MIDDLE ROCK @ BATU PUTIH

KEPUTUSAN DARI MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA DI YOUTUBE

Pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

Pasukan  Seksyen Topografi Wilayah Barat Kuala Lumpur dan Seksyen Geodesi  Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia menjalankan kerja pengukuran di Pulau Batu Tengah ( Middle Rock)

13 Jun 2008 – Pembinaan monumen Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) di Batuan Tengah yang dapat menandakan secara fizikal bentuk maritim tersebut adalah milik Malaysia berjaya disiapkan semalam iaitu dua hari lebih awal berbanding tarikh asal.Pembinaan monumen membabitkan 21 kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) berjalan lancar sejak ia dimulakan 5 Jun lalu.

Monumen berukuran 100 sentimeter persegi dengan ketinggian 1.4 meter itu dibina daripada konkrit bagi memberi bacaan koordinat yang tepat semasa pemasangan alat penerima GPS.

Cerapan bagi bacaan koordinat tersebut telah dilakukan selama tiga jam semalam dengan ia turut menggunakan perkhidmatan Malaysian Real Time Kinematic Network (MyRTKnet) bagi memberi kejituan bacaan.

Di samping membina monumen GPS bagi bacaan koordinat, pihak Jupem turut menjalankan kerja-kerja merekodkan bentuk topografi bentuk maritim tersebut serta keluasannya.

Sebelum ini pembinaan monumen dijangka mengambil masa 11 hari iaitu sehingga 15 Jun ini, namun ia berjaya disiapkan lebih awal memandangkan keadaan cuaca serta peralatan berfungsi dengan baik.

Dalam usaha meletakkan bukti fizikal batuan itu milik Malaysia, Jupem mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin serta Kastam Diraja Malaysia.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati monumen tersebut berdiri kukuh di Batuan Tengah dengan ia akan menjadi rujukan teknikal bagi maklumat geografi dari semasa ke semasa.

Turut berjaya dirakam semasa tinjauan tersebut ialah Tubir Selatan yang hanya kelihatan semasa air surut.

Kerja-kerja terakhir bagi pembinaan monumen berkenaan telah dipantau oleh Pengarah Ukur Seksyen Geodesi Jupem, Dr. Azhari Mohamed.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batuan Tengah menjadi milik Malaysia manakala kedaulatan Batu Putih diberi kepada Singapura, sementara Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana ia terletak.

pengkalan TLDM Pengeleh

Pasukan kami mendapat kerjasama dari pemerintah TLDM Pengkalan TLDM Tanjung Pengelih Johor.

kerja mengambil maklumat topografi

Kerja kerja pengukuran bagi mengambil maklumat topografi sekeliling pulau ” Middle Rock “

pulau batu putih dari middle rock

Pulau Batu Putih dari Middle Rock

bendera malaysia berkibar di Middle Rock

Jalur Gemilang berkibar di Middle Rock

pasukan-topografi-wbarat-dan-seksyen-geodesi-di-middle-rock

MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ)

Membincangkan Middle Rock di ICJ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s