SYARIAH

  1. A. Fikah
  2. B. Usul Fikah
  3. C. Ayat Ahkam
  4. D. Hadis Ahkam
Fikah
1.Muamalat
1.1 Mukadimah
1.1.1 Pengertian muamalat
1.1.2 Dalil
1.1.3 Fungsi1.2 Jual beli
1.2.1 Pengertian jual beli
1.2.2 Hukum
1.2.3 Dalil1.2.4 Hikmat
1.2.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.2.6 Jenis jual beli serta hukumnya
1.2.7 Jual beli yang haram tetapi sah dan jual beli yang haram tetapi tidak sah
1.2.8 Persoalan semasa tentang jual beli,
contohnya,
(i) jual beli Fudhuli
(ii) jual beli Mu’ata
(iii)tas’ir (kawalan harga)
(iv)urbun
(bayar cengkeram)
1.3 Riba
1.3.1 Pengertian riba
1.3.2 Hukum1.3.3 Dalil
1.3.4 Hikmat
1.3.5 Jenis riba
1.3.6 Barang-barang yang boleh berlaku riba
1.3.7 Syarat jual beli barang jenis riba
1.3.8 Perkara yang berkaitan dengan persoalan semasa,
contohnya,
(i) pinjaman yang dikenakan faedah
(ii) sewa beli
(iii) simpanan wang yang dibayar faedah
1.4 Khiyar 
1.4.1 Pengertian khiyar 
1.4.2 Hukum
1.4.3 Dalil
1.4.4 Hikmat
1.4.5 Jenis-jenis khiyar:
(a)Majlis
(b)Syart 
(c)Aib
1.4.6 Syarat khiyar 
1.4.7 Batalnya khiyar 
1.4.8 Persoalan semasa tentang khiyar ,
 contohnya, jaminan dan aspek-aspeknya
1.5 Jual beli salam dan istisna’
1.5.1 Pengertian jual beli salam danistisna’
1.5.2 Hukum
1.5.3 Dalil
1.5.4 Hikmat
1.5.5 Rukun
1.5.6 Syarat barang yang dijual salam
1.5.7 Syarat sah akad jual salam
1.5.8 Jualan harga tangguh
1.5.9 Perbezaan antara jual salam denganistisna’
1.5.10 Beberapa persoalan semasa tentang jual salam dan istisna’
, contohnya,
(i) pembelian secara tempahan
(ii) pembekalan barangan
1.6 Gadai
1.6.1 Pengertian gadai
1.6.2 Hukum
1.6.3 Dalil1.6.4 Hikmat
1.6.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.6.6 Hukum penggunaan barang gadaian dari segi hak milik, tempoh, kehilangan,kerosakan, dan lain-lain
1.6.7 Batalnya gadaian
1.6.8 Beberapa persoalan semasa tentang gadaian,
contohnya
,(i) pajak gadai barang kemas
(ii) gadaian tanah, rumah, kereta
(iii) bon sebagai cagaran
1.7 Syarikat
1.7.1 Pengertian syarikat
1.7.2 Hukum
1.7.3 Dalil
1.7.4 Hikmat
1.7.5 Jenis-jenis syarikat dan hukumnya (a)
 
Syarikat Uqud 
(i)Inan
(ii) Mufawadah
(iii)Abdan
(iv)Wujuh
(b)Syarikat Amlak 
(c)Ta’amin
1.7.6 Batalnya syarikat
1.7.7 Beberapa persoalan semasa tentang syarikat, contohnya syarikat kerjasama, perkongsian, dan korporat
1.8 Mudarabat 
1.8.1 Pengertian mudarabat 
1.8.2 Hukum
1.8.3 Dalil
1.8.4 Hikmat
1.8.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.8.6 Batalnya mudarabat 
1.8.7 Beberapa persoalan semasa tentang mudarabat,seperti yang diamalkan olehBank Islam
1.9 Wakalat 
1.9.1 Pengertian wakalat 
1.9.2 Hukum
1.9.3 Dalil
1.9.4 Hikmat
1.9.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.9.6 Batalnya wakalat 
1.9.7 Beberapa persoalan semasa tentang wakalat,seperti harta warisan
1.10 Sewa
1.10.1 Pengertian sewa
1.10.2 Hukum
1.10.3 Dalil
1.10.4 Hikmat
1.10.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.10.6 Jenis sewaan
1.10.7 Upah mengerjakan ibadah
1.10.8 Batalnya sewaan
1.10.9 Beberapa persoalan semasa lentang sewa, contohnya,(i) sewa atas sewa(ii) sewa menerusi agen(iii) sewa jual
1.11 Wakaf 
1.11.1 Pengertian wakaf 
1.11.2 Hukum
1.11.3 Dalil
1.11.4 Hikmat
1.11.5 Rukun dan syarat-syaratnya
1.11.6 Jenis-jenis wakaf.
contohnya,
(i)mutlaq
(ii)muqayyad 
1.11.7 Beberapa persoalan semasa tentang wakaf, contohnya, pengurusan dan pembangunan harta wakaf 
1.12 Wadi’ah
1.12.1 Pengertian wadi’ah
1.12.2 Hukum
1.12.3 Dalil
1.12.4 Hikmat
1.12.5 Hukum menerima wadi’ah
1.12.6 Rukun dan syarat-syaratnya
1.12.7 Batalnya wadi’ah
1.12.8 Beberapa persoalan semasa tentang wadi’ah seperti wadi’ah dalam institusiBank Islam dan koperasi
1.13 Wasiat
1.13.1 Pengertian wasiat
1.13.2 Hukum
1.13.3 Dalil
1.13.4 Rukun dan syarat-syaratnya
1.13.5 Beberapa persoalan semasa tentang wasiat,
contohnya,
(i) wasiat untuk waris
(ii) wasiat untuk binatang
(iii) wasiat memberi organ-organ manusia.
 1.14 Nazar 
1.14.1 Pengertian nazar 
1.14.2 Hukum1.14.3 Dalil
1.14.4 Hikmat
1.14.5 Syarat sah nazar 
1.14.6 Perkara yang boleh dinazarkan
1.14.7 Nazar yang mewajibkan kafarah
1.14.8 Beberapa persoalan semasa tentang nazar,
contohnya,
(i) nazar di tempat-tempat tertentu
(ii) nazar untuk menggalakkan insan berusaha
2. Munakahat
2.1 Mukadimah
2.1.1 Pengertian munakahat
2.1.2 Dalil
2.1.3 Hukum
2.1.4 Hikmat
2.1.5 Fungsi/tujuan2.2 Praperkahwinan
2.2.1 Memilih jodoh
2.2.2 Meminang
2.2.3 Mahar 
2.2.4 Hantaran
2.2.5 Walimatulurus/
walimah2.3
 Perkahwinan
2.3.1 Akad
2.3.2 Rukun nikah dan syarat-syaratnya
2.3.3 Perwakilan
2.3.4 Perempuan yang haram dikahwini
2.4.3Tanggungjawab suami isteri
2.4.1Tanggungjawab suami
(a) memberi nafkah zahir dan batin(
(b) tanggungjawab dari segi kebendaan
(c) tanggungjawab dari segi akhlak dan kerohanian
2.4.2 Tanggungjawab isteri:
(a) taat kepada suami
(b) melayan suami
2.4.3 Tanggungjawab bersama terhadap
(a)harta
(b)anak-anak 
(c)urusan rumah tangga
()pendidikan
(e)muafakat, tolak ansur, kesabaran.
 2.5 Penyelesaian terhadap krisis perkahwinan
2.5.1 Punca-punca keretakan rumah tangga
2.5.2 Penyelesaian terhadap
(a)nusyuz
(b)li’an
(c)zihar 
()illa’
 2.6Talak 
2.6.1 Pengertian talak 
2.6.2 Hukum
2.6.3 Dalil2
.6.4 Hikmat
2.6.5 Rukun dan syarat-syaratnya
2.6.6 Penyelesaian mahkamah
2.7 Idah
2.7.1 Pengertian idah
2.7.2 Hukum
2.7.3 Dalil
2.7.4 Hikmat
2.7.5 Pemberian mut’ah dan nafkah idah.
 2.8 Rujuk 
2.8.1 Pengertian rujuk 
2.8.2 Hukum
2.8.3 Dalil
2.8.4 Hikmat
2.8.5 Rukun dan syarat-syaratnya
 2.9 Rumah tangga dalam konteks masyarakat
2.9.1 Hubungan keluarga/rumah tangga dengan jiran
2.9.2 Hubungan keluarga/rumah tangga dengan keluarga terdekat
2.9.3 Hubungan keluarga/rumah tangga dengan masyarakat.
 2.10 Poligami
2.10.1 Pengertian poligami
2.10.2 Hukum
2.10.3 Dalil
2.10.4 Hikmat
2.10.5 Syarat-syarat poligami.
 2.11 Persoalan semasa tentang perkahwinan
2.11.1 Syarat-syarat yang diwujudkan dalam undang-undang keluarga Islam
2.11.2 Nikah\mutaah
2.11.3 Kahwin lari
2.11.4 Muhalil
3.Jenayah
3.1 Mukadimah
3.1.1 Pengertian jenayah
3.1.2 Fungsi menjaga kehormatan diri, agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta benda
3.1.3 Hukum-hukum jenayah
3.1.4 Dalil.
 3.2 Jenis-jenis jenayah yang dikenakan hukuman qisas, diyat ,dan kafarah
3.2.1 Bunuh dan bahagian-bahagiannya
3.2.2 Memotong atau mencederakan anggota.
 3.3 Qisas
3.3.1 Pengertian qisas
3.3.2 Dalil
3.3.3 Syarat-syarat wajib qisas
3.3.4 Kesalahan yang mewajibkan qisas
seperti(i) bunuh dengan sengaja(ii) memotong atau mencederakan anggota manusia
3.4 Diyat 
3.4.1 Pengertian diyat 
3.4.2 Dalil3.4.3 Jenis-jenis diyat 
3.4.4 Syarat-syarat diyat 
3.4.5 Kesalahan-kesalahan yang membolehkan diyat 
(a) bunuh dengan sengaja tetapi dimaafkan oleh waris si mati
(b) bunuh dengan separa sengaja (syibhul ‘amdi)
 (c) bunuh tak sengaja
3.5 Kafarah
3.5.1 Pengertian kafarah
3.5.2 Hukum3.5.3 Dalil
3.5.4 Syarat-syarat kafarah
3.6 Hudud
3.6.1 Pengertian hudud
3.6.2 Hukum
3.6.3 Dalil
3.6.4 Jenis-jenis jenayah yang dikenakan hudud
(a)Zina
(i) Pengertian zina
(ii) Syarat-syarat wajib had zina
(iii) Sabit zina dan hukumnya
(b)Menuduh zina
(i) Pengertian menuduh zina
(ii) Dalil
(iii) Sabit menuduh zina dan hukumnya
(c)Meminum minuman yang memabukkan
(i) Pengertian minuman yang memabukkan
(ii) Dalil pengharaman
(iii) Hikmat pengharaman
(iv) Sabit had peminum arak 
(v) Hukuman meminum minuman yang memabukkan
()Mencuri
(i) Pengertian mencuri
(ii) Dalil pengharaman
(iii) Syarat-syarat wajib had mencuri
(iv) Hukuman mencuri
3.6.5 Beberapa persoalan semasa tentang jenayah-jenayah tersebut,
contohnya,
(i) rogol
(ii) liwat
(homoseksual)
(iii) bersekedudukan
(iv) penyalahgunaan dadah
(v) rasuah
3.7Ta’zir 
3.7.1 Pengertian ta’ zir 
3.7.2 Hukum
3.7.3 Dalil
3.7.4 Hikmat
3.7.5 Bidang kuasa ta’zir 
3.7.6 Penetapan hukuman ta’zir 
3.7.7 Beberapa persoalan semasa tentang hukuman ta’zir,
contohnya,
(i) hukuman denda dengan wang
(ii)wati syubhah
4.Mirath
4.1 Mukadimah
4.1.1 Pengertian.mirath
4.1.2 Hukum
4.1.3 Dalil
4.1.4 Hikmat
4.1.5 Tanggungan dalam harta pusaka
4.2 Sebab dan halangan mendapat pusaka
4.2.1 Sebab-sebab mendapat pusaka
4.2.2 Sebab-sebab yang menghalang mendapat pusaka
4.2.3 Syarat-syarat mendapat pusaka
4.3 Waris
4.3.1 Pengertian waris
4.3.2 Waris dari pihak lelaki
4.3.3 Waris dari pihak perempuan
4.3.4 Waris yang mewarisi semua harta
4.4 Ketentuan kadar dan waris
4.4.1 Menghalang waris (hajb)
 4.4.2 Waris yang pasti mendapat habuan4.4.3 Golongan waris (ahl al-Furudh dan ahl al-Asabah)
 4.4.4 Susunan waris Asabah
4.4.5 Habuan waris Asabah
4.5 Persoalan-persoalan semasa tentang harta pusaka (pembahagian harta pusaka) dan penyelesaiannya

Usul Fikah
1.Mukadimah
1.1 Pengertian Usul Fikah
1.2 Pertumbuhan dan perkembangan Usul Fikah
1.3 Faedah Usul Fikah
1.4 Cara-cara penyusunan Usul Fikah
1.5 Bidang perbincangan Usul Fikah2.
Hukum
2.1 Pengertian hukum syarak dan bahagiannya
2.1.1 Pengertiantaklifi dan bahagiannya
2.1.2 Hukum wad’ie dan bahagiannya
2.2 Rukhsah dan‘Azimah
2.3 AI-Hakim
2.4 Al-Mahkum Fih
2.4.1 Pengertianal-mahkum fih
2.4.2 Syarat-syarat mahkum fih
2.5 Al-Mahkum ‘Alaih
2.5.1 Pengertian al-mahkum ‘alaih
2.5.2 Syarat-syarat sah taklif 
3.Sumber-sumber hukum
3.1 Sumber-sumber hukum yang disepakati
3.1.1 Al-Quran
(a)Pengertian al-Quran
(b)Kehujahan al-Quran
(c)Al-Quran menunjukkan hukum
()Isi kandungan al-Quran
(e)Al-Quran menerangkan hukum dan cara-caranya
3.1.2 Al-Sunnah
(a) Pengertian al-Sunnah
(b)Kehujahan al-Sunnah
(e)Kedudukan al-Sunnah dalam perundangan Islam
()Bahagian-bahagian al-Sunna
(e)Syarat-syarat menerima khabar Ahad 
3.1.3 Ijmak
 (a)Pengertian ijmak 
(b)Kehujahan ijmak
(e)Bahagian-bahagian ijmak, iaitu sarih, sukuti
()Kehujahan ijmak sukuti
(e)Sandaran ijmak 
( j)Kemungkinan berlaku ijmak pada masa kini.
3.1.4Qiyas
(a)Pengertian qiyas
(b) Kehujahan qiyas
(e)Rukun dan syarat-syaratnya
()Bahagian-bahagian qiyas,iaitu khafiy danjaliy
(e)Persoalan semasa yang berhubung dengan qiyas,
contohnya dadah
3.2 Sumber-sumber hukum yang tidak disepakati
3.2.1 lstihsan
(a)Pengertian istihsan
(b) Bahagian-bahagiann
(c)Pendapat ulama terhadap kehujahannya
3.2.2Masalih Mursalah 
(a)Pengertian masalih mursalah
(b)Bahagian-bahagianny
(c)Pendapat ulama terhadap kehujahannya
3.2.3‘Uruf 
(a)Pengertian ‘uruf 
(b)Bahagian-bahagianny
(e)Syarat-syarat penerimaan ‘uruf 
()Pendapat ulama terhadap kehujahanny
3.2.4 lstishab
(a)Pengertian istishab
(b)Bahagian-bahagiannya
(e)Pendapat ulama terhadap kehujahannya
4. Kaedah pengambilan hukum
4.1 al-Khas
4.1.1 Mutlak 
4.1.2Muqayyad 
4.1.3Amr dan Nahi
4.2 al-‘Am
4.3 al-Musytarak
5. Nasakh
5.1 Pengertian nasakh
5.2 Syarat-syarat nasakh
5.3 Hikmat nasakh
5.4 Bahagian nasakh
5.5 Cara-cara berlaku nasakh
5.6 Masa berlaku nasakh
5.7 Dalil-dalil yang menasakhkan
5.8 Hukuman yang boleh dinasakh dan tidak boleh dinasakhkan
5.9 Cara mengetahui nasakh

6. Ijtihad
6.1 Pengertian ijtihad
6.2 Syarat-syarat ijtihad dan mujtahid
6.3 Hukum yang boleh diijtihad dan tidak boleh diijtihadkan
6.4 Kehujahan ijtihad
6.5 Batalnya ijtihad
6.6 Persoalan semasa tentang ijtihad.
contohnya:
(i) Penentuan awal bulan Ramadan/Syawal
(ii) Pemindahan organ manusia
(iii) Anak tabung uji
7. Taklid
7.1 Pengertian taklid
7.1.1 Terikat dengan mazhab tertentu
7.1.2 Tidak terikat dengan mazhab tertentu.
(Talfiq)
 7.2 Hukum taklid
7.3 Berpegang kepada mazhab-mazhab tertentu
7.4 Persoalan semasa tentang taklid, contohnya bayaran zakat fitrah
8.Qawaid Fiqhiyyah
8.1 Mukadimah
8.1.1 PengertiannQawaid Fiqhiyyah
8.1.2 Sumber pengambilan Qawaid Fiqhiyyah
8.2 Kajian kaedah-kaedah berikut dan pemakaiannya
8.2.1 al-umur bimaqasidiha
8.2.2 al-yaqin la yuzal bissyakki
8.2.3 la dharara wala dhirar 
8.2.4 al-masyaqqah tajlibut taysir 
8.2.5 al-‘adatu muhakkamatun
(C) Ayat Ahkam
 1. Dalam bahagian ini Ayat-ayat Ahkam dikaji dari bidang-bidang berikut:
(a)Asbab an-Nuzul
(b)Munasasabah al-ayat 
(c)Sarh al-ayat 
(i)ijmali
 (ii)tafsili
() Istinbat
 (i)al-Ahkam
(ii)taujihat 
2. Setiap ayat yang dikaji hendaklah dikaitkan dengan
(a) nas-nas lain yang berkaitan
(b) realiti masyarakat masa kini

Tajuk Huraian..

Sila  rujuk di  link.(  www.scribd.com ) huraian keseluruhan bermula  muka surat   21 – 44.

http://www.scribd.com/doc/59327351/s930-Stpm-Syariah-Syllabus


STPM .Waris Sebelah Lelaki

HIMPUNAN ISTILAH FIQH DAN HURAIANNYA

GADAIAN

رهن رسول الله درعاعند يهودى بالممدينة وأخذ منه شعيرا لآهله

 

KAEDAH-KAEDAH YANG TERCETUS DARI KAEDAH

الأمور بمقاصدها

“ Setiap perkara bergantung pada niatnya ”

1. “ عدم اشتراط النية فى عبادة لا تكون عتدة أو لا تلتبس ”

Maksudnya : Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain.

Contoh :
– Beriman kepada Allah
– Mengenali Allah
– Takut dan mengharap kepada Allah
– Membaca al-Quran kecuali jika dinazarkan

2. “ اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره ”

Maksudnya : Disyaratkan ta’yin (menentukan) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

Contoh bagi yang perlu dita’yinkan (ditentukan):

– Solat fardu – disyaratkan ta’yin dalam solat-solat fardu yang wujud persamaan seperti solat zuhur dengan solat asar kerana tiada perbezaan dalam pelaksanaan keduanya melainkan dengan ta’yin.
– Semua solat sunat yang bukan mutlak.
Contoh bagi yang tidak perlu dita’yinkan (ditentukan) :
– Bersuci
– Haji
– Umrah

3. “ما لا يشترط التعرض له جملة وتفصيلا اذا عينه واخطأ لم يضر ”

Maksudnya : Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arud baginya sama ada secara ringkas atau terperinci, apabila dita’yinkannya dan tersalah ta’yin, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal).

Contohnya :
– Ta’yin tempat solat dan waktunya
– Ta’yin imam akan makmun yang di belakangnya
– Seseorang solat diwaktu kabus tebal lalu diniatkan adaan atau qadaan tiba-tiba nyata tersalah ta’yin maka tidak batal solat tersebut.

4. “ ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل ”

Maksudnya : Amalan yang disyaratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka membatalkan amalan itu.

Contohnya :
– Tersalah dari niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya.
– Tersalah niat solat zuhur kepada solat asar.

5. “ ما يجب التعرض له جملة ولا يشترط تعيينه تفصيلا اذا عينه وأخطأ ضر ”

Maksudnya : Amalan-amalan yang wajib dita’arud baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka jadi mudarat (batal).

Contoh-contohnya :
– Seseorang yang berniat sembahyang mengikut Umar, kemudian ternyata yang diikut bukan Umar maka tidak sah sembahyang itu.
– Seseorang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata yang disembahyangkan itu Umar atau diniatkan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal solat jenazah tersebut.
– Rakaat sembahyang tidak disyaratkan ta’yin, tetapi jika niatkan zuhur lima atau tiga rakaat maka tidak sah solat tersebut.
– Seseorang berniat qada’ solat zuhur hsri isnin sedangkan yang wajib dia qada’ ialah solat zuhur hari selasa, maka tidak memadai qada’ itu.
– Pada malam isnin diniat puasa hari selasa , maka puasa itu tidak sah.

6. “ النية فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص ”

Maksudnya : Niat dalam bersumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum tetapi dia tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus.

Contoh (mengkhususkan lafaz yang umum) :
– Seseorang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan seseorang dan dia niatkan orang itu adalah Umar.
Contoh (tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus) :
– Seseorang berkata demi Allah aku tidak minum air kerana dahaga, maka tidak dianggap sumpah kalau dia makan kerana sumpah khusus kepada minum.

7. “ مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين عند القاضى ”

Maksudnya : tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iaitu sumpah di hadapan Hakim.

– Ini kerana sumpah di hadapan Hakim adalah berdasarkan kepada niat Hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.

8. “ العبرة فى العقود للمقاصد والمعاني لا للالفاظ والمعاني ”

Maksudnya : Yang diambil kira dalam masalah akad ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.

“ هل العبرة بصيغ العقود أو بمعانيها ”

– Kedua-dua kaedah ini memperlihatkan kepada kita wujud khilaf fuqaha’ tentang masalah akad dari aspek mana yang perlu diambil kira, apakah lafaz yang tersebut atau makna yang tersirat, oleh itu berlaku khilaf dalam mentarjih masalah furu’ (cabang).
Antara contohnya :
1. Apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian.. dengan harga ini” dijawab oleh penjual “ ya, aku jualkan kepada engkau”. Sebahagian ulama mengatakan ia adalah akad jual beli berdasarkan lafaz, manakala sebahagian yang lain mengatakan ia sebagai akad jual salam kerana mengambil kira maknanya.

2. Hibah apabila disyaratkan bayaran seperti dikatakan “ aku hebahkan barang ini kepada engkau dengan harga lima ringgit” menurut pendapat yang asah akad ini dikira jual berdasarkan kepada makna dan tujuannya.

Huraian Kaedah Fiqhiyyah

 KAEDAH PERTAMA

الأمور بمقاصدها

“ Setiap perkara bergantung pada niatnya

Maksud kaedah ini ialah amalan dan tindakan seseorang sama ada perbuatan mahupun perkataan natijah dan hukum syaraknya berbeza dengan sebab berbeza tujuan atau niatnya, kerana kadangkala seseorang melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu maka berlakulah ke atasnya hukum yang tertentu kemudian apabila ia melakukan perkara yang sama juga dengan tujuan yang berlainan maka wujudlah suatu hukum yang lain pula. Niat menjadi tempat kembali hukum terhadap amalan atau perbuatan dari segi halal, haram, sah atau fasad, niat juga mendatangkan kesan terhadap perbuatan yang tidak memerlukan aqad sama ada dari segi halal atau haram, kadang kala menjadi halal dan kadang-kadang menjadi haram semata-mata kerana niat. Contohnya : Memerah buah anggur kadangkala untuk dijadikan arak dan kadangkala untuk dijadikan cuka.

Dalil Kaedah ini ialah :

Hadis Rasulullah s.a.w :
انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى

Maksudnya : sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap seorang itu apa yang diniatkan.

Kepentingan Niat dalam Islam

1. Membezakan amalan ibadah dengan amalan adat.
2. Membezakan tingkatan ibadah antara satu sama lain.

Contoh-contoh amali yang termasuk di bawah kaedah ini :

1. Berwuduk dan mandi ada kala bertujuan menyejukkan badan atau membersihkan anggota badan dan ada kala bertujuan ibadat.
2. Duduk dalam masjid kadangkala kerana beristirehat dan kadangkala untuk beriktikaf.
3. Memberi harta kepada orang lain berbagai-bagai tujuan di antaranya hibah, zakat, sedekah dan kafarat.
4. Menyembelih binatang ternakan tujuannya berbagai-bagai-bagai juga seperti untuk makan dagingnya sahaja atau untuk mendamping diri (taqarrub) kepada Allah dengan mengalirkan darah.

Trial STPM (Syariah 1)

Bahagian A : Fikah
Jawab tiga soalan sahaja.
1. (a) Jelaskan konsep al-rahn dari segi pengertian, dalil dan tiga keadaan yang membatalkan akad al-rahn.
(b) Bandingkan sistem gadaian dalam Islam dengan sistem gadaian yang dilaksanakan di kedai pajak gadai konvensional.
2. (a)Terangkan konsep wakaf dari segi pengertian, hukum , dalil dan hikmatnya.
(b) Dengan menyatakan alasan, jelaskan hukum wakaf yang berikut :
(i) Mewakafkan makanan untuk penduduk kampung.
(ii) Mewakafkan rumah untuk hamba.
(iii) Wakaf yang dilakukan oleh kanak-kanak yang telah mumaiyiz.
(iv) Mewakafkan barang yang masih dalam khiyar.
3. (a) Terangkan idah bagi perempuan yang bercerai hidup.

(b) Nyatakan pengertian mut’ah dan jelaskan pendapat ulama tentang hukum mut’ah.
4. (a) Huraikan lima hukum merujuki isteri yang masih dalam idah.

(b) Dengan memberi contoh, jelaskan syarat sah rujuk melalui penggunaan perkataan.
5. (a) Jelaskan pengertian diyat , jenis dan syarat-syarat yang ditentukan bagi kewajipan membayar diyat.
(b) Terangkan konsep kemaafan dan kesannya dalam kes pembunuhan dengan sengaja.

6. (a) Jelaskan maksud Ashabul al-Furudh, dan terangkan empat golongan Ashabul Furudh serta kadar bahagiannya.
(b) Huraikan pembahagian harta pusaka untuk ahli waris berikut :
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan, ibu, bapa dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa.
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu, bapa dan dua saudara perempuan seibu.
Bahagian B : Usul Fikah
Jawab dua soalan sahaja.
7. (a) Nyatakan pengertian hukum taklifi, dan bandingkan dua perbezaan antara hukum taklifi dengan hukum wad’ie.
(b) Dengan memberi contoh, huraikan lima bahagian hukum taklifi menurut jumhur ulama.
8. (a) Jelaskan pengertian al-mahkum ‘alaih serta syarat-syarat sah taklif.
(b) Jelaskan konsep ahliyyah dari segi pengertian, bahagian dan halangannya.
9. (a) Nyatakan konsep muqayyad dari segi pengertian, hukum, serta berikan dua contoh daripada al- Quran.
(b) Berdasarkan pandangan ulama, jelaskan tiga bentuk mutlak dan muqayyad yang berkaitan dengan hukum dan sebab.

10. (a) Huraikan kaedah la dharara wala dhirar dari segi pengertian dan dalil, serta jelaskan dua kaedah terbitannya.
(b) Dengan menggunakan kaedah la dharara wala dhirar, nyatakan kaedah yang terbit bagi contoh-contoh berikut :
(i) Seseorang ditegah menguruskan harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan dan memudaratkan orang lain.
(ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak H1N1.
(iii) Untuk menghindarkan sawahnya daripada tenggelam, seseorang tidak boleh melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan sawah kepunyaan orang lain tenggelam dan musnah.
(iv) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.
(v) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja.

HIMPUNAN ISTILAH FIQH DAN HURAIANNYA

Nasakh
Huraian : hukum sebelum ini diangkat dan digantikan dengan yang baru.

Sunnah Qawliyyah
Huraian : Kata-kata dan pengucapan Rasulullah SAW dalam berbagai-bagai persoalan. Sunnah dalam bentuk ini yang terbanyak .

Sunnah Fi’liyyah
Huraian : Perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW seperti amalan solat lima waktu dengan sempurna segala kaifiatnya dan perlaksanaan ibadat haji.

Sunnah Taqriyyah

Huraian : Sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah SAW dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para sahabat. Maka, dengan perakuan dan persetujuan itu dianggap sebagai lahir daripada baginda sendiri dan diamnya menandakan perbuatan itu harus dilakukan. Ini kerana Rasulullah SAW tidak boleh mendiamkan diri sama sekali terhadap perkara yang batil atau haram.

Sanad

Huraian: silsilah atau rantaian para perawi hadith yang mereka nukilkannya daripada Rasulullah SAW kepada kita.

Matan Hadith/Matan Sunnah
Huraian : Catatan hadith yang diriwayatkan.

Sunnah Mutawatirah
Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh sejumlah atau sekelompok perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat melakukan pendustaan. Kemudian diriwayatkan pula oleh sejumlah perawi dengan sifat tersebut dari satu masa ke satu masa hingga kepada kita, dengan syarat tidak berlaku sebarang kecatatan pada mana-mana peringkat perawi. Hadith yang sabit dengan sanad ini memberikan kita maklumat yang meyakinkan dari segi sanad, wajib beramal dengannya dan kafirlah mereka yang menolaknya kerana mutawatir itu martabat nukilan yang paling tinggi.

Sunnah Masyurah
Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh satu atau dua perawi (bilangan yang tidak sampai kadar jumlah perawi mutawatir) kemudian diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai sampai kepada had mutawatir pada zaman tabiin dan tabi’I al-tabi’in. Hadith ini juga memberikan pengetahuan yang meyakinkan menurut mazhab Hanafi, tetapi di bawah sedikit dari sunnah mutawatirah.

Sunnah Ahad
Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi oleh sebilangan perawi yang tidak sampai kepada had mutawatir dan tidak jadi masyhur. Hadith ini memberikan pengetahuan zanni yang rajah dengan sandarannya yang sah kepada Nabi SAW dan wajib beramal dengannya.

Sunnah Tasyri’
Huraian : Iaitu apa yang terbit dari Nabi SAW atas sifatnya sebagai Rasul yang menyampaikan risalah dari Allah SWT yang dijadikan sumber perundangan.
Sunnah Bukan Tasyri’
Huraian : Iaitu sesuatu yang terbit dari Nabi SAW bukan atas sifatnya sebagai Rasulullah SAW yang menyampaikan risalah Allah, tetapi atas asas sifat baginda sebagai insane atau pengalaman baginda dalam urusan keduniaan.
Ijma’
Huraian : Dari segi bahasa memberi erti berazam dan bertekad melakukan sesuatu. Dari segi istilah fuqaha dan ulama usul, Ijma’ bermaksud ittifaq (sependapat atau sebulat suara) para ulama mujtahidin dari kalangan umat Islam pada bila-bila masa selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di atas satu-satu hukum Syara’.
Ijma’ Sorih
Huraian : Iaitu seluruh para ulama’ mujtahidin bersependapat ke atas suatu hukum bagi satu-satu masalah dengan cara berterus-terang di mana setiap orang mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua pendapat itu bersatu di atas hukum sahaja. Ijma’ seperti ini tetap menjadi hujah tanpa khilaf.
Ijma’ Sukuti
Huraian : Sebahagian ulama’ mujtahidin sahaja yang mengeluarkan pendapatnya sedangkan sebahagian yang lain mengetahui pendapat-pendapat itu tetapi mereka mendiamkan diri tanpa sebarang perakuan dan bantahan. Ijma’ ini tidak menjadi hujjah menurut pandangan Imam Syafi’I dan beberapa tokoh ulama’ yang lain. Sementara sebahagian lain pula berpendapat Ijma’ ini menjadi hujjah juga, Cuma kedudukannya rendah dari Ijma’ Sorih.
Qiyas
Huraian : Dari segi bahasa memberi erti Taqdir dan Musawah (mengukur dan persamaan). Sementara dari pengertian ulama’ usul ialah “Menyamakan sesuatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas hukumnya. Persamaan itu ialah dari segi hukum yang telah dinaskan kerana wujud persamaan kedua-dua masalah itu pada ‘illah hukum’”. Al-IstihsanHuraian : Dalam bahasa Arab memberi erti “membilang atau menganggap sesuatu itu baik” . Menurut istilah ulama ialah “ berpaling seorang mujtahid dari mengamalkan kehendak qiyas jaliy (yang nyata) kepada mengamalkan qiyas khafiy (yang tersembunyi)”, atau “berpaling dari mengamalkan hukum kulliy kepada hukum istithnaiy daripada asal kulliy atau prinsip umum kerana terdapat dalil yang menuntut supaya dipalingkan”.
Al-Masalih
Huraian : Dari segi bahasa ialah Jama’ dari Maslahah, sama seperti manfa’ah pada wazan dan makna. Sementara dari segi istilah ialah menarik manfaat dan menolak kemudaratan, ertinya memelihara objektif syara’ menciptakan hukum dengan memlihara al-Daruriyyah al-Khams iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Maslahah Mu’tabarah
Huraian : Maslahah yang diambil kira oleh syara’ dan dibinakan hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu kebaikan kepada manusia. Di antara lain contohnya maslahah memelihara jiwa maka disyara’kan hukum qisas dan haram mencerobohinya. Bagi maslahah memelihara harta maka diperundangkan hukum potong tangan pencuri, dan bagi kepentingan memelihara akal diperundangkan hukuman minum arak.
Maslahan Mulghah
Huraian : Iaitu apa yang dibatalkan oleh Syara’ dan tidak diberi perhitungan kerana ia menghilangkan maslahah yang lebih besar seperti menyerah kalah kepada musuh, maka ia tidak diperhitungkan oleh Syara’ walaupun ada maslahah memelihara jiwa mereka yang berperang, kerana kalau maslahah ini hendak dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu memelihara Negara dari dijajah musuh dan mensia-siakan kehormatan dan maruah anak watannya, justeru inilah maka Islam mewajibkan berperang dan menentang musuh. Maslahah MursalahHuraian : Maslahah yang tidak ada dalil syara yang mengambilkiranya atau membatalkannya.
Al-masalih al Mursalah
Huraian : Maslahah-maslahah yang mana syara’ tidak membina hukum-hakam bagi memperolehinya dan tidak ada dalil tertentu yang menunjukkan ia diambilkira atau dibatalkan. Terdapat sebahagian ulama menamakan dalil ini al-Istislah yang bermaksud beramal dengan maslahah.
Qot’ie Thubut
Huraian : Bermakna sumber sesebuah nas itu ialah qot’ie (pasti). Iaitu nas tersebut diriwayatkan oleh golongan sahabat daripada Rasulullah secara mutawatir, lalu golongan tabiin meriwayatkan nas tersebut daripada golongan sahabat secara mutawatir. Dan golongan Tabi’ Tabiin meriwayatkan nas tersebut daripada golongan Tabiin secara mutawatir … sehinggalah sampai kepada kita. Mutawatir ialah ‘Periwayatan yg berlaku pada setiap peringkat oleh sejumlah manusia yg mustahil berlakunya persepakatan mereka untuk berdusta.’ Nas yg bersifat Qot’ie Thubut ialah Al-Quran dan Hadith Mutawatir.
Dzonni Thubut
Huraian : Bermakna sumber sesebuah nas itu dzonni (tidak qot’ie). Iaitu nas tersebut diriwayatkan daripada Rasulullah tidak secara mutawatir. Nas yg bersifat (Dzonni Thubut) ialah Hadith-hadith selain Hadith Mutawatir. Al-Quran secara keseluruhannya tidak bersifat (Dzonni Thubut) kerana seluruh Al-Quran diriwayatkan secara mutawatir.
Ikhtilaf
Huraian : Dalam bahasa Arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara dalam erti kata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahu pun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama, oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan “ ”مضادة (mudadah), jadi ia membawa erti yang sama dengan ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum.7 Ikhtilaf menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat.
‘Urf
Huraian : Dalam bahasa Arab bererti ma’rifah (mengetahui atau pengetahuan) kemudian digunakan dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal fikiran yang sejahtera. Sementara menurut istilah ialah adat majority sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dan ditakrifkan juga sebagai amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan dihayati dalam urusan kehidupan dan muamalat mereka, sama ada perkataan atau perbuatan atau meninggalkannya.
Sahabi
Huraian : Sahabi atau sahabat mengikut pengertian ulama usul al-Fiqh ialah mereka yang bertemu dengan Nabi SAW dan beriman dengannya, bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang dan mengambil ilmu daripadanya sehingga wajar dikatakan dia sahabat atau teman rapat dari segi ‘urufnya.
Al-Istishab
Huraian : Dari segi bahasa bererti saling bersahabat atau mengekalkan persahabatan. Adapun dari segi istilah ulam usul memberi erti “menghukum dengan kekalnya sesuatu di atas keadaannya yang dahulu sehingga tertegak dalil yang menunjukkan di atas perubahannya” atau “dikekalkan hukum yang telah sabit pada masa yang lalu sehinggalah didapati dalil yang menunjukkan berubahnya hukum itu. Syar’u man QablanaHuraian : Hukum-hukum yang disyara’kan Allah kepada umat sebelum kita dan diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-Rasul yang terdahulu bagi disampaikan kepada umat-umat tersebut.
Qawa’id Usul al-Fiqh
Huraian : Kaedah-kaedah yang menerangkan manhaj atau metodologi atau cara-cara yang semestinya diikuti (iltizam) oleh setiap orang faqih dalam mengistibatkan hukum-hukum syara’ dari dalil-dalilnya yang tafsili dan terperinci.
Qawa’id Fiqhiyyah
Huraian :Merupakan prinsip-prinsip umum dalam fiqh Islami yang merangkumi hukum-hukum syara’ yang umum, selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan baru muncul yang termasuk di bawah tajuk prinsip-prinsip berkenaan. Nazoriyyah fiqhiyyah bermaksud pengantar dan asas-asas kepada pengenalan pengajian yang terkandung dalam ilmu syariah dan fiqh sendiri.Qawaid fiqhiyyah Bermaksud kaedah-kaedah umum dalam fiqh Islam yang mana di dalamnya merangkumi hukum-hukum syarak yang berbentuk umum. Dan terjadi hukum tersebut selari dengan kaedah yang terbentuk.

Qawaid usuliyyah Penjelasan dalamnya adalah berkaitan masalah-masalah yang mencakupi pelbagai dalil yang terbentuk secara tafsili. Yang mana daripada dalil tersebut mungkin dapat mengistinbatkan hukum.Tapi klu qawaid fiqhiyyah semata2 kepada hukum2 fiqh sahaja. 4-maqasid syariiyah : maksudnya tujuan atau matlamat sesuatu perkara itu dijadikan sebagai hukum. Selalunya bersandarkan kepada perbuatan nabi saw.

Dhowabit FiqhiyyahSecara ringkasnya dari sudut bahasa boleh ditakrifkan sebagai kriteria, penanda, ukuran, prinsip, kaedah, piawaian atau tepat. Selain membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila dihubungkan dengan kerangka perbahasan Ilmu Fiqh : ia bertujuan menghimpunkan/meletakkan hukum hakam yang terkandung dibawahnya tepat pada tempatnya ( iaitu menepati prinsip Syara’ . Adapun dari sudut istilahnya : sebahagian Ulama Usul seperti Imam Ibnu Subqi menyatakan bahawa tiada perbezaan antara Dhawabit dan Qaedah Fiqhiah, ia sama sahaja.

Bagaimanapun sebahagian Ulama Usul dan Majoriti Ulama lain yang terkemudian, menyetujui takrifan yang diletakkan oleh Imam Ibnu Nujaim iaitu dengan meletakkan maksud yang berbeza di antara kedua-duanya. Sebagaimana berikut : ” Bahawasanya Qaedah adalah menghimpunkan perkara-perkara cabang daripada berbagai-bagai bab, Manakala Dhawabit pula menghimpunkannya daripada satu-satu bab fiqh sahaja”. Sebagai contoh dalam kitab Al-Qawaid Fiqhiyah Ala Mazhabil Hanafi wal Syafie oleh Doktor Muhammad Zuhaily menyebut :

Dhawabit Fiqhiayah :

Tidak boleh berpuasa sunat atau bermusafir seseorang wanita melainkan dengan keizinan suaminya”. Jelas prinsip tersebut mengkhususkan dalam bab itu sahaja. Manakala Qawaid Fiqhiyah : keyakinan itu tidak boleh dihilangkan dengan syak ” . prinsip ini pula boleh diguna pakai dalam pelbagai bab, dengan syarat meletakkan kaedah tersebut tepat pada perbahasannya. Jadi skopnya lebih umum dan luas praktikalnya.

Penjelasan yang lain :

” Sesungguhnya Dhawabit iaitu apa yang berkaitan dengan bab furu yang tertentu sahaja. Sebagaimana ia ditakrifkan sebagai kompilasi hukum yang terhimpun daripada satu-satu bab sahaja.

Apabila dhawabit tersebut membicarakan tentang bab solat, maka ia menjadi Ibarat ( gambaran ) dalam bab itu sahaja. Di sini menunjukkan terdapat perbezaan dengan kehendak kaedah tadi, apabila kita menyebut tentang suatu Qawaid Fiqhiah, ia boleh merungkaikan barat ( gambaran ) hukum dalam pelbagai bidang yang berkaitan.

Dengan hanya ungkapan yang pendek Asal dalam sesuatu perkara itu adalah harus maka ia boleh dihubungkan dengan bab ibadat, muamalat, munakahat atau jenayah. Seperti contoh yang disebutkan di atas tadi. Kesimpulannya di sini dapat kita fahami bahawa ungkapan bagi Qawaid Fiqhiyah itu adalah ringkas, lebih umum tetapi ia mampu diaplikasikan dalam pelbagai bidang fiqh. Manakala Dhawabit fiqhiyah pula lebih khusus, menggunakan ungkapan yang terperinci kepada satu-satu permasalahan dan bab sahaja

zulkifli embong dari blog syariah  SMKSAM