CATATANKU KEBUMI PLASTINE _ Jangan sebut lagi bumi Israel.

 

Alunan  dari Aqsa.(  Admin turut serta dalam video ini )

 

Kenangan Manis Di Bumi Al-Aqsa.Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Al-Isra’, 17:1.

20160326_063215

Queen Alia International Airport Amman Jordan

Meremang seluruh badan tatkala pemandu pelancong, membacakan ayat di atas sebagai permulaan bicaranya memberikan penerangan mengenai kunjungan kami ke bumi Palestin, yang kini dikuasai oleh Rejim Yahudi laknatuLlah. AlhamduliLlah, pada 25 Mac 2016 lalu, saya diberikan peluang untuk menyertai rombongan peserta Umrah Baitul Maqdis seraaimai 28org , menziarahi Jordan dan Baitul Maqdis,

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat 25Mac 2016, menaiki pesawat Royal Jordan, berlepas pada jam 11.55 malam ( waktu Malaysia ) dan tibadi Queen Alia International Airport, Amman, Jordan pada jam 5.15 pagi ( waktu Amman= 3.00 ptg waktu Malaysia ). Setibanya kami di Amman, kamidisambut oleh wakil Agensi pelancongan di Jordan), kami dibawa ke  Hotel Penginapan kami di Amman di Al Fanar Hotel yang berada di tengah2 kota Amman.

20160326_081533

Hotel Al Fanar Amman Jordan

Sesampai di hotel, kami menurunkan beg untuk disimpan di hotel tersebut,dan sarapan.Selepas sarapan dalam pukul 9.00 pagi bermula lah siri lawatan kami disekitar kota Amman,kami di bawa ke Gua Ashabul Kahfi dan Roman Tether yang berada di tengah kota Amman.

20160326_130953

Makan tengahari

IMG_0101

Esoknya kami pun meneruskan perjalanan ke Palestin, menuju ke Jambatan Raja Hussein (King Hussein Bridge) iaitu sempadan antara Jordan dan Negara Haram Israel.( Orang Yahudi Laknatullah menamakannya “Allenby”). Kedudukan Amman terletak kira-kira 3000 kaki di atas paras laut, sebab itu cuaca di sana agak sejuk dan telinga kami berdengung kerana kami bergerak menuruni bukit sehingga ke bawah paras laut.

80923400

Check Point pertama yang terpaksa kami tempuh. disini pun menunggu sudah hampir 1 jam

Dalam perjalanan, sebelum sampai ke Palestin, kami singgah di sebuah tempat yang terdapat batu tanda menunjukkan aras paras laut, rupa-rupanya sebahagian bumi Palestin, termasuk laut mati terletak di bawah paras laut. Laut mati, menurut papan tanda yang terdapat di situ, berada kira-kira 1000 kaki.

Dapat diperhatikan keadaan dan perjalanan menuruni bukit Selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan kira-kira setengah jam kami sampai ke sebuah kedai barangan cenderamata keluaran Laut  Mati,Bagasi kami yang merupakan bag besar di tinggalkan di kedai cenderamat ini, Bagasi ini akan kami ambil satelah selesaia  dari lawatan kami diPlastine.

Pemandu pelancong kami di Jordan terpaksa turun pusat imigresen tersebut kerana hanya pelancong sahaja yang dibenarkan berada di sempadan. Segala urusan daftar masuk ke Palestin diserahkan kepada guide kami dari Jordan. Tempat singgah yang menandakan paras aras laut. Batu Asas menunjukkan aras paras laut dan papan tanda yang menunjukkan kedudukan laut mati yang berada 1000 kaki di bawah paras laut. Kebanyakan jemaah mula menampakkan kerisauan kerana begitu pesanan yang disampaikan oleh pemandu pelancung kami sebelum melepaskan kami ke Plastine.

Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia

Batu Penanda Bawah Aras Lautaki di bawah paras laut. Pemandangan Di Jordan, dalam perjalanan menuju ke Sempadan Paelstin.

Menurut guide kami sesampai di sempadan perkara yang perlu kami masing-masing hafal ialah nama agensi yang bakal menguruskan kami di Palestin dan nama nenek atau datok.kami dinasihatkan untuk menurut apa sahaja kehendak pegawai-pegawai yang menjaga sempadan tersebut, termasuk menjawab sahaja segala persoalan yang ditanyakan kepada kami, dan memberikan kerjasama yang baik sepenuhnya ketika berada di pintu sempadan tersebut.

20160329_142905

Laut Mati Jordan.

Namun kami di ingatkan supaya menyimpan segala perasaan dan menurut apa sahaja prosedur yang ditetapkan oleh pegawai imigresen yang menjaga sempadan masuk ke Palestin. “Kita sebenarnya tak iktiraf pun Negara Israel ni, bagi kita Negara Israel ni Negara Haram dan tak wujud pun dalam peta dunia.

Tapi, atas kelemahan kita (orang-orang Islam) sendiri, bumi ini dijajah dan dikuasai oleh orang-orang yahudi, maka kita terpaksa menurut arahan mereka,” pesan saya kepada jemaah. Sesampainya kami di pintu masuk sempadan Negara Haram Israel (Pelestin) kami terpaksa menunggu agak lama sebelum bas tersebut dibenarkan untuk masuk ke Pusat Imigresen tersebut.

Menurut pemandu bas, kami terpaksa menunggu giliran yang ditentukan oleh orang yahudi. Kerana, orang yahudi tidak mahu begitu banyak bas berada di kawasan sempadan tersebut.Mereka hanya membenarkan 2 buah bas berada di kawasan tersebut pada satu-satu masa. Pintu Masuk ke Kawasan Pemeriksaan Sempadan Masuk ke Negara Haram Israel. (tertera tulisan hebrew, bahasa Israel) Hampir sejam kami menunggu di sini sebelum dibenarkan masuk. Setelah hampir setengah jam menunggu barulah bas kami dibenarkan masuk.

Menurutnya, kebanyakan pegawai yang menjaga sempadan tersebut adalah orang yahudi sementara pekerja yang menguruskan bagasi terdiri dari rakyat Plastine ,maka adalah lebih baik kita menurut sahaja apa yang diminta oleh orang-orang yahudi tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah.walaubagaimana pun  4 orang dari group kami ditahan oleh imegrsen  Israel tampa sebab hanya disuruh menunggu,alhamdulillah satelah hampir 1 jam 4 orang daripada group kami di bebaskan.

Satelah melepasi Border kami di sambut oleh pemandu pelancung kami yang mempunyai 2 kerakyatan Israel dan Plastine. Disepanjang perjalanan kami dikhabarkan dan diberi ingatan oleh guide kami apa yang boleh dan harus dilakukan sewaktu berada di dalam kawasan Plastine dan sewaktu perjalanan kami bertukar-tukar cerita mengenai kejahatan dan kezaliman orang-orang yahudi dan bagaimana kejamnya mereka memperlakukan orang-orang Palestin.

20160329_075705

Pemandu pelancung kami di Plastine.Beliau mempunyai 2 kerakyatan.Israel dan Plastine.

Seketika terimbau peristiwa perjanjian Balfour 1948, persitiwa Shabra dan Shatila, juga kekejaman dan nasib yang menimpa umat Islam di Baitul Maqdis dan juga di Gaza.Tatkala untuk melepasi sempadan Perasaan geram bercampur sedih menyelubungi kami semua tatkala menyeberangi Jambatan Malik Hussein (Orang Yahudi menamakannya Allenby).Group kami terpaksa menunggu lagi.

Dalam perjalanan kami ke Aqsa kami berhenti di Makam Nabi Mosa dan guide kami menceritqakan serba sedikit berkenaan makam tersebut serta menyumbangkan sedikit sumbangan kepada penjaga makam tersebut..

Kami di bawa ke Jericho bandar yang tertua di muka bumi ini untuk makan tengahari…memang perut kami sangat lapar jadi apa yang mereka hidang kami makan dengan lahap nya sempat juga bergambar di kawasan Jericho ini….

RESTORAN JERICO

RESTORAN  JERICO.

jeric rest1

Jerico Restoran

restrn jerichoSebelum sampai ke Baitulmaqdis kami dibawa  ziarah  makam nabi Mosa dan diberi sedikit penerangan oleh guide kami yang mempunyai 2 kerakyatan iaitu Israel dan Plastine.

20160327_145237

MAKAM NABI MOSA


20160327_145212

MAKAM NABI MOSA


20160327_145258

DIMAKAM NABI MOSA


Akhir nya kami sampai ke Baitulmuqqadis…kami di tempatkan ke St. George Landmark Hotel….dan di sini lah mula perjalanan kami ke Masjid Al Aqsa…..hati memang tak sempat2 nak bersolat di situ….Bandar Baitulmuqaddis agak kecil tapi moden..jalan2 sempit..selepas kami simpan beg2 kami di bilik masing2 kami turun dan hendak berjalan ke arah Masjid Al Aqsa.  Matahari agak terik tapi kami rasa angin sejuk dan kami terpaksa memakai sweater untuk mengelakkan dari kesejukkan…kami berjalan dan berjalan yang di bawa oleh “tour leader” dari orang Palestine…jalan punya jalan tidak juga sampai2….akhir nya kami sampai ke satu kota…dan memasuki kota itu…kami melalui bazaar memang ada di antara kami begitu tertarik untuk membeli tetapi memang sudah di pesan oleh ustaz kami jangan  membeli pasang niat betul2 untuk bersolat di Masjid Al Aqsa jadi mereka padam kan niat mereka dan terus lagi berjalan…agak penat juga kerana turun tangga naik tangga dan akhir nya kami nampak “Dome of the Rock” atau Qubbat As-Sakhrah , riang nya kami dan kami memasuki Dome of the Rock serta bersolat di situ….akhirnya dapat juga kami bersolat di situ..yang sebenar itu belum lagi masjid Al Aqsa…tetapi menurut kata Tour Leader kami …kesemua kawasan ini ada lah Masjid Al Aqsa…Dalam Dome of the Rock ni ada sebuah batu yang di katakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj…..dan batu ini mahu mengikuti Rasulullah…tetapi di halang dan ianya tergantung…..


20160327_160330uuuuu

Kami ziarah dalam Dome of the Rock ini memang cantik ukiran dan struktur binaan nya….kami sangat kagum…kemudian kami menuju bangunan sebelah iaitu masjid Al Aqsa…dan bersolat di situ hingga isyak…rasa satu kepuasan di hati dapat juga bersolat di masjid yang ketiga penting nya selepas masjid di Madinah dan di Makkah…Menurut kata Ustaz Kamal bersolat satu waktu Masjid Al Aqsa ganjaran nya 500 x kita bersolat, kalau di Madinah 1,000 x dan di Makkah 100,000 x.  Begitulah istimewa nya ketiga2 masjid ini….


Hotel penginapan Hotel Victoria

Nasib jejalan sesorang,pabila tiba masa untuk sarapan atau makan kena la duk sesorang tapi bagi pasangan yang baik hati ni kakak dgn abg prof terima kasih..

Kami pulang ke hotel dan keesokan pagi nya kami hendak bersolat subuh di masjid…kami bangun pukul 3 pagi dan 3.30 pagi kami bergerak dalam kesejukkan….perjalanan dari hotel ke masjid makan masa lebih kurang 30 min dengan turun naik tangga….tapi kami tak kisah memang penat tapi dah azam kami datang jauh2 untuk bersolat di situ jadi kami tak mahu ketinggalan satu waktu pun untuk bersolat di masjid Al Aqsa….akhir nya kami sampai ke pintu masuk masjid Al Aqsa dan alangkah keciwa nya kami tidak dapat memasuki nya kerana askar Israel hanya buka pintu masuk pada lebih kurang pukul 4.30 pagi ketika hampir2 azan baru mereka buka…..kami bayangkan kami dapat bersolat tahajud dulu tapi sayang kami tak dapat lakukan…bila pintu di buka azan subuh sudah berkumandang…jadi kami hanya dapat solat subuh dan lepas tu mengaji di masjid Al Aqsa…begitu lah 2 hari berturut2 kami sudah faham pukul 4.00 pagi baru kami bergerak dari hotel dan berjalan menuju ke masjid Al Aqsa…

fotomasjid-aqsa

20160327_171647

Belakang saya ni ialah Masjid Aqsa atau masjid kibly

20160327_211228

Satelah selesai solat subuh menaiki  ke As Sakhra.

998 X 200

Dalam Masjid Aqsa

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Disebelah tembok bahagian dalam Masjidil Aqsa

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sempat beramah mesra dengan jemaah yang hadir solat Isyak di masjid Aqsa

aqsa dalam

Dalam Masjid Aqsa

anak plastine

Bertemu sekali lagi dengan Ismail,petang tadi sudah ketemu di hadapan pintu masuk Aqsa

jamaah aqsa baca quran

Jamaah yang santai dengan membaca ayat2 suci al quran selepAS solat isyak

Untitled5544

Pada hari kedua kami di bawa melawat masjid Al Aqsa yang lama iaitu hanya di bawah masjid Al Aqsa baru….baru kami tahu..struktur lama dan ada juga terdapat tiang2 yang di bina masa zaman Nabi Sulaiman…lubang minyak Zaitun untuk menyalakan api dalam masjid pada zaman dulu..dan di lubang ini juga kaum Yahudi pernah cuba mengorek untuk masuk ke masjid Al Aqsa tapi cubaan mereka gagal….

Untitled

Inilah Keluarga kami yang mengunjungi Aqsa

aqsa2

Guide kami

 


20140108-090046MAKAM IBRAHIM

Kami juga di bawa ke Makam Nabi Daud dan juga di kenali sebagai King David oleh orang Yahudi dan Nasrani…menurut kepercayaan orang Yahudi Nabi Daud lah yang menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite dan mula  mengembangkan kota ini…dan di kata di perintah oleh Nabi Sulaiman a.s…Menurut sejarah orang Yahudi Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang di beri Kuil Sulaiman……


Yang istimewa nya makan Nabi Daud ini di lawati oleh orang Yahudi, Nasrani dan Islam dengan cara mereka tersendiri…tetapi oleh kerana Makam Nabi Daud ini terletak di tempat orang Yahudi orang lelaki di suruh memakai topi yang di berikan oleh mereka tanda hormat dengan tuhan…kami orang Perempuan Islam, Yahudi dan Nasrani memang menutup kepala cara mereka tersendiri…memang unik….


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari penghabisan iaitu hari ketiga kami dapat melawat perkampungan Yahudi, di situ kami dapat  melihat “the Wailing Wall atau Crying Wall” orang Yahudi…mereka asingkan tempat wanita dan lelaki….Orang yahudi kepercayaan pada ugama mereka sungguh kuat hingga untuk melihat wanita pun mereka rasa berdosa jadi mereka selalu menundukkan kepala mereka…Mereka terlalu menjaga adab mereka dan juga pemakanan…sebab itu aku tidak nampak satu pun Mcdonald di situ…sedangkan orang mereka yang mengasaskan Mcdonald ini…tapi percaya lah di Israel tidak terdapat satu pun restoran Macdonald…begitu lah kuat kepercayaan mereka dan disiplinnya menjaga pemakanan mereka….


 Hari ketiga berakhirlah  sesi ziarah kami di Plastine.Kami sempat sampai ke sempadan dan untuk keluar dari Palestine juga memakan masa yang agak lama di pereksa dengan teliti seperti memasuki Palestine juga….
Alhamdulillah kami selamat keluar dan sampai ke Jordan ..sempat bersolat jamak magrib dan Isya serta makan di hotel yang di sediakan kemudian bergegas ke airport untuk ke Madinah…memang memenatkan tapi hati kami puas…apa yang kami hajat semua tercapai….alhamdulillah
Bersambung…….