GEORGE TOWN.

Menara KOMTAR Pulau Pinang

Bangunan KOMTAR merupakan mercu tanda Negeri Pulau Pinang.

Awal bulan November sekali lagi berkunjung ke Pulau Pinang  atas urusan menjalankan tugas.Walaupun tugas kali ini tidak lama tetapi cukup untuk mengingat kembali  peristiwa  empat tahun lalu,macam dulu jugak ,tempat tinggal masih di bangunan KAFA di Masjid Al -Qahhar di Permatang Damar Laut.merurut penduduk setempat kawasan Permatang Damar Laut ini pernah di landa Tsunami.Pengurusan dan Pentadbiran masjid ini cukup cekap dan juga pehak masjid ini pernah memenangi beberapa anugerah dari Jabatan Ugama P.Pinang.

Sedikit maklumat Kampung Permatang Damar Laut.

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 500,000 orang; zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang, Seberang Perai, selatan Kedah dan utara Perak mempunyai penduduk melebihi 2,000,000 .Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.

 

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) dimana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga sinagog orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s