USULUDDIN

931/1 – Ilmu Tauhid

931/2  Ulum al-Quran dan

931/3. Ulum al-Hadith

931/4. Ilmu Mantik Kerja Kursus (Kerja Projek) Usuluddin


USULUDDIN 931Sukatan pelajaran ini digunakan bagi peperiksaan tahun 1999 dan tahun-tahun

seterusnya sehingga diberitahu.

Matlamat:

Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk memperluas dan memperdalam pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan dalam bidang Usuluddin untuk melahirkan pelajar yang soleh, bertanggungjawab, dan mempunyai kesediaan menyelesaikan permasalahan akidah dan pemikiran secara ilmiah serta memupuk minat pelajar yang berterusan dalam bidang Usuluddin bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif:

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

(a) meningkatkan pengetahuan tentang akidah dan pemikiran Islam, Ulum al-Quran, dan Ulum al-Hadis,

(b) mempertingkatkan kefahaman tentang sejarah dan perkembangan ilmu dan juga tentang prinsip-prinsip asas dalam akidah dan Pemikiran Islam, Ulum al-Quran, dan Ulum al-Hadis,

(c) berfikir secara objektif dan sistematik, serta mampu bertindak dan membuat keputusan secara rasional yang bersesuaian dengan Islam,

(d) membuat perbandingan dan penilaian antara pelbagai aliran fikiran tentang isu-isu tertentu dalam bidang Usuluddin.

Kandungan:

(A) TAUHID

  1. Akidah

1.1 AI-Din menurut al-Quran

1.1.1 Penggunaan perkataan al-Din dalam al-Quran

1.1.2 Pengertian al-Din yang benar menurut al-Quran

1.1.3 Islam agama seluruh para nabi dan rasul

1.1.4 Bidang persamaan dan perbezaan antara para nabi dengan rasul

1.2 Huraian tentang Islam, Iman, dan Ihsan berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, dan ulama Islam

1.3 Hubungan antara Islam, Iman, dan Ihsan berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, dan ulama Usuluddin

1.4 Peranan akidah Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat

  1. Sejarah akidah

2.1 Akidah Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Sahabat:

2.1.1 Kedudukan akidah

2.1.2 Penerimaan para Sahabat

2.1.3 Kesan akidah terhadap pembangunan individu dan masyarakat

2.2 Isu-isu bukan akidah yang dieksploitasikan:

2.2.1 Pelantikan Khalifah

2.2.2 Masalah hukum amali

2.2.3 Golongan-golongan yang menimbulkan isu-isu tersebut dan motifnya

2.3 Faktor-faktor kelahiran beberapa aliran dalam pemikiran akidah Islam:

2.3.1 Faktor dalaman

2.3.2 Faktor luaran

  1. Metodologi pemikiran akidah

3.1 Mengkaji metodologi aliran Ahli Sunnah wal-Jamaah, (Ahli Salaf, Asya’irah, dan

Maturidiyyah), Muktazilah, dan ahli falsafah Islam dalam membincangkan persoalan

akidah Islam dengan memberikan beberapa contoh seperti:

3.1.1 Ketuhanan: sifat-sifat Allah

3.1.2 Kenabian dan kerasulan:

(a) Pengutusan dan hikmatnya

(b) Konsep Khatm al-Nubuwwah dan ummum al-risalah

3.1.3 Konsep Sam’iyyat (eskatologi):

(a) Hari kiamat

(b) Konsep pembalasan

3.2 Metodologi al-Quran dalam menerapkan akidah

3.2.1 Kebebasan akal daripada paksaan dan taklid

3.2.2 Mengarah akal manusia untuk berfikir dan menganalisis menerusi alam nyata

3.2.3 Membentang akidah yang salah dan mengisbatkan kebatilannya

3.2.4 Membentang akidah yang benar dan mengisbatkan kebenarannya

3.2.5 Menerusi qudwah hasanah

  1. Penyelewengan akidah

Sejarah ringkas kemunculan penyelewengan akidah (ajaran sesat).

4.1 Penyelewengan dalam tafsiran al-Quran

(a) Israiliyyat

(b) Batiniyyat

4.2 Penyelewengan menerusi hadis palsu yang berkaitan dengan akidah

4.3 Penyelewengan menerusi aliran-aliran kerohanian seperti tasawuf falsafi

4.4 Penyelewengan pemikiran semasa seperti sekularisme

  1. Jawapan kepada penyelewengan akidah

5.1 Menurut al-Quran dan al-Sunnah

5.2 Menurut pemikiran ulama Islam

(B) MANTIK

  1. Konsep akal, wahyu, dan ilmu

1.1 Konsep akal

1.1.1 Pengertian akal

1.1.2 Tabiat

1.1.3 Peranan, ruang dan kemampuan akal menurut al-Quran, al-Sunnah serta ahli fikir Islam seperti Ibn Sina dan al-Ghazali

1.2 Konsep wahyu

1.2.1 Pengertian wahyu

1.2.2 Peranan wahyu menurut al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana yang dijelaskan oleh ahli fikir Islam seperti al-Fakhr al-Razi, Ibn Hajar al-Asqalani, dan Ibn Khaldun

1.3 Hubungan antara akal dengan wahyu

1.4 Konsep ilmu

1.4.1 Pengertian ilmu

1.4.2 Sumber-sumber ilmu menurut al-Quran dan al-Sunnah serta ahli falsafah Islam seperti al-Ghazali dan Ibn Khaldun

  1. Ilmu Mantik

2.1 Pengertian mantik, hubungannya dengan bahasa dan peranannya dalam kehidupan

2.2 Hukum mempelajari ilmu mantik menurut ulama Islam

2.3 Kaedah-kaedah mantik klasik

2.3.1 Tasawwur dan Tasdiq

2.3.2 Qadiyyah (penyataan) dan Dilalah

2.3.3 Takrif

2.3.4 Istidlal mubasyir (pendalilan langsung)

2.3.5 Istidlal ghayir mubasyir (pendalilan tidak langsung)

2.4 Perbezaan antara qiyas, istiqra’, dan tamthil

2.5 Faktor-faktor yang menyebabkan berlaku penyelewengan dalam cara berfikir

2.6 Mengkaji empat orang tokoh ilmu mantik klasik

2.6.1 Socrates

2.6.2 Aristotle

2.6.3 Ibn Sina

2.6.4 AI-Ghazali

  1. Metode Kajian Ilmiah (Mantik Moden)

3.1 Sejarah ringkas pertumbuhan metode kajian ilmiah

3.2 Pengertian dan peranan metode kajian ilmiah dalam perkembangan ilmu dan teknologi

3.3 Asas-asas metode kajian ilmiah:

3.3.1 Mulahazah (pengamatan) dan tajribah (percubaan)

3.3.2 Fard al-Furud (hipotesis)

3.3.3 Tahqiq al-Furud (menentukan kebenaran hipotesis)

3.3.4 Takmim al-hukm/ Al-Qanun (pengumuman hukum)

3.4 Mengkaji empat orang tokoh metode kajian ilmiah

3.4.1 Francis Bacon

3.4.2 John Stuart Mill

3.4.3 Ibn Haytham (Abu Ali al-Hasan)

3.4.4 Ibn Hayyan (Jabir)

Bentuk Peperiksaan

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu:

Kertas 1 dan Kertas 2

  1. Kertas 1: Tauhid dan Mantik

(a) Kertas ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Calon

dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian ini.

  1. Bahagian A – Tauhid

Bahagian ini mengandungi 6 soalan Tauhid, dan calon dikehendaki menjawab 3 soalan

sahaja. Bahagian ini mempunyai wajaran sebanyak 60% daripada markah Kertas 1.

  1. Bahagian B – Mantik

Bahagian ini mengandungi 6 soalan Mantik, iaitu 3 soalan daripada Kumpulan I

(Mantik Klasik) dan 3 soalan daripada Kumpulan II (Mantik Moden). Calon

dikehendaki menjawab 1 soalan daripada Kumpulan I dan 1 soalan daripada Kumpulan

  1. Bahagian ini mempunyai wajaran sebanyak 40% daripada markah Kertas 1.

(b) Masa yang diuntukkan bagi Kertas 1 ini ialah 3 jam.

Senarai Rujukan

Tauhid

  1. Rujukan Utama
  2. al-Maidani Abdul Rahman Hambakah. al-Aqidah al-Islamiyyah Wa Ususaha, Demisq,

135H/1966.

  1. al-Baijuri Ibrahim. Syarh Jauharah al-Tauhid, Demisq 1392H/I972.
  2. Abu al-iz. Syarh al-Aqidah al-Tahawiyyah, Kaherah (t.t.).
  3. al-Zandani, Abdul Majid Aziz. Tauhid al-Khaliq, Jeddah Dar, aI-Salam, 1985.
  4. Rujukan Umum
  5. aI-Baghdad. Abu Mansoor Abdul Qahir. al-Farq Bain al-Firaq, Kaherah, Muhammad Ali

Sobih (t.t.)

  1. Dr. Salah Abdul Halim Ibrahim. al-Aqidah fi Daw’ Al-Quran, Kaherah, 1402H/1982.
  2. al-Jazairi Abu Bakar Jabir. Aqidah al-Mu’min, Kaherah, 1398H/I979.
  3. Abu Zahrah Muhammad. Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, Kaherah, Dar al-Fikr (t.t.).
  4. Mohd. Sulaiman Yasin. Pengantar Aqidah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,

1980.

  1. Masri Husin Muhammad. Taudih al-Tauhid, Iskandariah, 1384H/I964.
  2. al-Qardawi, Yusuf. al-Iman wa al-Rayah, Beirut, Muassah al-Risalah, 1405H/1984.
  3. al-Mubarak, Muhammad. al-Aqidah fi Al-Quran, Kaherah Dar al-Fikr, 1978.

Mantik

  1. Rujukan Utama
  2. Jad Hijazi Iwadullah. al-Mursyid aI-Salim fi al-Mantiq al-Hadis Wa al-Qadim, Kaherah, Dar al-Tiba’ah al-Muhammadiyyah, 1383H/I964.
  3. Hasan Hasan Hambal. al-Mantiq al-Wafi, Iskandariah, Dar al-Kitab aI-Arabi, 1383H/I963.
  4. Abu al-Ila Afifi. al-Mantiq al-Tawjuhi, Kaherah, Lujnah al-Ta’lif, 1366H/I946.
  5. Hanna, Muhammad Sami Mahfuz. al-Mantiq, Kaherah, Matbah Mukhaimar, 1970.
  6. Mahmud Qasim, al-Mantiq al-Hadis Wa Manahij al-Bahth, Kaherah, Dar al-Ma’arif, 1970.
  7. Rujukan Umum
  8. Robert Sharvy. Logic, New Jersey, Adams & Co. 1977.
  9. K.H.M. Taib Tahir Abd. Muim. Ilmu Mantiq (Logika), Jakarta, Penerbit Widjaya, 1987.
  10. al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. Mizan al-Amal (Tahqiq), Mhammad Mustafa, Kaherah, Matbah al-Jundi, 1973.
  11. ___ . Mi yar al-Ilm, Kaherah, Matbah al-Jundi, 1970.
  12. Muhammad Taqii. al-Muddarrisi al-Mantiq al-Islami Usuluhu Wa Manahijihu, Beirut Dar al-Jil, 1379H/1977.