KG SERONOK_11/09

Bangunan KOMTAR P.Pinang

Bangunan KOMTAR terletak di P.Pinang merupakan mercutanda George Town

Kampung Permatang Damar Laut.Batu Maung.Pulau Pinang.

Kampung Permatang Damar Laut.Penanda ini berada betul betul di selekoh..

Ini merupakan kali kedua berkunjung ke Pulau Mutiara ini bagi menjalankan tugas ukuran Titik Kawal sekitar Pulau Pinang,dan menginap di tempat yang sama dengan empat tahuh lepas.Ini pun atas kerjasama dari salah seorang pegawai kami iaitu En Molok yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan salah seorang AJK masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut.

Masjid Al Qahhar Kg Damar Laut.Batu Maung.

Masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut

Kami menginap di Dewan masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut,sunguh selesa di sini ,walau pun ahli kami seramai dua puloh orang tetapi ruang yang terdapat di dewan ini muat untuk kami.

Dewan KAFA Masjid Al Qahhar Kampung Permatang Damar Laut

Dewan KAFA Masjid Al Qahhar Kampung Permatang Damar Laut- selesa kan !..

Terima kasih dari kami kepada Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al Qahhar terutama nya saudara En Molok dan Tuan Imam masjid.

Masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut.

Masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut.

Pantai Kampung Permatang Damar Laut – Sunset Damar Laut

Pantai Kampung Permatang Damar Laut

Kampung Seronok

Berhampiran dengan Kg Permatang Damar Laut  terdapat satu Kampung,Kampung Seronok.Kg Seronok ini hangat di perkatakan sedikit masa dahulu kerana pernah di kaitkan dengan satu ajaran sesat, iaitu ajaran Taslim yang di bawa olih Haji Muhamad Shafie atau lebih di kenali dengan Haji Ahmad Matahari.

Haji Muhamad Shafie atau Haji Matahari  adalah pengasas ajaran Taslim.

1.       Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
2       Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

  • (a)    beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
  • (b)    beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
  • (c)    mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
  • (d)    mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
  • (e)    menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
  • (f)     solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
  • (g)    menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.
  • Menurut cerita dari orang kampung sekitar penduduk din sini tidak bercampur dengan penduduk sekitar mereka,semua aktiviti kemasyarakatan hanya melibatkan masyarakat mereka sahaja.Tetapi dari tinjauwan rambang saya sewaktu saya berkunjung kesini,saya lihat mereka rata rata sama sahaja dengan masyarakat sekitar,semua nya tidak ujud lagi..menurut mereka itu 150 tahun lepas.

Kampung Seronok

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.