AN NAKBAH_SATU MUSIBAH BESAR

MAHMOUD ABU HAMDA

1 nakbah 1

PENUBUHAN NEGARA ISRAEL 1948

 “Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.”
Jeremy Bowen, Six Days
Mimpi indah Zionis akhirnya terlaksana pada 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan penubuhan negara Yahudi di bumi barakah Palestin. Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk Yahudi’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun* ia berada di bawah naungan kerajaan Khalifah Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.
Walau bagaimanapun, mimpi indah ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre)* rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach. Dianggarkan lebih 700,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian perang dek keganasan Zionis Israel ini. Kini populasi pelarian Palestin di kem-kem pelarian dan diseluruh pelusuk dunia telah mencecah 7 juta orang!
a50da-1nakbah
Jumlah sebenar korban an-Nakbah tidak dapat dipastikan*.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setaraf – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia dek tamparan anti-semitisme di Eropah dan holokos* semasa Perang Dunia Kedua. Justeru, bagi memperingatinya rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari malapetaka.
Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin. Malangnya pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang sedia mengiktiraf jenayah an-Nakbah yang dilakukan oleh Zionis Israel. Perbincangan tentang an-Nakbah dilihat sebagai ancaman kepada inisiatif damai.
35b1c-1nakbah2
Malah, mereka yang membangkitkannya dituduh anti-semitik walhal hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas An-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka benar-benar dapat dibela. An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.
* Baitul Makdis dan beberapa kota utama di Palestin berada di bawah pemerintahan Kristian selama 88 tahun (1099-1187) sebelum diambil semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
* Rekod menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Palestin telah dilakukan oleh tentera Zionis.
* Rekod menunjukkan ‘massacre’ terbesar dilaporkan berlaku di Masjid Dahmash yang mengorbankan 426 rakyat Palestin (lelaki, wanita dan kanak-kanak). Yang terkecil berlaku di perkampungan Yehiday dengan 7 kematian.
1 nakbah 7
* Mutakhir ini timbul banyak dakwaan bahawa holokos adalah peristiwa yang sengaja dibesar-besarkan bagi membina simpati dunia ke atas Yahudi dan mendapatkan sokongan ke atas projek pembinaan negara Yahudi di Palestin. Malah, wujud dakwaan berlaku konspirasi antara tentera Zionis dan Nazi untuk mencipta holokos sungguhpun masyarakat Yahudi terpaksa membayarnya dengan nyawa warga bangsa mereka sendiri untuk menjayakannya. [KJ]
FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
78% tanah Palestin dirampas
750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian perang
34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma
426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan
96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab
20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948)
Advertisements