SEJARAH TEMERLOH & DIMANA HULU SG PAHANG?

Zaman tahun  70 an  hanya dengan feri begini lah  jalan untuk menghubungkan  antara seberang sungai Pahang.

DIMANA  HULU  SUNGAI PAHANG?

Sungai Pahang tiada hulunya sekadar ada kuala. Hulunya masih belum diketemukan sehingga hari ini. Sekiranya Sungai Tembeling (Hulu Tembeling) hendak dijadikan hulu Sg. Pahang, mengapa ada kualanya (Kuala Tembeling).
Seperti juga dengan Sg.Jelai yang ada hulunya tetapi tiada kuala. Dipertembungan air Sg.Jelai dan air Sg Tembeling disebut orang Kuala Tembeling.
Sg. Lipis kualanya dibandar Lipis, datang airnya dari daerah Raub. Sg. Lipis tiada hulunya tetapi ada kuala. Kalau kita mudik sungai Lipis hingga ke uncaknya nescaya kita akan buntu. Tempat itu bernama “Buntu” duduknya di Kg.Hulu Sungai Mukim Batu Talam.
Demikian dengan Sg.Semantan yg ada kualanya di Temerloh, dimana hulunya? Semantan Hulu ada, duduknya di Raub tetapi setitik air dari embun dan tanahnya tidak mengalir ke Sg.Semantan. Kecuali Sg.Bilut yang sepatutnya mengikut Ilmu Alam berkuala ke Sg. Lipis tetapi ia membelok menghala ke Mempaga lalu mengalir ke Sg. Semantan. Sungai itu belot!!!
Saya bimbang hulu Sg. Pahang duduknya ditengah-tengah Negeri Pahang.
Mengenai loghat ‘kaeh’ yang dituturkan oleh orang di daerah Lipis Raub, pada saya kurang tepat. Perkataan kaeh yang sebenarnya ialah Kas ( kaf dan sin ) yang membawa makna saya, hanya dituturkan oleh orang-orang Mukim Sega Hulu Dong dalam daerah Raub dan Mukim Budu, Mukim Tg.Besar dan Mukim Penjom di daerah Lipis. Perkataan KAS bila dieja jawai berbunyi Kaf Sin yang membawa makna “Kami Serumpun”.

  • Artikal  by Hashim  Zabidi ( Dewan Persuratan Melayu Pahang )
  • 28hb april 2011
SEJARAH  TEMERLOH  DAN  KUALA  SEMANTAN KURUN  KE 15
Mengikut kajian sejarah; sejarah politik Pahang bermula sejak 1880-1935 iaitu perkembangan politik utama di Pahang sejak pemerintahan salah seorang pemerintahnya yang terkenal iaitu Wan Ahmad. Menurut Prof Dr Aruna Gopinath dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur pengkajian ini penting.
Dahulu, negeri Pahang adalaha sebahagian daripada Empayar Johor-Riau-Lingga yang kemudiannya secara beransur-ansur telah membabaskan diri dan membentuk sebuah kuasa politik yang bebas di bawah pemerintahan Bendahara.
Menurut kajian, seperti negeri-negeri yang lain di Semenanjung Tanah Melayu, sejarah Pahang telah dirumitkan dengan kelemahan dalaman yang membuka jalan kepada penyusupan masuk kuasa-kuasa luar.
Pahang sebenarnya telah wujud sebelum atau sama Kerajaan Awal di Asia Tenggara iaitu sama dengan Kerajaan Champa, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, tiada penulisan sejarah hanya buktinya sahaja yang terdapat di Tasik Cini yang belum dibongkarkan.
Sungai Pahang telah wujud lama dan menjadi perhubungan utama penduduk di persisirnya. Kegiatan ekonomi dan pertanian dijalankan terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.
Sejak dahulu, rotan, kayu gaharu, damar, dan hasil-hasil pertanian menjadi sumber ekonomi Pahang. Dari Hulu Tembeling, ke Jerantut dan singgah di Kuala Semantan merupakan kawasan perdagangan yang utama sejak abad ke-15 lagi. Buktinya Perahu Kajang iaitu perahu yang beratapkan kajang menjadi pengangkutan utama ke Kuala Semantan.
Kuala Semantan mendapat nama daripada “Seman” dan “Tan” dua sahabat yang tinggal di tebing Sungai Pahang iaitu di Kuala Semantan yang  sering membawa hasil hutan seperti buah-buahan, damar, kayu gaharu, rotan dan hasil getah.
Nama Kuala Semantan diambil sempena nama Seman dan Tan dan dikenali ramai oleh penduduk sekitar seperti dari Kampung Songsang, Kampung Mambang Berulang, dan Pasir Rawa (kini Mentakab). Mereka ini mungkin orang Rawo atau Rawa yang berdagang di Kuala Semantan.
Ini lah pertemuan dua sungai Sungai  Seman  Tahan  ” Kuala  Semantan
yang melahirkan ” Ter   Mer  Loh ‘ – dimana  pedagang Seman tertidur ( mereloh)di Kuala Sungai ini.
Sementara nama Temerloh pula diambil sempena peristiwa seorang pengayuh perahu kajang yang tertidur apabila tuannya singgah di Kuala Semantan untuk menjual hasil-hasil pertanian dan hasil hutan di Kuala Semantan. Disebabkan terlalu letih dia “temerloh” yang bermaksud tertidur sebentar. Begitulah seperti yang diceritakan oleh para pencerita dan sejarawan seperti Allahyarham Datuk Zakaria Hitam.
Diceritakan juga sebelum dan selepas 1885, Orang Kaya Indera Segara dari Temerloh berkuasa dari Sungai Triang sehingga sempadan Rembau dan Selangor. Di daerah Hulu Pahang iaitu Orang Kaya Semantan amat dihormati oleh orang Melayu di situ dan mendapat layanan yang sesuai dan berpatutan sebagai seorang bangsawan.
Orang Kaya Semantan dikatakan pernah ditawarkan untuk menerima wang sebanyak $840 setahun dan elaun dalam lingkungan $120 hingga $240 kepada penghulu-penghulu. Usaha jahat pihak penjajah Inggeris ini mendapat tentangan daripada Orang Kaya Semantan itu Datuk Bahaman yang mengetahui muslihat untuk menjajah Pahang.
Penjajah Inggeris melihat Pahang banyak mempunyai hasil hutan dan hasil-hasil lain yang boleh mengayakan mereka. Di Pahang juga pada masa itu terdapat 24 buah lombong emas dan timah yang menjadi idaman pihak British.
Kuala  Semantan dahulu.
Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 1892 di Temerloh sahaja terdapat 14,592 kaum terdiri daripada Melayu, 7 Eropah, 13 India, 7 Jawa, 80 Arab, 256 Bugis,  1 Singhala, 36 Bangali, 256 Cina berjumlah 15, 247 orang yang membuktikan bahawa kawasan Kuala Semantan dan Temerloh menjadi pusat perdagangan penting khususnya di kawasan Pekan Sehari Temerloh sekarang.
Bagi melengkapkan kajian dan sejarah tentang Kuala Semantan dan Temerloh ini suatu kajian ilmiah berdasarkan sejarah haruslah dilakukan bagi tatapan generasi akan datang. Semoga tulisan dan kajian ringkas ini membuka pandangan Persatuan Sejarah Pahang untuk mengkaji tentang penulisan semula berdasarkan sumber pertama, sumber lisan dan sumber bertulis bagi Sejarah Pahang.
Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu, UKM.


2 comments on “SEJARAH TEMERLOH & DIMANA HULU SG PAHANG?

  1. assalamualaikum..
    saya ada satu soalan.saya ingin tahu ada tak buku yang menulis dan menerangkan dengan lebih jelas tentang temerloh.contohnya asal-usul temerloh dan buku yang dapat membuktikan temerloh dahulu pernah menjadi pusat perdagangan.mohon memberi tunjuk ajar.terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s