SELAMA

untuk melihat photo photo yang lain sila klik disini

Diawal bulan april tahun lalu 2007 satu pasukan atau team tiopografi wilayah barat telah diarahkan menjalankan satu misi iaitu pengukuran Titik Kawal Bumi sekitar Selama Perak,Serdang di kedah dan beberapa daerah disekitarnya.Misi ini telah di bahagikan kepada 6 pasukan, setiap pasukan diketuai olih seorang pegawai kerjaluar,pegawai pegawai tersebut ialah En Saiful sebagai ketua team,En Halim,En Hamidi,En Mohd Shah,En Hazaldin, En Rozaimy.dan En Niksin.

Sebenarnya banyak tempat yang telah pergi ,tetapi disini saya cuma ingin menceritakan tempat yang mempunyai sedikit cabaran.Kami diarahkan olih ketua team [ tegas orangnya dan sedikit sensitif En Saiful ] supaya menandakan dua Titik Kawal yang berada di dalam hutan belantara.Perjalanan untuk sampai ketempat tersebut memakan masa 10jam dengan berjalan kaki.Persiapan yang rapi telah disiapkan saperti beras,dapur, barang barang keperluan perkhemahan dan segala peralatan untuk kerja kerja ukuran titik kawal saperti alat teodolit, prizam,bateri adan sebagainya. Segala peralatan ini terpaksa di bawa dengan berjalan kaki.

Satelah sampai ketempat bertolak[ jalan yang mula untuk memasuki hutan ]di mulai dengan bacaan doa meminta dilindungi olih allah s.w.t supaya di mudahi segala pekerjaan dan selamat semuanya.Satelah hampir 3 jam berjalan kaki semua krew telah keletihan dan berihat serta melihat peta topografi bimbang tersasar dari arah yang hendak di tuju,kami berjalan ini dengan menyusuri sungai sejak dari memulakan perjalanan lagi,deruan bunyi air sungai membuatkan kami terpaksa bercakap dengan nada yang agak tinggi, sesekali mungkin didengar saperti orang bertengkar.Sungai yang kami susuri itu ialah sungai selama jadi saya namakan misi ini misi mencari hujung Sungai selama.

Hari sudah hampir pukul lima tetapi jika didalam hutan belantara ini walaupun hari masih awal tetapi keadaannya nampak sudah gelap,dan hujan mula turun rintik, keadaan kaki kami semua sudah berlendir dengan darah darah pacat yang sudah tidak terlarat untuk membunuhnya lagi di biarkan sahaja menghisap darah kami, itu sudah memang kerja pacat menghisap darah tetapi risiko hisapan pacat ini tidak lah terlalu banyak darah yang dihisap sebab tidak ada lagi peribahasa ” Pacat Darat ” yang ada cuma ” Lintah Darat “.

Dalam pukul 6.30 petang hujan telah mulai turun, pada mula nya rintik rintik sahaja lama kelamaan mula lebat,khemah masih belum siap sudah lah begitu kayu untuk dibuat khemah dikawasan ini pulak sangat susah untuk dicari, jadi mahu tidak mahu terpaksa jugalah membuat khemah didalam hujan yang lebat itu sebab jika untuk menunggu hujan teduh cuaca makin gelap,bila cuaca semakain gelap terlalu sukar untuk mencari kayu dan membuat khemah.Akhirnya siap juga khemah kamu dalam pukul 8.00 mlm.

Apabila khemah siap, maka bermula lah aktiviti didalam hutan,dengan air sungai yang keruh selepas hujan lebat dan dengan cuaca malam yang gelap ada juga member yang berminat untuk memancing tak sangka jugak dengan air yang keruh begitu dad juga ikan yang nampak umpan, banyak juga kami dapat ikan malam itu. Jam 11.00 malam kami mula kan kerja cerapan GPS sahingga 4.00 pagi,sementara menunggu kerja cerapan GPS siap kami memancing di sungai itu,memang jika berpeluang lagi ketempat sebegitu bawa pancing kami memang banyak sekali mendapat ikan malam itu.

Besok nya cerapan disambung lagi sahingga pukul 11.00 pagi.Selepas itu kami bersiap untuk balik ke Best kem kami di FELDA ……… sewaktu perjalanan balik ini sekali lagi kami bermandikan hujan,hujan turun ini cukup lebat habis semua peralat basah, tetapi macamana pun peralatan kerja kami cukup menjaganya memang tidak basah, segala alat letronik yang di bawa seperti komputer riba, peralatan GPS cukup dijaga,akhirnya dalam pukul 7.00 ptg sampaim juga kami ke Best kam di FELDA…………… dengan selamat, alhamdulilah syukur selamat semuanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s