ASTRONOMI/ ISLAM.

Copy of cosmic_ev_labeledD

Umur Planet
88888888888888888888888888888888888

UMUR DUNIA DI YOUTUBE

Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang – “law of the stars”. Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planetbintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains. dan

Cabang astronomi

Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .

Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai phenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar theori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)

Ia mustahil untuk menentukan bilakan bidang astronomi bermula. Semenjak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.

Sejarah awal

Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan lagit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik kepada kita masa kini. Sami Vedik India percaya bahawa Bumi disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cengkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan luas.

Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinannya pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.

Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan ‘Tahun’ yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh diharap dan mampu menjangkakan bila gerhana berlakunya.

Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, dan ia merupakan jisim yang agak kecil hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

Gerhana

Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,

Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.

Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.

Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.

Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.

Gerhana terbaru

Gerhana bulan terkini adalah pada 3 hingga 4 Mac 2007. Ia merupakan L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.

Gerhana bulan 3 Mac 2007 di Madrid

Fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007

Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007

JASAD SAMAWI

Orang Cina tidak menghadkan pemerhatian mereka kepada gerhana. Mereka turut merekodkan kejadian komet yang di anggap malang. Kini ia diketahui bahawa komet sebenarnya terdiri daripada jisim kecil yang diselubungi kelonsong gas, dan tidak merbahaya, tetapi pandangan komet yang terang dengan kepala berkilauan dan ekor yang panjang cukup untuk mengerunkan manusia zaman dahulu.

Orang-orang Cina dan pencerap awal, terutamanya orang Mesir Purba, berpuas hati mengumpulkan rekod mereka tanpa bimbangkan erti pelbagai fenomena. Ini mungkin disebabkan bahawa alam angkasa dianggap alam tuhan dan selama beberapa abad adalah mustahil untuk membezakan antara astronomi dari astrologi-kepercayaan ghaib mengenai bintang. Sehingga kini kekeliruan tersebut adalah biasa, tetapi tidak sepatutnya berlaku. Astronomi adalah sains sedangkan astrologi tidak berguna bagi sesiapapun.

Bintang-bintang kelihatan mengekalkan pola yang sama di langit, sementara Matahari, Bulan dan planet kelihatannya merayau perlahan-lahan merata-rata. Sungguhpun begitu ‘yang merayau’ tidak bergerak sebarangan; ia kekal pada jaluran yang sama di langit, dikenali sebagai Buruj (Zodiak). Menurut astrologi, ciri-ciri dan masa depan seseorang ditentukan oleh kedudukan Matahari dan anggota Sistem Suria lain ketika dilahirkan. Keseluruhan idea tersebut tidak berasas, tetapi hanya dua abad kebelakangan astrologi diketepikan. Sehingga itu, ia dianggap sebagai lebih penting berbanding astronomi sebenar.

Selain daripada merakamkan kejadian menakjubkan seperti gerhana dan komet, termasuk menghasilkan takwim yang boleh digunakan, orang-orang Cina tidak memajukan astronomi. Orang-orang Mesir Purba sebaliknya terbukti amat mahir mengukur kedudukan bintang yang kelihatan, dan mereka menyusun Piramid Agung mereka yang terkenal menurut apa yang ketika itu adalah Bintang Utara di langit. Ini adalah penting kerana ia memberikan petunjuk kepada usia Piramid itu sendiri.

Paksi putaran Bumi condong pada sudut 23 darjah pada sudut tepat. Pada masa kini paksi Bumi mengarah ke arah utara pada kedudukan hampir kepada bintang Polaris yang terang, dengan itu dinamakan Bintang Utara. Ketika Piramid sedang dibina, kutub di langit terletak pada kedudukan berbeza dan Bintang Kutub adalah objek yang tidak begitu terang — sebaliknya yang paling terang adalah Bintang Thuban dalam buruj Dragon. Bumi bukannya sfera bulat yang sempurna; ia leper sedikit, oleh itu bahagian zon khatulistiwa tersembul keluar, dan ukuran garis pusat (diameter) melalui kutub adalah 26 batu lebih pendek berbanding garis pusat melalui khatulistiwa. Matahari, bulan dan badan lain menarik bonjolan ini, dan ini menjadikan paksi bumi kelihatan beroleng dengan amat perlahan, seperti gasing yang hendak jatuh. Ini menghasilkan kesan yang dikenali sebagai liukan. Titik utara membentuk pusingan di langit, dan bergerak agak banyak semenjak Piramid Agung dibina.

Astronomi sedang berkembang. Bintang-bintang dibahagikan kepada burujtakwim semakin diperbaiki. Kemudian, muncul pula orang-orang Yunani yang membawa pengetahuan saintifik. khusus; pencerapan bermula di negara lain.

Sebuah sketsa astronom muslim Ibn al-Shatir (1304-1375) tentang pergerakan planet Merkurius.

Sebuah sketsa astronomi muslim Ibn al-Shatir (1304-1375) tentang pergerakan planet Merkurius. – sumber wikipedia.

Kitab al-Hayawan. Sebuah kitab berisi ensklopedia berbagai jenis binatang karya ahli ilmu hewan muslim al-Jahiz. Pada kitab ini al-Jahiz memaparkan berbagai macam teori, salah satunya mengenai interaksi antara hewan dengan lingkungannya.

Kitab al-Hayawan. Sebuah kitab berisi ensklopedia berbagai jenis binatang karya ahli ilmu hewan muslim al-Jahiz. Pada kitab ini al-Jahiz memaparkan berbagai macam teori, salah satunya mengenai interaksi antara hewan dengan sekelilingnya – sumber wikipedia

lunar-albiruni_Sebuah Ilustrasi pergerakan fase bulan dari buku karya Abu Rayhan al-Biruni

lunar-albiruni_Sebuah Ilustrasi pergerakan fase bulan dari buku karya Abu Rayhan al-Biruni – sumber wikipedia.

Sketsa otomatisasi menggunakan air karya Al-Razaz Al-Jazari

Sketsa otomatisasi menggunakan air karya Al-Razaz Al-Jazari

http://www.falak-online.net/

http://astromas2020.blogspot.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Astronomi

Kategori: Astronomi

pautan olih;

hazaldin JUPEM, twbkl.

artikal dari Wikipedia

8888888888888888888888888888888888888888888888888888

8888888888888888888888888888888888888888888888888888

Warisan Astronom Muslim Abad Pertengahan

Tak dapat dipungkiri, bahwa ilmu hisab sangat terkait dengan ibadah utama, seperti shalat, puasa dan haji. Karena itu sejak Islam datang, tegak dan menyebar ke seluruh penjuru dunia, ilmu astronomi juga turut berkembang. Sumbangan yang diberikan ilmuwan muslim di bidang astronomi pada abad pertengahan atau di masa-masa kejayaan Islam sangat besar.

Saat penulis menyimak sejumlah literatur tentang warisan astronomi Islam di abad pertengahan, penulis menemukan warisan yang kaya. Agak sedikit mengejutkan saat penulis menemukan bahwa sejumlah ilmuwan Barat banyak menelaah warisan astronomi Islam dalam literatur ilmiah modern (jurnal dan buku) seperti David King (Profesor Sejarah di Frankfurt University, Jerman), Edward Stewart Kennedy, Jan P. Hogendijk (Utrecht) dan lain-lain. Sebagai contoh, Prof. David King menulis buku “IN SYNCHRONY WITH THE HEAVENS: Studies in Astronomical Timekeeping and Instrumentation in Medieval Islamic Civilization”. Volume I berjudul “The Call of the Muezzin” [1], sedangkan Volume II berjudul “Instruments of Mass Calculation” [2].

Volume I tersebut yang tebalnya sekitar 1000 halaman banyak mengupas tentang tabel waktu-waktu Islam (sholat), tabel ketinggian (altitude) dan bujur ekliptika (longitude) matahari untuk lintang geografik (latitude) tertentu, tabel ketinggian bintang (stellar), tabel azimuth matahari, tabel deklinasi (declination) matahari, tabel ketinggian pusat bola matahari, tabel untuk menghitung lama waktu di siang hari, tabel menentukan waktu twilight untuk empat musim, karya-karya astronom muslim dari berbagai belahan negeri seperti negeri Hijaz, Yaman, Andalusia, Maghribi, Iraq, Syria, Mesir, bahkan karya sundial dari tanah Jawa. Disajikan pula peran muazzin dan muwaqqit (astronom profesional pada institusi keagamaan) dalam masyarakat Islam di masa itu, sumbangan Syria dan Mesir pada berupa solusi astronomi secara universal, orientasi seni arsitektur bangunan Islam dan kota-kota abad pertengahan, peta dunia yang berpusat di Mekkah, praktek astronomi di masjid dan lain-lain. Sementara itu, volume dua yang tak kalah tebalnya, banyak menyajikan informasi tentang macam ragam alat astronomi yang digunakan astronom Islam seperti astrolabe, quadrant, sundial, equatoria, kompas magnetik, pendulum dan lain-lain.

Semuanya menunjukkan betapa kemajuan dan sumbangan Islam pada masa itu bagi peradaban dunia. Sejauh kajian penulis terhadap buku tersebut, tidak dijumpai hal-hal yang menyudutkan atau menyimpan motivasi perang pemikiran kepada Islam. Buku tersebut banyak mengungkap warisan astronom muslim dengan pendekatan saintifik matematik dan tingkat obyektifitas juga cukup terjaga. Menurut hemat penulis, ada baiknya dan tiada salahnya untuk meresume hasil riset dari buku tersebut untuk dipaparkan disini, mengingat hal ini termasuk bagian dari hikmah, barang yang hilang dari kaum muslimin. Jika kita menemukannya, mengutip sebuah ungkapan bijak, maka kitalah yang paling berhak untuk memilikinya.

Gambar 1. Ilustrasi kegiatan astronom muslim di Obseravatorium Istambul pada abad ke 16 Masehi. Dikutip dari [1] dan [2].

Di abad pertengahan, banyak sekali nama-nama ilmuwan astronom Islam dan karya mereka dalam menyumbang peradaban pada masa itu. Salah satu astronom muslim yang banyak melahirkan karya adalah Abu’l Hasan ‘ali ibn ‘Abd al-Rahman atau yang lebih dikenal dengan nama Ibn Yunus. Ibn Yunus adalah seorang astronom muslim abad 10 M yang berasal dari Kairo. Beliau banyak mewarisi tabel-tabel astronomis, seperti pada Gambar 2, 3 dan 4. Gambar-gambar tersebut banyak bersumber dari sejumlah museum di negara muslim, seperti Egyptian National Museum.

Gambar 2. Sebagian tabel nilai sinus untuk setiap menit busur (1 menit busur = 1/60 derajat) yang disusun oleh Ibn Yunus. Tabel di atas menunjukkan sudut 22 dan 23 derajat. Dikutip dari [1]

Gambar 3. Tabel bintang oleh Ibn Yunus, menampilkan bujur (longitude) dan lintang (latitude) untuk 59 bintang (al-kawakib) dengan waktu acuan (epoch) tahun 1032 M. Dikutip dari [1].

Gambar 4. Tabel Ibn Yunus tentang azimuth sebagai fungsi ketinggian (altitude) matahari saat equinox dan soltice. Dikutip dari [1].

Ibn Yunus juga menyusun rumus waktu = a(h, ) yaitu sebagai fungsi ketinggian (altitude) matahari h dan bujur (longitude) matahari  untuk kota Kairo (lintang/latitude sebesar 30 N). Ibn Yunus menggunakan nilai kemiringan sudut rotasi bumi terhadap bidang ekliptika sebesar 23,5 derajat. Tabel fungsi waktu tersebut disusun untuk h = 1, 2, 3, …, 83 derajat, dan  = 1, 2, …, 90 dan 181, 182, …, 270 derajat. Tabel tersebut cukup akurat, walaupun terdapat beberapa error untuk altitude yang besar. Ibn Yunus juga menyusun tabel yang disebut Kitab as-Samt berupa azimuth matahari sebagai fungsi altitude dan longitude matahari untuk kota Kairo. Selain itu, disusun pula tabel a(h) saat equinox untuk h = 1, 2, …, 60 derajat.

Tabel untuk menghitung lama siang hari (length of daylight) juga disusun oleh Ibn Yunus. Beliau juga menyusun tabel untuk menentukan azimuth matahari untuk kota Kairo (latitude 30 derajat) dan Baghdad (latitude 33:25), tabel sinus untuk amplitude terbitnya matahari di Kairo dan Baghdad. Ibn Yunus juga disebut sebagai kontributor utama untuk penyusunan jadual waktu di Kairo.

Secara ringkas, sejumlah astronom muslim lainnya adalah sebagai berikut. Al-Mizzi (Damaskus), Al-Khalili (Damaskus), Ahmad Efendi (Istanbul), al-Kutubi (Kairo), Al-Karaki (Jerusalem), Shalih Efendi (Istanbul), Husain Husni (Mekkah) serta Al-Tanthawi (Damaskus) menyusun tabel waktu sebagai fungsi altitude dan longitude matahari untuk latitude tertentu. Tabel waktu sebagai fungsi altitude meridian untuk latitude tertentu dibuat oleh ‘Ali ibn Amajur (Baghdad), Al-Tusi (Maroko), dan Taqi al-Din (Istanbul). Tabel waktu untuk terbit matahari atau bintang tetap untuk seluruh latitude disusun oleh Najmuddin al-Mishri (Kairo). Tabel waktu malam sebagai fungsi right ascension bintang untuk latitude tertentu disusun oleh Syihabuddin al-Halabi (Damaskus) dan Muhammad ibn Katib Sinan (Istanbul).

Tabel-tabel penting lainnya yang menyingkap pergerakan dan altitude matahari dan bintang juga disusun oleh Abul ‘Uqul (Taiz), Ibn Dair (Yaman), al-Battani (Raqqa), Sa’id ibn Khafif (Samarkand), Ibn al-‘Adami (Baghdad), Al-Marrakushi (Kairo), Muhyiddin al-Maghribi (Maroko), Husain Qus’a (Tunisia), Najmuddin al-Mishri (Kairo), al-Salihi (Syria), al-Khalili (Syria), Abu al-Wafa (Baghdad) dan lain-lain.

Jenis tabel-tabel lain yang juga disusun adalah tabel sinus deklinasi matahari oleh al-Khalili (Syria), Ridwan Efendi (Kairo) dan Taqi al-Din (Istanbul). Tabel cosinus deklinasi matahari oleh Habash (Baghdad), ‘Abdallah al-Halabi (Aleppo) dan sejumlah penyusun anonim dari Tunisia, Kairo dan Baghdad.

Gambar 5. Tabel Abul ‘Uqul (Taiz) yang menyajikan waktu sejak terbit matahari dan sudut waktu (hour angle) untuk altitude 35 derajat. Dikutip dari [1].

Gambar 6. Sebagian tabel Husayn Husni (Mekkah) untuk Mekkah yang menunjukkan waktu untuk altitude matahari 35 sd 65 derajat di timur dan barat. Dikutip dari [1].

Sementara itu sejumlah alat-alat astronomi yang digunakan ilmuwan muslim abad pertengahan diantaranya adalah astrolabe. Astrolabe adalah instrumen astronomi untuk menentukan waktu dan posisi matahari, bintang, bulan dan planet. Meski astrolabe sudah dibuat orang sekitar abad ke 4, namun pengembangannya lebih maju terjadi di dunia Islam. Astrolabe tertua yang pernah dikenal orang berasal dari Baghdad pada sekitar akhir abad 9 atau 10 M, seperti disajikan pada Gambar 7.

Gambar 7. Astrolabe Baghdad pada abad 9 atau 10 M yang termasuk tertua di dunia.
Dikutip dari [2].

Instrumen lainnya yang banyak digunakan astronom muslim adalah quadrant, seperti disajikan pada Gambar 8. Quadrant adalah alat yang digunakan untuk mengukur sudut sampai dengan 90 derajat. Menurut King, ada empat jenis quadrant dalam astronomi Islam, yaitu quadrant sinus untuk menyelesaikan problem trigonometri, quadrant universal untuk menyelesaikan problem astronomi pada sembarang lintang, horary quadrant yang berkaitan dengan waktu dan matahari, serta astrolabe quadrant yang bersumber dari astrolabe.

Gambar 8. Quadrant yang dibuat di Kairo atau Damaskus oleh Taqi al-Din pada tahun 741 H (1340 M). Dikutip dari [2].

Rasanya, melimpahnya warisan ilmuwan astronom muslim khususnya pada abad keemasan Islam tidak cukup disajikan hanya dalam beberapa halaman ini. Insya Allah pada kesempatan lain, penulis akan lebih banyak lagi mengupas profil astronom muslim berikut karya mereka. Yang penting bagi kita adalah bagaimana kita mampu mewarisi semangat mereka dalam mempelajari ilmu pengetahuan di alam semesta dengan dorongan dan semangat Islam serta menjadikan segala aktivitas keilmuan tersebut sebagai ibadah kepada Allah SWT. Dengan demikian, ummat Islam sebagai rahmatan lil’alamin dapat turut serta menyumbangkan karyanya bagi kemajuan peradaban dunia.

Artikal dari;

Dr. Rinto Anugraha, Dosen Fisika FMIPA UGM Yogyakarta. Saat ini tinggal di Fukuoka, sebagai peneliti postdoktoral JSPS di Kyushu University, Japan sampai dengan September 2010.
Email rinto74 (at) yahoo (dot) com

Rujukan dari..
[1] David A. King, In Synchrony with the Heavens, Studies in Astronomical Timekeeping and Instrumentation in Medieval Islamic Civilization. Volume One: The Call of the Muezzin, Brill, Leiden, 2004.
[2] David A. King, In Synchrony with the Heavens, Studies in Astronomical Timekeeping and Instrumentation in Medieval Islamic Civilization. Volume Two: Instruments of Mass Calculations, Brill, Leiden, 2005.

Sumber rujukan bagi photo di atas dari wikipedia awam antaranya;

ILMUAN ISLAM ZAMAN SILAM

701 (Meninggal) * Khalid Ibn Yazeed * Ilmuwan kimia
721-803 * Jabir Ibn Haiyan * Ilmuwan kimia (Seorang ilmuwan kimia muslim populer)
740 * Al-Asma’i * Ahli ilmu hewan, ahli tumbuh-tumbuhan, ahli pertanian
780 * Al-Khwarizmi (Algorizm) * Matematika (Aljabar, Kalkulus), Astronomi
776-868 * Amr Ibn Bahr al-Jahiz * Ahli ilmu hewan
787 * Al Balkhi, Ja’far Ibn Muhammad (Albumasar) * Astronomi
796 (Meninggal) * Al-Fazari, Ibrahim Ibn Habib * Astronomi
800 * Ibn Ishaq Al-Kindi (Alkindus) * Kedokteran, Filsafat, Fisika, Optik
815 * Al-Dinawari, Abu Hanifa Ahmed Ibn Dawud * Matematika, Sastra
816 * Al Balkhi * Ilmu Bumi (Geography)
836 * Thabit Ibn Qurrah (Thebit) * Astronomi, Mekanik, Geometri, Anatomi
838-870 * Ali Ibn Rabban Al-Tabari * Kedokteran, Matematika
852 * Al Battani Abu Abdillah * Matematika, Astronomi, Insinyur
857 * Ibn Masawaih You’hanna * Kedokteran
858-929 * Abu Abdullah Al Battani (Albategnius) * Astronomi, Matematika
860 * Al-Farghani, Abu al-Abbas (Al-Fraganus) * Astronomy, Tehnik Sipil
864-930 * Al-Razi (Rhazes) * Kedokteran, Ilmu Kedokteran Mata, Ilmu Kimia
973 (Meninggal) * Al-Kindi * Fisika, Optik, Ilmu Logam, Ilmu Kelautan, Filsafat
888 (Meninggal) * Abbas Ibn Firnas * Mekanika, Ilmu Planet, Kristal Semu

900 (Meninggal) * Abu Hamed Al-Ustrulabi * Astronomi
903-986 * Al-Sufi (Azophi) * Astronomi
908 * Thabit Ibn Qurrah * Kedokteran, Insinyur
912 (Meninggal) * Al-Tamimi Muhammad Ibn Amyal (Attmimi) * Ilmu Kimia
923 (Meninggal) * Al-Nirizi, AlFadl Ibn Ahmed (Altibrizi) * Matematika, Astronomi
930 * Ibn Miskawayh, Ahmed Abu Ali * Kedokteran, Ilmu Kimia
932 * Ahmed Al-Tabari * Kedokteran
934 * Al-Istakhr II * Ilmu Bumi (Peta Bumi)
936-1013 * Abu Al-Qosim Al-Zahravi (Albucasis) * Ilmu Bedah, Kedokteran
940-997 * Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani * Matematika, Astronomi, Geometri
943 * Ibn Hawqal * Ilmu Bumi (Peta Dunia)
950 * Al Majrett’ti Abu al-Qosim * Astronomi, Ilmu Kimia, Matematika
958 (Meninggal) * Abul Hasan Ali al-Mas’udi * Ilmu Bumi, Sejarah
960 (Meninggal) * Ibn Wahshiyh, Abu Bakar * Ilmu Kimia, Ilmu Tumbuh-tumbuhan
965-1040 * Ibn Al-Haitham (Alhazen) * Fisika, Optik, Matematika

973-1048 * Abu Rayhan Al-Biruni * Astronomy, Matematika, Sejarah, Sastra
976 * Ibn Abil Ashath * Kedokteran

980-1037 * Ibn Sina (Avicenna) * Kedokteran, Filsafat, Matematika, Astronomi
983 * Ikhwan A-Safa (Assafa) * (Kelompok Ilmuwan Muslim)
1001 * Ibn Wardi * Ilmu Bumi (Peta Dunia)
1008 (Meninggal) * Ibn Yunus * Astronomy, Matematika.
1019 * Al-Hasib Alkarji * Matematika
1029-1087 * Al-Zarqali (Arzachel) * Matematika, Astronomi, Syair
1044 * Omar Al-Khayyam * Matematika, Astronomi, Penyair
1060 (Meninggal) * Ali Ibn Ridwan Abu Hassan Ali * Kedokteran
1077 * Ibn Abi Sadia Abul Qasim * Kedokteran
1090-1161 – Ibn Zuhr (Avenzoar) * Ilmu Bedah, Kedokteran
1095 – Ibn Bajah, Mohammed Ibn Yahya (Avenpace) * Astronomi, Kedokteran
1097 – Ibn Al-Baitar Diauddin (Bitar) * Ilmu Tumbuh-Tumbuhan, Kedokteran, Ilmu

1099 – Al-Idrisi (Dreses) * Ilmu Bumi (Geography), Ahli Ilmu Hewan, Peta Dunia (Peta Pertama)
1110-1185 – Ibn Tufayl, Abubacer Al-Qaysi * Filosofi, Kedokteran
1120 (Meninggal) – Al-Tuhra-ee, Al-Husain Ibn Ali *Ahli Kimia, Penyair
1128 – Ibn Rushd (Averroe’s) * Filosofi, Kedokteran, Astronomi
1135 – Ibn Maymun, Musa (Maimonides) * Kedokteran, Filosofi

1136 – 1206 – Al-Razaz Al-Jazari * Astronomi, Seni, Insinyur mekanik
1140 – Al-Badee Al-Ustralabi * Astronomi, Matematika
1155 (Meningal) – Abdel-al Rahman al Khazin *Astronomi
1162 – Al Baghdadi, Abdel-Lateef Muwaffaq * Kedokteran, Ahli Bumi (Geography)
1165 – Ibn A-Rumiyyah Abul’Abbas (Annabati) * Ahli Tumbuh-tumbuhan
1173 – Rasheed Al-Deen Al-Suri * Ahli Tumbuh-tumbuhan
1180 – Al-Samawal * Matematika
1184 – Al-Tifashi, Shihabud-Deen (Attifashi) *Ahli Logam, Ahli Batu-batuan
1201-1274 – Nasir Al-Din Al-Tusi * Astronomi, Non-Euclidean Geometri


1203 – Ibn Abi-Usaibi’ah, Muwaffaq Al-Din * Kedokteran
1204 (Meninggal) – Al-Bitruji (Alpetragius) * Astronomi
1213-1288 – Ibn Al-Nafis Damishqui * Astronomi
1236 – Kutb Aldeen Al-Shirazi * Astronomi, Ilmu Bumi (Geography)
1248 (Meninggal) * Ibn Al-Baitar * Farmasi, Ahli Tumbuh-tumbuhan (Botany)
1258 – Ibn Al-Banna (Al Murrakishi), Azdi * Kedokteran, Matematika
1262 – Abu al-Fath Abd al-Rahman al-Khazini * Fisika, Astronomi
1273-1331 – Al-Fida (Abdulfeda) * Astronomi, Ilmu Bumi (Geography)
1360 – Ibn Al-Shater Al Dimashqi * Astronomi, Matematika
1320 (Meninggal) – Al Farisi Kamalud-deen Abul-Hassan *Astronomy, Fisika
1341 (Meninggal) – Al Jildaki, Muhammad Ibn Aidamer * Ilmu Kimia
1351 – Ibn Al-Majdi, Abu Abbas Ibn Tanbugha * Matematika, Astronomi
1359 – Ibn Al-Magdi, Shihab Udden Ibn Tanbugha * Matematika, Astronomi

1375 (Meninggal) – Ibn al-Shatir * Astronomi
1393-1449 – Ulugh Beg * Astronomi
1424 – Ghiyath al-Din al Kashani * Analisis Numerikal, Perhitungan

Pautan

Angkasa Malaysia


Sumber rujukan dari wikipedia dan di susunan olih
hazaldin taib topobarat.kuala lumpur

Copyright mei 2009

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s