SABAH

UNTUK CATATAN TERKINI..SLIDESHOW..VEDIO CLIP..SHOPPING..MUZIK..DAN BANYAK LAGI LAYARI..KLIK

UNCATEGORIES BLOG

Untuk melihat photo lain sekitar lawatan ke Sabah bah…. sila klik disini

Video clip tarian yang terdapat di Sabah.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888

 

Pada 16.12.2008 Saya berkesempatan melawat kenegeri dibawah bayu iaitu Negeri Sabah,perjalanan menaiki pesawat memakan masa lebih kurang 2.30 jam bertolak dari LCCT KLIA pada pukul 12.00 tengahari dan sampai ke Air Port KK lebih kurang pukul 2.35 ptg kami di sambut Olih En Alvin dari Inno Travel Agency.Di KK atau Kota Kinabalu kami menginap di Sangri La Hotel KK.

Sebelah malam kami cari tempat makan yang simple aje di tepi laut pasar malam yang berhadapan Hotel Meredium, lepas makan tak pergi kemana mana balik hotel tarik selimut aje sebab besok pagi kami akan berjalan agak jauh iaitu mengikut jadual lawatan ke Rungus Longhouse dimana disini kegiatan penternakan lebah madu yang diusahakan olih suku kaum Rungus dan langsung ke Tip Of Borneo, Tip Of Borneo ini ialah di penghujung Pulau Borneo di mana disini lah Ferdinnanad Maggelen sampai( ,klik disini untuk photo kami di Tip of Borneo dan photo yang lain sewaktu lawatan)

18.12.2008 .8.30 pagi kami bertolak ke distinasi iaitu ke Rungus Longhouse,disini kami dapat melihat kegiatan ekonomi suku kaum Rungus menjalankan kegiatan Penternakan Lebah Madu yang telah di Komersialkan. Selepas di Rungus Longhouse kami ke ” Tip Of Borneo ” di penghujung Borneo, disepanjang perjalanan menyusuri jalan itu kami di beri penerangan olih pemandu pelancung kami En Max dari Inno Travel berkaitan dengan masyarakat dan kebudayaan mereka bagi negeri Sabah suku kaum utama mereka ialah Kadazan dan Bajau, kebanyakan penduduk sekitar ini berugama Kristian ,memang saya lihat sekitar laluan perjalanan kami ke Tip Of Borneo kami lihat lebih banyak gereja dari surau.Sebelum ke Tip of Borneo sempat juga kami singgah sekejap di Rumah Panjang Rungus. sambungan…

Photobucket

Orang  di Kota Kinabalu mesti tahu tempat paling top beli belah di kota KK ini.PLAZA BTC.

Klik Map of Jalan Sinsuran Bandar KK

Lebih Kurang 2.00 ptg kami sampai ke Tip Of Borneo, memang tempat ini menarik tanjung ini memanjang ke laut dan di kelilingi air laut dan tempat ini telah dibina begitu menarik.Satelah habis sesi mengambil gambar hujan mulai turun dan kami pun bergegas balik kerana untuk makan tengah hari.Di perjalanan balik ke Kota Kinabalu kami singgah di perkampungan membuat Gong,gong yang dibuat dari sekecil kecil sahingga besar Buldozer.sambungan…

Photobucket

Buah ini jika di bakar akan menyalakan api seperti  ada minyak..buah ini terdapat di Kinabalu Park.

\19.12.2008 . 7.30 Pagi Saya bertiga dan 3 orabg lagi anak anak abang Razai sudah sedia untuk ke Kinabalu Park.Abang Razai dan Kak Sham tidak pergi kerana mereka sudah pernah melawat kesini.jadi kami 9 orang aje lah yang pergi,bersama dengan van kami turut serta 3 orang pelancung asing 2 dari England( couple ) 1 dari German.Sampai di Kinabalu Park gi Jungle Traking dan tengok hutan lepas tu naik Canopy Wolk turun Canopy Walk pegi rendam kaki dengan air panas. Balik dari sini singah di Pekan Nabalu beli cenderamata kemudiaan blah balik ke KK sampai KK awal sikit hari ini 4.40 ptg, malam lepak bilik dan tidur. sambungan….

Photobucket

Suasana yang nyaman di Kinabalu Park.

20.12.2008. Hari ini progrem hanya sekitar KK aje melawat kat Pasar Filipin beli batu mutiara dan keliling KK tapi masih guna khidmat Inno Travel yang bawak kami hari ini en Wolter keliling KK gi Bangunan Tun Dato Mustafa,gi Kompleks beli belah terbesar di KK Atnium dan keliling sekitar Kg Kg di KK langsung ke Air Port.Keluarga Abang Razai naik Jam 8.15 mlm dan saya 9.15 mlm, sampai LCCT KLIA jam 11.35 mlm

Photobucket

Pemandangan waktu senja di Kota Kinabalu di tepi  Meridien Hotel ini lah pasar yang di kenali Pasar Filipine.

Maklumat Sabah Tambahan

Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil “SABBAH ” atau “SAPPAH” oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu)dan Bajau-Sulu, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. ‘Pisang saba’ juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini ‘pisang saba’ lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Nama ‘Sabah’ pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Sulu dan Kerajaan Brunei. Pendek kata, nama ‘Sabah’ telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama ‘Sabah’ telah ditukar kepada ‘Borneo Utara‘ secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama ‘Sabah’ kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Nak borak borak…nak bagi komen… nak baca komen…. klik disini

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s