ASAL USUL NAMA BANDAR NEGERI PAHANG

DAERAH2 PAHANG

DAERAH  DAERAH DINEGERI PAHANG

JERANTUT

images

1) Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan “Jerantut” adalah berasal dari perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini dipanggil “Simpang Empat” iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama “Simpang 4” ditukar kepada “Jerantut”.

jerantut
2) Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke “Jeram tu”…”Jeram tu” lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.

321792_259579220739602_100000625796164_841806_3800563_o
3) Cerita ni saya dengar dari lisan.. kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang.tak semena-mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat..sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).

Bandarlama2
Ulasan Pengarang
Nama Jerantut ini bolehlah dikatakan amat berkait rapat dengan perkataan asalnya JERAM dan TUT itu sendiri byk taksiran dan pendapat orang lain yang mengaitkan dengan sesuatu yang lain. Bagi saya yakin dengan cerita no 2 itu.
Apa pun tidak ramai yang tahu dari mana sebenarnya perkataan itu diungkap ditempat asalnya, (Cerita lisan ini saya dapati dari org tua-tua di Jerantut feri) sebenarnya perkataan ini diungkap seawalnya di disebuah pekan kecil iaitu di Jerantut Feri kerana feri itu sejenis pengangkutan di air apa pula nama tempatnya ? pasti JERANTUT dan kini pekan itu disebut Jerantut feri sehingga kini dan disinilah asal sebenarnya JERANTUT itu. Sebelum berpusat di bandar Jerantut kira10 minit perjalanan menaiki kenderan kepekan kecil itu.

BUKIT  FRASER

dsc_0134

Sejarah Bukit Fraser tercatat kisah perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris semenjak tahun 1917 hingga di ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Pada tahun 1917, paderi Kristian dari Singapura, Bishop C.J.Ferguson telah menemui ‘Bukit Fraser’ pada hari-hari dia mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang menurut laporan hilang dalam rimba itu.

dsc_01441

Pihak Kerajaan Inggeris percaya pedagang Fraser telah dimakan oleh binatang buas atau dibunuh oleh kaum Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Tetapi cerita yang boleh diyakini, dia telah dibunuh oleh pejuang-pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Pada 5 Oktober 1951, seorang tokoh penjajah Inggeris – Pesuruh Jaya Tinggi di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah dibunuh seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Awang Ali, dari Rajemen ke – 10, di Pahang, di jalan raya Kuala Kubu –Bukit Fraser.

dsc_01201

Tetapi kerana penjajah Inggeris tidak mahu dunia mengetahui orang Melayu menentang mereka, maka mereka mengumumkan, Henry Gurney dibunuh pengganas komunis di selekoh jalan raya Kuala Kubu – Bukit Fraser

KUANTAN 

9046925896_91daf76b31_z Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1851/52 seperti berikut:
“Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari……….” (1)
Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik (2) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang disamping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penempatan ialah Perkuburan Cik Timah (3) berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang. Tapak Perkuburan Cik Timah.
Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka diketuai oleh Encik Besar (4). Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan “Kuantan” dan kekal sehingga ke hari ini.

TEMERLOH

Untuk  mengetahui  lebih  lanjut serta foto  foto  TEMERLOH sila…  klik

images


Diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh.Menurut hikayat melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.

Temerloh in history 010

RUMAH  PASONG  TEMERLOH DAHULU NY A TERLETAK DITEPI SUNGAI INI.

Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.
Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, ” Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu.” Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.
Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Temerloh in history 011BANGUNAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH TEMERLOH

pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.
Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah “mereloh”. Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat “mereloh”. Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan “mereloh”.Oleh kerana perkataan tempat “mereloh” itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.
Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

BERA 

Daerah Bera merupakan satu daerah yang sudah lama wujud di Pahang ;dulu di kenali dengan nama Daerah Mengkarak, pengasas kepada daerah ini tidak lain tak bukan ialah Tuk Mengkarak 1 ia itu Imam Zul Bayan atau yg bernama Hashim yang merupakan Mufti Pahang sekitar tahun 1720-1750.

Tuk Mengkarak (Imam Dzu Bayan)
(1630-1730)
Tokoh ini merupakan ulama yang mula membuka Kampung Mengkarak, di Daerah Bera. Beliau dikenali juga dengan nama Hashim. Beliau dikatakan berasal dari Sumatera dari suku Minangkabau, Ibunya adik beradik perempuan kepada Tuk Suji Bilang yang membuka penempatan di kawasan Temerloh.
Hubungan Imam Syahibudin dengan Imam Zu’l al-Bayan,dimana ibu Imam Dzulbayan merupakan adikberadik kepada Suji Bilang,datuk kpd Tuk Shahibudin;seperti berikut::

Tersayang-sayang pada rasaan
Kepada “Umbi” Datuk Perempuan
Orangnya arif lagi budiman
Upas jahil sudah termakan

Makam beliau kini terdapat di Mengkarak tetapi tidak dipelihara dengan baik. Makam ini terletak di tebing Sungai Pahang,kemungkinan besar dalam beberapa tahun lagi makam ini akan runtuh dihanyutkan oleh arus Sungai Pahang yang sentiasa mengubah tebing sungai.
Tokoh ini disebut oleh Tuk Shahibudin di dalam syair “Ghafilah ” dengan gelaran Imam Zu al- Bayan,yang bermaksud “Orang yang mempunyai kemampuan menjelas dan menerangkan sesuatu”. Beliau mempunyai kemampuan untuk menghuraikan dan mentafsirkan ajaran Hamzah Fansuri dengan jelas dan memuaskan hati pendenganr dari segi kefahaman teks,huraian dan tafsiran serta bandingan. Menurut cerita mitos beliau digelar “Imam Dua Bayang” yakni kerana kehebatan dan ketinggian ilmunya maka jika pada waktu malam beliau mempunyai dua baying tidak sebagaimana orang biasa yang mempunyai satu baying.
Tuk Mengkarak Seorang ulama yang terkenal di negeri Pahang dan menjawat jawatan Mufti ketika itu:

Beliau dipercayai mendapat pendidikan di Acheh kerana ajaran yang dibawa oleh beliau adalah dari Aliran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri dari Acheh, Oleh sebab kealiman beliau berbanding dengan ulamak-ulamak lain di Pahang ketika itu,dipercayai beliau mempelajari ajaran ini dari anak murid Shamsuddin Sumaterani.Sebuah buku karangan beliau dapat dikesan untuk membuktikan dakwaan ini. Sekembalinya ke Pahang beliau telah dilantik menjadi mufti.Ajaran yang di bawa oleh be;iau merupakan Ajaran Mertabat Tujuh sebagaimana beliau dapat dari gurunya Shamsuddin Sumaterani sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuk Shahibudin di dalam Syair al Ghafilah:

Di samping itu , Tuk Mengkarak oleh kerana berketurunan bangsawan beliau juga mahir di dalam pentadbiran;di antara jasa beliau ialah membina sebuah mahkamah timbang tara bagi menghukum pesalah,Setiap pesalah yang ringan atau yang dikenakan denda akan diletakkan di atas satu dacing yang mempunyai dua piring. Semua pesalah dinaikan ke atas salah satu piring dacing itu, manakala dacing yang disebelah lagi diletakkan padi atau beras,pisang jagung dan sebagainya. Cara ini pernah ditegur oleh Pak Sako di dalam bukunya. Ini kerana Pak Sako tinggal di Kampung Buntut Pulau yang mana masih menyimpan dacing tersebut sekitar tahun 1930an,dacing ini diwarisi dari Imam Muda Mamat anak kepada Imam Zul’ al –Bayan yang tinggal di sana.

Tuk Mengkarak 11 (Imam Nur Qadim1670-1760)
Tokoh ini juga dikenali melalui syair “Ghafilah” yang dikarang oleh Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720 yang menyebutkan nama beliau, yang merupakan seorang ulamak yang alim dan banyak membantu ayahndanya di dalam urusan pentadbiran agama di negeri Pahang ketika itu. Semasa hayatnya beliau mengaji kepada bapanya dan kemudian dipercayai mendalami ilmu Mertabat Tujuh di seluruh pelusuk Negeri-negeri Melayu yang ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh aliran Hamzah ini.

Bangunan Majlis Daerah Bera
Mengambil sempena nama tasik, iaitu Tasik Bera selain nama Bera di perolehi melalui sumber masyarakat orang asli semelai iaitu berasal dari nama “Reba” (semak samun). Khabarnya ada satu pokok tua yang ganjil yang tinggi dan luarbiasa besarnya telah tumbang ke tasik ini dahan dan ranting yang terbenam itu menyebabkan tumbulah “reba” dengan banyaknya. Lalu sempena nama “reba” atau dalam bahasa orang asli di sebut “Bera”

KUALA LIPIS 

KualaLipis-7100-Edit


 “O ”  kILOMETER KUALA LIPIS

Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah “serau lipis” yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

MASJID NEGERI - MADRASATUL FIRDAUS

Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.

KualaLipis-7102-Edit

Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

2014-09-24 19.57.59

BANGUNAN  MASJID  NEGERI

MADRASATUL  FIRDAUS YANG TERLETAK DI JALAN MASJID LAMA

2014-09-24 20.04.02

MADRASATUL  FIRDAUS

Sementara Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

view-from-the-front

PAHANG CLUB KUALA LIPIS

Daerah Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara. Selain bandarnya merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah ini juga rumah bagi beberapa nama besarMalaysia.

HOTEL LONDON K.LIPISHOTEL  LONDON K.LIPIS.

Antara nama-nama terkemuka ini ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Muhamad Ghazali Shafie (bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Wartawan/penulis dan aktivis politik (allahyarham) Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, chef selebriti Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.Kepada tetamu ke daerah ini, nama-nama ini disebut sebagai produk kebanggaan Lipis. Semasa lawatan Program Kembara Media2009 ke sini baru-baru ini, rombongan itu dibawa ke rumah keluarga Siti Nurhaliza.Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.Hidangan itu, menurut ibu Siti yang lebih mesra dengan panggilan “Mak Mah”, ialah makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza berjual semasa zaman beliau bersekolah.Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala Lipis, ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada 27 Ogos 1955.

PUSAT BANDAR K.LIPIS

PUSAT BANDAR K.LIPIS

Lipis daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan 527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

jambatan menghubungkan  kwe Bandar Baru  LipisJambatan menghubungkan ke Bandar Baru Lipis

Rumah sakit Kuala Lipis tahun 1961

KAKITANGAN RUMAH SAKIT KUALA  LIPIS  1961

banjir besar kuala lipis 1971

BANJIR BESAR MELANDA KUALA LIPIS 1971

RESTHOUSE  KUALA LIPIS

RESTHOUSE KUALA LIPIS

Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan British.Sekurang-kurangnya ada 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya bangunan pentadbiran Daerah Lipis dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos 1910, rumah kediaman bekas Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek tempatan, Cina, India dan Arab.”Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan pelancong, sebanyak RM50juta setahun diperuntuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi projek pembangunan secara menyeluruh MASJID NEGERI (MADRASATHUL FIRDAUS)Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis dan dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan.

PUSAT BANDAR K.LIPIS

Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, satu daripada keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, Masjid Negeri ini tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun. BANGUNAN BEKAS SUK PAHANG Sebuah rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri Keenam Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.Rumah bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di sini semasa menjadi setiausaha kerajaan negeri Pahang.Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa dilahirkan di rumah ini.

Photo-10---A-heritage-tour-of-Kuala-Lipis-jpg_023750

Pahang Club, sebuah daripada bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang. Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan Suprintenden Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.Apabila Residen British itu berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab itu didiami Inspektor Polis British negeri hingga tahun 1926.Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini ditinggalkan dan kemudian kerajaan Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.Pada tahun 1957, keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan, tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat tempatan. PEJABAT POS .Keunikan bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri di mana terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.Pejabat pos yang dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002.Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Lipis ialah batu bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.Batu yang yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut, menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang, di mana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.Batu itu dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat.Bagaimanapun Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan Batu GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh jabatan itu.

SEK.MEN CLIFFORD K.LIPIS

SEK.MEN CLIFFORD K.LIPIS

Sekolah Menengah Clifford, sekolah Siti Nurhaliza semasa remaja, yang pada mulanya dikenali sebagai Government English School.Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British Pahang yang merasmikan sekolah itu pada 1929.Nama Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936. Ketibaan anggota media disambut dengan senyuman oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Ragayah Omar yang memberi penerangan mengenai sejarah serta pencapaian terkini sekolah yang menjadi kebanggan rakyat Lipis ini.Katanya Sekolah Menengah Clifford diisytiharkan Kementerian Pelajaran sebagai sebuah daripada sekolah utama di Malaysia pada tahun 1996. Setahun kemudian menjadi perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar terpilih tingkatan 4 terpilih dari Sekolah Menengah Clifford.Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu pejabat Kempetai. Rombongan media turut dibawa melawat sebuah bilik darjah yang pernah dijadikan sebagai bilik tahanan dan penyeksaan sebelum tahanan dikatakan dihantar ke Melaka.Kini bilik itu dijadikan bilik darjah pelajar Tingkatan Enam.

MRSM GHAZALI SHAFIE

Perkhidmatan kereta api yang mula beroperasi pada tahun 1926, merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Baharu di selatan, Chegar Perah di utara dan ke Tumpat, Kelantan.Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan kereta api yang dibina pada 1920 oleh kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura.Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar hasilekonomi daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini seperti emas dan bijih.

DATARAN  LIPIS

 

DATARAN  LIPIS

Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang pada Jun 1898. Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang berpindah pula keKuantan. Bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) merupakan bangunan kerajaan yang pertama di Kuala Lipis. Bangunan ini asalnya ialah rumah residen Pahang pada masa itu, Sir Hugh Clifford.Istana Hinggap yang pertama dibina pada tahun 1926 pernah dijadikan kediaman pegawai British, kemudian menjadi kediaman Menteri Besar Pahang pertama, Datuk Sir mahmud Mat dan penggantinya, tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Mohd Almarhum Sultan Zainal Abidin III.Pada 20 April 1954, berlangsung pula di situ upacara perkahwinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Afzan Tengku Muhammad.Di Kuala Lipis juga terdapat sekolah menengah yang tertua di Pahang iaitu Government English School (Sekolah Inggeris kerajaan). Sekolah ini asalnya sebuah rumah kayu beratap nipah dengan bilangan muridnya seramai dua belas orang. Pada tahun 1919, sekolah ini mendapat bangunan baru. Perasmian sekolah ini dilakukan pada 1929 oleh residen Inggeris pada waktu itu, Sir Hugh Clifford.

MARAN 

150120091145 Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit. Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

dsc_63641

BALAIRAYA    KG  LUIT MARAN PAHANG.

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai ‘Maran’ atau ‘Sahabat’ serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran. Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.

PEKAN

MASJID PEKAN

MASJID PEKAN

Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua,  Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.    Di zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura.Pahang, dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini menjadikan Pekan terkenal

8137602887_ff511bb602MUZIUM NEGERI.PEKAN

pada ketika itu. Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya telah dibuka oleh para pedagang    Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai ‘Pekan’.Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Dalam pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898.    Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana. Antara bangunan yang terkenal yang telah dibina pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang, Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan Rumah Rehat Pekan. Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi Sungai Pahang.Dari segi ekonomi pula, ada kilang-kilang seperti Kilang Mentiga (perkayuan), Kilang Isuzu (kenderaan) dan Kilang Ested yang juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Pekan.

p3050833

PEKAN  RIVER  FRONT

Deretan kedai dan bank yang ada dapat mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan.Walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan dirasai sebagai sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang mempersonakan. Tambahan pula dengan penduduknya yang ramah menantikan kedatangan pengunjung.

Dan mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

RAUB

BEKAS IBU PEJABAT POLIS RAUB

BANGUNAN BEKAS  IBU PEJABAT POLIS RAUB DIBINA TAHUN 1906

 —Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

2014-09-23 16.41.57

BANGUNAN  RUMAH REHAT  RAUB DIBINA  TAHUN  1908

IMG_0095

 RUMAH REHAT  RAUB

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran “RAUB”.
Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya
Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar “RAUP” sedangkan ejaan sekarang adalah “RAUB”. Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan “RAUB” dari “RAUP”.

RUMAH PASONG

RUMAH PASONG

—Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP ) menemui bekas ketua kampung sempalit Encik Nasir Salleh untuk mengkaji asal usul nama Raub. Menurutnya Raub di buka oleh Tengku Laksamana Alang Shah bersama dua anak lelakinya Awang dan Kassim pada tahun 1882. Ketika itu Pahang belum bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Katanya Tengku Laksmana itu berasal dari Natar, Pagar Ruyung di Sumatera mengembara bersama anaknya melalui Kuala Kubu, Selangor mengikuti alur sungai dalam hutan belantara menuju ke sini. Setelah sekian lama mereka mengembara, di tebatan. Apabila sampai di kawasan tersebut Laksamana mendapati sesuai untuk membuka petempatan. Kedua-dua tebing tobak itu cantik kerana tanahnya berpasir dan menarik.Kawasan itu sekarang merupakan padang besar Majlis Daerah Raub.

BENTONG 

20140923_155059

Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada “banyak untung” kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi “Bentong.

20140923_160234

MASJID  BENTUNG

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

 ROMPIN 


Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.
Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.

800px-MasjidBandarRompin

Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.

800px-TuguRompin

LOGO IKAN LAYARAN MENJADI LAMBANG BANDAR ROMPIN SEBAGAI DESTINASI PERLANCONGAN
PERIKANAN

Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah, anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.

BANDAR TUN RAZAK (JENGKA) 

Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama ‘Jengka’ iaitu:
Mitos 1 Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.
Mitos 2 Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantara sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

FELDA Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1(Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang),Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14 (Bunga Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16(Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin), Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967.

Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai ‘peneroka’ dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

TIOMAN

Tioman-marine-park-centre

 

8888888888888888888888888888888

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1998 ialah800-1200 orang. Antara pelancong yang mengunjungi pulau ini berasal dari Negara Jerman,Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 – 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) anggaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini mencecah 30,000 – 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang ialahSalang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

tioman1

888888888888888888888888888888

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

tunamaya-beach-and-spa-resort-tioman-island_021120120311036093

88888888888888888888888

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.

Tioman Reconnaissance  September 2012
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara

KUALA  KRAU.

peta-lokasi4kuala kerauKEDUDUKAN KUALA KERAU DI PETA MALAYSIA

 

dsc_09821

MASJID  KUALA KERAU

160220101904

SETESEN KERETAPI KUALA KERAU

packagekualakrau

PUSAT  KONSIVENSI  SELADANG TERLETAK DI FELDA JENDERAK SELATAN  12 KM DARI KUALA KERAU

Kalau perak ada kuala kurau,kelantan ada kuala krai,pahang lak ada kuala krau..sebuah pekan kecil yang berada di tengah tengah laluan jerantut temerloh.asalnya tempat ni diberi nama apabila suatu ketika muncul beribu ribu ekor monyet ( Kera ) di tepi tebing sungai pahang yang melalui pekan ni.hasilnya dapatlah nama Kuala  Kerau.

BUDU /  BENTA

10102010155

Mukimbuu meupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. Budu adalah sebuah kampung di antara Tanjung Besar dengan Kemahang, Mukim Budu teletak di daerah Benta, Kuala Lipis.

hqdefault

HENTIAN  BAS   BENTA

Mengikut ceritanya asal usul nama kampung Budu pada mulanya kampung yang dipanggil Budu ini didiami oleh kaum asli yang diketuai oleh seorang batin yang bernama Budu. Oleh kerana tanah dikawasan budu itu sangat subur maka orang-orang daripada kampung berhampiran berhajat sangat hendak menduduki kawasan itu. Ketua mereka telah meminta kebenaran daripada Tok Batin Budu. Akan tetapi permintaan orang itu telah ditolak oleh Tok Batin Budu
Oleh kerana Tok Batin Budu menolak permintaan orang-orang itu maka satu perbalahan telah berlaku, dimana ramai orang-orang asli dibunuh. Mayat mereka dibuang ke dalam sebuah sungai. Sebab itu sungai tersebut di panggil Sungai Mangkai (Bangkai).

77612525
Apabila orang-orang Asli yang membuka kawasan itu telah ramai yang mati dan yang masih hidup juga meningggalkan tempat itu maka ianya mula didiami oleh orang-orang yang sememangnya berhajatkan tempat itu. Oleh kerana kawasan tersebut masih belum ada nama lagi lalu ianya diberikan nama Kampung Batin Budu kerana mengikuti nama ketua orang asli (Tok Batin) yang diperangi mereka. Sesudahnya nama Batin Budu hilang dan dan tinggal ‘BUDU’sahaja.
Maka akhirnya lekatlah nama kampung itu sebagai Kampung Budu. Setelah itu, Sungai Mangkai telah diubah kepada Sungai Budu. Apabila Kampung Budu dan kawasan sekitarnya menjadi sebuah mukim, maka mukim itu disebut mukim Budu. Dahulunya Kampung Budu telah ditadbirkan oleh Orang Kaya Setia Wangsa Lipis
Disebalik nama kampung BUDU ini ada sejarah yang perlu dikenang iaitu pada tanggal 22 Mei 1892 berikutan pada tarikh berkenaan berlaku peristiwa berdarah yang.menyebabkan Kampung Budu, Mukim Benta musnah 122 tahun yang lalu..

ibilik_-_homestay_38_benta_permai_4
Tanggal 18 Mei 1892, Kolonel Walker bersama Hugh Clifford telah bertindak sebagai wakil politik bergerak menuju ke kampung budu dari raub. ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihakInggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.Bagaimana pun  bagi mempertahan tanah air tercinta  rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Ekoran kegagalan daripada rundingan berkenaan, maka pada tarikh 22 Mei 1892 pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar  Kampung Budu hingga menyebabkan banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan terkorban.
Tercatat didalam sejarahnya Pihak British telah menyerang Kampung Budu dengan menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan kira-kira 100 orang melayu terkorban.

PADANG TENGKU

Bama 2

GUA  BAMA  TERLETAK  BERHAMPIRAN  PADANG TENGKU

Padang Tengku ini adalah sebuah perhentian keretapi diantara Kuala Lipis dengan Bukit Betong.Letaknya dalam Mukim Gua Daerah lipis lebih Kurang 6 batu darii Kuala Lipis.
Mengikut ceritanya iaitu selepas ‘Perang Saudara 1857-1863’ orang-orang Rawa yang dibawa masuk ke Pahang oleh Wan Daud (Orang Kaya Haji) dibenarkan pulang ke Selangor. Akan tetapi ramai yang mahu menetap di Pahang. Mereka dibenarkan mencari tempat yang disukai asalkan tempat itu masih belum didiami orang.

DSC_0495

SETESEN KERETAAPI PADANG TENGKU

Beberapa orang Rawa yang diketuai oleh Tengku Abdul samad (Tengku Samad) telah membuka suatu kawasan. Mereka berumah tangga dan bercucuk tanam disana. Waktu petang mereka bermain sepak raga di sebuah padang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
Melihat Tengku Samad dan orang-orangnya bermain sepak raga itu maka ramailah orang-orang yang tinggal disekitar kawasan itu datang bermain sama. Orang-orang yang pergi bermain itu apabila ditanya akan menjawab mereka hendak bermain sepak raga di padang Tengku Samad dan orang-orang yang pulang apabila ditanya akan menjawab yang mereka balik dari bermain sepak raga di padang Tengku Samad. Sebab itu padang tempat mereka bermain sepak raga itu dipanggil Padang Tengku Samad. Sesudahnya tinggal Padang Tengku sahaja. Apabila kawasan itu jadi sebuah kampung maka kampung itu dipanggil kampung Padang Tengku.

DSC_0497
Pada mulanya Padang Tengku cuma boleh dihubungi dengan mengunakan perahu ikut Sungai Jelai.Kemudian pada tahun 1926 mendapat kemudahan jalan keretapi melalui jalan Gemas –Gua Musang.Pada masa itu Padang Tengku adalah sebuah perhentian keretapi yang terkenal. Ia digunakan oleh syarikat Selborne Plantation yang terletak disebelah kiri hilir Sungai Jelai.

Sumber  rujukan

copyright by hazis.wordpress.com

8888888888888888888888888888888888888

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s