VIETNAM

Lagi photo photo sekitar lawatan kami ke Vietnam    Sila Klik disini

landing to ho chi minh city-dengan pesawat mas mh 750-3

 

Bandar Ho Chi Minh dari udara

Bandar HCM dari Udara.

8888888888888888


di pusat bandar ho chi minh city 3


Ben Thanh Market HCM City


binthy market -HCM-f


Membawa beca sendiri bersiar sekitar HCM City..


Mendarat di Airport HCM City _


Project7


bulatan Ho chi Minh

Bulatan Ho Chi Minh dari Hotel penginapan kami Hotel Te Long

MAP OF HO CHI MINH

SEJARAH DAN LEGENDA VIETNAM

Menurut legenda, sejarah Vietnam bermula sejak lebih 4,000 tahun. namun begitu, sumber-sumber boleh dipercayai yang ada menunjukkan bahawa sejarah Vietnam bermula sejak 2,700 tahun dahulu. Bagi kebanyakan zaman mulai 111 SM hingga abad ke-10, Vietnam diperintah secara langsung oleh dinasti China yang berturut-turut. Vietnam meraih kembali autonominya pada awal abad ke-10, diikuti kemerdekaan sepenuhnya pada tahub 938 M. Sepanjang kebanyakan sejarahnya, Vietnam masih menjadi negara ufti kepada jirannya yang lebih besar iaitu China, dan menolak cubaan berulang oleh China untuk menyatukan semula Vietnam sebagai sebahagian wilayah di bawah pemerintahan diraja secara langsung. Lebih-lebih lagi Vietnam mampu menangkis tiga cubaan serang oleh orang Mongol ketika Dinasti Yuan, apabila China diperintah Mongolia. Namun, raja pada masa itu, Trần Nhân Tông, kemudiannya mengaku dirinya dengan aman sebagai pengufti kepada pemerintah Yuan untuk mengelak konflik daripada berterusan. Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis. Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam, meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneva membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara.

Bagaimanapun, penyatuan semula secara aman tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pembahagian ini membawa kepada Perang Vietnam yang, bergantung kepada perspektif individu, merupakan sama ada perang saudara atau sebidang medan pertempuran dalam konflik ideologi sedunia yang berterusan ketika itu, iaitu Perang Dingin. Ketika itu, Vietnam Utara disokong oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet, manakala Vietnam Selatan disokong Amerika Syarikat. setelah berjuta-juta nyawa rakyat Vietnam dan pengunduran pihak Amerika dari Vietnam pada bulan Mac 1973, perang berakhir dengan kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. Vietnam yang disatukan semula itu seterusnya mengalami penindasan dalaman dan kemudian dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa kerana Perang Dingin yang berterusan dan serangan Vietnam terhadap Kemboja. Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan ekonomi yang cukup besar dan sedikit pengurangan dalam penindasan politik, namun laporan mengenai korupsi turut menjadi-jadi.

Vietnam terbentang kira-kira 331,688 km² (128,066 batu persegi) keluasannya (tidak termasuk pulau-pulau Hoang Sa dan Truong Sa). Perimeter negara di sepanjang sempadan antarabanganya ialah 4,639 km (2,883 batu). Topografinya terdiri daripada bukit-bukau dan gunung-ganang yang padat dengan hutan, manakala tanah rata meliputi tidak lebih 20% seluruh kawasan negara. 40% kawasan Vietnam diduduki gunung, 40% diduduki bukit yang lebih kecil dan 42% ditumbuhi hutan hujan tropika. Bahagian utara negara banyak terdiri daripada tanah tinggi dan Delta Sungai Merah. Phan Xi Păng yang terletak di wilayah Lào Cai, ialah gunung tertinggi di Vietnam pada ketinggian 3,143 m (10,312 kaki). Bahagian selatan pula terdiri daripada tanah pamah pantai, puncak-puncak Banjaran Annamite, hutan yang berleluasa, dan tanah yang kurang subur. Tanah tinggi yang terdiri daripada lima bidang penara agak rata bertanah basalt ini, meliputi 16% daripada seluruh tanah suai tani dan 22% daripada tanah hutannya.

Delta Sungai Merah (atau Sông Hồng), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.

Vietnam mengalami iklim monsun tropika, dengan kelembapan purata 84% sepanjang tahun. Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.sambungan dibawah clip video…

<p style=”text-align:justify;

88888888888888888888888888888

Hochi Minh Explorer – The best bloopers are herePolitikRencana utama: 

Republik Sosialis Vietnam ialah sebuah negeri satu parti. Satu perlembagaan negara baru diluluskan pada April 1992, menggantikan versi lama yang digubal pada tahun 1975. Peranan pusar Parti Komunis ditegaskan semula dalam semua alat-alat kerajaan, politik dan masyarakat. hanya pertubuhan politik yang bergabung dengan atau didukung oleh Parti Komunis dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya. Ini termasuklah Barisan Tanahair Vietnam, para buruh dan parti-parti kesatuan sekerja. Walaupun negara masih secara rasminya komited kepada sosialisme sebagai fahaman penentuannya, namun kepentingan fahaman ini banyak berkurangan sejak 1990-an. Presiden Vietnam ialah ketua negara dan ketua panglima tentera Vietnam pada nama sahaja, serta mengerusi Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara. Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung ialah ketua kerajaan mengetuai sebuah majlis menteri-menteri yang terdiri daripada 3 timbalan perdana menteri dan ketua-ketua 26 kementerian dan suruhanjaya.

Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ialah badan perundangan tunggal dalam kerajaan yang terdiri daripada 498 orang ahli dan berpangkat lebih tinggi berbanding cabang eksekutif dan kehakiman. ahli majlis menteri-menteri dilantik daripada Perhimpunan Kebangsaan. Mahkamah Rakyat Agung Vietnam, iaitu mahkamah rayuan tertinggi dalam negara, juga bertanggungjawab terhadap Perhimpunan Kebangsaan. Di bawah Mahkamah Rakyat Agung terdirinya mahkamah perbandaran peringkat wilayah dan mahkamah tempatan. Mahkamah tentera juga merupakan sebahagian cabang kehakiman yang berkuasa dengan bidang kuasa khusus dalam hal-ehwal keselamatan negara. Semua alat-alat kerajaan Vietnam dikawal oleh Parti Komunis. Kebanyakan lantikan kerajaan merupakan ahli-ahli parti. Setiausaha Agung Parti Komunis barangkalinya merupakan salah seorang ketua politik terpenting dalam negara, dengan peranan mengawal organisasi kebangsaan negara dan perlantikan negeri, serta juga menggubal dasar.

Tentera Rakyat Vietnam ialah nama rasmi bagi tiga perkhidmatan tentera di Vietnam, yang didirikan berasaskan Tentera Pembebasan Rakyat China. Tentera Rakyat terbahagi kepada Angkatan Darat Rakyat Vietnam (termasuk Angkatan Barisan Belakang Strategik dan Angkatan Pertahanan Sempadan), Tentera Laut Rakyat Vietnam, Tentera Udara Rakyat Vietnam dan pengawal pantai. Di sepanjang sejarah moden Vietnam, Tentera Rakyat banyak terlibat dalam tenaga kerja Vietnam untuk mengembangkan ekonomi Vietnam, dengan tujuan menyelaraskan pertahanan negara dengan ekonomi. Tentera Rakyat terlibat dalam bidang-bidang seperti perindustrian, pertanian, perhutanan, perikanan dan telekomunikasi. Jumlah kekuatan tentera Vietnam menghampiri 500,000 orang askar. Kerajaan juga mengadakan dan mengekalkan tentera awam wilayah dan angkatan polis. Peranan tentera dalam kehidupan rakyat banyak berkurangan sejak 1980-an.

PHOTO MASJID MASJID DI VIETNAM

 

masjid di pusat bandar ho chi minh

masjid di Bandar HCM-p

LAGI YANG MENARIK DI VIETNAM

HANYA DI VIETNAM

motosikal di vietnam 1 usd = 17,000 = atau 1usd = RM3.50,motosikal yang tertera itu 41juta 9 ratus ribu atau bersamaan dengan USD 2464 atau jika di tukar ke RM +- RM8624.00 downpayment,mengikut kata guide kami harga motosikal di sini sekitar 5000 USD - 7000 USD = RM lebih kurang 20 RM.

LAIN LAIN YANG MENARIK DI VIETNAM

Chu Chi Tunnel -trowong Chu chi

Sekitar Trowong Chu Chi

chu chi tunnel

Terminal Bot Sungai Mekong.

Mekong River and delta mek0ng

Terminal Bot Sungai Mekong.

Mekong River

Trowong Chu Chi Tunnel

trowong chu-chi tunnel atau gucchi tunnel-l

Link  facebook

 

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.