MAKAM NABI SHUIB

Nabi Syu’aib a.s. atau Shoaib >, (Bahasa Arab: شعيب‎; juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Šuaib, Şuayb. “Siapa yang menunjukkan jalan yang benar”, ialah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam al-Qur’an[1]. Baginda Nabi Syu’aib dipercayai ialah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. [perlu rujukan]. Baginda Nabi Syu’aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Midian, membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum Madian dan memusnahkan mereka.

20160329_123306.jpg

Kaum Madyan, kaumnya Nabi Syu’ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama “Ma’an” di pinggir negeri Syam. Dikhabarkan juga Kaum Madyan ini diambil sempena salah seorang anak kepada Nabi Allah Ibrahim. Mereka terdiri dari orang-orang kafir yang tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Mereka menyembah kepada “Aikah” iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’aib a.s. Nabi Syuaib juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian. Selain sebagai seorang Nabi dan Rasulullah bagi kaum Madyan, Nabi Syu’aib turut merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa a.s., selepas baginda Nabi Syu’aib merestui Ṣaffūrah anak perempuannya dinikahi Nabi Musa.

20160329_123644

Kepada kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorang Rasul iaitu Nabi Syu’aib, seorang daripada mereka sendiri, sedarah dan sedaging dengan mereka. Baginda mengajak mereka meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kepada Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi termasuk sebidang tanah yang mereka puja sebagai tuhan mereka. Nabi Syu’aib menyeru kepada mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang dilarang oleh Allah serta membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan terutama terhadap orang lain, meninggalkan perkhianat dan kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang, perampasan hak milik seseorang dan penindasan terhadap orang-orang yang lemah dan miskin.