GERHANA MATAHARI

Geometry_of_a_Total_Solar_Eclipse_svg

Bila cahaya melalui bahan lutsinar kebanyakan cahaya itu akan dilepas kembali dan bergerak terus. Tetapi apabila cahaya itu tidak dapat melalui sesuatu bahan, bahan itu di namakan bahan legap. Cahaya seperti tertahan. Sebenarnya cahaya diserap sepenuhnya oleh bahan tersebut. Kejadian ini menghasilkan satu bayang-bayang di belakangnya. Kejadian ini kerana cahaya bergerak lurus. Bulan sebenarnya ialah objek yang memantulkan cahaya matahari yang bergerak mengorbit bumi untuk tempoh 29 – 30 hari. Manakala Bumi pula berputar pada paksinya untuk tempoh 24 jam sambil mengorbit Matahari untuk tempoh 365 hari. Pada satu ketika, bila mana kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi terletak pada satu garisan lurus dan ini memungkinkan berlakunya gerhana.

Gerhana berlaku apabila Bulan atau Bumi dilindungi dari cahaya Matahari. Maka apabila gerhana berlaku terutamanya Gerhana Matahari Penuh (GMP), Bumi akan gelap seketika. Seterusnya, kita akan dapat melihat bintang dan buruj di langit, suhu sekitar akan jatuh beberapa darjah dan binatang- binatang liar akan keliru seketika. Ini merupakan fenomena yang unik. Bagi para saintis pula, mereka menunggu saat ini untuk merakam dan melakukan penyiasatan aktiviti Matahari terutamanya fenomena korona yang hanya dapat kelihatan secara langsung dari Bumi hanya pada ketika gerhana berlaku. Sehubungan dengan itu aktiviti seperti astrofotografi giat dijalankan semasa gerhana berlaku. Walaupun gerhana berlaku telah beratus dan beribu kali, setiap fenomena gerhana adalah unik dan keunikan itulah yang diselidiki oleh saintis.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai ‘corona’.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari’e.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s