DI “DOME OF ROCK ” MASJID BERKUBAH EMAS @ QUBBATUL SAKHRAH.

Di sebut ” Dome of Rock ” masjid yang berkubah Emas atau  Qubbatul Sakhrah atau masjid yang dibawahnya ada batu.

Pada ketika menjejakkan kaki ke al-Quds atau Baitulmaqdis ini, pertama tama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya.Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra’ Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini

untitled2323233213

Dome of Rock dikenali juga Masjid Kubah Emas As Sakhra


Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas hijau penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj.

Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).

20160327_211228

Pagi

Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas hijau penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj.

Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).


20160328_145623

Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 350 meter.Pada hari Jumaat ia menjadi tempat solat bagi orang perempuan dan lelaki.sementara bagi orang lelaki di Masjid ini solat hanya bagi waktu zuhor dan Asar sementara waktu subuh magrib dan isyak di Masjid Aqsa atau dikenali juga masjid Kibly.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Masuk ke Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau di sebut juga  masjid Kubah Batu.Sementara di sebelah kanan saya merupakan Masjid Aqsa sebenar jugak dikenali Masjid Kibly atau Masjid Pintu Masuk.


ukiran bumbung dome of rock8

Ukiran di Dinding dan bumbung  masjid  berkubah Emas,

Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw…


ukiran bumbung dome of rock

Ukiran di Dinding dan bumbung  masjid  berkubah Emas,


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ukiran di Dinding dan bumbung  masjid  berkubah Emas,


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam Masjid As Sakhra


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pintu masuk ke Bawah Kubah emas. Bawah kubah emas ini lah batu Al Shakra batu yang merupakan pijakan Nabi saat bermulanya mi’raj ke Sidratulmuntaha…Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestin, iaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pintu atau lubang kecil untuk melihat batu tergantung


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dibawah batu tergantung di al shakra


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dibawah batu tergantung di al shakra


SONY DSC

Kubah As Sakhra dalam proses baik pulih


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Laluan dari pintu utama ke Masjid Aqsa,dikiri dan kanan  adalah  kediaman saudara2 kita rakyat Plastine


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keheningan dan kepiluan disekitar dalam kawasan As Sakhra dan masjid Aqsa


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keceriaan dalam Masjid Kubah Emas ini hanya  dilihat apabila dikunjungi oleh para pelawat dari luar kerana rakyat Plastine bawah umur 60 tahun dilarang datang kesini.sedangkan bumi aqsa adalah bumi mereka sendiri.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keadaan di bawah batu tergantung di masjid berkubah emas


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keadaan di bawah batu tergantung di masjid berkubah emas.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tabung Derma Plastine


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keadaan di bawah batu tergantung di masjid berkubah emas.


 

 

Advertisements