DI BETHLEHEM@ BAITULAHAM

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jalan ke Baitulehem

Tanah-tanah subur di kanan dan kiri saya ketika dalam perjalanan ke Bethelehem. Bethelehem atau Baitulaham, bermaksud ‘House of Meat’ dalam Bahasa Arab, berada di tengah-tengah Tebing Barat (West Bank). Satu bandar di bawah Palestinian Territory, saya berasa aman apabila melihat papan tanda besar ketika memasuki tanah ini ‘No Jews allowed to enter’. Ianya dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Rahim, “Israel can’t come here.”

Hanya ada komuniti Kristian dan Muslim di sini yang hidup aman damai dengan penduduk Kristian tidak menyebelahi orang-orang Yahudi.

Mengikut sejarah, dan dalam kitab Taurat, ada menyebut Baitulaham adalah tempat Nabi Yaakub menyempurnakan jenazah Rahil (Rachel), isterinya, ibu kepada Nabi Yusuf dan Bunyamin.

Bagi orang-orang Kristian pula, mereka percaya di sini adalah tempat Nabi Isa dilahirkan. Manakala dalam Al-Quran, tidak dinyatakan dengan jelas tempat di mana Maryam melahirkan Nabi Isa, yang ada cuma mengatakan Maryam menuju ke arah barat.

Pada tahun 1948, ada lebih kurang 900++ pelarian Palestin menetap di sini. Hari ini, jumlahnya mencecah 11,000  orang. Refugee Palestin ini hidup dengan perubatan, dan persekolahan dibiayai oleh United Nation.

MUFTI BAITUL LEHEM

Bertem Mufti Baitulehem cuma di atas Bas kami.

“Palestinian Muslim and Christian is in good relationship. At city centre, mainly are Christian and they also fight Jews,” terang Rahim.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bas kemudian melalui kawasan di mana terdapat kubur Rahil. Juga di situ terdapat masjid Bilal bin Rabah. Hati saya gembira kerana mengingatkan bas akan berhenti di situ, malangnya kegembiraan itu tidak dapat terus berkembang apabila Rahim mengatakan, “Unfortunately, we can’t enter this area, as Jews claim this is their part.” Ianya sekarang adalah di bawah pentadbiran Israel.

Kami menjamu selera di Palms Sweet, restoran Palestin paling popular, dengan nasi yang sangat sedap. Masih panas dan menyelerakan, sehinggakan meja kawan-kawan di belakang saya pinggannya habis licin sehingga mengejutkan En. Ghani.

“Laaa, lain kali beritahu kalau tidak cukup, kerana mereka akan tambah,” kata En Ghani selepas melihat insiden pinggan licin kami.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selesai menikmati makanan, Rahim bertanya inginkan kepastian, “Do you want to go to Nativity Church or not?” Kami maklum, kerana ianya gereja, jadi dia meminta persetujuan kami semua dahulu.

Memikirkan kami ingin mengetahui juga kisah-kisah Nabi Isa dan tempat yang didakwa Maryam melahirkannya, kami semua bersetuju.

Untuk ke Nativity Church, gereja tertua itu, kami perlu menaiki van kecil. Sementara menunggu van kecil itu datang, kami ditinggalkan sementara oleh Rahim di kedai perhiasan milik peniaga Kristian. Seperti kebiasaan dalam mana-mana kedai perhiasan, mereka sudah pun menyediakan air untuk kami. Malangnya, memandangkan kami pun ‘takut’ melihat palang-palang cross yang besar di dalamnya, barang-barang ‘ibadat’ dan patung-patung Mary, Jesus dll, semua ahli hanya menunggu di luar kedai.

“Orang Islam, tetapi menjual barang-barang Kristian?” terdetik juga perasaan kurang puas hati dalam diri. Manusia tetaplah manusia, walaupun Allah sudah menegah, jangan bersangka buruk pada orang lain. 😦OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di luar kedai itu, terdapat kereta BMW yang kami rasakan empunya pemilik kedai. Bethelehem terkenal sebagai pusat pelancongan, terutamanya pelawat-pelawat beragama Kristian. Lama menunggu di luar kedai, tidak ada seorang pun yang masuk ke dalam kedai mengakibatkan seorang lelaki berkot keluar menjemput kami, “Please come in, come.. don’t afraid. Just see what is inside.”

Kami akhirnya masuk bagi menghormati pelawaan. Kemudian, lelaki itu terus menunjukkan ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis di atas marmar putih yang dipamerkan di dinding dan di ruang pameran. Dia mengambil satu barang perhiasan itu, meminta kami melihat-lihatnya dan berkata, “I wrote it myself. I’m waiting people like you, coming here to buy all these works. If not, how i am to survive.” Oh rupa-rupanya dia berkongsi sebahagian kecil kedai itu, dengan pemilik yang menjual barang untuk komuniti Kristian.

“How much is that?”

“$40.00″… oh, bukankah saya sudah katakan mereka tidak salah, itu adalah harga biasa-biasa sahaja, yang salah adalah nilai mata wang Malaysia yang rendah, yang tidak memungkinkan saya membeliny! Satu kerana harganya, dan kedua adalah kerana ia adalah batu marmar yang agak sukar untuk saya membawanya pulang.

Saya tidak pasti sekiranya ada antara kami yang membelinya, tetapi kedai itu segera kami tinggalkan sebaik sahaja van kecil itu datang. Muatan kami penuh 20 orang penumpang dari Malaysia bersaiz Hobbit, seorang warga Palestin bersaiz giant, dan seorang pemandu van beragama Kristian yang bergurau-gurau mesra dengan Rahim. Keadaannya sama seperti orang-orang Cina dan Melayu Kelantan yang usik mengusik dan ketawa besar apabila bercakap sesama sendiri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setibanya di kawasan Nativity Church, kami diperkenalkan dengan Akhi Muhammad, warga Palestin yang hanya boleh bekerja dan berada di Jerusalem dan Jericho.

Otai Rahim disambut gembira oleh rakan-rakan seperjuangannya di situ, dan kami dibawa oleh Akhi Muhammad mengikuti penjelajahan seterusnya.

Sesuatu yang unik mengenai gereja ini adalah pintu masuknya yang sangat rendah. “It is not because the people at that time is too small,” Akhi Muhammad berjenaka.

Pintu kota sengaja dibina rendah bagi mengelakkan unta dan kuda dapat masuk ke dalam kota. Jadinya, kita harus menunduk untuk masuk ke dalamnya. Agak mudah bagi saya yang bersaiz kancil, tetapi pastinya agak sukar sedikit bagi orang-orang bersaiz Rahim. 🙂

Nativity Church adalah gereja tertua yang masih beroperasi. Kerana sejarahnya, ia signifikan kepada kedua-dua agama, Muslim dan Christian. Menurut Akhi Muhammad, bagi penganut agama Kristian, di sini pusat di mana perayaan krismas mula disambut sebelum disambut di tempat-teOLYMPUS DIGITAL CAMERAmpat lain.

Ketika kami sampai, dan dibawa masuk ke bahagian tepi dengan binaan tiang yang besar, bagi penganut Kristian ada upacara di pentasnya. Kami tidak melihatnya dengan jelas, kerana tujuan utamanya adalah menuju ke gua di bawah gereja ini, dikenali dengan nama Grotto. Selain kami, ramai lagi pelawat-pelawat lain dengan kumpulan masing-masing menunggu giliran untuk turun ke bawah. Ada ramai wajah-wajah Asia dari Hong Kong atau China, di belakang kami.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bintang bersegi 14 di atas binaan marmar adalah tempat Nabi Isa dipercayai dilahirkan. Berhadapannya, adalah kawasan di mana Maryam meletakkan bayinya selepas kelahiran.  Di hujung Grotto, terdapat satu lubang kecil, dipercayai tempat pokok kurma tempat Maryam berpaut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keluar dari pintu lain, menuruni tangga dan menaiki van kecil, kami terkejut apabila Mak Cik Sharifah menyatakan “My husband is not here.” Barulah kami tahu Pak Cik tidak turut sama memasuki gereja, dan dia mungkin menunggu di tempat kami mula masuk tadi.

Debaran Mak Cik Sharifah reda apabila melihat Rahim berjalan beriringan dengan Pak Cik.

Di atas van kecil itu, Rahim, pemandu van, dan penumpang di hadapan sedang ketawa besar. Rupa-rupanya mereka sedang bercerita tentang Akhi Muhammad yang mempunyai 12 orang anak, dan “still practising.”

“How about you?” Pak Cik Vendor bertanya.

“Me?”

“Your wife.”OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rahim ketawa, “Ohhhohh, only 1 also make me headache. 5 kids.” Kami semua ketawa mendengar jawapannya..

*Melihat keakraban komuniti Muslim dan Kristian di sini mengingatkan saya, kata-kata seorang ustaz di radio IKIM satu waktu dahulu. Katanya di akhir zaman nanti, apabila Nabi Isa turun, dan menyatakan kebenaran, orang-orang Kristian memilih Islam dan bergabung tenaga melawan kaum Yahudi. Sehinggalah apabila Nabi Isa meninggal dunia selepas keamanan, agama Christian kembali semula menyeleweng dari akidah sebenar, dan kembali mempercayai Nabi Isa sebagai Tuhan. Wallahualam…

dipetik dari blog  tRAVILISTA

Advertisements