SG SIPUT/K.KANGSAR

Kursus Fotografi & Multimedia di Intan Suraya Resort ini adalah lebih kepada program bercuti atau bengkel fotografi sahaja.Para peserta di ajar bagaimana untuk mejadikan foto lebih menarik.Peserta yang hadir ada setengahnya hanya untuk bercuti sahaja.Tetapi bagaimana pun seronok dan enjoy kerana peserta di bawa kesaekitar bandar Kuala Kangsar di dalam aktiviti bebas mengambil gambar mengikut spek dan panduan yang telah di berikan oleh penceramah utama En Hairol dan ada diantara peserta yang memang otai di bidang ini iaitu En Md Noor pemilek Paradigmastudio.Penganjur ialah Kelab Fotografi dan Multimedia HUKM

Masjid Kuala Kangsar _ maps

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Istana Kuala Kangsar

Istana Lama Perak

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Persiaran Sungai Perak

Taman Selera Sungai Perak.

Menjala ikan di Sungai Perak

Matahari terbenam di Intan Suraya

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) pautan olih hazaldin twbkl merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.

BENGKEL FOTOGRAFI & MULTIMEDIA DIINTAN SURAYA RESORT SG SIPUT

kursus Multimedia & Fotografii_ di Intan Suraya Resort Sg Siput.

Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.

Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Merbau
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Sungei Siput
  9. Mukim Pulau Kemiri

Copyright 5.1.2010

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s