunakan stesen-stesen Jaringan Geodetik Utama Semenanjung Malaysia atau Peninsular Malaysia Primary Geodetic Network (PMPGN) sebagai asas. Contoh perancangan penempatan titik atau stesen bagi Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Utama adalah seperti di rajah 3.2.

Kawalan Ukur Kadaster Sekunder pula hendaklah dibentuk bagi kawasan yang telah diliputi oleh Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Utama, dengan kedudukan titik kawalan grid pada sela lebih kurang 2.5 km x 2.5 km. Penubuhan jaringan kawalan peringkat ini hendaklah berasaskan kepada Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Utama.

Selain itu, jaringan grid bersela lebih kurang 500 m x 500 m hendaklah turut dibentuk, khasnya bagi kawasan bandar, pekan dan kawasan yang pesat membangun. Contoh perancangan penempatan titik atau stesen bagi Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Sekunder adalah seperti Rajah 3.3.

Rajah 3.3 : Contoh Perancangan Titik Kawalan  Ukur Kadaster Grid Sekunder

 

0.5 km
2.5 km

Tanda Jenis C

Tanda Jenis B

Penubuhan titik-titik kawalan yang akan membentuk jaringan diatas dibina seberapa yang boleh dibuat mengikut rekabentuk grid yang dirancangkan. Walaupun begitu, bentuk sebenar jaringan akan kelaknya bergantung kepada keadaan topografi dan kesesuaian di lapangan. Untuk membantu kerja-kerja merekabentuk dan bagi menggambarkan bentuk jaringan dari segi pemaparan lokasi titik-titik kawalan, kesemua stesen PMPGN dan rangkaian titik-titik kawalan yang dinyatakan di atas hendaklah dicartakan di atas peta topografi yang bersesuaian. Bahagian Kadaster dengan dibantu oleh Seksyen Geodesi, JUPEM akan bertanggungjawab menyelaraskan penyediaan rekabentuk Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Utama.

Rekabentuk yang dihasilkan kelak akan disalurkan kepada JUPEM Negeri bagi menentukan kawasan-kawasan berkeutamaan. Seterusnya, JUPEM Negeri akan membuat tinjauan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi memilih lokasi titik kawalan yang bersesuaian. Setelah pemilihan dibuat, tanda kawalan akan ditanam terus di tempat berkenaan. Semua maklumat di atas selanjutnya perlu dihantar oleh JUPEM Negeri ke Seksyen Geodesi, melalui Bahagian Kadaster, untuk tindakan ukuran. Rekabentuk Jaringan Kawalan Ukur Kadaster Sekunder pula akan dikendalikan sendiri dan diukur sepenuhnya oleh JUPEM Negeri, mengikut kawasan keutamaan.

3.3.3.2      Pemilihan Lokasi Titik Kawalan

Penempatan tanda titik kawalan ukur kadaster adalah merupakan tugas yang penting, khasnya bagi menentukan supaya tanda akan kekal untuk jangkamasa yang panjang, juga supaya cerapan-cerapan GPS bagi menentukan posisi titik serta ukuran ikatan selanjutnya dapat disempurnakan dengan baik. Di dalam menguruskan hal tersebut perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:-

(i)  Cut off angle di sekeliling kawasan titik kawalan hendaklah sekurang-kurangnya 15 darjah;

(ii) Punca-punca yang memberi kesan gangguan kepada penerimaan gelombang

satelit seperti pencawang letrik, stesen radio, stesen radar dan stesen telekomunikasi hendaklah dielakkan;

(iii) Lokasi titik kawalan hendaklah jauh (tidak kurang daripada 50 m) dari bahan yang boleh menyebabkan pantulan gelombang satelit seperti bangunan tinggi, dinding, bumbung besi dan kolam;

(iv)  Titik kawalan hendaklah ditempatkan di kawasan yang seberapa selamat;

(v)    Permukaan tanah di sekitar titik kawalan hendaklah stabil; dan

(vi)   Akses atau laluan ke lokasi tanda titik kawalan adalah mudah.

Pelan lokasi serta pelan tapak bagi setiap tanda titik kawalan yang diwujudkan hendaklah disediakan untuk memudahkan carian dan pengecamannya di kemudian hari.

 3.4       Pelarasan Dalam Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS)

 Mengikut kajian-kajian sebelum ini teknik pelarasan yang mampu memproses jaringan kadaster dalam bentuk 2 dimensi adalah dengan menggunakan kaedah Pelarasan Kuasa Dua Terkecil. Kaedah ini mempu melakukan proses pelarasan jaringan kadaster 2 dimensi dengan melakukan pelarasan secara kekangan minima.Pada masa sekarang terdapat pelbagai perisian yang menggunakan kaedah pelarasan kuasa dua terkecil dan diantaranya adalah Perisian StarNetTM yang digunakan dalam kajian ini. Perisian ini berfungsi dengan menggunakan nilai bering dan jarak yang dimasukkan ke dalam kemasukan data serta menjalankan pelarasan berdasarkan dua atau lebih titik rujukan sebagai asas (baseline).

3.4.1    Perisian StarNetTM

 StarNet adalah perisian yang direka untuk melakukan pelarasan jaringan dalam dua dimensi (2d) dan tiga dimensi (3D). Ia  menggunakan konsep pelarasan kuasa dua terkecil (rigorous least square analysis) dalam operasi pelarasannya.Dalam pelarasan jaringan lot-lot kadaster maklumat yang boleh digunakan dalam proses memasukkan data adalah seperti bering, jarak stesen rujukan. Penggunaan sudut juga boleh digunakan dalam pemproses jaringan seperti dalam kes kajian ini.Selain itu juga perisian StarNet ini juga mampu memproses data cerapan GPS mengikut menu yang disediakan. Pelotan juga boleh dilakukan untuk memastikan jaringan yang dimasukkan adalah betul dan memudahkan proses semakan. Hasil pelotan boleh juga di ekport ke program CAD dalam bentuk ‘dxf file’. Langkah pemprosesan adalah dirumuskan seperti carta alir di bawah :

Rajah 3.4 : Carta Alir Pemprosesan Perisian StarNetTM

( Prof Dr. Abd Majid A Kadir)

Ciri-ciri keistimewaan perisian ini termasuklah nilai pekali pemberat dapat diletakkan bebas terhadap data-data cerapan input. Semakan juga dapat dilakukan dalam perisian ini, dan akan memberikan amaran sekiranya terdapat ralat yang besar terhadap data yang dimasukkan.Perisian ini juga mampu melakukan pelarasan secara kekangan minima atau kekangan sepenuh. Kekangan minima adalah dimana jaringan dilaraskan hanya berdasarkan kepada bentuk geometrid an cerapan jaringan itu sendiri. Jaringan tidak dilaraskan supaya sepadan dengan mana-mana datum sistem koordinat.

3.4.2    Pelarasan Kuasa Dua Terkecil ( Least Square Adjustment )

Pelarasan Kuasa Dua Terkecil (PKDT) adalah kaedah pelarasan yang sesuai digunakan dalam pelarasan jaringan seperti jaringan stesen kawalan GPS, pelarasan jaringan dalam bentuk dua dan tiga dimensi.Pelarasan Kuasa Dua Terkecil (PKDT) adalah kaedah yang yang digunakan untuk mendapatkan nilai parameter dan cerapan yang terlaras (Hj. Abdul Wahid dan Halim, 1997). Cerapan lebihan diperlukan dalam pengukuran untuk menjamin kualiti pengukuran serta memastikan nilai yang didapati adalah dalam lengkungan had dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pelarasan Kuasa Dua Terkecil merupakan kaedah yang direka oleh C. F. Gauss (1777-1855) berdasarkan teori kebarangkalian. Dalam kerja ukur PKDT digunakan dengan beberapa kaedah iaitu kaedah persamaan cerapan, persamaan bersyarat dan persamaan gabungan. PKDT juga digunakan untuk menghitung parameter-parameter terlaras yang menghampiri nilai sebenar daripada cerapan yang diperolehi.

Modul matematik diperlukan untuk mengaitkan antara cerapan dengan parameter yang tidak diketahui (koordinat-koordinat stesen), (Ranjit Singh, 1997). Antara model matematik terdiri daripad model fungsian dan model persamaan cerapan. Konsep asas PKDT adalah jumlah nilai kuasa dua reja (residual) cerapan adalah minimum.

∑ V² = Minima

Ә ∑ V² = 0

Ә X

3.4.2.1 Konsep Pelarasan Dua Dimensi

Dalam pengukuran dua dimensi, parameter yang dianggarkan melalui kuasa dua tekecil adalah koordinat dua dimensi. Parameter-parameter yang terlibat dalam pelarasan dua dimensi dtakrifkan sebagai komponen Utaraan (U), Timuran (T).

Model fungsian, La = F (Xa), menunjukkan hubungan antara elemen yang diukur dan parameter yang dianggarkan boleh dibina. Model fugsian yang dikaitkan adalah seperti berikut :

Rajah 3.5 : Pengukuran Konvensional Dua Dimensi

Model fungsian untuk jarak antara titik A(UA,TA) dan B (UB,TB) adalah :

½

S = ( ( UB – UA)² + (TB – TA)²) Model fungsian untuk bering adalah :

θ = arctan ((TB – TA) / ( UB – UA))

3.5       Perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS) Di Semenanjung Malaysia

Sebelum Sistem Kadaster Berkoordinat ini dilaksanakan di semenanjung Malaysia kajian dan ujian telah dilakukan dalam program ‘Pilot Study Project’ yang telah dilakukan di Negeri Melaka dan sempadan diantara Melaka dan Johor(Muar) semenjak tahun 1999 hingga sekarang.

Hasil kajian diperolehi memberikan hasil yang positif dan segala perlaksanaannya telah ditunjukkan dalam laporan Tesis Doktor Falsafah ‘Development Of  A Cadastral System For Peninsular Malaysia’ (Abdullah Hisam Omar, 2004). Secara ringkasnya dapat dihuraikan dalam rajah 3.6 :

Rajah 3.6 : Carta Alir Model Perlaksanaan CCS Bagi Semenanjung Malaysia

( Prof. Dr. Abd. Majid A. Kadir,et.al,2003)