DI HEBRON MAKAM 3 ORANG NABI…

86_HebronMap3

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Makam @ Masjid Ibrahim berada di atas bukit makanya dapat dilihat sekitar bandar Hebron.

Selepas menziarahi Makam Nabi Daud a.s kami dibawa jauh menyusuri tembok  tinggi yang memisahkan Israel dan Palestine ke Hebron untuk menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishaq a.s. Hebron pernah dita

kluki Israel selapas perang 6 hari kemudian diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.d terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim a.s yang dikawal ketat oleh askar Israel.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Makam Ibrahim

[29]Makam Nabi Ibrahim (57)

20140108-123632

Batu pemisah antara Makam Nabi Yaacob dengan makam nabi Ibrahim

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jalan menuju ke Masjid dan Makam Nabi Ibrahim


 

hebron market

Hebron Market


hebron

Jalan menuju ke Makam Nabi Ibrahim

20140108-090046

Mimbar Masjid Nabi Ibrahim

makam 3 nabi.jpg4

mIMBAR mAKAM


MAKAM IBRAHIM

MAKAM NABI IBRAHIM

Security at the entrance to the synagogue side.

Untuk masuk ke dalam sekitar Makam Askar Israel mengawal keselamatan di sekitar Makam

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Makam Nabi Ibrahim


Hebron (bahasa Arab: Ḥevron) merupakan sebuah bandar di kawasan Tebing Barat, Palestin yang dicerobohi Israel. Di sinilah terletaknya Bukit Hebron.Hebron didiami oleh 166,000 penduduk Palestin dan seramai 700 penduduk Israel. Ia dianggap bandar kedua paling suci oleh penganut agama Yahudi selepas Baitulmuqaddis.

Nama “Hebron” berasal daripada perkataan bahasa Ibrani Haver, yang bermaksud “rakan”. Dalam bahasa Arab pula, nama “al-Khalil” berasal daripada إبراهيم الخليل (Ibrahim al-Khalil) yang merujuk kepada Allah memilihNabi Ibrahim a.s. sebagai rakan-Nya menurut agama Islam.Hebron terkenal kerana merupakan lokasi Al-Haram Al-Ibrahimi (bahara Arab: الحرم الإبراهيمي, bahasa Ibrani: מערת המכפלה, Me’arat HaMachpela, bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs), sebuah tempat suci bagi agamaagama Yahudi, Kristian dan Islam. Al-Haram Al-Ibrahimi merupakan makam Nabi Adam a.s. dan Hawa (Adam dan Eve), Nabi Ibrahim a.s. dan Sara (Abraham dan Sarah), Nabi Ishak a.s. (Isaac dan Rebekah) dan Nabi Ya’akub a.s. (Jacob dan Leah).Terletak 30 km selatan dari Baitulmuqaddis, hasil Hebron terkenal termasuklah anggur, batu kapur, tembikar dan barang kaca hiasan. Di sini juga terdapat dua universiti, iaitu Universiti Hebron dan Universiti Politeknik Palestin.

Gua Para Patriark

gua para patriark

Gua Para Patriark atau Gua Machpelah (bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs atau Cave of Machpelah; Ibrani: מערת המכפלה, Me’arat HaMachpela, Trans. “Gua untuk Dua Makam”; Bahasa Arab: المغارةAl Magharah, “Gua”) adalah serangkaian gua bawah tanah yang terletak di dalam sebuah kompleks yang disebut oleh Muslim sebagai Makam Nabi Ibrahim atau Masjid Ibrahim (Bahasa Arab: الحرم الإبراهيمي‎, Mengenai bunyi ini Al-Haram Al-Ibrahimi ). Nama ini juga merujuk kepada tata letak ruangan pemakaman, atau alternatif merujuk kepada pasangan alkitabiah, iaitu: Gua Makam Pasangan.

Gua ini juga adalahh merupakan kompenan keagamaan Yahudi yang terletak di dalam bandar lama Hebron (yakni terletak dibahagian barat daya Tebing Barat, di tengah-tengah Judea purba), dan umumnya dianggap oleh umat Yahudi, Kristian dan Muslim sebagai pusat kerohanian. Dalam tradisi Yahudi, Kristian dan Islam, kawasan berkenaan dianggap sangat sinonim sebagai kawasan pemakaman untuk empat  pasangan biblikal iaitu: Nabi Adam a.s. & Hawa; Nabi Ibrahim a.s. & Siti Sarah; Nabi Ishak a.s. & Rabeekah; Nabi Yaakub a.s. & Leah. Berdasarkan kepada sumber Midrash, kawasan ini juga terdapatnya makamIshu saudara kepada Nabi Yaakub a.s..[1] dan berdasarkan beberapa sumber Islam, gua suci ini turut menyimpan jasad Nabi Yusuf a.s.. Manakala menurut Injil Kristian, Yusuf telah dikebumikan di Shechem(sekarang merupakan bandar Palestin yang digelar Nablus), namun menurut segelintir tradisi Yahudi aggadic memberi idea bahawa Yusuf dikebumikan di Hebron, dan sesetengah pendapat ahli sejarawan Islam bersetuju dengan perkara tersebut. Kitab Apokrifal Yahudi atau kitab Perjanjian Dua Belas Patriak, juga menyatakan tempat ini (gua ini) merupakan makam bagi Nabi Yaakub a.s. dan 12 orang anak lelakinya.

Advertisements